You are on page 1of 6

Soalan 4 Membincangkan kepentingan KPS dan KPSB dan perkaitannya dengan kemahiran berfikir. Contoh: Memerhati daun.

Kemahiran KPS yang digunakan ialah memerhati dan mengelas dan KB mencirikan.

Kemahiran berfikir telah lama diperkenallkan dalam memantapkan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalalm kebanyakan mata pelajaran di sekolah dengan nama yang dikenali sebagai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK). Penerapan kemahiran berfikir ini amat penting selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dan (2012) mendefinisikan kemahiran berfikir sebagai merupakan proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelelesikan masalah di dalam artikelnya. Seterusnya, kemahiran proses sains asas dan bersepadu pula asas kepada perkembangan ilmu sains dan perlu diterapkan dalam kalangan pelajar sekolah. Ahli sains tidak menggunakan kaedah yang berupa step-by-step untuk menjalankan eksperimen mereka tetapi

menggunakan beberapa cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah dalam kajian saintifik (Martin et al., 2009). Kompilasi semua cara atau kemahiran yang berbeza ini untuk menyelesaikan sesuatu masalah secara saintifik dikenali sebagai kemahiran proses sains yang sering dikaitkan dengan inquiri sains (Chiappetta & Koballa, 2006) yang juga diulas oleh Fatin Aliah Phang dan Nor Athirah Tahir (2011) di dalam jurnal mereka bahawa pentingnya kemahiran proses sains asas dan bersepadu yang mampu mempengaruhi proses pembelajaran subjek sains di sekolah. Kesimpulannya, guru dan murid perlu memberi lebih perhatian kepada menjalankan proses kemahiran sains asas dan bersepadu dalam pengajaran dan pembelajran demi kebaikan akedemik murid-murid. Sewaktu melaksanakan pengajaran, guru harus menggunakan pelbagai pendekatan agar kandungan dan kemahiran dapat dikuasai oleh murid. Fenomena seperti ini akan berlaku sekiranya guru menyedari kepentingan kemahiran proses sains dan bersedia mengamalkannya semasa pengajaran di bilik darjah.

Berikut merupakan 5 situasi bagaimana kemahiran proses sains asas, kemahiran proses sains bersepadu dan kemahiran berfikir digunakan di dalam kehidupan seharian kita. Situasi 1

Seorang suri rumah bernama Kak Lisa yang baru ingin mempelajari masakan harian seperti lauk pauk dan sayur-sayuran. Kak Lisa pun menonton video di Internet untuk mempelajari cara masakan selain membeli dan merujuk kepada resipi di buku resipi oleh chef ternama Malaysia. Kak Lisa meneliti cara-cara masakan di video tersebut dan turut menulis nota kecil di buku resipi yang baru dibelinya. Kak Lisa membandingkan cara masakan di dalam video itu dan resipi yang tertulis. Setelah memahami sedikit sebanyak tentang cara masakan itu, Kak Lisa tanpa berlengah mencuba untuk memasak resipi itu di dapur. Kemahiran proses sains asas 1: Memerhati Kemahiran proses sains asas 2: Mengelas Kemahiran proses sains asas 3: Mengukur dan menggunakan nombor Kemahiran proses sains bersepadu 4: Mentafsir maklumat Kemahiran proses sains bersepadu 5: Mengawal pemboleh ubah Kemahiran proses sains bersepadu 6: Mengeksperimen Kemahiran berfikir : 1. Logik 2. Rasional 3. Membuat keputusan 4. Menyusun mengikut keutamaan

Seperti KPS, KPSB dan kemahiran berfikir yang dinyatakan di atas, ternyatalah bahawa walaupun di dapur, seseorang akan menggunakan pelbagai jenis kemahiran KPS, KPSB dan kemahiran berfikir dalam menentukan cara masakan, resipi, bahan masakan serta bagaimana untuk memasak.

Situasi 2 Seorang doktor bernama Dr.Michelle baru memulakan perkhidmatannya di sebuah hospital luar bandar. Dia mempunyai seorang pesakit bernama Pn. Faridah yang datang untuk mendapatkan rawatan kecemasan. Pn. Faridah sering pengsan dan berasa lemah badan. Dr. Michelle mendengar aduan dan simptom yang dialami oleh pesakitnya dengan teliti dan Dr. Michelle terus menulis symptom yang dialami oleh Pn. Faridah. Setelah Dr. Michelle yakin dengan diagnosisnya, dia pun menulis preskripsi ubat-ubatan untuk diambil oleh pesakitnya.

Kemahiran proses sains asas 1: Mengelas Kemahiran proses sains asas 2: Mengelas Kemahiran proses sains asas 3: Mengukur dan menggunakan nombor Kemahiran proses sains bersepadu 4: Mentafsir maklumat Kemahiran proses sains bersepadu 5: Mengawal pemboleh ubah Kemahiran proses sains bersepadu 6: Mendefinisi secara operasi Kemahiran berfikir : 1. Mensintesis 2. Rasional 3. Membuat keputusan 4. Menilai 5. Menghubungkaitkan

Dalam situasi di atas, dapat dinyatakan bahawa dalam kehidupan seharian terutama yang melibatkan dunia sains, perubatan dan kesihatan, kemahiran proses sains asas, kemahiran sains bersepadu dan kemahiran berfikir adalah terlaltu penting untuk dipandang enteng. Bayangkan betapa buruknya akibat jika Dr. Michelle tidak mensintesis dan membuat keputusan dengan rasional. Malahan, apakah nasib pesakitnya jika dia tidak mempunyai kemahiran memerhati dan mengukur dengan nombor semasa preskripsi ubat-ubatan. Hal ini, KPS, KPSB dan kemahiran berfikir amat berkait rapat dengan kehidupan seharian manusia sejagat.

Situasi 3 Seorang pelajar bernama Aminah yang berasal dari Seremban mendapat tawaran belajr ke UiTM di Kota Bharu, Kelantan. Aminah membuat keputusan untuk menaiki kapal terbang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang. Ini adalah pertama kali Aminah untuk menaiki penerbangan dan secara berseorangan. Aminah tidak tahu apa yang bakal dinantikan, lantas dia menelefon makciknya yang selalu menaiki kapal terbang untuk kerja dan percutian. Lalu, Aminah menanyakan soalan lazim seperti bagaimana untuk menempah tiket, bagaimana pula situasinya apabila sampai di lapangan terbang. Makciknya menerangkan segala prosedur di lapangan terbang dengan terperinci kepada Aminah dan dia mengambil nota supaya lebih mengingati. Aminah melakukan persiapan awal untuk menempah teksi untuk membawanya ke lapangan terbang serta membuat kiraan masa untuk sampai ke lapangan terbang dari rumahnya yang mengambil kira-kira 45 minit. Malam sebelum penerbangan, Aminah mengingati prosedur yang diterangkan oleh makciknya dalam fikirannya.

Kemahiran proses sains asas 1: Membuat inferens Kemahiran proses sains asas 2: Meramal Kemahiran proses sains asas 3: Berkomunikasi Kemahiran proses sains asas 4: Menggunakan perhubungan ruang dan masa

Kemahiran proses sains bersepadu 4: Mentafsir maklumat Kemahiran proses sains bersepadu 5: Membuat hipotesis Kemahiran proses sains bersepadu 6: Mendefinisi secara operasi

Kemahiran berfikir : 1. Membuat gambaran mental 2. Rasional 3. Menghubungkaitkan 4. Menilai 5. Membuat keputusan Berdasarkan KPS, KPSB dan kemahiran berfikir yang disenaraikan, ternyatalah kepentingan menguasai kemahiran dan nilai tersebut untuk merancang dan menjalani kehidupan seharian dengan lancar dan teratur.

Situasi 4

Ramasamy baru menghabiskan pengajian di sebuah institusi terkemuka luar negara dan dia masih tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai dengan jurusan dia iaitu kejuruteraan bioteknologi. Setelah 2 tahun mencari kerja, Ramasamy ingin berputus asa. Pada satu hari, ibunya menyuruh Ramasamy untuk ke pasar membeli beberapa barang dapur. Setelah dia ke pasar, dia mendapati longkang di situ sering tersumbat dan sistem pengairan begitu teruk sekali. Bau ikan yang hanyir sering terperangkap di udara kerana pengaliran udara yang tidak baik. Lantas, tercetus idea dia untuk memulakan suatu kaedah untuk mengurangkan longkang tersumbat dan membantu aliran udara di pasar tersebut. Ilham itu terlintas di fikiran Ramasamy kerana dia pernah melihat contoh sistem perparitan dan aliran udara di luar negara. Dia membuat keputusan untuk menyiapkan kertas kerja dan menemui pihak pengurusan pasar itu. Setelah rundingan berulang-ulang kali, akhirnya Ramasamy mendapat kerja di bawah pengurusan pasar untuk menjalankan projek penambahbaikan di pasar itu. Ramasamy mempunyai idea yang bernas yang akhirnya diterima oleh masyarakat. Kemahiran proses sains asas 1: Memerhati Kemahiran proses sains asas 2: Mengelas Kemahiran proses sains asas 3: Berkomunikasi Kemahiran proses sains bersepadu 4: Mentafsir maklumat Kemahiran proses sains bersepadu 5: Mengawal pemboleh ubah Kemahiran proses sains bersepadu 6: Mendefinisi secara operasi Kemahiran berfikir : 1. Mensintesis 2. Rasional 3. Menghubungkaitkan 4. Menilai 5. Menyelesaikan masalah Situasi di atas sering berlaku kepada majoriti graduan di Malaysia. Ikhtibar yang patut diambil adalah kepentingan untuk memerhatikan keadaan sekeliling dengan peka. Seperti Ramasamy yang mempunyai masalah mencri pekerjaan yang sesuai, beliau menyelesaikan masalahnya dengan mengadakan pekerjaan yang sesuai untuk diri dia sendiri. Dia mampu

menghubungkaitkan situasi semasa, menilai dan membuat keputusan yang bijak untuk menyediakan satu kertas kerja cadangan bagi sebuah projek penambahbaikan.

Situasi 5

Seorang peniaga pasar malam bernama Pak Abu telah dipindahkan kepada lokasi yang baru dan lain. Pak Abu berasa amat kecewa dan risau kerana lokasinya yang baru tidak pernah dia kunjungi. Namun, setelah mengadu nasibnya kepada abangnya, dia telah dinasihatkan untuk terus berusaha dan bertawakal. Hal ini, Pak Abu mengambil langkah inisiatif yang pertama untuk ke Pejabat Perniagaan Mara di bandar untuk mendapatkan kaunseling dan nasihat bagi masalahnya. Di situ, seorang pegawai telah berbincang dengan Pak Abu dan mereka telah menemui jalan penyelesaian. Pak Abu akan melawat kawasan tersebut dan membuat pemerhatian secara terperinci tentang keperluan dan kehendak masyarakat di kawasan itu. Pak Abu mengambil keputusan untuk mengunjung tapak perniagaan pasar malam di kawasan itu sebelum memulakan perniagaannya untuk mengatur strategi yang tepat. Kemahiran proses sains asas 1: Memerhati Kemahiran proses sains asas 2: Mengelas Kemahiran proses sains asas 3: Berkomunikasi Kemahiran proses sains bersepadu 4: Mentafsir maklumat Kemahiran proses sains bersepadu 5: Mengawal pemboleh ubah Kemahiran proses sains bersepadu 6: Mendefinisi secara operasi Kemahiran berfikir : 1. Mensintesis 2. Rasional 3. Menghubungkaitkan 4. Menilai 5. Menyelesaikan masalah

Situasi di atas ini sering kali berlaku kepada setiap peniaga. Mereka yang menceburi bidang perniagaan harus bersiap sedia dengan segala perubahan dari segi permintaan, kehendak, ekonomi serta lokasi. Kesimpulannya, dapat dinyatakan bahawa kemahiran proses sains asas, kemahiran proses sains bersepadu dan kemahiran berfikir bukan hanya diguna pakai dalam bidang akademik, namun amat diperlukan dalam kehidupan seharian.

You might also like