You are on page 1of 9

Latar Belakang SEJARAH radio di Malaysia bermula pada 1921 apabila Al Birch, seorang jurutera elektrik kerajaan Johor

membawa set radio pertama ke negara ini.Beliau kemudiannya menubuhkan Persatuan Wireless Johor yang memulakan siarannya melalui gelombang 300 meter. Beliau kemudian menubuhkan persatuan serupa di Pulau Pinang dan Persatuan Wireless Malaysia di Kuala Lumpur. Pada 1930, Sir Earl daripada Lembaga Pelabuhan Singapura melancarkan siaran gelombang pendek setiap dua minggu sama ada pada hari Ahad atau Rabu. Usaha itu kemudian diteruskan oleh Persatuan Wireless Malaysia, yang melancarkan siarannya dari Bukit Petaling, Kuala Lumpur melalui gelombang 325 meter. Ini diikuti usaha Sir Shenton Thomas yang membuka Studio Perbadanan Penyiaran British dengan menggunakan pemancarnya di Caldecott Hill, Singapura pada 11 Mac 1937. Seterusnya Perbadanan Penyiaran British Malaya diambil alih oleh Negeri-Negeri Selat dan menjadi sebahagian daripada Kementerian Penerangan British yang lebih dikenali dengan nama Perbadanan Penyiaran Malaya. Pada 1942, berikutan pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan tamatnya era pemerintahan Britian di Singapura, Jepun telah mengambil alih saluran radio sedia ada dan memperkenalkan saluran radio di Pulau Pinang, Melaka, Kuala Lumpur, Seremban dan Singapura untuk menyiarkan propaganda mereka. Bagaimanapun, pada 1943, British kembali berkuasa dan mengambil allih semula stesen-stesen radio tersebut. Pada 1 April 1946, Jabatan Penyiaran ditubuhkan di Singapura. Pembangunan perkhidmatan radio dilihat bertambah penting apabila darurat diisytiharkan pada 1948. Pada awal 1950-an, penyiaran di Malaya beroperasi sementara di Jalan Young, Kuala Lumpur (kini dikenali Jalan Cenderasari ) dan pada 1956 pula berpindah ke Rumah Persekutuan Kuala Lumpur. Di sini, bidang penyiaran di Malaysia berkembang dan beberapa stesen radio kemudian diwujudkan di seluruh Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak. Pada tahun 1960, buat pertama kalinya iklan komersial disiarkan di radio dan ia menjadi sumber pendapatan baharu kerajaan. Ketika Malaysia dibentuk pada 16 September 1963, juruhebah bertugas menggunakan "INILAH RADIO MALAYSIA" dijadikan pengenalan oleh juruhebah bertugas ketika . Bidang penyiaran membuka satu lagi lembaran dengan Angkasapuri yang memulakan siarannya pada 6 Oktober 1969.

Radio dan televisyen kemudian bergabung di bawah Kementerian Penerangan. Pertumbuhan saluran pertama, Rangkaian Satu, mengggalakkan pembentukan saluran kedua pada 17 November 1969. Di Kompleks Angkasapuri, pembangunan pesat berlaku di bidang penyiaran sama ada radio atau televisyen. Rangkaian radio nasional bermula 24 jam untuk memberi perkhidmatan kepada semua golongan pendengar,terutama yang bekerja malam. Media elektronik adalah sumber penting menerima dan menyebarkan maklumat kerana ia pantas, murah dan dapat disampaikan secara langsung kepada pendengar. Oleh itu, RTM berpendapat wajar untuk meletakkan usaha menyampaikan maklumat dan pada masa sama memberi hiburan digabungkan. Atas kesedaran itu, maka pada 20 Jun 1975, lahirlah Radio Muzik. Industri penyiaran Malaysia terus bergerak pantas seiring dengan perkembangan teknologi. RTM yang pada peringkat awalnya memancarkan beberapa stesen kini mempunyai 34 stesen radio. Perkembangan Media baharu memberi impak yang besar kepada penyebaran maklumat kepada khalayak. Menyedari hakikat ini RTM mengorak langkah dengan memperkenalkan web streaming TV dan Radio seawal tahun 1996 lagi. Mulai tahun 2012 perkhidmatan ini diperluaskan dengan penggunaan mobile streaming. Sehingga 2013 terdapat 4 stesen TV (TV1, TV2, TVi dan Muzik Aktif) dan 9 stesen Radio (Nasionalfm, Minnalfm, Traxxfm, Klasik Nasional, Aifm, Asyikfm, Muzikfm, Sarawak Waifm dan Sabah Vfm) dapat ditonton dan didengar melalui web dan Mobile streaming.

Visi

Organisasi Penyiaran Terulung dan Bertaraf Dunia yang menjunjung Gagasan 1Malaysia

Misi

Menyebarluas maklumat yang sahih, tepat dan mutakhir.

Pelaksanaan Salah satu aspek komunikasi yang sering dikaitkan dengan hal ini ialah penyiaran. Disini penyiaran dikonsepsikan sebagaai komunikasi melalui media radio dan telivisyen dua penciptaan yang menjadi fenomena sosial sejak kemunculan mereka sejak akhir abad ini.Kedua-dua alat ini dikatakan mempunyai peranan utama dalam mempercepatkan proses modenisasi dan pembangunan sesebuah negara.Ini adalah jelas kerana radio dan telivisyen merupakan jentera penyampai imformasi dari pihak yang merancang pembangunan dari pihak yang menerima pembangunan, iaitu masyarakat am.Penyiaran juga, terutamanya radio, dapat mengatasi masalah geografi daan buta huruf kerana kebolehanya menjangkau lautan dan gunung untuk menemui berjuta orang dengan serta merta dan cepat.Peranan penyiaran dalam pembangunan ini lebih dirasai di negara-negara yang mana kawasan pendalamanya masih kekurangan fasilitas perhubungan fizikal dan taraf kenal huruf di kelangan penduduk desa masih lagi rendah. Secara teoritis, peranan penyiaraan dalam pembangunan negara dilihat dan dianalisis melalui pengkonsepsian luas media massa,radio termasuk telivisyen,dua komponen utama penyiaran,digolongkan sebagai bentuk-bentuk yang terdapat dalam saluran komunikasi media massa. Peranan media massa,termasuk termasuk media penyiaran, dalam pembangunan negara lahir dari pendapat yang mempercayai bahawa manusia boleh dipengaruhi dan

dipujuk melaui mesej yang datangnya dari media massa.Media dipercayai berperanan untuk mewujudkan satu kesedaraan tentang modenisasi dan pembangunan di kalangan sistem penerimanya. RTM Online perlu merelevankan laman sesawangnya supaya jabatan dapat memantapkan rangkaian jaringan dan laman sesawang RTM kepada setiap lapisan masyarakat yang tidak kira apa sahaja medium penyampaian.INOVASI RTM Online Bersandarkan kepada salah satu piagam pelanggan RTM iaitu menyalurkan maklumat yang cepat, tepat, padat dan muktahir, RTM Online memikul tanggungjawab bersama menggalas peranan tersebut melalui kaedah media baharu dengan menyebarkan maklumat muktahir menerusi laman sesawang RTM di www.rtm.gov.my . Laman ini menawarkan pelbagai rancangan menarik untuk santapan para penonton, antaranya terdapat empat saluran TV secara live streaming seperti TV 1 , TV2, TVi dan Muzik Aktif. Manakala terdapat sembilan saluran radio live streaming disediakan seperti radio Nasionalfm, KLfm , Muzikfm

,Klasiknasional , Aifm , Minnalfm , Traxxfm , Asyikfm dan Suara Malaysia (VOM ).Saluran TV Muzik Aktif dan dua saluran radio iaitu Muzikfm dan Suara Malaysia, hanya dapat ditonton dan didengar secara eksklusif di `web streaming.. Selain Laman korporat yang menjadi pintu masuk ke laman yang tersebut, RTM Online turut membangunkan laman Khas seperti Laman Orkestra RTM 50 Tahun, Laman Khas Perlantikan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Laman khas 5S.Sepanjang tahun 2011, RTM Online telah menyediakan 216 rancangan dalam bentuk Video On Demand ( VOD ) daripada siaran TV1 dan TV2. Peningkatan sebanyak 136 rancangan berbanding tahun sebelumnya menunjukkan terdapat permintaan yang tinggi para penonton terhadap rancangan siaran RTM itu sendiri. Peningkatan tersebut turut disumbangkan hasil daripada penyiaran promo rancangan TV dan Radio sebanyak 402 dalam pelbagai bentuk seperti banner, video dan rerayap (crawler) di laman web RTM itu sendiri.Sebagai langkah mendekati masyarakat dengan lebih dekat mulai bulan November 2011, Seksyen RTM Online maju setapak lagi dengan memperkenalkan RTM Mobile. Ia membolehkan masyarakat menonton dan mendengar siaran RTM melalui mobile gajet dan telefon pintar walau dimana jua mereka berada.

Objektif Bidang penyiaran kemudiannya mengorak setapak lagi apabila perkhidmatan televisyen diperkenalkan pada 31 Disember 1963 dari studionya di Dewan Tunku Abdul Rahman, Jalan Ampang. Operasi siaran kemudiannya berpindah ke

Kompleks Angkasapuri dan memulakan siaran pada 6 Oktober 1969. Enam hari selepas itu, iaitu pada 11 Oktober 1969, radio dan televisyen bergabung dan diletakkan di bawah Jabatan Penyiaran Malaysia. Perkhidmatan Televisyen mengorak selangkah lagi apabila rangkaian kedua dilancarkan pada 17 November 1969. Di Kompleks Angkasapuri, bidang penyiaran negara terus berkembang pesat. Radio dan televisyen berjalan seiring. Perkhidmatan radio Rangkaian Nasional memulakan perkhidmatan 24-jam pada 19 April 1971. Penambahan waktu siaran ini bertujuan memenuhi keperluan pendengar yang sedang menjalankan tugas selepas waktu tengah malam seperti anggota keselamatan, petugas di hospital, pemandu kenderaan awam dan pengangkutan serta pelajar. Menjelang dengan pengisytiharan Kuala Lumpur sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974 pula, perkhidmatan siaran Radio Ibukota dimulakan pada 5 November 1973. Siaran ini bertujuan memenuhi keperluan penduduk metropolitan yang semakin sibuk yang memerlukan banyak informasi terkini di samping hiburan. Bagi memenuhi hasrat para peminat muzik yang sentiasa memerlukan persembahan berkualiti pula, perkhidmatan siaran radio FM Stereo diperkenalkan pada 20 Jun 1975. Di samping perkembangan pesat di peringkat ibu pejabat, stesen-stesen di peringkat daerah juga turut ditambah. Begitu juga diperingkat ibu pejabat, perubahan sentiasa dialakukan dari masa ke semasa termasuk memperkenalkan rancangan dan format baru seperti 'phone-in-programme'. Mengubahsuai waktu siaran dan memberikan nama baru kepada rangkaian radio seperti: 1. Radio 1 (Bahasa Malaysia, sekarang Klasik Nasional FM). 2. Radio 2 (Muzik, sekarang Muzik FM). 3. Radio 3 (stesen tempatan). 4. Radio 4 (Bahasa Inggeris, sekarang TraXX FM). 5. Radio 5 (Bahasa Cina, sekarang Ai FM). 6. Radio 6 (Bahasa Tamil, sekarang Minnal FM).

7. Radio 7 (Orang Asli, sebagai Asyik FM). 8. Suara Malaysia (Antarabangsa). Begitu juga dengan televisyen. 28 Disember 1978 merupakan satu lagi detik penting dalam sejarah penyiaran negara, iaitu pelancaran televcisyen warna oleh Perdana Menteri, Dato' Hussein Onn, diikuti dengan siaran warna pada rangkaian kedua pada 7 Mei 1979. Pengenalan perkhidmatan warna bukan sahaja dapat memenuhi citarasa penonton yang kian bertambah tetapi juga dapat meningkatkan kualiti penerbitan rancangan. Disamping membeli rancangan-rancangan dari luar negeri, penerbitan di peringkat dalaman terus diperbanyakkan termasuk memperkenalkan pelbagai jenis pertandingan berbentuk muzik, bakat dan kuiz yang melibatkan penyertaan penonton dengan hadiah-hadiah yang menarik.Nama-nama rancangan seperti Juara Kugiran, Bakat Televisyen,Bintang RTM, Tekaria dan sebagainya bukan sahaja popular kepada penonton tetapi berjaya mencungkil bakat dan melahirkan ramai artis terkenal.

Logo RTM dari tahun 1987 hingga 2004 Setelah lebih 20-tahun beroperasi, TV Malaysia kini boleh terus berbangga kerana menggunakan pelbagai peralatan canggih setanding dengan negara-negara maju yang lain. Ini termasuklah penggunaan komputer sepenuhnya dalam operasi siaran yang dikendalikan dari Pusat Operasi Siaran (TOC) dan penggunaan satelit penerimaan siaran (KOMSAR). Lebih membanggakan lagi, jumlah pendengar dan penonton serta perolehan daripada siaran iklan telah semakin bertambah dan RTM turut mengorak langkah setapak lagi apabila RTM Net diperkenalkan pada akhir tahun 1995. Perkhidmatan ini yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 27 Disember 1995, membolehkan semua rangkaian radio di negara ini diikuti melalui rangakaian Internet.

Kepentingan Sektor Awam Dalam Ekonomi Malaysia dianggap sebagai sebuah negara di Asia Tenggara yang sedang mengalami pertumbuhan ekonomi dan pembangunan yaang paaling membanggakan.Dari segi fizikal dan geografi Malaysia agak beruntung kerana tiadanya halangan halangan yang besar boleh merumitkan perhubungan dan komunikasi.Malaysia ialah negara muda yang mempunyai penduduk dari pelbagai kaum,agama dan bangsa.Ini terhasil daari penjajahan yang di alami semasa sejarah penjajahan Malaysia.Keadaan ini mewnimbul masalah intergrasi dan perpaduan kebangsaan daan pembentukan identiti kebangsaan,Oleh itu,kerajaan mempunyai dua matlamat iaitu rancaangan rancangan lima tahun dan Dasar Ekonomi Baru ( DEB ) membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat Malaysia. Seperkara lagi yang menarik tentang RTM ialah usaha gigih yaang dimainkannya sebagai saluran maklumat pembangunan dari kerajaan dan agensi agensi pembangunan yang khususnya ditubuhkan untuk pembangunan desa umpamanya FELDA,dan RISDA.Ini jelas melalui rancangan rancangan seperti halaman pertanian Pembangunan desa dan rancangan bualan berbentuk kapsul.Peranan terpenting bahagian ini ialah untuk mengorentasikan masyarakat Malaysia kepada dasar ekonomi baru kerajaan serta pembangunan desa. RTM juga berperanan mempromosi Malaysia ke seluruh pelusuk dunia. Sejak kerajaan memperkenalkan tahun Melawat Malaysia pada 1990, jumlah pelancong terus meningkat dari tahun ketahun. Kepesetan Sektor itu membawa kepada Pembangunan lebih banyak prasarana, dan membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Ini menunjukkan kepentingan sekor berkenaan, sehigga ia menjadi penyumbang ke tujuh kepada ekonomi negara ketika ini. Jumlah pelancong yang datang ke Malaysia tahun lalu ialah 24 juta orang dengan jumlah wang yang mereka membelanjakan sejumlah 58.3 bilion ringgit. Angka itu telah meletakkan Malaysia berada di kedudukan kesembilan di dunia daripada segi kedatangan pelancong asing. Dalam hubungan ini Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia perlu diiringi dengan kerja keras bagi meningkatkan pencapaian lebih baik pada tahun-tahun mendatang.Ini bermakna sektor berkenaan perlu dikembangkan dengan lebih pesat dalam menghadapi persaingan sengit daripada negaranegara serantau. Ini kerana negara lain turut memberi tumpuan kepada kemajuan sektor itu sebagai satu daripada penyumbang penting kepada sumber pendapatan ekonomi negara.

Sektor pelancongan Malaysia kata beliau, harus dilandaskan kepada Bidang Utama Ekonomi Negara (NKEA) yang menyasarkan peningkatan dalam tempoh penginapan dan jumlah perbelanjaan oleh pelancong.Tumpuan ialah kepada 13 projek permulaan yang telah digariskan di bawah Plan Transformasi Pelancongan Negara yang meliputi keupayaan mewah, pelancongan berkeluarga, pelancongan alam semulajadi, pakej perniagaan pelancongan dan penganjuran acara antarabangsa seperti acara sukan. Mengikut Pelan Transformasi Ekonomi (ETP), industri pelancongan Malaysia dijangka menyumbang 103.6 billion ringgit kepada pendapatan kasar negara, dengan sasaran 36 juta pelancong menjelang tahun 2020.Sememangnya industri pelancongan mempunyai potensi yang besar untuk melonjakkan pendapatan negara. Pulangan yang diperoleh dalam bentuk tukaran wang asing menyumbang pertumbuhan positif kepada ekonomi. Justru Malaysia perlu mengorak langkah meneroka lebih banyak peluang yang ada kerana negara mempunyai kelebihan dari segi keunikan dan kepelbagaian sumber yang sesuai untuk dimajukan sebagai tarikan pelancong. Pada masa yang sama, industri hospitaliti itu juga mampu memberikan sumbangan yang besar terhadap bidang pelaburan, guna tenaga,Industri pelancongan banyak bergantung kepada perkhidmatan dan layanan. Dengan kata lain ,hotel, jalanraya, kemudahan komunikasi dan tempat-tempat peranginan, perlu seiring dengan perkhidmatan dan layanan yang baik juga.Faktor utama yang perlu dititikberatkan oleh rakyat Malaysia ialah aspek kebersihan, terutama di kawasan tumpuan pelancong seperti pantai dan kemudahan awam, disamping aspek keselamatan. Memberi layanan yang baik yang tidak terhad kepada pekerja- pekerja dalam hotelhotel atau , pemandu teaksi, dan mereka yang dibarisan hadapan sahaja tetapi mestilah diamalkan oleh semua rakyat Malaysia.Ini kerana Semua rakyat Malaysia adalah tuan rumah dan mereka yang melancong, sama ada dari luar atau dalam negeri, adalah tetamu kita. Kita mestilah memberi layanan seperti kebiasaan orang-orang Malaysia melayan tetamutetamu mereka.

Fungsi-Fungsi RTM RTM Kelantan atau Kelantan FM yang berpeganag kepada slogan Penuhi Cita Rasa Anda kini memiliki kakitangan seramai 89 orang yang berkhidmat di semua bahagian dalam organisasi. RTM Kelantan kini diterajui oleh Encik Nordin Sulaiman sebagai Pengarah Penyiaran Kelantan. RTM Kelantan kini dibahagikan kepada lima bahagian iaitu meliputi Bahagian Pentadbiran, Bahagian Berita dan Hal Ehwal Semasa (BES), Bahagian Rancangan, Bahagian Pemasaran dan Bahagian Siaran Luar. Bahagian Pentadbiran akan menjalankan tugas mengenai pengurusan dan pentadbiran manakala bahagian Berita dan Hal Ehwal Semasa akan menjalankan tugas-tugas seperti penulisan dan penerbitan berita untuk siaran radio dan televisyen. Tugas di bahagian Rancangan melibatkan kerja seperti penerbitan rancangan, promo dan menentukan jadual untuk juruhebah. Bahagian Pemasaran akan menguruskan kerja-kerja berkaitan periklanan seperti membuat skrip iklan untuk pelanggan dana tugas bahagian Siaran Luar pula akan menjalankan tugas-tugas yang berkaitan siaran radio di luar konti dan menentukan kerja rakaman dan teknikal.

You might also like