You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN BRUMAS, TAWAU PETI SURAT 60966, 91019 TAWAU, SABAH. e-mail :xca3010@gmail.

com Tel : 013-8863840

RUJUKAN : XCA 3010/600-5/03/07( ) TARIKH : 30 Januari 2012 MINIT MESYUARAT PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) BIL.1/2012 Tarikh Hari Masa Tempat Agenda: : 31 Januari 2012 : Selasa : 12.30 2.00 petang : Pusat Akses Sk.Brumas,Tawau 1. 2. 3. 4. Ucapan Pengerusi Fungsi dan Tugas Jawatankuasa PBS sekolah Aktiviti Tahunan 2012 (Pengoperasian PBS 2012) Hal-hal lain

Kehadiran : 12 orang 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. En.Rahmat Ariffin Guru Besar Tn.Hj Burhanuddin Hassan-PK 1 En.Ahmad Makmon PK Hem En.Muhd Jufri Abd Karim Pk Kokum En.Roslan Hj Suni En.Ramlan Mahmud Pn.Megawati Baharuddin Pn.Aishah Yaacob Pn.Josie Dawila Pn.Mardiana Abdul @Ab Aziz Pn.Aflizah Mokhtar En.Mohammad Nazri Nahar

Tidak Hadir : 1. UCAPAN PENGERUSI 1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada Unit Kurikulum kerana dapat menjalankan mesyuarat PBS kali yang pertama. 1.2 Diharapkan mesyuarat pada hari ini dapat meleraikan masalah yang wujud berkaitan PBS. 1.3 Semua guru perlu tahu dasar-dasar kerajaan yang baru dan jangan memberi alasan bahawa pihak pentadbir tidak menjelaskan dasar-dasar tersebut sekiranya ada pemantau datang ke sekolah. 1.4 Beliau akan sentiasa memantau pengoperasian PBS. Fail-fail yang berkaitan perlu dilengkapkan. Semua guru yang terlibat perlu memastikan standard atau band yang perlu dikuasai oleh murid. Evidens yang disimpan perlulah yang terkini. (Makluman)

2. FUNGSI DAN PENGOPERASIAN PBS TAHUN 2012 2.1 PK 1 membentangkan Fungsi dan pengoperasian PBS 2012. 2.2 KSSR hanya melibatkan murid Tahun 1 dan Tahun 2 pada tahun ini, tetapi semua guru perlu mengambil tahu walaupun tidak mengajar KSSR. 2.3 Pembentangan AJK PBS peringkat sekolah: Pengerusi : En.Rahmat Ariffin (Guru Besar) Semua Guru Penolong Kanan Tn.Hj Burhanuddin Hassan (PK 1) En.Ahmad Makmon (PK Hem) En.Muhd Jufri Abd Karim (PK Kokum) En.Mohammad Nazri Nahar /Setiausaha Peperiksaan (PP/PS) Pn.Aishah Yaacob KPMT (Latihan) Pn.Megawati Baharudin KPBM (Penyelarasan Pn.Aflizah Mokhtar KPSN (Pementoran) Pn.Josie Dawila KPBI En.Roslan Hj.Suni KPPI (Pemantauan) Pn.Mardiana Ab Aziz GURU KAUNSELING (Pentaksiran Psikometrik) En.Ramlan Mahmud KPPJK (Pentaksiran Aktiviti Jasmani,Sukan dan Kokurikulum) (Tindakan : Semua AJK PBS)

Naib Pengerusi :

Setiausaha AJK

: :

3. AKTIVITI TAHUNAN (PENGOPERASIAN PBS) 3.1 Takwim Pengoperasian PBS:


AKTIVITI MESYUARAT PBS KURSUS PBS FORMATIF SUMATIF PELAPORAN PBS PEMENTORAN PEMANTAUAN PENYELARASAN PENGESANAN JAN FEB MAR APR MAY JUN JUL AUG SEP OCT NOV DEC X X X X SEPANJANG TAHUN MENGIKUT KEPERLUAN SEPANJANG PROSES PENGAJARAN & PEMBELAJARAN DITENTUKAN OLEH JK PBS SEKOLAH MENGIKUT KEPERLUAN BILA-BILA MASA IKUT KEPERLUAN SEPANJANG PROSES PENGAJARAN & PEMBELAJARAN DITENTUKAN OLEH JK PBS SEKOLAH DITENTUKAN OLEH LP/JPN/PPD

3.2 Pengoperasian PBS: 3.2.1 Pementoran: Pementoran merupakan satu proses membantu, memudah cara dan membimbing guru untuk melaksanakan PBS mengikut prinsip dan prosedur yang ditetapkan. 3.2.2 Penyelarasan: Penyelarasan merupakan satu proses memastikan pentaksiran yang dilaksanakan oleh guru mempunyai kesahan, kebolehpercayaan supaya keputusan pentaksiran adalah adil dan maklumbalas boleh digunakan untuk penambahbaikan. 3.2.3 Pemantauan: Pemantauan merupakan satu proses memastikan kaedah pelaksanaan PBS mengikut prosedur atau garis panduan yang ditetapkan. mempunyai kesahihan dan amanah bagi mengelakkan penyelewengan dan ketidakakuran.

3.2.4 Pengesanan: Pengesanan merupakan satu proses untuk memastikan kekuatan dan keberkesanan PBS dari segi pencapaian objektif, kekuatan dan kelemahan instrumen serta impaknya untuk tujuan penambahbaikan. 3.3 Evidens perlu disimpan dan dilupuskan selepas suatu tempoh masa yang ditentukan.Guru boleh membuat evidens berdasarkan pemerhatian,lisan,perbincangan,temubual,penulisan dan sebagainya mengikut kreativiti guru masing-masing. 3.4 Ujian PKSR ataupun Ujian Penggal boleh dilakukan untuk murid KSSR tetapi items yang dibuat perlu mengikut kesesuaian Band. 3.5 Headcount KSSR boleh dibuat tetapi menggunakan Band. (Tindakan: Semua guru KSSR) 4. HAL-HAL LAIN 4.1 Pn.Aflizah bertanya mengenai pemilihan murid yang cemerlang dalam MAPC bagi murid yang terlibat dalam KSSR. 4.2 Respon Pengerusi: Beliau meminta semua guru untuk memikirkan bersama dan memutuskan cara untuk pemilihan murid-murid tersebut. Sebarang maklumat akan dimaklumkan kemudian. 4.3 En.Roslan bertanya mengenai cara penyediaan evidens. 4.4 Pn.Aishah mencadangkan supaya guru-guru merujuk buku-buku latihan ataupun buku aktiviti untuk penyedian evidens. 4.5 En.Ahmad bertanya mengenai format penyedian soalan ujian. 4.6 Pn.Aishah memberikan contoh penyedian soalan dalam subjek Matematik.Beliau menggunakan soalan bagi band yang bertulis sahaja untuk ujian PKSR. PENUTUP Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua guru dan berharap agar semua guru bergerak secara proaktif dalam melaksanakan pengoperasian PBS peringkat sekolah. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.00 petang. Minit mesyuarat.disahkan tanpa pindaan pada jam: Pencadang:.. Penyokong:.

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

(MOHAMMAD NAZRI NAHAR) SUP SEKOLAH

(RAHMAT ARIFFIN) GURU BESAR

Sk: -Pegawai Pelajaran Daerah Tawau -Fail -Pentadbir dan guru

You might also like