You are on page 1of 29

NSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (IPGM), KAMPUS KOTA BHARU, PENGKALAN CHEPA,16109 KOTA BHARU, KELANTAN DARUL NAIM

PERGERAKAN ASAS (PJM 1302) KOMPONEN PERMAINAN KANAK-KANAK

NAMA : IZZAT SYAHIR BIN MOHD RAMLI (890109 01 5407) MUHAMAD AIZAT BIN LUKMAN (890405 23 5447) MOHD SYAZWAN BIN MANSOR MUTULILI (890715 02 5285) MOHD AFIZI BIN MD. ALI (890418 03 5815) AHMAD FAIZ BIN ASHARI (890525 11 5845)

UNIT : PISMP MT / PJ / BI 1 SEMESTER 2 AMBILAN JANUARI 2009

PENSYARAH : ENCIK MOHD YAZID BIN DERAMAN

ISI KANDUNGAN

BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1 TAJUK

2 MATLAMAT

3 OBJEKTIF 2

4 TARIKH

5 JANGKA MASA

6 TEMPAT

7 KUMPULAN SASARAN

8 BILANGAN PESERTA

PANDUAN PELAKSANAAN PERMAINAN JAWATANKUASA KERJA SENARAI NAMA PESERTA SENARAI SEMAK SENARAI ALATAN PROSEDUR PELAKSANAAN PERMAINAN PELAN KEDUDUKAN LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT 5

10 RUMUSAN 16

11 REFLEKSI 18

12 BIBLIOGRAFI 25

13 LAMPIRAN 26 PENGHARGAAN

Assalamualaikum.

Bersyukur kepada Allah S.W.T kerana pada akhirnya kami dapat menyiapkan tugasan ini pada waktu yang telah ditetapakan.

Kami ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada En. Yazid bin Deramann kerana telah banyak membimbing dan membantu kami untuk menyiapkan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada ibu bapa yang membantu kami dari segi moral dan kewangan. Sokongan moral mereka banyak membantu kami untuk menempuhi cabaran yang mendatang.

Tidak lupa juga kepada pensyarah-pensyarah di Jabatan Pendidikan Jasmani atas kerjasama dan budi baik mereka dalam membantu kami menyiapkan tugasan ini. Terima kasih juga kepada kawan-kawan yang telah banyak membantu kami untuk memahami soalan-soalan dan seterusnya menyiapkan tugasan ini.

Melalui kerja kursus ini banyak ilmu yang telah kami perolehi dan apa yang telah kami lakukan dapat kami ingat dengan lebih jelas. Segala yang baik itu datangnya dari Allah dan segala yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri kami sendiri.

Sekian, terima kasih.

PERMAINAN KANAK-KANAK

1.0 TAJUK PERMAINAN : Ping Ton

Kategori permainan : Jaring/ dinding

2.0 MATLAMAT

Permainan kanak- kanak ini diwujudkan adalah unutuk memenuhi syarat-syarat ujian amali PJM 3102 Pergerakan Asas. Terdapat empat jenis komponen di dalam permainan kecil pergerakan asas iaitu sasaran (target), pukulan, jaring/ dinding dan kategori serangan/ kawasan.

Permainan yang dibincangkan ini adalah dalam kategori jarring / dinding. Nama permainan ini ialah Pington iaitu gabungan antara permainan badminton dan pingpong. Permainan ini dikatakan dapat meningkatkan kemahiran pergerakan asas individu dan ia juga dapat meningkat kemahiran psikomotor, kognitif dan efektif seseorang individu itu. Selain itu, permainan ini juga dapat meningkatkan kecergasan tubuh badan dengan melakukan beberapa pergerakan asas yang merangkumi pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor.

Justeru itu, seseorang individu dapat mempraktiskan aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) yang selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

3.0 OBJEKTIF

Permainan kanak-kanak di sekolah banyak bertujuan untuk membantu murid-murid mencapai perkembangan yang menyeluruh menerusi kegiatan jasmani yang tersusun. Terdapat tiga objektif terhadap dominan perkembangan iaitu psikomotor, kognitif dan efektif.

3.1 : Bidang Psikomotor

Dapat menghasilkan kertas kerja untuk mengelola sekurang-kurangnya satu permainan kecil kategori jaringan/ dinding. Dapat melibatkan koordinasi otot-saraf,kelajuan,imbangan,kelenturan dan daya tahan secara maksimum Dapat merekacipta satu permainan kecil yang sesuai untuk murid Tahap Satu dan Tahap Dua. Dapat mengaplikasi pergerakan-pergerakan asas yang dipelajari dari subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJM 3102) ini. Dapat mengaplikasi pemahaman terhadap tahap kecergasan seperti kepantasan, ketangjasan dan kekuatan dapat dipertingkatkan.

3.2 : Bidang Kognitif Dapat belajar dan menghasilkan satu kertas kerja yang bermutu. Dapat menyelesaikan dan menyatakan langkah-langkah permainan serta peraturan permainan tersebut. Dapat membandingbeza permainan kecil yang dilakukan dengan permainan tradisional yang sebenar. Dapat mencipta satu set permainan yang sesuai dengan tahap murid yand dipilih.

3.3 : Bidang Efektif Dapat memupuk sikap berkerjasama dalam ahli kumpulan. Dapat belajar membahagikan tugasan yang diberi bagi memastikan kerja dapat diselesaikan teapt pada masanya. Dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti semangat kesukanan, semangat berkerjasama, kebolehan menyesuaikan diri dan kebolehan memimpin pasukan dalam diri pelajar. Dapat membina keyakinan dan komitmen pelajar terhadap tugasan yang diberi.

4.0 TARIKH

Amali permainan kanak-kanak ini dijalankan pada 21/10/2009.

5.0 JANGKA MASA

Jangka masa yang diperlukan untuk menghabiskan satu set permainan ialah 5 - 10 minit.

6.0 TEMPAT

Tapak permainan sepak takraw atau dewan badminton.

7.0 KUMPULAN SASARAN

Tahap 2 iaitu tahun 4, tahun 5 dan tahun 6.

8.0 BILANGAN PESERTA

Setiap kumpulan terdiri daripada 4 kumpulan. Dalam setiap permainan memerlukan 2 kumpulan.

9.0 PANDUAN PELAKSANAAN PERMAINAN

9.1 JAWATANKUASA KERJA

9.2 SENARAI NAMA PESERTA DAN KUMPULAN

PISMP MT/PJ/BI 1

BIL NAMA PESERTA 01 AZIZI BIN SAFIAI 02 MOHD MURSYIDI BIN YAHAYA 03 MUHAMMAD ARIFF BIN ARIPIN 04 WAN MUHAMMAD ANAS BIN ZAMBRI 05 NOR AFIFAH BINTI MAZLAN 06 NOORSHIDA HIDAYAH BINTI OTHMAN

07 FATIMAH ZAHRAH BINTI MAHAMUD 08 W NUR SHAIDAH BINTI W RAZALI

9.3 SENARAI SEMAK GERAK KERJA

Sebelum Mengadakan perbicangan dengan semua ahli kumpulan Melantik ahli jawatankuasa pertandingan serta senarai tugas masing-masing. Mengadakan mesyuarat perbicangan untuk merancang pertandinagan permainan kanakkanak. Membuat kertas kerja. Menghantar kertas kerja kepada pensyarah bembimbing dan diluluskan. Membuat tempahan hadiah, makanan dan membeli peralatan.

Semasa Memastikan keselamatan pemain semasa bermain. Memberi taklimat ringkas kepada pemain. Memastikan pemain berada di venue permainan sewaktu permainan hendak dijalankan. Memastikan keadaan gelanggang selamat. Pengadil mestilah berada di kawasan sepanjang permainan berlangsung.

Selepas Post mortem. Mengemas kawasan gelanggang. Menyimpan semula alatan yang digunakan. Membuat refleksi terhadap pelaksanaan permainan.

9.4 SENARAI ALATAN

Raket Ping Pong, Bola Ping Pong, Net Takraw/badminton, gelanggang takraw/badminton

9.5 PROSEDUR PELAKSANAAN PERMAINAN

9.5.1 Pelan Kedudukan Perlaksanaan Permainan

GELANGGANG PERMAINAN

*Gelanggang Sepak Takraw

KEDUDUKAN PEMAIN

SERVIS

9.5.2 Langkah-Langkah Pelaksanaan Permainan

i. Setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang pemain dan setiap pemain haruslah mempunyai raket ping pong masing-masing ii. Permainan dimulakan dengan salah seorang pemain berada di kawasan servis iii. Pemain yang melakukan servis hendaklah memukul bola ping pong dari arah bawah sahaja iv. Pasukan lawan haruslah menyambut bola ping pong dengan menggunakan raket dan perlu menimbang bola sebanyak 2 atau 3 kali sahaja sebelum menghantar kembali kepada pihak lawan v. Mata diberikan apabila bola ping pong jatuh di atas gelanggang atau pemain melakukan kesilapan sewaktu servis dan hantaran semula vi. Pertukaran servis berlaku apabila pihak lawan berjaya mematikan bola vii. Sekiranya bola ping pong terkena badan, mata akan diberikan kepada pihak lawan viii. Pemain bebas bergerak dan menentukan strategi permainan tersendiri

Langkah-langkah permainan Jaring Volley Ekstrem menurut model Binker dan Thorpe (1982)

Langkah /peringkat Penjelasan

Bentuk permainan

Nama permainan : Ping Ton Kawasan permainan : gelanggang takraw/dalam dewan badminton. Bil pemain: 4 orang sekumpulan. Alatan : gelanggang takraw, raket ping pong, bola ping pong, jaring,

Apresiasi permainan

Peraturan permainan: - pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang pelajar. - Permain perlu menghantar bola kepada pihak lawan melepasi jaring. Langkah keselamatan : - pemain memakai pakaian dan kasut sukan yang sesuai. - Memastikan gelanggang tidak licin dan bebas daripada bendasing. Pengubahsuaian permainan :

- pingpong dan badminton Variasi : - menggunakan bola pingpong menggantikan bulu tangkis. - Bola hendaklah dilantun sekali sebelum membuat hantaran ke pihak lawan. - Dalam satu kumpulan ,Pemain tidak dibenarkan melantun bola dengan raket melebihi 3 kali. Kesedaran taktikkal

Prinsip pergerakan : - koordinasi mata dan tangan - fokus kepada bola dan kedudukan lawan. - Kawalan bola - Kedudukan badan mengikut arah tuju bola.

Ruang dan masa : - Saiz gelanggang takraw - permainan akan ditamatkan selepas salah satu kumpulan telah dapat mengutip 21 mata.

Situasi semasa dan lanjut : - menggunakan taktik menyerang untuk mendapatkan mata. - Strategi mengusun ahli kumpulan - Kawalan mengimbang dan menghantar balik bola. - Menggunakan taktik menahan untuk mengelakkan pihak lawan daripada mendapatkan mata.

Kesan kelemahan : - hantaran bola ke tempat kosong dan sudut yang sukar. - Hantarkan kepada tangan lawan yang lemah.

Membuat keputusan Apa dan kenapa perlu dilakukan : - menilai situasi dalam ruang yang ada untuk menyerang - mengenalpasti ruang kosong dan tangan yang lemah untuk menghantar bola ke arah pihak lawan.

Perlaksanaan kemahiran

Prestasi Butiran mengajar: 1) teknik menyerang : teknik merejam - mengangkat tangan dan melompat dengan kedua-dua belah lutut. - Menghayunkan tangan dari depan ke belakang semasa membuat lompatan. - Merejam bola dengan menggunakan satu tangan.

2) teknik menahan : antisipasi lawan - perhatikan kedudukan pihak lawan - perhatikan kedudukan lawan lawan. - Perhatikan gerak-geri pihak lawan yang mengambil bola - Anggar perlakuan dan pergerakan bola. - Bertindakbalas daripada perlakuan pihak lawan untuk membuat keputusan.

Penilaian : - prestasi diambil kira dengan jumlah hantaran seseorang dapat dilakukan ke pihak lawan dan hadkan hantaran balik dari pihak lawan. - Jatuhkan bola dalam kawasan pihak lawan untuk mendapatkan mata.

9.5.3 Peraturan Dan Syarat-Syarat Permainan

Penyertaan Peserta terdiri daripada pelajar kumpulan PISMP MT1 Bilangan peserta dari setiap kumpulan adalah seramai empat orang

Format pertandingan Mempunyai dua set permainan (set penentuan akan diadakan jika setiap kumpulan terikat) Bola hanya dibenarkan ditimbang sebanyak tiga kali sahaja sebelum diberikan kepada ahli kumpulan yang lain atau pihak lawan. Mata dikira apabila bola yang dihantar tidak dapat diambil oleh pihak lawan, keluar daripada kawasan permainan, tidak melepasi jaring (kayu) dan kumpulan tersebut menimbang bola lebih dari tiga kali. Pengiraan mata ialah sebanyak 21 mata iaitu seperti pengiraan permainan badminton.

Pakaian Setiap kumpulan dikehendaki memakai pakaian sukan yang sesuai.

Keselamatan Jawatankuasa pengelola pertandingan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecuaian yang boleh menyebabkan kemalangan, kecederaan ataupun kehilangan harta benda sebelum, semasa dan selepas pertandingan. Permainan ini hendaklah dimainkan di kawasan yang tertutup dan dapat membolehkan bola melantun apabila melantun ke lantai. Pastikan jarak pemain antara kumpulan yang lain sesuai bagi mengelakkan kemalangan berlaku. Bola yang digunakan mestilah lembut dan tidak terlalu keras. Contohnya fit ball. Pakaian yang dipakai mestilah sesuai. ( pakaian sukan yang lengkap)

10.0 RUMUSAN

Melalui permainan kanak-kanak Ping-Ton ini, murid-murid dapat belajar beberapa kemahiran asas bagi permainan badminton dan ping-pong. Antara kemahiran asas yang dapat diterapkan kepada murid-murid ialah:

1. Kemahiran asas servis 2. Kemahiran asas memukul bola 3. Kemahiran asas menimbang bola

Melalui penerapan ini, murid-murid dapat menggunakan kemahiran asas yang dipelajari dalam permainan badminton dan ping pong.

Selain itu, permainan ini juga dapat mengeratkan hubungan sesama pelajar dan menerapkan semangat kesukanan dalam diri murid-murid. Permainan ini juga memberi peluang kepada pelajar bersaing sesama mereka. Melalui persaingan yang sihat dapat membantu murid-murid untuk meningkatkan kemahiran mereka dan sekali gus membantu mereka mahir dalam kemahiran tersebut.

Permainan ini juga memberikan keseronokan kepada murid-murid. Hal ini kerana melalui permainan ini setiap pelajar diberi peluang untuk bermain dan menentukan srategi mereka sendiri. Oleh sebab yang demikian, murid-murid akan menjadi seronok ketikan bermain dan sekali gus membantu mereka untuk menguasai keamahiran asas yang ingin diajar. Selain itu, melaui permainan Ping-Ton ini juga dapat meningkatkan konsentrasi muridmurid. Hal ini kerana murid-murid perlu menumpukan sepenuh perhatian mereka sewaktu bermain untuk menyambut hantaran daripada pihak lawan. Hal ini sekali gus dapat membantu murid-murid untuk memberi sepenuh tumpuan mereka sewaktu berada di dalam kelas. Secara keseluruhannya, permainan kanak-kanak Ping-Ton bukan sahaja dapat menjadikan belajar lebih cerdas dan sihat tetapi dapat menerapkan pelbagai kemahiran asas dan nilai-nilai murni dalam diri murid-murid.

REFLEKSI

IZZAT SYAHIR B. MOHD RAMLI Ketika proses membuat tugasan permainan kanak-kanak ini, saya telah menerima banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri saya sebagai bakal guru. Setelah membuat banyak rujukan dan perbincangan bersama rakan-rakan, saya mula lebih mengenali apa itu pergerakan asas dan permainan kanak-kanak. Saya juga mula merasai kepentingan subjek ini terhadap diri saya sebagai bakal guru. Contohnya melaui tugasan ini, saya mula memperlajari apa itu pendekatan bermain sambil belajar. Saya mula memahami bahawa kebanyakan murid belajar melalui bermain. Pembelajaran yang bermakna berlaku terutama ketika bermain. Menseimbangkan bermain dan belajar ataupun membuat kerja, menjadi rangka kerja yang penting bagi membentuk kurikulum dan persekitaran pembelajaran kanak-kanak. Pemahaman guru berkenaan teori-teori perkembangan dan pembelajaran serta interaksi kanak-kanak dengan guru dan rakan dapat membantu merancang pembelajaran melalui bermain. Semasa proses menyelesaikan tugasan ini, terdapat beberapa masalah yang sata hadapi seperti kesukaran untuk mendapatkan maklumat. Hal ini kerana buku yang dibekalkan di perpustakaan IPGM Kampus Kota Bharu tidak mencukupi. Walaupun begitu, saya tidak berputus asa dan cuba mencari maklumat-maklumat daripada sumber maklumat lain seperti di internet.

Selain itu, melalui proses membuat tugsan ini secara berkumpulan telah melatih diri saya untuk menjadi seorang yang berdisiplin. Hal ini kerana tanpa disiplin yang baik tugasan ini mungkin tidak dapat disiapkan tepat pada waktunya. Saya juga tidak boleh bergantung kepada orang lain untuk mendapatkan maklumat kerana tugasan kerja kursus pendek ini adalah tugasan wajib kami sebagai seorang pelajar. Saya juga perlu menguruskan masa sebaik mungkin agar tugasan ini dapat disiapkan tepat pada waktunya walaupun mempunyai pelbagai halangan dan rintangan.

Selain itu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya bagi menyiapkan ini terutama sekali kepada pensyarah saya yang telah banyak memberikan tunjuk ajar. Tidak dilupakan juga ribuan terima kasih saya ucapkan

kepada ahli keluarga dan rakan-rakan yang banyak membantu memberi sumbangan idea dan moral sepanjang proses menyiapkan tugasan ini.

Secara keseluruhannya, melalui proses membuat tugasan ini telah memberikan bayak faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih mencintai profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan sanggup berkorban demi agama bangsa dan negara.

MOHD AFIZI BIN MD ALI

Melalui kerja kursus ini saya dapat memahami tentang permainan-permainan kecil (invasion game) untuk murid-murid. Secara tidak langsung ianya dapat mengajar saya dengan lebih mendalam serta terperinci mengenai tentang pergerakan asas ini. Saya juga dapat berfikir dengan lebih kreatif dan kritis selepas menyiapkan kerja kursus ini. Saya mencari maklumat yang berkaitan di dalam internet, selain itu saya juga tidak lupa untuk membuat rujukan di perpustakaan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut. Saya juga bersyukur kerana mempunyai rakan sekelas yang begitu memahami serta banyak membantu dengan menyumbangkan idea dan sokongan kepada kami. Setelah semua maklumat dipecahkan kepada bahagian-bahagian tertentu, saya membuat kerja dengan begitu tekun dan sabar. Saya saling merujuk antara satu sama lain untuk memantapkan lagi kerja kursus saya ini. Dengan kerjasama pelbagai pihak, akhirnya siaplah kerja kursus ini dengan jayanya. Akhir sekali, proses terakhir ialah menyemak semua hasil yang disiapkan dengan teliti sebelum membukukan kerja kursus saya ini. Saya begitu berpuas hati dengan hasil ini kerana berjaya menyiapkannya dengan lengkap dan tepat pada masanya. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam proses menyiapkan kerja kursus saya ini. Sekian, terima kasih.

MOHD SYAZWAN BIN MANSOR MUTULILI

Saya telah menerima satu tugasan lagi yang berkaitan dengan subjek Permainan Kanak kanak daripada pensyarah saya, iaitu Encik Yazid bin Deraman.

Tugasan ini memerlukan saya membuat kertas kerja berkaitan dengan permainan kanakkanak. Kumpulan saya dikehendaki membuat untuk ketegori jaring/dinding. Tanggapan pertama saya apabila saya mendapat tugasan ini ialah tugasan ini sangat sukar. Setelah saya meneliti dan menyelidik soalan tugasan yang diberikan, barulah satu faham segala kemahuan tugasan ini dan ianya tidaklah sesukar yang saya sangkakan tetapi ianya agak mencabar. Ini kerana saya dikehendaki mencipta satu permainan kanak-kanak untuk ketegori jaring/dinding dan perlu pengelola permainan tersebut dari awal hingga akhir. Permainan ini perlu dipersembahkan kepada pensyarah dan segalanya akan dinilai oleh pensyarah.

Tugasan perancangan permainan kanak-kanak yang berdasarkan model Bhunker & Thorpe ini telah banyak memberikan pengalaman yang bermakna kepada saya. Ini kerana permainan ini telah banyak memberi saya pegetahuan mengenai sesuatu permainan. Permainan kategori jaring/ dinding yang telah saya dan rakan hasilkan, hasil daripada rujukan model tersebut banyak membantu dalam menjana idea baru terhadp permainan kanak-kanak. Selain itu, banyak perkara baru yang dapat dipelajari bermula dari penghasilan serta refleksi keseluruhan.

Melalui tugasan ini, kerjasama antara antara ahli kumpulan dapat diterapkan serta mengeratkan tali silatulrahim yang telah lama terjalin antara kumpulan di samping perhubungan di antara guru pelatih dengan pensyarah melalui kerjasama dalam menghasilkan tugasan ini dengan jayanya. Di kesempatan ini saya dari ahli jawatankuasa pertandingan permainan kanak-kanak kategori jaring dan dinding dengan sukacitanya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para pensyarah yang terlibat serta tetamu jemputan, semua ahli jawatankuasa pertandingan, peserta-pserta pertandingan serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan pertandingan ini samaada secar langsung atau tidak langsung.

Di harap dengan tugasan dan pertandingan seperti ini dapat dianjurkan pada masa akan datang. Semoga pengalaman yang diperolehi dapat memberi manfaat kepada semua ahli

yang terlibat dalam mendidik diri untuk menjadi seorang guru yang berjaya kelak.

AHMAD FAIZ BIN ASHARI

Alhamdulillah, segala puji-pujian dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah

perkenan-Nya, dapat saya melaksana dan menyelesaikan tugasan kerja khusus ini tanpa sebarang kesulitan. Segala kesyukuran dan terima kasih kepada Maha Pencipta kerana mengurniakan nikmat kesihatan yang berterusan kepada saya sepanjang melaksanakan tugasan ini.

Jutaan ucapan penghargaan terima kasih ingin saya ucapkan kepada pensyarah penasihat, En. Mohd Yazid Bin Deraman atas bimbingan, tunjuk ajar dan dorongan yang diberikan oleh beliau sebelum dan semasa tugasan ini dilaksanakan. Saya menyedari bahawa tanpa tunjuk ajar dan bimbingan puan, sudah pasti saya tidak mampu untuk melaksanakan kerja khusus ini. Tidak lupa juga kepada para pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani yang turut sedia menghulurkan bantuan tanpa mengira masa dan waktu.

Ribuan ucapan terima kasih juga ingin diucapkan kepada para sahabat seperjuangan yang sama-sama melaksanakan tugasan ini. Bantuan dan bimbingan kalian tidak akan saya lupakan.

Kepada emak, ayah dan seluruh ahli keluarga, terima kasih atas doa kalian yang tidak pernah putus. Restu dan kata-kata peransang yang diberikan membuatkan saya lebih bersemangat untuk meneruskan perjuangan dalam menimba ilmu pengetahuan di Institut Perguruan Kota Bharu ini.

Sekian,

MUHAMAD AIZAT BIN LUKMAN

Assalamualaikum. Alhamdulillah, dalam meniti masa pembabitan dalam proses

penghasilan kerja kursus ini, banyak kebaikan dapat saya perolehi. Saya dapat mengenali dan mendalami aspek permainan kanak-kanak yang berperanan membantu dalam perkembangan kanak-kanak ketika berada di sekolah yang pada mulanya saya anggap tidak penting. Namun hari ini, tanggapan yang mula berubah dan minat untuk mendalami ilmu berkaitan dengannya makin bertambah. Bermula dengan kajian tentang jenis-jenis permainan kanak-kanak yang saya kira amat unik dan menarik. Saya dapat mengetahui semua itu amat berguna untuk saya pada masa akan datang. Saya juga boleh menambah kefahaman dan pengetahuan saya dalam membantu saya membuat persediaan peperiksaan untuk semester dua ini. Di samping itu, saya juga dapat melatih diri saya berdikari dan bekerja dengan lebih berkesan dan efektif. Sikap bertanggungjawab, menepati masa, berdisiplin, bersabar dalam menghadapi masalah-masalah yang timbul dan yakin pada diri sendiri semakin membara dalam diri saya. Ini membuatkan saya sedar akan kebesaran tuhan yang mencipta saya dan melahirkan perasaan ingin lebih maju dalam hidup. Ia juga mengajar saya untuk lebih mensyukuri nikmat yang telah dianugerahkan kepada saya. Selain itu, saya juga dapat mempelajari banyak perkara baru seperti pengunaan komputer, cara-cara pembahagian masa dan jadual, berinteraksi dengan berkesan dan sebagainya. Contohnya dalam meminta pendapat pensyarah tentang hasil kerja yang telah saya jalankan. Saya mestilah pandai dalam berinteraksi dengan baik agar objektif perjumpaan dapat dicapai selain mengelakkan berlakunya kekeliruan. Diharapkan semua kerja yang telah saya jalankan dalam membantu memartabatkan bahasa Melayu mendapat keredaan tuhan.

BIBLIOGRAFI

Buucher, C. A (1993), Faudations of Physical Education and Sport (th Edision, St Louis: VC Mosby

Pangrazi dauer (1995), dynamic education For Elementery School Children ; 11th United

states of Amarica allyn and Bacon Inc

Pauline Wetton (1987) bright idea games for PE, Great Britain, Schoolantis Publications Ltd

P.Y Ramakrisnan (1998), pendidikan pergerakan Mudah, Shah Alam, Siri Pendidikan fajar bakti

Teng Boon Tong (1992), pendidikan Jasmani di sekolah rendah, Edisi Kedua, Selangor , siri Pendidikan Longman

Vasudevan T. Arasoo (1991), pengajaran Pendidikan Jasmani untuk sekolah-sekolah rendah, Selangor, siri pendidikan Fajar bakti

You might also like