You are on page 1of 6

Wednesday, June 17, 2009

Antara dua Tok Guru: Penjelasan


dan penjernihan terhadap konsep
Kerajaan Perpaduan

Islam memimpin perubahan...dan perpaduan

SEJAK Tuan Guru Presiden, Dato' Seri Abdul Hadi Awang memperkenalkan
konsep kerajaan perpaduan, ia telah menimbulkan satu polemik seolah-olah
terdapat perbezaan pemikiran yang serius antara Tuan Guru Presiden dan Tuan
Guru Mursyidul Am, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Walhal, secara realitinya
perbezaan pemikiran dan sikap dua orang Tok Guru ini adalah mainan media
milik Umno/BN.e

Kedua-dua Tok Guru sedar akan sepak terajang politik bikinan Umno/BN kerana
kedua-duanya pernah mentadbir negeri. Kedua-dua Tuan Guru sedar bagaimana
Umno/BN telah menganaktirikan Kerajaan Kelantan dan Terengganu.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz sedar (di awal pemerintahannya) betapa peritnya
apabila Umno menghentikan bantuan subsidi input pertanian (baja) kepada para
penanam padi yang menyebabkan Kerajaan Kelantan terpaksa mengeluarkan
baja sendiri yang melibatkan kos jutaan ringgit.

Tuan Guru Abdul Hadi juga merasakan keperitan apabila wang royalti petroleum
ditarik balik oleh Umno dan digantikan dengan wang ehsan

Umno meyindir begitu hebat sekali seolah-olah kerajaan negeri Trengganu


pimpinan Tuan Guru Abdul Hadi adalah begitu miskin sekali sampai peringkat
meminta sedekah kepada Kerajaan Pusat.

Tidak mungkin kedua-dua Tok Guru lupa akan pengalaman-pengalaman pahit


ini. Ini sekadar satu contoh. Banyak lagi diskriminasi yang terpaksa dilalui oleh
kedua-dua Tok Guru semasa memegang jawatan Menteri Besar.

Kedua-dua Tok Guru yang warak dan begitu hampir dengan Allah senantiasa
memanjangkan tangan persahabatan kepada Umno atas nama perpaduan
ummah. Mereka berdua peka terhadap seruan Allah untuk ummat Islam
senantiasa berpegang kepada tali Allah (iaitu Agama Islam) dan jangan
berpecah-belah.

Tangan persahabatan dihulur dengan satu syarat yang amat penting iaitu
perbincangan mengenai penyatuan ummah Melayu mesti menjadikan al-Quran
dan As-Sunnah sebagai rujukan terpenting. Keenggangan Umno untuk
menjadikan al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan asas dalam perbincangan
mengenai perpaduan ummah yang menyebabkan persoalan berkaitan dengan
perpaduan ummah adalah persoalan yang tiada penghujungnya.

Apabila Tuan Guru Presiden melontarkan idea kerajaan perpaduan, ia


menunjukkan betapa besarnya jiwa Tuan Guru Presiden yang seolah-olah
bersedia untuk memaafkan Umno di atas segala kejahatan yang dilakukan ke atas
beliau.

Lontaran idea ini bukan sahaja kepada Umno tetapi kepada seluruh rakyat
Malaysia atas keyakinan beliau bahawa sudah tiba masanya untuk Islam (melalui
PAS) memimpin perubahan dan salah satu perubahan yang dimaksudkan ialah
kerajaan perpaduan. Hujah ini adalah selari dengan hujah Tuan Guru Mursyidul
Am.

Tuan Guru Presiden adalah ikhlas dalam mengetengahkan idea kerajaan


perpaduan. Sekiranya Umno ikhlas dalam hal ini, tindakan segera yang Umno
perlu lakukan ialah jangan bertanding dalam pilihan raya kecil Manik Urai pada
14 Julai 2009 nanti.

Sekiranya Umno terus bertanding, maka Umno yang sebenarnya berpura-pura


mengenai kerajaan perpaduan dan bukannya kedua-dua Tok Guru yang mereka
ingin lagakan.
Takrifan dan latarbelakang sejarah
Kerajaan Perpaduan dapat didefinisikan sebagai "satu kerajaan campuran yang
besar terdiri dari semua parti politik (atau semua parti politik yang penting) yang
berada dalam satu Dewan Perundangan (legislature) dan biasanya dibentuk
dalam masa perang atau lain-lain keadaan dharurat yang dihadapi oleh sesebuah
negara."

Dari takrifan ini ia memperlihatkan bahawa kerajaan perpaduan bukanlah


merupakan satu struktur politik yang kekal. Ia bersifat sementara, iaitu ia
diwujudkan dalam keadaan-keadaan yang kritikal (seperti semasa perang dan
krisis ekonomi yang meruncing) bagi menjamin kelangsungan negara itu sendiri.

Ini bermakna perbezaan pandangan antara parti yang memerintah dan


pembangkang perlu dikesampingkan. Atas dasar inilah kerajaan perpaduan
adalah sebuah kerajaan yang tidak mempunyai pembangkang.

Ia boleh menjadi satu struktur politik dan pentadbiran yang kekal sekiranya
Islam dijadikan bahan rujukan dalam segala aspek pentadbiran negara, atas
kesedaran bahawa Islam adalah satu sistem yang syumul dan paling sempurna
yang diturunkan oleh Allah untuk manusia.

Dari segi sejarahnya, penubuhan kerajaan perpaduan bukanlah sesuatu yang


baru. Ia pernah ditubuhkan di negara-negara seperti Kanada, Israel, Kenya,
Lebanon, Luxembourg, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Sebagai contoh, di UK kerajaan perpaduan telah ditubuhkan semasa Perang


Dunia Pertama dan Kedua. Semasa Perang Dunia Pertama, kerajaan perpaduan
di bawah pimpinan David Lloyd George mampu bertahan sehingga 1922.

Begitu juga semasa Zaman Kemelesetan (Great Depression) ekonomi yang


menimpa dunia, sebuah kerajaan perpaduan telah ditubuhkan di UK pada tahun
1931 antara Ramsay MacDonald, Perdana Menteri dari Parti Buruh dan Parti
Konservatif dan Liberal. Kerajaan ini bertahan sehingga 1945.

Terdapat juga contoh-contoh terkini penubuhan kerajaan perpaduan. Sebagai


contoh, Afrika Selatan. Antara 27 April 1994 dan 3 Febuari 1997, Kerajaan Afrika
Selatan telah ditadbirkan oleh sebuah perlembagaan sementara.

Fasal 88 perlembagaan sementara ini mensyaratkan mana-mana parti politik


yang mempunyai 20 atau lebih kerusi dalam Dewan Perhimpunan Nasional
(National Assembly) boleh menuntut satu atau lebih portfolio kabinet dan boleh
bergabung dalam kerajaan yang memerintah.

Kerajaan yang ditubuh ini dikenali sebagai Kerajaan Perpaduan Nasional atau
Government of National Unity (GNU). Di bawah pimpinan Presiden Nelson
Mandela, GNU berkembang dan berfungsi dengan baik.
Pada pilihan raya 27 April 1994, Parti Kongres Kebangsaan Afrika (African
National Congress) pimpinan Mandela telah memenangi majoriti kerusi di
Dewan Perhimpunan Nasional dan boleh menubuh kerajaan tanpa bantuan
parti-parti lain.

Walau bagaimanapun, dua parti lain, Parti Nasional dan Parti Kebebasan
Inkatha telah menerima pakai peruntukan GNU dan memperolehi beberapa
portfolio kabinet.

Presiden Mandela turut mengundang parti-parti lain menyertai kabinet


sungguhpun parti-parti ini tidak memperolehi 20 kerusi minima sebagaimana
yang diperlukan untuk membolehkan mereka menyertai GNU. GNU bertahan
sehingga 1999.

Contoh kedua ialah Israel. Israel merupakan negara moden yang paling banyak
menggunakan pendekatan "kerajaan perpaduan" sebagai kaedah menyelesaikan
masalah dalaman mereka.

Secara lebih spesifik, menyelesaikan pertembungan antara Parti Buruh dengan


Parti Likud. Kerajaan perpaduan yang dibentuk ialah kerajaan campuran antara
dua parti yang dominan ini. Terkini usaha-usaha sedang dijalankan bagi
menyatukan Parti Likud dengan parti Kadima.

Berbeza dengan Afrika Selatan di bawah Mandela, kerajaan perpaduan Israel


tidak menjemput parti-parti politik lain yang lebih kecil menyertai kerajaan yang
dibentuk. Kerajaan perpaduan yang dibentuk di Israel mempunyai motif politik
yang tersendiri iaitu hanya memikirkan survival bangsa Yahudi sahaja.

Halangan ke arah pencapaian


Bukanlah sesuatu yang senang untuk mewujudkan satu kerajaan perpaduan
terutamanya dalam sebuah negara seperti Malaysia di mana nilai-nilai politiknya
adalah sarat dengan nilai-nilai perkauman.

Memahami betapa terdapatnya halangan-halangan yang serius bagi penubuhan


sebuah kerajaan perpaduan di Malaysia, maka Tuan Guru Presiden menegaskan
bahawa idea kerajaan perpaduan hanya merupakan satu lontaran idea. Tidak
lebih dari ini.

Sekiranya ada pihak-pihak yang berminat, maka penerokaan yang lebih


mendalam terhadap idea ini bolehlah diteruskan. Antara perkara yang perlu
dibincang ialah bagaimana untuk mengatasi halangan-halangan yang sedia ada
bagi membolehkan idea kerajaan perpaduan dipraktikkan.

Di Malaysia, antara halangan yang wujud ialah pertama, peruntukan-peruntukan


dalam Perlembagaan dan dasar-dasar kerajaan sedia ada yang dilihat oleh
sesetengah pihak (termasuk parti politik) sebagai menghalang perpaduan.
Peruntukan-peruntukan yang dimaksudkan ialah: Islam sebagai agama
Persekutuan; hak istimewa orang Melayu; Perkhidmatan Awam (termasuk polis
dan tentera); DEB, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan lain-lain. Apakah
perkara-perkara ini perlu dipinda? Atau di mansuh?

Halangan kedua ialah sistem pilihan raya yang berteraskan first-past-the-post.


Dapatlah dihujahkan di sini bahawa sistem pilihan raya yang berteraskan prinsip
'perwakilan berkadar' (proportional representation) adalah lebih selari dengan
konsep kerajaan perpaduan.

Halangan ketiga ialah sistem Federalisme ikutan Malaysia di mana terlalu


banyak kuasa tertumpu kepada Kerajaan Pusat. Apakah ini sesuai dengan
perjalanan 'kerajaan perpaduan'?

Halangan ke empat ialah peranan Ketua Whip di Parlimen; ia perlu dipinda.


Begitu juga dengan peranan BBC. Ini adalah kerana kewujudan institusi ini
menyebabkan ahli-ahli parlimen terpaksa akur kepada keputusan partinya
sungguhpun ada ahli-ahli parlimen dari parti ini tidak bersetuju dengan
keputusan atau dasar yang dibuat oleh parti mereka sendiri.

Kerajaan Perpaduan: Peranan PAS


Atas sifat Islam amat mementingkan perpaduan, maka secara jangka
panjangnya, PAS boleh mempelopori idea kerajaan perpaduan atas usaha dan
gagasan berikut: Pertama, bergerak cergas bagi merealisasi prinsip loyal
opposition.

Kedua, mengemukakan contoh-contoh dari sejarah Islam bagi membenarkan


hujah bahawa merealisasi prinsip keadilan yang melangkaui pertimbangan
perkauman adalah kaedah terbaik mewujudkan perpaduan nasional.

Ketiga, kerajaan perpaduan perlu berpegang kepada prinsip 'pengislahan sistem


politik dan ekonomi secara progresif'.

Ke empat, pendekatan Fiqh Keutamaan (Qaradawy) sebagai rujukan asas.

Kesimpulan
Berdasarkan kepada pengalaman negara-negara yang pernah bereksperimen
dengan 'kerajaan perpaduan' memperlihatkan kepada kita bahawa kerajaan ini
bersifat jangka pendek dan hanya bertahan semasa negara sedang mengalami
suasana yang mencabar. Selepas keadaan kembali normal, ia tidak lagi relevan.

Sekiranya PAS masih berminat dengan idea kerajaan perpaduan, maka GNU
pimpinan Nelson Mandela adalah model terbaik yang boleh dijadikan sebagai
model dan perlu dikaji secara mendalam kesesuaiannya dalam konteks Malaysia.
Model ini sudah semestinya diterapkan dengan nilai-nilai Islam. Jangan juga
lupa bahawa Sahifah Madinah yang dihasilkan oleh Rasulullah (saw) sendiri
merupakan model terbaik kerajaan perpaduan.

Sumber: HarakahDaily.Net 17 Jun 2009

You might also like