You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN SEBERANG NYONYA,

KM10, JALAN KUALA KEDAH, 06600 KUALA KEDAH, KEDAH Tel : 04-7627995, Fax : 04-7627966, Email : kba2096.ppdkotasetar@gmail.com

KEDAH GEMILANG
Ruj Kami : 30/ 002/ Tarikh : 26 September 2013 Nama : (seperti lampiran berkelat ) Jawatankuasa Induk Kurikulum

MESYUARAT JAWATANKUASA KEM PEMANTAPAN AKIDAH DAN SAHSIAH MURID 2013 Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

KEDAH DARUL AMAN


2. : Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut Tarikh / Hari Masa Tempat 3. : 03 Oktober 2013 ( Khamis ) : 1.30 petang : Bilik Mesyuarat SK Seberang Nyonya

Agenda mesyuarat seperti berikut : 3.1 Aluan Pengerusi 3.2 Ucapan Penyelaras Kem Pemantapan Akidah dan Sahsiah Murid 3.3 Perincian Tugas AJK Pelaksana 3.4 Hal-hal lain 3.5 Ucapan penutup

4. Sehubungan itu, tuan dijemput hadir ke mesyuarat tersebut. Kerjasama dari pihak tuan/puan adalah diharapkan untuk menjayakan program yang dirancang dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA PENDIDIKAN CEMERLANG, KEDAH GEMILANG

Yang Menjalankan Tugas,

-----------------------------------------------------

s.k

Fail Sekolah

SEKOLAH

KEBANGSAAN SEBERANG NYONYA,

KM10, JALAN KUALA KEDAH, 06600 KUALA KEDAH, KEDAH Tel : 04-7627995, Fax : 04-7627966, Email : kba2096.ppdkotasetar@gmail.com KEDAH GEMILANG

MESYUARAT JAWATANKUASA KEM PEMANTAPAN AKIDAH DAN SAHSIAH MURID 2013

BIL 01 02 03 04 05 06 07 08 09 10 11 12 13 14 15 16 17 18

NAMA GURU

JAWATAN

TANDA TANGAN

Tn. Hj Wan Ahmad b. Wan Dan Guru Besar Pn Ozainee bt Othman PK Kurikulum Pn Raifah bt Osman PK HEM KEDAH DARUL AMAN En Mohammad b Ramli PK Ko-Kurikulum Pn Khairul Nazirah bt Mohamad Mokhtar Pn Hayati bt Hamdi Pn Sharifah bt Hj Ahmad Pn Siti Eshah bt Mohd Tahir En Amiruddin bin Ahmad En. Mohamad Asyraf b Mohamad Atteha En Jamal Huri bin Bakar En . Mahadzir bin Mat En. Zakaria bin Mohammad Ariffin Puan Roslina bin Mahmud Pn. Salina bt Hamid Pn. Intan Faizah bt Yahya Pn. Nor Salina bt Saad Cik Wan Nor Azah bt Wan Abdullah

Assalammualaikum, Kepada tuan/puan yang berkenaan, Sila tandatangan setelah menerima dan membaca Surat Panggilan Mesyuarat Jawatankuasa Panitia Pendidikan Islam yang dilampirkan bersama di belakang surat ini. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA PENDIDIKAN CEMERLANG, KEDAH GEMILANG Yang Menjalankan Tugas,

( HAYATI BINTI HAMDI ) Setiausaha Kem Pemantapan Akidah dan Sahsiah Murid,

Sk. Seberang Nyonya.

SEKOLAH KEBANGSAAN SEBERANG NYONYA KM 10 JALAN KUALA KEDAH 6600 KUALA KEDAH.

MINIT MESYUARAT KEM PEMANTAPAN AKIDAH DAN SAHSIAH MURID 2013

Tarikh Masa Tempat Kehadiran

: : : :

3 oktober 2013 1.30 petang Bilik Mesyuarat SK Seberang Nyonya Rujuk Lampiran

Agenda 1

Ucapan Pengerusi

1.1

Mengucapkan tahniah dan terima kasih atas kehadiran guru-guru kerana komitmen yang telah ditunjukkan.

1.2

Mengucapkan syabas kepada jawatankuasa pelaksana yang telah merancang Kem Pemantapan Akidah dan Sahsiah Murid

1.3

Pengerusi mengharapkan kerjasama yang baik daripada semua guru supaya program yang dirancang dapat dilaksanakan sebaik mungkin tanpa sebarang masalah.

1.4

Pihak pentadbiran sekolah berjanji akan memberikan sokongan padu kepada guruguru yang berusaha untuk memantapkan sahsiah murid-murid di sekolah ini.

1.5

Pengerusi percaya kecemerlangan akidah dan sahsiah murid akan membantu kecemerlangan sekolah dalam semua aspek

Tindakan: makluman

Agenda 2

Ucapan Penyelaras Kem Pemantapan Akidah dan Sahsiah Murid

2.1

Mengucapkan terima kasih kepada semua guru selaku jawatankuasa pelaksana Kem Pemantapan Akidah dan Sahsiah Murid yang sudi hadir pada mesyuarat ini.

2.2

Penyelaras menyatakan harapan menggunung agar kem yang dirancang ini mendapat kerjasama yang baik daripada semua guru dan murid-murid.

2.3

Penyelaras meminta semua ahli mesyuarat merujuk kepada kertas kerja Kem Pemantapan Akidah dan Sahsiah Murid.

2.4 2.5

Beliau juga menerangkan rasional dan objektif utama kem ini diadakan. Menerangkan sedikit sebanyak pengisian yang akan dijalankan dalam program tersebut.

Agenda 3

Perincian tugas AJK pelaksana

3.1

Menyatakan perincian tugas-tugas yang telah disenaraikan serta guru-guru yang bertanggungjawab ke atas tugas tersebut. Senarai AJK induk dan jawatan Kuasa kerja serta tugas-tugas boleh dirujuk pada lampiran yang diedarkan. ( rujuk lampiran ) Tindakan: Semua AJK

3.2

Menyentuh bajet yang diperuntukkan untuk makanan murid, sumbangan penceramah serta sijil penyertaan murid akan diambil daripada peruntukan yang disebutkan didalam kertas kerja.

3.3

Puan Siti Eshah memberi cadangan pihak sekolah meminta sumbangan daripada pihak luar supaya sedikit sebanyak dapat menampung kos perbelanjaan program ini.

3.4

Cadangan (perkara 3.3) sebulat suara dipersetujui oleh ahli mesyuarat.Pengerusi memaklumkan untuk program sebegini sumbangan mudah untuk diperolehi. Pihak sekolah akan berusaha mendapatkan sumbangan daripada pihak luar.

Tindakan: PK Kokurikulum, Bendahari

3.5

Penyelaras meminta agar Setiausaha mengedarkan surat pemberitahuan dan surat kebenaran menyertai kem oleh ibu bapa kepada semua peserta terlebih dahulu.

Tindakan: Setiausaha dan makluman

Agenda 4

Hal-hal lain

4.1

Pn Hayati mencadangkan guru-guru kelas Tahun 6 mula memungut yuran penyertaaan sebanyak RM5 untuk menampung kos perbelanjaan untuk makan minum

peserta dan diserahkan kepada bendahari program.Ahli Persatuan Agama Islam yang lain boleh menyerahkan wang penyertaan terus kepada bendahari program. 4.2 Penyelaras memaklumkan setiausaha akan mula mengedarkan surat pemberitahuan program kepada waris esok ( 4 Oktober 2013 ) 4.3 Pengerusi memaklumkan pihak sekolah bersetuju menjemput penceramah dari SKTaman Bersatu untuk slot Wacana Ilmu 1 dan Pegawai Pejabat Agama Islam negeri Kedah untuk slot Wacana Ilmu 2. Slot-slot lain akan dikendalikan oleh guru yang dilantik.

Agenda 5

Ucapan penutup

5.1

Berharap agar semua AJK memulakan persiapan dari awal agar sebarang masalah yang timbul dapat diatasi bersama.

5.2

Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kepada semua guru yang telah memberikan komintmen yang terbaik dan berharap agar usaha sebegini berterusan bagi memantapkan jati diri warga sekolah ini. Tindakan: makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.

Disediakan oleh:

.. ( PN HAYATI BINTI HAMDI ) Setiausaha Kem Pemantapan Akidah dan Sahsiah Murid SK Seberang Nyonya.

You might also like