You are on page 1of 2

Minit Mesyuarat Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Kali ke-1 SK Taman Mutiara Rini 2

Tarikh Hari Masa Tempat Kehadiran

: 16 Februari 2012 : Khamis : 1.15 petang : Bilik Mesyuarat SK Taman Mutiara Rini 2 :

1. Pn. Zubaidah binti Alias 2. Pn. Nor Hafizah binti Turin 3. En. Wan Norazwan bin W. Mohamaad 4. En. Mohamad Saipol bin Othman 5. En. Mohamad Syahid bin Sungkono 6. En. Rosman bin Edros 7. En. Mustaffa Kamal Fasya bin Muhyin 8. En. Zulkpli bin Yahya 9. Pn. Rohayu binti Kamaruddin 10. En. Lasarus anak Kalong 11. Pn. Noor Muzyantie binti Mohamed
1. Ucapan alu-aluan Pengerusi Pn. Zubaidah binti Alias 1.1. Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih di atas kehadiran semua ahli jawatankuasa pada mesyuarat kali yang pertama. 1.2. Pengerusi majlis menyatakan agenda utama pada mesyuarat kali pertama iaitu perbincangan tentang Kempen PPDa dan Sudut Keceriaan PPDa. 1.3. Kempen PPDa akan dijalankan selama seminggu.

Tindakan : AJK Kempen PPDa


2. Aktiviti PPDa ke-2 :Pertandingan Melukis Poster bagi Tahap 2 dan Pertandingan Mewarna bagi Tahap 1 2.1. Pertandingan Melukis Poster dan Mewarna akan diwakilkan kepada Panitia Pendidikan Seni untuk menganjurkan pertandingan tersebut. 2.2. Ketua Panitia Pendidikan Seni akan berbincang bersama AJK Panitia untuk mengadakan pertandingan sepanjang Kempen PPDa dijalankan.

Tindakan: Ketua Panitia Pendidikan Seni, En. Mustaffa Kamal Fasya bin Muhyin

3. Kempen PPDa dan Aturcara Majlis Kempen Anti-Dadah Pn Nor Hafizah bt Turin. 3.1. Kempen akan dijalankan bermula pada 7 Mac 2012. 3.2. Acara perasmian akan dibuat oleh En. Saipol bin Othman dengan penyediaan bendera dan basikal berhias 3.3. Ucapan perasmian akan disempurnakan oleh Guru Besar SK Taman Mutiara Rini 2 pada 5 Mac 2012 3.4. Juruacara : Ketua guru bertugas 3.5. Aturcara : 7.10 Murid-murid dan guru-guru mengambil tempat Bacaan doa Nyanyian lagu Bangsa Johor Nyanyian lagu Gemilang SKTMR 2 Lafaz ikrar Ucapan perasmian Ikrar anti-Dadah Sajak Tindakan :AJK Kempen anti-Dadah dan guru-guru bertugas mingguan

4. Program Cuma Lima Minit anti-Dadah 4.1. Program Cuma Lima Minit anti-Dadah akan diadakan pada setiap hari semasa minggu Kempen PPDa dan akan disampaikan oleh guru-guru bertugas mingguan. Tindakan :Guru bertugas mingguan 5. Sudut dan Keceriaan Papan Kenyataan PPDa 5.1. Dilakukan di kawasan tingkat 1 bangunan SK Taman Mutiara Rini 2. 5.2. Poster-poster yang akan ditampal akan dibekalkan oleh unit Bimbingan dan Kaunseling 5.3. Sumber-sumber lain juga boleh didapati di unit AADK,Penjara dan unit-unit yang berkaitan dengan anti-Dadah.

Tindakan : AJK PPDa.


6. Penangguhan mesyuarat Pn. Zubaidah 6.1. Pengerusi berharap aktiviti-aktiviti yang dirancang akan dapat dijalankan dengan baik oleh AJK PPDa dan AJK panitia yang terlibat.

Tindakan : AJK PPDa dan guru-guru yang terlibat. Mesyuarat ditangguhkan pada 2.32 petang. Disediakan oleh, ____________________________ (En. Wan Norazwan W Mohamaad) S/U Unit PPDa SK Taman Mutiara Rini 2 Disahkan oleh, ____________________________ (Pn. Zubaidah binti Alias) GPK Hal Ehwal Murid SK Taman Mutiara Rini 2

You might also like