You are on page 1of 27

1.

0 PENGENALAN

Menjelang tahun 2020, Malaysia berhasrat untuk menjadi sebuah negara maju
mengikut acuan sendiri, iaitu mencapai kemajuan seimbang dari segi ekonomi, politik
sosial, keharmonian dan kebudayaan. Selaras dengan itu salah satu agenda penting
kerajaan adalah untuk membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia. Oleh itu
kementerian pelajaran mempunyai tanggungjawab yang amat besar dalam membangunkan
warganegara yang bersifat progresif, bermoral dan beretika tinggi selain daripada
melahirkan warganegara yang berpengetahuan dan berkemahiran.

Dalam usaha kerajaan memartabatkan sebuah sistem pendidikan yang berkualiti


dan bertaraf dunia pelbagai dasar dan perundangan pendidikan telah dirangka dan
diwartakan bagi menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisasi, liberasasi,
pengantarabangsaan dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Bagi
membolehkan bidang pendidikan dapat berdiri selaras dengan bidang lain penggubalan
disiplin, peraturan, dan perundangan dalam pendidikan telah dilaksanakan, bagi
memudahkan pencapaian matlamat pendidikan negara.

Menurut Kamus Dewan (2005) disiplin merupakan latihan pemikiran dan kelakuan
supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh pada tatatertib, peraturan yang ditetapkan
untuk melatih seseorang supaya berkelakuan baik, kepatuhan kepada peraturan yang telah
ditetapkan. Peraturan pula merujuk kepada segala yang telah ditentukan atau ditetapkan
dan harus diturut dan dipatuhi, ketentuan atau garis panduan yang dibuat oleh kerajaan
berkaitan dengan kuasa dan masyarakat.

Bagi perundangan pula merujuk kepada hal-hal yang berkaitan dengan undang-
undang iaitu sesuatu undang-undang itu ditadbir yang lazimnya mengikut adat sendiri
sebuah negara. Perundangan lebih besar ruang lingkupnya dan menjadi undang-undang
yang perlu dipatuhi dalam sesebuah negara.

1
1.0 MATLAMAT PENDIDIKAN NEGARA

Pendidikan merupakan nadi pembangunan sesuatu bangsa dan negara. Tanpa


sistem pendidikan yang teratur dan berkembang sejajar dengan perkembangan zaman ,
boleh dianggap bangsa dan negara tersebut gagal dalam melaksanakan tanggungjawab
memartabatkan sesuatu bangsa dan negara. Oleh itu dalam melaksanakan tanggungjawab
tersebut negara Malaysia tidak terlepas dengan situasi yang mencabar kewibawaan negara
dalam menjadikan sistem pendidikan negara yang dihormati dan bertaraf dunia.

Pendidikan bertujuan untuk membentuk masyarakat yang terdidik dalam pelbagai


jurusan kehidupan. Ini membolehkan masyarakat yang dilahirkan dapat berfikir secara
matang. Keadaan ini membolehkan mereka mempunyai kemahiran untuk memikul
tanggungjawab dan mempunyai komitmen untuk mendukung aspirasi negara. Ini akan
menjadikan hasrat pembangunan masyarakat dalam bidang fizikal, material dan
kerohanian dapat dicapai sepenuhnya. Keadaan ini sekaligus dapat menghasilkan
golongan yang berilmu, berakhlak mulia, bertanggungjawab kepada diri, masyarakat,
agama, bangsa dan negara.

Berlandaskan tujuan ini matlamat pendidikan negara bertumpu kepada beberapa


aspek seperti individu, sosial, ekonomi, politik, permodenan dan kefahaman antarabangsa.
Bagi aspek individu, pendidikan adalah untuk membentuk individu yang terdidik dari segi
intelek, moral, estetika, emosi dan menggalakkan perkembanagan potensi pelajar pada
tahap yang maksimum. Pendidikan berpusatkan kepada pelajar dan bersifat lebih menuruti
prinsip perkembanagan psikologi manusia. Harapan yang tinggi adalah untuk melahirkan
pelajar yang mencurahkan taat setia kepada raja dan juga menyintai negara sendiri.

Dari segi sosial, pendidikan adalah untuk membina individu yang mempunyai
celik akal dan kefahaman mengenai persekitaran alam, budaya dan hidup masyarakat. Ini
dapat membantu pelajar menjadi warganegara yang mempunyai sikap dan komitmen yang
positif. Berlandaskan ekonomi, pendidikan dan latihan adalah untuk membangunkan

2
sumber tenaga manusia yang bijaksana bagi meningkatkan produktiviti sektor ekonomi
negara.

Bagi politik pula, pendidikan adalah untuk membentuk warganegara yang


mempunyai kefahaman, kepekaan dan komitmen tentang dasar negara demokrasi, idealogi
dan idealisme kepimpinan negara. Maruah dan kekuatan bangsa Malaysia adalah
berdasarkan kepada kesedaran dan komitmen yang bersifat kebangsaan dan cintakan tanah
air. Sistem pendidikan hari ini dapat memperkembangkan kefahaman, menerima dan
mengamalkan prinsip demokrasi mengikut perlembagaan.

Bagi aspek permodenan, pendidikan adalah untuk megubah nilai-nilai tradisional


dan konservatif yang bersifat menghalang kemajuan fizikal, material, spiritual dan
pemikiran dalam usaha membentuk masyarakat yang progresif dan integratif. Sistem
pendidikan sekarang menyediakan peluang pendidikan kepada semua tanpa mengira
bangsa dan agama. Pelajar dilengkapkan dengan pengetahuan dan kemahiran yang
membolehkan mereka membezakan antara kebenaran dengan yang palsu, fakta, pendapat
dan pemikiran kritis.

Peruntukan juga disediakan dalam sistem pendidikan untuk menyediakan individu


dengan pendidikan sepanjang hayat. Mereka akan dapat menyesuaikan diri dengan
perubahan saintifik dan teknologi. Bagi aspek kefahaman antarabangsa, pendidikan adalah
untuk membina semangat persaudaraan sesama umat manusia sejagat apabila dunia
merupakan sebuah masyarakat. Corak pendidikan yang ada dapat memperkembangkan
fizikal, mental dan menghargai keindahan alam sekitar.

Berlandaskan kepada matlamat pendidikan negara Falsafah Pendidikan Negara


telah dibentuk untuk menjadi dasar, hala tuju dan panduan kepada segala usaha yang
dilakukan dalam sistem pendidikan, dan seterusnya bagi peningkatan mutu pendidikan
negara setaraf dengan negara luar. Hakikatnya sesuatu sistem pendidikan yang bertaraf
dunia perlu mempunyai falsafah pendidikan yang unggul, kurikulum yang sentiasa mantap
dan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

3
Falsafah Pendidikan Negara digubal bagi mencapai matlamat yang diingini oleh
masyarakat dan negara. Kementerian pendidikan berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan
Negara mencerminkan pernyataan misi yang diharapkan. Matlamat pendidikan adalah
untuk melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu, melahirkan insan
yang beriman, berakhlak mulia, berketerampilan dan sejahtera, menyediakan sumber
tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan negara, serta memberi peluang pendidikan
kepada semua warganegara Malaysia adalah selari dengan misi iaitu membangunkan
sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia, bagi memperkembangkan potensi
individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara. Dasar Pendidikan Kebangsaan, Misi
Pendidikan dan Matlamat Pendidikan adalah hasil daripada Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang menjadi teras dan tunjang utama bagi setiap aktiviti dan program
pendidikan.

Negara Malaysia mempunyai pelbagai kaum dan etnik, bangsa dan agama. Walau
bagaimanapun negara tidak menghadapi masalah dari segi hidup bersama dan bersatu
padu, ini kerana sistem pendidikan yang digunakan tidak membezakan sesuatu kaum dan
etnik, bangsa dan agama. Peluang pendidikan telah diberi sama rata tanpa mengira kaum,
bangsa dan agama. Ini untuk memberi peluang kepada masyarakat untuk hidup dalam
suasana yang harmoni dan makmur. Corak kehidupan yang baik dapat menyumbang
kepada keluarga, masyarakat dan negara.

Sejajar dengan perubahan paradigma bidang pendidikan dan cabaran yang semakin
padat, keadaan memerlukan kita merenung kembali kepada falsafah pendidikan ke arah
melahirkan insan yang seimbang dan harmoni, berpengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberikan sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara. Sewajarnya cabaran ini disambut dengan baik walaupun terpaksa menghadapi
kesukaran. Usaha ke arah menjadikan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju
pada tahun 2020 amat memerlukan tenaga dan kepakaran di pelbagai peringkat,
pengetahuan dan kemahiran dengan penuh disiplin serta ketinggian etika.

4
3.0 DISIPLIN, PERATURAN, DAN PERUNDANGAN PENDIDIKAN.

3.1 DISIPLIN DALAM PENDIDIKAN

Dunia pendidikan semakin hari bertambah kompleks. Hampir setiap hari terdapat
berita berkaitan dengan pendidikan sama ada daripada aspek disiplin atau salah laku,
deraan, soal akademik, kokurikulum dan sebagainya. Ini disebabkan terdapat ramai orang
berminat dan ada yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam dunia
pendidikan walaupun seseorang itu tidak mempunyai anak untuk ke sekolah. Akan tetapi
aspek perundangan dalam pendidikan jarang sekali dilaporkan walaupun perkara ini
penting untuk semua pihak iaitu para pendidik, ibubapa mahupun pelajar.

Sebagai langkah ke arah pencapaian matlamat pendidikan negara Kementerian


Pelajaran yang berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Negara telah melaksanakan dan
mewartakan beberapa peraturan dan perundangan dalam pendidikan bagi menghasilkan
sebuah sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia.

Dalam usaha menjadikan matlamat pendidikan menjadi satu realiti, disiplin pelajar
di sekolah menjadi satu perhatian, bagi melahirkan insan yang berakhlak dan beretika.
Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah mempunyai perkaitan rapat dengan
kesempurnaan disiplin pelajar. Pelajar yang berjaya dalam segala bidang kehidupan
seringkali terdiri daripada mereka yang berdisiplin. Pelajar yang berdisiplin juga menjadi
pengasas ke arah pembentukan masyarakat yang berdisiplin, berkebolehan dan harmonis.

Kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum sukar dicapai apabila kemudahan asas


yang diperlukan tidak mencukupi. Begitu juga dengan kecemerlangan keceriaan fizikal
sukar dicapai apabila pelajar-pelajarnya tidak berdisiplin dan sering merosakkan
kemudahan yang ada. Justeru bagi menuju kecemerlangan, usaha dan tindakan yang
menyeluruh adalah perlu. Bagi memastikan disiplin sekolah berada dalam keadaan baik
dan terkawal perlulah diuruskan mengikut program peningkatan disiplin yang dirancang.

5
Bagi memastikan disiplin sekolah selaras dengan keperluan bidang pendidikan,
sesebuah sekolah diperlukan untuk membentuk jawatankuasa yang bertanggungjawab
terhadap perancangan membentuk disiplin pelajar, mengambil tindakan ke atas pelajar
yang melakukan kesalahan dan kursus motivasi bagi membentuk akhlak pelajar. Antara
jawatankuasa yang perlu dibentuk termasuklah Jawatankuasa Pelaksana dan Bertindak
Sekolah, Jawatankuasa Hal Ehwal Murid, Jawatankuasa Disiplin, dan juga Jawatankuasa
Pengawas sekolah.

Antara sistem disiplin lain yang boleh diambil oleh sesebuah organisasi sekolah
adalah pelaksanaan sistem merit-dimerit terhadap pelajar, yang bertujuan supaya pelajar
sentiasa berkelakuan baik di sekolah dan bilik darjah dan secara langsung akan
mengurangkan masalah disiplin dalam kalangan pelajar. Penggunaan borang kawalan
kelas yang digunakan oleh setiap guru mata pelajaran, perkhemahan dan ceramah motivasi
serta mengadakan kelas keagamaan dapat membantu mengurangkan permasalahan disiplin
pelajar. Ia juga bertujuan mengawal masalah disiplin pelajar dan membentuk sahsiah
pelajar supaya masalah sosial dapat dibendung.

Disiplin sekolah yang baik dan sempurna akan menghasilkan beberapa faedah
kepada guru dan pelajar terutamanya dalam melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran. Pengajaran dapat dijalankan secara lancar dan teratur dan pembelajaran
dapat dilangsungkan dalam suasana yang tenang. Keselamatan para pelajar dapat dijamin
kerana setiap murid mematuhi peraturan. Kemalangan yang berlaku terutamanya dalam
makmal dan bilik darjah dapat dikurangkan di samping dengan disiplin yang ada dapat
memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar.

Dalam proses pencapaian matlamat pendidikan negara ia bergantung kepada iklim


sekolah yang kondusif kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Ini menyebabkan
pihak kementerian pendidikan sentiasa memberi penekanan kepada usaha pengukuhan
disiplin pelajar dengan menyediakan pelbagai panduan, peraturan, dan dasar disiplin yang
dikuatkuasakan di sekolah-sekolah. Namun demikian kewujudan fenomena semasa yang
menunjukkan pertambahan pelanggaran disiplin menimbulkan pelbagai pertanyaan umum

6
tentang keberkesanan dan kesesuaian dasar dan peraturan yang digunakan dalam
pengukuhan disiplin di sekolah.

Perkara tatatertib yang dianggap berat dan menyalahi disiplin sekolah adalah
menjadi ahli dalam pertubuhan haram, membawa senjata merbahaya dengan tujuan jahat,
memukul atau mengancam guru, guru besar ataupun pengetua, melanggar peraturan dan
undang-undang yang ditubuhkan oleh sekolah dan Pejabat Pelajaran, sengaja merosakkan
harta sekolah, persendirian dan pelajar lain, mengancam pelajar, mengisap rokok serta
mengambil dadah. Selain itu pelajar yang sengaja menimbulkan perkara sensitif dengan
tujuan untuk menimbulkan huru hara dan perbalahan kaum juga merupakan salah satu
kesalahan tatatertib yang berat.

Oleh yang demikian badan disiplin yang dibentuk mestilah bergerak selari dan
seiring dengan badan-badan lain yang wujud di sekolah. Ini kerana pencapaian seseorang
pelajar dalam sesuatu bidang baik di bidang akademik atau bukan akademik bergantung
kepada tahap disiplin itu sendiri. Rasional pembentukan disiplin di sekolah sama
pentingnya dengan penyebaran ilmu pengetahuan. Oleh itu badan disiplin harus bergerak
dalam bentuk yang terancang dan sistematik. Guru hendaklah benar-benar memahami
bahawa mereka bertanggungjawab untuk memelihara disiplin sesebuah sekolah. Guru
besar dan guru penolong juga perlu mengetahui dan memahami segala Ordinan atau Surat
Pekeliling atau Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran yang berkaitan kelakuan dan
disiplin di sekolah-sekolah.

Dalam usaha menangani masalah disiplin di sekolah pelbagai program telah


diadakan seperti Program Sifar Bistari yang dilakukan unit disiplin sekolah-sekolah pada
tahun 2001 yang bertujuan untuk mengurangkan masalah ketidakhadiran dan ponteng
sekolah sehingga ke tahap yang minimum. Matlamat utamanya adalah untuk
menghapuskan dan mengurangkan masalah ini demi menjayakan misi dan visi sekolah
selaras dengan matlamat pendidikan negara. Unit disiplin di sekolah juga digalakkan
untuk mengadakan bulan khas untuk ‘Bulan Disiplin’ yang disasarkan kepada setiap
pelajar. Rasional Bulan Disiplin ini adalah kemantapan disiplin pelajar yang memerlukan

7
satu program yang lebih sistematik serta berakhlak dan berdisiplin sebagai satu aspek
kehidupan bagi mengawal sosial yang menjamin keharmonian dan kesejahteraan hidup.

Selain itu pada tahun 2006 Jemaah Menteri telah meluluskan Memorandum
Kementerian Pelajaran Malaysia bagi menangani masalah salah laku murid dan
meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM6.1 juta setahun. Kementerian Pelajaran
Malaysia telah mengambil langkah proaktif untuk menangani masalah disiplin murid
dengan menubuhkan Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin Murid dan
Sekreteriat Tetap Menangani Gejala Salah Laku Murid bagi menyelaraskan segala
tindakan disiplin yang hendak dilaksanakan. Selain itu usaha menangani masalah ini
diperkukuhkan dengan penubuhan 4 Jawatankuasa Bertindak iaitu Jawatankuasa
Bertindak Menangani Isu di Sekolah, Jawatankuasa Bertindak Dalam Aspek Perundangan
dan Penguatkuasaan, Pendekatan Psikologi dan Kesihatan serta Jawatankuasa Dalam
Pendekatan Kemasyarakatan.

Menerusi Jawatankuasa Bertindak yang telah diwujudkan, KPM akan melaksanakan


pendekatan secara holistik bagi menangani gejala disiplin pelajar. KPM akan
memperhebatkan Kempen Anti Buli, Kempen Anti Ponteng, kempen untuk meningkatkan
penglibatan ibu bapa dalam PIBG dan Kempen Pencegahan Salah Laku. KPM juga akan
mewartakan Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) yang baru dan mencadangkan pindaan
terhadap undang-undang kecil di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)
berhubung pengeluaran lesen dan pengenaan syarat-syarat ke atas kafe siber, Akta Polis
1967 (Akta 344) dan Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611).

Objektif utama pelaksanaan disiplin di sekolah adalah untuk melahirkan dan


membentuk pelajar yang berdisiplin dan bertanggungjawab serta peka terhadap peraturan
dan undang-undang sekolah. Ia juga adalah untuk melahirkan seorang ahli masyarakat
bertatasusila, bersatu padu, demokratik adil, liberal serta progresif. Selain itu untuk
melahirkan pelajar yang mengenal dan menilai diri sendiri serta rasional dan bijaksana. Di
samping itu disiplin dilaksanakan untuk melahirkan pelajar yang menyayangi dan
menghormati diri sendiri serta alam sekitar, membentuk pelajar yang bersemangat tinggi,

8
berilmu, berketarampilan serta menjadikan sekolah sebagai pusat menuju ke arah
kecemarlangan hidup.

Disiplin yang dibentuk juga mewajibkan setiap kelas menyediakan sudut disiplin
yang dilengkapkan dengan peraturan-peraturan dan undang-undang yang dikeluarkan oleh
badan disiplin serta pekeliling-pekeliling dari Kementerian Pendidikan dan Jabatan
Pendidikan berkaitan dengan peraturan dan notis tertentu. Selain itu borang perjanjian
juga harus ditandatangani oleh pelajar yang masih mengulangi pelanggaran disiplin.
Borang ini merupakan bukti untuk penguatkuasaan dan tindakan seterusnya serta
mengelakkan sebarang tindakan yang diambil dipertikaikan dan juga jaminan supaya
pelajar tidak mengulangi kesalahan disiplin lagi. Ia disaksikan oleh penjaga pelajar
sendiri.

Sekolah perlulah melakukan penguatkuasaan disiplin secara tegas dan berterusan.


Usaha yang berterusan perlu dilakukan termasuk mengukuhkan, memperjelas dan
menentukan kebolehgunaan surat-surat peraturan dan pekeliling yang berkaitan sejajar
dengan perubahan-perubahan persekitaran dan masa. Sistem pengurusan disiplin di
sekolah juga perlu berkesan dan ini meliputi rekod individu pelajar, rekod pelanggaran
disiplin serta hukuman dan ganjaran. Sifat berdisiplin, akhlak yang mulia, budi yang
pekerti serta patuh kepada ajaran agama semuanya perlu di semai dari rumah lagi.
Seterusnya dipupuk di sekolah dan di semarakkan oleh masyarakat. Ibubapa sendiri
perlulah menjadi teladan yang terbaik kepada anak-anak. Sekolah dan masyarakat juga
perlu sama-sama mewujudkan suasana yang positif kepada perkembangan jati diri para
pelajar yang meningkat remaja dan dewasa.

Jelaslah masalah disiplin pelajar ini akan hanya dapat dibendung jika semua pihak
yang terbabit memainkan peranan masing-masing. Sebenarnya terdapat beberapa pihak
yang perlu bertanggungjawab tentang masalah disiplin ini termasuklah para pelajar
sendiri, para guru, ibubapa, masyarakat serta kerajaan.

9
3.2 PERATURAN DALAM PENDIDIKAN

Selain pelaksanaan disiplin, pihak kementerian juga telah membuat peraturan-


peraturan yang perlu dipatuhi oleh setiap sekolah. Dengan kuasa yang diperuntukkan
dalan Akta Pendidikan 1996 Menteri telah meggubal peraturan-peraturan yang dinamakan
Peraturan-peraturan Pendidikan yang mula berkuatkuasa pada 1 Januari 1998.

Tujuan peraturan ini dilaksanakan adalah untuk mengawal tingkah laku dan
melicinkan perjalanan hidup warga sekolah supaya proses pembentukan jati diri dan
pendidikan berjalan lancar tanpa ada sebarang gangguan. Ini kerana sekiranya terdapat
gangguan dalam sistem pendidikan menyebabkan sistem pendidikan yang dirancang tidak
dapat dijalankan dengan teratur dan secara tidak langsung ia juga membantutkan usaha
pembentukan nilai-nilai murni. Usaha pembentukan nilai-nilai murni ini adalah penting
bagi para pelajar untuk menghadapi situasi sebenar dalam alam kehidupan yang sebenar.

Antara peraturan yang terdapat dalam sesebuah sekolah termasuklah,yang terdapat


dalan Surat Pekeliling Ikhtisas iaitu berhubung dengan garis panduan dan peraturan-
peraturan sekolah yang berkaitan dengan perawakan pelajar dan juga peratuaran dari segi
kurikulumnya sendiri. Dari segi tujuan peratuaran itu sendiri adalah untuk membentuk
keperibadian pelajar untuk melahirkan warganegara yang bertanggungjawab sesuai
dengan prinsip Rukun Negara dan bersesuaian dengan matlamat pendidikan negara. Selain
itu peraturan juga bertujuan untuk melatih pelajar untuk mematuhi undang-undang,
peraturan-peraturan dan kawalan-kawalan dan juga arahan secara bertanggungjawab.

Tujuan peraturan ini jelas untuk membentuk peribadi dan tingkah laku pelajar
bersesuaian dengan prinsip Rukun Negara dan juga Falsafah Pendidikan Negara. Ianya
juga adalah untuk proses penyediaan para pelajar dalam hubungan mereka dengan
masyarakat dan negara. Bagi melahirkan rakyat yang taat setia kepada raja dan negara dan
juga bagi memupuk semangat cintakan tanah air, peraturan yang ada berperanan penting
dalam membentuk dan memenuhi prinsip Rukun Negara yang kedua. Prinsip Rukun
Negara haruslah dipamerkan di dinding sekolah dan diikrarkan dalam perhimpunan Hari

10
Kebangsaan. Sementara itu lagu Negaraku dan bendera dikibarkan dalam perhimpunan di
sekolah. Langkah ini diambil untuk membangkitkan semangat kebangsaan dalam
kalangan pelajar dan juga guru sendiri.

Bagi membentuk pelajar yang beretika dan berakhlak peraturan untuk pelajar itu
sendiri telah dirangka. Ini termasuklah etika pemakaian pakaian seragam sekolah, rambut
pelajar, termasuk lelaki dan pelajar perempuan, kasut, tudung dan sebagainya. Bagi pelajar
lelaki diwajibkan berpakaian seragam kemeja putih, seluar panjang biru tua, sarung kaki
dan kasut kanvas warna putih. Pelajar wanita pula diwajibkan memakai pakaian baju
kurung pesak, kain biru tua, sarung kaki tanpa corak dan kasut kanvas warna putih.
Pemakaian bagi pelajar muslim dan pelajar bukan islam ada perbezaan iaitu bagi pelajar
bukan islam mereka boleh memakai pakaian pinafore biru tua dan baju putih dan bagi
pelajar muslim pula digalakkan memakai tudung/ telekung dan songkok untuk lelaki.

Pemakaian pakaian seragam sekolah ini telah ditetapkan oleh pihak kementerian
dan seseorang murid tidak boleh memakai pakaian yang menyalahi peraturan pemakaian
seragam sekolah. Perkara ini terkandung dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/1993
berhubung dengan pakaian seragam sekolah. Surat Pekeliling ini dikeluarkan dengan
tujuan untuk menegaskan bahawa pihak sekolah tidak dibenarkan sama sekali
menyimpang daripada peraturan yang telah ditetapkan mengenai pakaian seragam sekolah
ataupun menggunakan peraturan sendiri. Surat Pekeliling Ikhtisas yang dikeluarkan
berhubung dengan pemakaian seragam termasuklah dalam Surat Pekeliling Ikhtisas
3/1983, pindahan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/1985 dan juga Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil.3/1992 bagi pemakaian telekung dan tudung untuk pelajar islam.

Bagi golongan guru pula hendaklah kelihatan kemas dan sesuai semasa bertugas di
sekolah. Golongan ini tidak dibenarkan memakai selipar dan baju T walaupun pada waktu
petang semasa berada di sekolah. Selain itu pemakaian pakaian formal juga diwajibkan
ketika berlangsungnya majlis-majlis rasmi sekolah. Bagi rambut pula guru lelaki adalah
dilarang untuk mempunyai potongan rambut yang melebihi kolar baju dan haruslah

11
kelihatan kemas kerana guru merupakan contoh yang paling dekat kepada pelajar semasa
berada di sekolah.

Selain itu dalam Peraturan-Peraturan Sekolah, (Sekolah Rules) yang bertulis untuk
murid-murid yang diwujudkan oleh tiap-tiap sekolah ialah setiap sekolah hendaklah
mempunyai peraturan sekolah masing-masing secara bertulis dan mengandungi maksud
yang jelas dan setiap pelajar mestilah mengetahuinya. Peraturan sekolah ini hendaklah
dipamerkan di tiap-tiap kelas, bilik guru dan juga papan kenyataan sekolah. Pengetua atau
guru besar perlu pandai menarik perhatian pelajar akan peraturan-peraturan sekolah yang
digubal itu. Selain itu, para pengawas sekolah atau ketua pelajar mestilah benar-benar
memahami tugas dan tanggungjawab mereka serta tindakan pengawas mestilah mendapat
sokongan dari semua guru-guru. Mereka juga perlu faham bahawa perlantikan mereka itu
bertujuan untuk membantu sekolah dalam memelihara tatatertib.

Bagi sekolah yang tidak mempunyai peraturan sekolah yang bertulis ataupun bagi
sekolah yang mempunyai peraturan bertulis tetapi tidak lengkap dan teratur, misalnya
tidak mempunyai tajuk untuk tiap-tiap perkara, guru-guru besar dan pengetua hendaklah
mengambil langkah untuk meneliti semula dan memperbaharui peraturan sekolah mereka.
dan untuk panduan itu satu senarai perkara-perkara yang patut ditimbangkan mengikut
keadaan sekolah. Guru Besar juga boleh menimbangkan perkara-perkara lain yang tidak
ada dalam senarai mengikut sekolah masing-masing.

1Selain itu, di sekolah juga terdapat peraturan-peraturan lain seperti peraturan-


peraturan khas untuk asrama, perpustakaan dan bilik mata pelajaran praktikal. Pihak
sekolah perlu menyediakan peraturan-peraturan khas untuk asrama dan perpustakaan
serta pengajaran semua mata pelajaran praktikal dalam bilik seperti Bengkel Seni
Perusahaan, Bilik Sains Rumah Tangga, Bilik Makmal Sains, Dewan Pendidikan
Jasmani dan lain-lain.

Bagi mengelakkan sebarang perkara berlaku terhadap pelajar semasa berada di


sekolah pihak kementerian telah menetapkan peraturan yang harus diikuti. Antaranya
berhubung dengan kawalan keluar masuk kawasan sekolah iaitu hanya ibubapa dan

12
penjaga sahaja yang dibenarkan membawa keluar pelajar sekiranya berlaku kecemasan
dengan mengisi borang kebenaran yang harus diberikan kepada guru disiplin mahupun
guru bertugas. Selain itu bagi penglibatan pelajar yang melibatkan aktiviti luar yang
dianjurkan oleh pihak sekolah, Jabatan Gabungan Pelajaran Daerah, Bahagian, Jabatan
Pelajaran Negeri serta Kementerian Pelajaran Malaysia mahupun pihak swasta atau badan
NGO, ibubapa haruslah menandatangani surat kebenaran untuk megikuti aktviti tersebut.

Kurikulum di sekolah-sekolah juga mempunyai sistem peraturan yang tersendiri


yang perlu dipatuhi oleh sesebuah institusi pendidikan. Dari segi peraturan dalam
kurikulum pihak kementerian telah menggariskan peraturan yang perlu dipatuhi iaitu
seperti yang terdapat dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan)
1997 berkuat kuasa pada 1 Januari 1998 . Dalam peraturan ini telah dinyatakan bahawa ia
dijalankan berdasarkan kuasa yang terdapat dalam seksyen 18 dan 130 Akta Pendidikan
1996. Antara kandungan peraturan ini termasuklah penggunaan kurikulum kebangsaan
yang bermaksud program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan
kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai unsur
kebudayaan dan sistem kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid
sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi.

Selain itu peraturan pendidikan ini juga menyatakan penggunaan kurikulum


pendidikan bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi mata pelajaran
yang teras iaitu Bahasa Kebangsaan, Bahasa Inggeris, Matematik, Bahasa Cina untuk
sekolah jenis kebangsaan cina, Tamil untuk sekolah jenis kebangsaan tamil, Sains, Kajian
Tempatan, Pendidikan Islam untuk pelajar islam dan juga Pendidikan Moral untuk pelajar
bukan islam. Ini bertujuan untuk mewujudkan perpaduan yang merupakan syarat yang
membolehkan sesebuah organisasi dan masyarakat untuk memaksimumkan tenaga, usaha,
fikiran dan pengeluaran.

Selain itu peraturan ini dibuat untuk memupuk para pelajar agar berakhlak mulia,
lemah lembut, berbudi pekerti dan berhemah tinggi. Pemupukan ini adalah bersesuaian
dengan adat ketimuran yang beradab sopan. Akhlak yang sempurna dapat menghindari

13
jenayah daripada berlaku. Dengan penerapan nilai-nilai murni generasi akan datang akan
kekal berakhlak mulia dan bermoral. Perkara ini ditekankan dalam mata pelajaran
Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Bagi mata pelajaran Pendidikan Islam ia telah
diperluaskan bagi meliputi semua murid islam di semua kategori termasuk sekolah swasta
dan diperkukuhkan menjadi mata pelajaran teras di sekolah-sekolah.

Dalam teras pendidikan di Malaysia hanya pendidikan dalam sekolah rendah


diwajibkan dalam undang-undang. Oleh itu pengabaian keperluan pendidikan selepas
pendidikan sekolah rendah adalah tidak melanggar undang-undang. Sekolah rendah dan
sekolah menengah diuruskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia tetapi dasar yang
berkaitan dengan pengajian tinggi pula diuruskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi
Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2004. Sejak 2003, kerajaan memperkenalkan
penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran yang berkenaan dengan sains. Ini
dilakukan selaras dengan perkembangan teknologi dan keperluan pendidikan sendiri.

Selain itu dalam sistem pendidikan pelajar dari pendidikan rendah atau sekolah
rendah hendaklah pada akhir tahun persekolahan perlu menduduki ujian awam untuk
menilai prestasi murid. Ujian awam ini dinamakan Ujian Penilaian Sekolah Rendah
(UPSR). Bagi pelajar yang telah memduduki UPSR boleh melanjutkan pelajaran ke
peringkat sekolah menengah. Sementara itu di peringkat sekolah menengah pula pelajar
akan menduduki Penilaian Menengah Rendah pada masa mereka menduduki tingkatan
tiga.

Berdasarkan pencapaian PMR mereka akan dikategorikan dalam Aliran Sains atau
Aliran Sastera. Bagi pelajar yang kurang memuaskan keputusannya boleh menjalani
pengkhususan vokasional di sekolah teknik. Pada akhir tahun bagi persekolahan peringkat
menengah atas iaitu tingkatan lima para pelajar perlu menduduki peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum menamatkan pelajaran di peringkat menengah. Bagi
pelajar yang menamatkan pelajaran di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina sesetengah pelajar
dapat belajar di Sekolah Tinggi Persendirian Cina. Di sekolah ini para pelajar menduduki
peperiksaan piawai yang dikenali sebagai Sijil Peperiksaan Bersama. Pelajar dari sekolah

14
ini belajar dari tiga tahap rendah (Junior) hingga ke tahap tinggi (Senior). Setiap tahap
mengambil masa setahun.

Di peringkat pendidikan tinggi pula selepas pelajar menduduki SPM pelajar boleh
membuat pilihan sama ada memasuki Tingkatan 6 atau Matrikulasi. Di Tingkatan 6 pelajar
akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Ia terbahagi kepada
2 iaitu Tingkatan 6 Bawah dan juga 6 Atas. STPM dianggap lebih susah daripada A Level
kerana ia merangkumi skop yang lebih mendalam dan luas. Walaupun STPM diduduki
oleh mereka yang ingin menduduki universiti awam di Malaysia namun ia turut diakui di
peringkat antarabangsa. Di peringkat Matrikulasi pula pelajar mengambil program selama
satu atau dua tahun pengajian. Akan tetapi program pengajian bagi Matrikulasi dan
Tingkatan 6 adalah memainkan peranan yang sama iaitu untuk kelayakan universiti.

Pengajian tinggi seperti universiti juga tidak terlepas daripada kawalan peraturan
dan perundangan pendidikan yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian. Pada tahun
2004 kerajaan telah menubuhkan Kementerian Pengajian Tinggi untuk mengawasi
pendidikan pengajian tinggi. Kementerian ini dipimpin oleh Mustapa Mohamed. Bagi
membolehkan semua pelajar boleh mendapat pendidikan sehingga ke peringkat tinggi
kerajaan pada tahun 2002 telah mengurangkan pergantungan kuota kaum bagi
memberikan perhatian kepada meritokrasi. Para pelajar juga telah diberi kebebasan untuk
ke institusi pengajian swasta bagi pendidikan peringkat tinggi.

Selain daripada kurikulum yang diwajibkan kegiatan kokurikulum juga ditekankan


iaitu penyertaan pelajar dalam sukan dan permainan, kelab dan persatuan, badan
beruniform dan kegiatan lain sebagaimana yang ditetapkan oleh pihak kementerian. Bagi
penglibatan pelajar semua pelajar sekolah diwajibkan mengambil bahagian dalam kegiatan
kokurikulum. Ketidakhadiran pelajar dalam kegiatan kokurikulum dianggap sebagai
ponteng sekolah. Semua pelajar diwajibkan mengambil bahagian dalam gerak kerja
pasukan berpakaian seragam, persatuan atau kelab dan juga sukan dan permainan.

15
Peraturan Ordianan Pelajaran 1952 dan Peraturan Kursus Pengajian Ordinan
Pelajaran 1956 telah memperuntukkan jadual waktu untuk melaksanakan aktiviti
kokurikulum yang diberi nama Aktiviti Kumpulan. Peraturan ini jelas menggambarkan
kesungguhan kementeriam pelajaran tentang pentingnya kokurikulum, sehingga ia
dijadikan satu peraturan yang ketat. Penegasan tentang pentingnya aktiviti kokurikulum
untuk dilaksanakan di sekolah adalah dengan adanya penyelengaraan dan pelaksanaan.

Kini kokurikulum diberi nafas baru dan dititikberatkan memandangkan


pelaksanaan aktiviti kokurikulum yang berkesan akan menghasilkan sumbangan yang
positif kepada perkembangan jasmani, rohani, mental, sosial dan emosi pelajar ke arah
pencapaian matlamat pendidikan negara. Dalam kegiatan kokurikulum ini juga terdapat
peraturan yang perlu dipatuhi oleh pelajar iaitu semua persatuan dan juga kelab harus
mempunyai perlembagaan sendiri yang telah diluluskan oleh pengetua.

Selain itu sebarang lawatan sama ada di luar negeri atau dalam yang dianjurkan
oleh persatuan/kelab/pasukan pakaian seragam atau sukan dan permainan adalah dianggap
sebagai rombongan yang rasmi dan semua pelajar haruslah mematuhi peraturan sekolah
bagi mengharumkan nama sekolah. Selain itu sesebuah lawatan yang diadakan perlulah
terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dan menyerahkan maklumat atau butiran
berhubung dengan lawatan tidak lewat dari 4 minggu dari tarikh lawatan kepada pihak
sekolah dan setiap pelajar perlulah mendapatkan kebenaran daripada ibubapa sebelum
megikuti mana-mana program untuk mengelakkan kejadian tidak diingini.

Dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet tentang pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979


telah menyentuh soal aktiviti kokurikulum dengan menegaskan rasional, sebab-sebab
kegagalan serta kejayaannya melalui pelajar. Pelajar perlu didedahkan kepada kegiatan
kokurikulum secara lebih aktif serta guru pula perlu didedahkan kepada kokurikulum
apabila menjalani kursus latihan perguruan.Kementerian pelajaran mengeluarkan arahan
dengan lebih tegas tentang pelaksanaan kokurikulum di sekolah melalui Surat Pekeliling
Ikhtisas 1/1985, bertarikh 2 Januari 1985 telah menegaskan rasional dan objektif

16
pelaksanaan kokurikulum di sekolah serta saranan bidang-bidang kokurikulum yang patut
diadakan.

Peraturan yang telah dibuat bukan sahaja kepada pelajar malah kepada pendidik itu
sendiri. Dalam konteks ini pendidik telah ditetapkan oleh pihak kementerian berkaitan
dengan pengisian Buku Rekod Mengajar. Peraturan ini hendaklah dipatuhi dan
dilaksanakan dengan sepenuhnya. Dalam buku mengajar tersebut haruslah mengandungi
salinan jadual waktu persendirian termasuk analisisnya, salinan sukatan pelajaran, salinan
kertas soalan peperiksaan dan keputusan peperiksaan bagi tiap-tiap kelas yang diajar oleh
guru tersebut. Pada setiap hujung minggu, Buku Rekod Mengajar yang telah diisi untuk
minggu berikutnya hendaklah diserahkan kepada guru besar. Buku Rekod Mengajar
merupakan hak sekolah dan guru haruslah menyerahkan kepada pejabat sekiranya guru
tersebut bercuti panjang atau bertukar ke sekolah lain.

Selain itu jadual, sukatan pelajaran dan jadual waktu atau catatan dalam buku
rekod atau salinan-salinannya yang ditulis dalam bahasa lain perlu diterjemahkan dalam
bahasa kebangsaaan. Guru besar dan pengetua juga bertanggungjawab untuk
mempamerkan jadual waktu bagi suatu penggal persekolahan yang terdapat tanda tangan
yang mudah dilihat. Sebagai tambahan peraturan seseorang guru juga haruslah mengajar
mengikut sukatan pelajaran yang telah diluluskan dan suatu jadual waktu yang
diluluskan. Sekiranya terdapat guru yang mengajar murid berlainan daripada sukatan
pelajaran yang diluluskan atau jadual waktu yang diluluskan, adalah menjadi sebuah
kesalahan dan boleh didenda kerana melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak
kementerian.

Guru juga tertakluk kepada peraturan berkaitan dengan kehadiran ketika bertugas.
Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/1981 yang bertarikh 12 September 1981
menyatakan semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, kakitangan sekolah dan para
pelajar dikehendaki berada di sekolah sekurang-kurangnya lima minit sebelum sesi
persekolahan bermula. Adalah menjadi tanggungjawab para guru untuk mengamalkan
ketepatan masa itu sepanjang waktu bertugas di sekolah. Ketepatan masa juga bermakna

17
seseorang guru hendaklah mengikut jadual pengajaran dan tidak dibenarkan meninggalkan
kelasnya ataupun kawasan sekolah. Peraturan ketepatan masa dikenakan kepada semua
guru, kakitangan sekolah dan juga para pelajar.

Selain daripada kehadiran ketika bertugas pihak kementerian yang berasaskan


kepada Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah)1959 di bawah Ordinan Pelajaran
1957 telah memberikan kuasa merotan murid kepada guru. Ini juga terdapat dalam Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil.7/2003. Dalam melaksanakan hukuman rotan, pengetua atau guru
besar atau guru-guru yang diberikan kuasa haruslah sentiasa sedar bahawa merotan
sebahagian daripada proses pendidikan dan untuk mendisiplinkan, bukan sebagai alat
untuk merosakkan fizikal dan mental pelajar. Hukuman rotan di khalayak ramai di
perhimpunan atau di bilik yang sedang berlangsung proses pengajaran dan pembelajaran
adalah dilarang.

Kita sedari kini semua sekolah telah mempunyai peraturan-peraturan bertulis yang
tersendiri berdasarkan kepada Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan dan Akta
Pelajaran 1961 serta Akta Pendidikan 1996. Peraturan yang terdapat di sekolah
berpandukan kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.9/1975 yang mengarahkan pengetua dan
guru besar meneliti semula dan memperbaharui peraturan-peraturan sekolah mereka.
Dalam proses penyediaan peraturan-peraturan sekolah ini pengetua dan juga guru besar
hendaklah mematuhi Ordianan Pelajaran yang sudah dikatakan, dan juga Pekeliling-
pekeliling ikhtisas yang lain dari Kementerian Pendidikan yang berkaitan.

Selain daripada itu pengetua dan guru besar hendaklah sedar walaupun peraturan
dibuat di sekolah namun Perlembagaan Persekutuan boleh membatalkan peraturan yang
sekolah sediakan sekiranya ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Sebagai
contoh perkara yang berlaku di sebuah sekolah di Serting Negeri Sembilan pada 6 Ogos
1999 berkenaan Surat Pekeliling Ikhtisas 3/1983 tenteng pemakaian pakaian seragam
sekolah yang dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi Seremban kerana terdapat peraturan di
sekolah yang bertentangan dengan apa yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan.

18
3.3 PERUNDANGAN DALAM PENDIDIKAN

Dalam bidang perundangan pula ia telah dirangka bagi menentukan tahap


pendidikan berkualiti bertaraf dunia dan seterusnya dapat memenuhi keperluan dan
cabaran pendidikan pada alaf baru. Sama seperti pengurusan disiplin dan peraturan yang
dilaksanakan pihak kementerian juga telah mengambil inisiatif untuk membuat beberapa
perubahan berterusan dalam pendidikan termasuk mewartakan perundangan pendidikan
yang telah dikeluarkan pada tahun 1996 dan 1997.

Seiring dengan perkembangan dunia pendidikan pelbagai cabaran dan rintangan


perlu diharungi terutamanya bagi golongan pendidik. Cabaran utama adalah
tanggungjawab mereka sendiri sebagai pendidik di samping dengan cabaran dari ibubapa
yang kebelakangan ini begitu mudah memgambil tindakan mahkamah terhadap pendidik
apabila berlaku sesuatu kes. Warga pendidik sekarang merasakan profesion yang diceburi
terdedah kepada pelbagai risiko dan liabiliti.

Antara akta yang telah diwartakan oleh pihak kementerian termasuklah Akta
Pelajaran 1961 dan Akta Pendidikan 1996. Akta Pendidikan 1996 merupakan suatu akta
untuk mengadakan bagi pendidikan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
Akta ini merangkumi skop pendidikan yang lebih luas berbanding peraturan dan disiplin
pendidikan. Ianya meliputi semua kategori sekolah, yang mengamalkan sistem pendidikan
kebangsaan.

Tujuan akta ini adalah untuk menjamin kualiti di dalam sistem pendidikan. Akta ini
mengawal selia usaha ke arah mempertingkatkan dan meninggikan kualiti pendidikan di
peringkat pra sekolah, pendidikan guru, pendidikan khas, pendidikan swasta dan
pendidikan teknikal. Di samping itu melalui Akta Pendidikan 1996 ini penekanan dibuat
bagi membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai-nilai murni
selaras dengan perkembangan dunia yang berdaya saing tinggi bersifat global dan
memfokuskan teknologi maklumat. Di bawah akta ini kedudukan bahasa Inggeris sebagai

19
bahasa kedua juga diberi penekanan dan pengajaran bahasa-bahasa asing yang lain juga
digalakkan. Akta ini telah dikuatkuasakan pada 1 Januari 1998.

Akta Pendidikan 1996 merupakan lanjutan dan pembaharuan daripada Akta


Pelajaran 1961. Walaupun Akta Pendidikan 1996 merupakan perundangan yang baru ia
menampilkan kesinambungan kepada hasrat dan dasar pendidikan yang sedia ada. Ia
berpaksi kepada perakuan-perakuan utama Penyata Razak 1956 yang menjadi asas dasar
pendidikan kebangsaan selama ini. Akta baru ini juga banyak mengekalkan peruntukkan
yang masih relevan daripada Akta Pelajaran 1961.

Falsafah Pendidikan Negara telah dijadikan landasan Akta Pendidikan yang digubal
setelah mengambilkira aspirasi semua pihak. Dalam Akta Pendidikan konsep sistem
pendidikan kebangsaan dimantapkan dengan meliputi semua peringkat persekolahan dari
peringkat pra sekolah sehingga ke peringkat pendidikan tinggi, dan meliputi semua
kategori sekolah, iaitu sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah swasta.

Kedudukan Bahasa Kebangsaan juga diperkukuhkan dengan memperuntuknya


sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan. Ini diperkuatkan
lagi dengan menjadikan bahasa tersebut sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di semua
sekolah dan institusi pendidikan. Ini juga merupakan salah satu usaha yang digunakan
oleh pihak kementerian untuk membina negara bangsa melalui pendidikan bagi
melahirkan pelajar yang memiliki jati diri yang kukuh, patriotik berpegang teguh kepada
ajaran agama dan nilai moral, hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang,
demokratik, liberal, bertolak ansur serta berfikiran dan berbudaya saintifik.

Kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi negara telah termaktub dalam
Fasal 152 Perlemabagaan Persekutuan Malaysia dan Akta Bahasa Kebangsaan 1967 selain
termaktub dalam Akta Pendidikan 1996.
”Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa
tulisan sebagaimana yang diperuntukan dengan undang-undang oleh Parlimen:
Dengan syarat bahawa;

20
a) Tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (bagi
apa-apa maksud, lain daripada maksud rasmi), atau daripada mengajar atau
belajar apa-apa bahasa lain,
b) Tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menyentuh Hak Kerajaan Negeri
bagi memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-
mana kaum lain dalam Persekutuan.’’
(Perlembagaan Persekutuan)

Akta Pendidikan 1996 juga telah memperuntukan penggunaan sistem kurikulum


yang sama dalam semua jenis dan kategori sekolah dan wajib digunakan oleh semua
pihak. Kurikulum kebangsaan yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) Akta Pendidikan
hendaklah menentukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperolehi
oleh murid-murid pada akhir tempoh persekolahan masing-masing dan hendaklah
termasuk mata pelajaran teras dan apa-apa mata pelajaran yang lain.

Selain itu murid-murid dari semua jenis dan kategori akan disediakan dengan
sistem peperiksaan yang sama. Ini adalah untuk memudahkan pihak kementerian membuat
penilaian dan pengukuran yang sama tentang pencapaian pelajar sekolah dalam negara ini.
Dalam seksyen 69 Akta Pendidikan 1996 telah dinyatakn bahawa semua pihak yang
mengadakan peperiksaan awam mendapatkan kebenaran daripada Pengarah Peperiksaan.
Tujuan seksyen ini adalah untuk mengesan peperiksaan yang dijalankan oleh pihak luar
dan melindungi calon-calon daripada tertipu dan mendapat sijil atau anugerah yang tidak
diiktiraf oleh kerajaan.

Bagi pendidikan rendah pula pihak kementerian telah menubuhkan dan


menyelanggarakan dan menubuhkan tadika bagi membolehkan keluarga di luar bandar
akan berpeluang untuk mendapat pendidikan sebagai asas permulaan pendidikan rendah.
Mutu pendidikan di semua sekolah tadika juga dapat dipertingkatkan kerana tadika akan
diwajibkan menggunakan Garis Panduan Kurikulum Prasekolah yang dikeluarkan oleh
Kementerian Pendidikan. Sekolah tadika (prasekolah) boleh menerima kemasukan kanak-

21
kanak daripada 4-6 tahun dan setakat ini sebahagian besar sekolah kebangsaan telah pun
mempunyai kelas prasekolah.

Dalam pendidikan rendah wajib iaitu bermula daripada darjah satu, Menteri
melalui perintah yang disiarkan dalam warta boleh menetapkan pendidikan rendah
menjadi pendidikan wajib. Tiap-tiap ibu bapa yang merupakan warganegara Malaysia
yang tinggal di Malaysia hendaklah memastikan bahawa jika anaknya telah mencapai
umur enam tahun pada hari pertama bulan Januari dalam tahun persekolahan semasa anak
itu didaftarkan sebagai murid di sekolah rendah dalam tahun itu dan terus menjadi murid
di sekolah rendah sepanjang tempoh pendidikan wajib. Bagi ibu bapa yang melanggar
subseksyen (2) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda
tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam
bulan atau kedua-duanya.

Selaras dengan penumpuan terhadap usaha membudayakan sains dan teknologi,


pendidikan teknik telah dipertingkatkan di sekolah menengah teknik dan politeknik. Akta
Pendidikan 1996 telah memudahkan sekolah vokasional ditukar kepada sekolah teknik,
manakala politeknik pula boleh mengadakan kerjasama dengan mana-mana institusi,
perbadanan atau organisasi perindustrian untuk mengendalikan kursus teknik dan
vokasional. Selain itu politeknik juga dibenarkan untuk mengadakan program berkembar
bagi kursus peringkat diploma dan ijazah dengan institusi-institusi pendidikan tinggi
samaada dalam atau luar negeri.

Dari segi pendidikan untuk guru Akta ini memperuntukan untuk mengadakan
program pendidikan guru dari peringkat sijil, diploma, dan ijazah. Bagi pendidikan swasta
juga akan dapat berkembag dengan baik dan sistematik dengan adanya peruntukan yang
spesifik bagi mengawal taraf pendidikan dan perjalanan institusi-institusi tersebut. Dalam
pada itu, institusi pendidikan swasta juga dikehendaki mengadakan pengajaran Bahasa
Kebangsaan, Pengajian Malaysia,Pendidikan Islam dan Moral untuk memupuk semangat
cintakan negara dan nilai-nilai murni.

22
Selain daripada itu Akta ini juga memperuntukan tentang kuasa kepada Pendaftar
untuk menyiasat (seksyen 136), untuk masuk tanpa waran (seksyen 137) dan memulakan
serta menjalankan pendakwaan serta kuasa untuk mengkompaun kesalahan (seksyen138).
Dalam ketiga-tiga seksyen ini, Ketua Pendaftar atau pegawai awam yang diberi kuasa
secara bertulis oleh Ketua Pendaftar atau seorang pegawai polis yang berpangkat rendah
daripada Inspektor mempunyai kuasa dalam perkara ini. Seksyen-seksyen ini akan
membolehkan Pendaftar Besar bertindak dengan lebih cepat dan berkesan terhadap pihak-
pihak yang melakukan kesalahan untuk kepentingan pengguna.

Selain itu terdapat lima rang undang-undang lain telah dibentangkan dan
diluluskan oleh Dewan Rakyat pada tahun 1995. Rang undang-undang ini termasuklah
Rang Undang-undang Pendidikan 1995,Rang Undang-undang Pendidikan Tinggi Swasta
1996, Rang Undang-undang Akta Universiti dan Kolej Universiti-AUKU (pindahan
1995),Rang Undang-undang Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996 dan Rang Undang-
undang Lembaga Akreditasi Negara 1996.

Rang Undang-undang Pendidikan 1995 dirangka sama seperti yang terdapat dalam
Akta Pendidikan 1996 yang berkaitan dengan penggunaan bahasa kebangsaan,kurikulum
kebangsaan setiap sekolah, peperiksaan awam yang hanya dikelolakan oleh Lembaga
Peperiksaan Malaysia, penekanan mata pelajaran Agama Islam, menaik taraf Sekolah
Menengah Vokasional ke Sekolah Menengah Teknik, memperluaskan dan
mempertingkatkan mutu perkhidmatan pra sekolah dan mempertingkatkan pendidikan
guru di samping menaik taraf sesetengah maktab dan universiti.

Rang Undang-undang Pendidikan Tinggi Swasta 1996 pula bertujuan untuk


meluaskan peluang pelajar untuk mendapat pendidikan tinggi di Malaysia dengan
membenarkan penubuhan kolej swasta mengikut undang-undang tertulis dalam Akta
Pendidikan 1996. Dengan penubuhan universiti dan kolej swasta akan dapat
mengurangkan bilangan pelajar yang melanjutkan pelajaran di luar negara dan ini dapat
menjimatkan pertukaran wang asing negara Malaysia. Rang undang-undang ini juga

23
membolehkan kementerian pendidikan mengawal selia penubuhan, pengurusan dan
perkembangan institusi tersebut.

Dalam Rang Undang-undang Akta Universiti dan Kolej Universiti-AUKU


(pindahan 1996) pula bertujuan untuk mengerakkan proses pengkoporatan dan
penswastaan institusi pendidikan tinggi di Malaysia serta memantapkan pengurusanya
supaya universiti menjadi salah satu pusat kecemerlangan akedemik antarabangsa. Rang
undang-undang ini merupakan pindahan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.
Antara beberapa peruntukan dalam akta ini termasuklah Kaedah-kaedah tatatertib pelajar
yang berkaitan dengan tatatertib para pelajar dan dikuatkuasakan di semua IPT.

Bagi Rang Undang-undang Majlis Pendidikan Tinggi Negara pula dirangka untuk
menentukan hala tuju dan arah perkembangan institusi pendidikan tinggi di Malaysia.
Jawatankuasa bagi Majlis Pendidikan Tinggi telah diperuntukan kuasa untuk merancang,
membentuk dan menentukan dasar serta menyelaras perkembangan pendidikan tinggi.
Sementara itu Rang undang-undang Lembaga Akreditasi Negara pula bertujuan untuk
menaik taraf dan mutu institusi pendidikan tinggi swasta dan awam serta mencapai
piawaian minimum setiap kursus yang ditawarkan.

Kelima-lima rang undang-undang ini digubal untuk memantapkan sistem


pendidikan Malaysia dengan melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan dan berupaya
memberi sumbangan kepada negara sejajar dengan Wawasan 2020. Ia juga bertujuan
untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan pusat kecemerlangan pendidikan
bertaraf dunia. Kesan daripada rang undang-undang institusi pendidikan tinggi swasta
telah membawa kepada penubuhan universiti swasta yang banyak. Antara institusi
pengajian tinggi awam yang ditubuhkan termasuklah Universiti Malaya, Universiti
Kebangsaan Malaysia dan sebagainya sementara bagi swasta pula seperti Universiti
Teknologi Petronas, Universiti Kuala Lumpur dan lain-lain.

Kewujudan perundangan dalam bidang pendidikan ini telah memberi banyak


impak kepada pembangunan pendidikan negara terutamanya dari segi perpaduan kaum

24
seperti yang terkandung dalam Akta Pelajaran 1961 yang digunakan selepas negara
merdeka serta penggunaan Akta Pendidikan 1996 yang telah diselaraskan dengan
kehendak dan aspirasi pendidikan masa kini yang ingin menjadikan pendidikan sebagai
asas pembangunan negara dari segi material dan juga emosi dan jasmani serta
intelektualisme individu.

Dengan adanya akta dan rang undang-undang yang telah dirangka ini, hasrat dan
cita-cita negara untuk menjadi sebuah negara maju dan berwawasan dapat dilaksanakan
dengan lebih berkesan, dapat melahirkan tenaga kerja dan rakyat yang mempunyai daya
inovatif dan kreatif, turut menyumbang fikiran dan tenaga dalam mencapai aspirasi seperti
mana yang termaktub dalam dalam Wawasan 2020.

25
4.0 KESIMPULAN

Usaha bagi membentuk generasi masa depan dengan peribadi dan akhlak yang
tinggi merupakan salah satu matlamat dalam pencapaian matlamat pendidikan negara.
Pembentukan disiplin, peraturan dan perundangan dalam dalam bidang pendidikan ini
telah banyak membantu dalam pencapaian matlamat pendidikan negara. Generasi yang
terdidik nanti mestilah boleh bertoleransi antara kaum dan agama.

Selain daripada itu pelajar yang dibentuk daripada pembentukan disiplin,


peraturan dan juga perundangan ini bolehlah menghormati kebudayaan kaum-kaum lain
yang terdapat di Malaysia dan menghargai kebudayaan kebangsaan. Akhlak dan peribadi
murni yang dibentuk dalam diri setiap individu terutamanya remaja atau generasi yang
akan datang akan menjadi perintis dalam membangunkan negara. Dalam usia yang muda,
pelajar atau remaja mudah terpengaruh dengan aktiviti sosial yang kurang berfaedah.

Dengan adanya Falsafah Pendidikan Negara yang menjadi pusat kepada matlamat
pendidikan negara, pelaksanaan disiplin, peraturan dan perundangan dalam pendidikan
dapat dilaksanakan dengan lancar dan mampu mencapai matlamat bagi melahirkan
warganegara yang bertanggungjawab terhadap diri, keluarga, masyarakat, dan juga negara
serta mampu menjadi insan yang sanggup menghadapi cabaran dan dugaan dalam era
teknologi yang semakin pesat selaras dengan Wawasan 2020.

26
BIBLIOGRAFI

1. Abdul Rahim M.Ali (2001) Ilmu pendidikan DPM: Pendidikan di Malaysia dan
psikologi Pendidikan (Edisi Pertama) Kuala Lumpur : Utusan publication &
distributors Sdn.Bhd.

2. Abdullah Sani Yahaya (2003) Mengurus Sekolah Bentong Pahang Darul Makmur
: Publication & distributor Sdn.Bhd

3. Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman (2008) Falsafah pendidikan dan kurikulum
(Edisi Kedua) Tanjong Malim : Quantum books(1185725-V).

4. Lembaga penyelidikan undang-undang (2008) Perlembangaan Persekutuan


Petaling Jaya Selangor : International law books services.

5. Omardin Ashaari (1996) Pengurusan sekolah, Kuala Lumpur : Utusan publication


& distributors Sdn.Bhd

6. Sheikh Othman Bin Sheikh Salim (2005) Kamus dewan (Edisi Keempat) Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

7. Mozais (2004) Peraturan sekolah,


http://www.mypendidik.net/portal/moduels.php?name=news 12 Februari 2009
17.07pm.

8. Zackram (_______) Pengurusan disiplin sekolah


http://www.scribd.com/doc/4088309/pengurusan disiplin sekolah

9. Zainul (_______) Bab 5 Membangunkan modal insan


http://www.zainul.com/pipp2.htm 18 Januari 2009 13.33pm

27

You might also like