You are on page 1of 7

Terdapat beberapa kaedah yang digunakan dalam mengajar membaca pada peringkat awal kanak-kanak terutamanya dalam lingkungan

umur lima hingga sepuluh tahun di sekolah rendah.Antara kaedahnya ialah terdiri daripada

i) kaedah membaca melalui sistem bacaan huruf.

ii) kaedah membaca melalui sistem bacaan fonik.

Sistem bacaan huruf merujuk kepada kaedah membaca berteraskan kepada bunyi abjad dan suku kata.Kaedah ini diperkenalkan kepada murid-murid dengan membunyikan abjad-abjad(bukan fonetik) dan mengaitkan bunyi-bunyi abjad tersebut dengan output bunyi suku kata(bunyi fonetik). Berdasarkan kepada kajian yang dilakukan,guru-guru lebih cenderung untuk menggunakan teknik ini dalam mengajar anak murid mereka membaca.Hal ini disebabkan kerana mereka sudah berpengalaman dan sebati dalam menggunakan dan mempelajari teknik ini sejak mereka berada di bangku sekolah lagi.Mereka akan mengajar anak muridnya dengan menggunakan sistem menunjuk dan menyebut huruf.Teknik ini memerlukan murid-murid menunjuk simbol huruf pada sekeping kad dan menyebutnya berdasarkan bunyi sistem bacaan huruf.Contoh bacaan huruf tersebut adalah seperti berikut: Huruf A B C D E J K Cara bunyian huruf [ e] [bi] [si] [di] [i] [ je] [ ke]

N P Q T W X Y Z

[ en] [ o] [ kiu] [ ti] [dabliu] [eks] [ wai] [zet]

Jika dilihat kaedah pengajaran sistem ini memang banyak menampakkan kelemahannya Kelamahan yang ketara ialah apabila berlakunya ketidakselarasan huruf vokal input dan output.Hal ini dapat dilihat seperti contoh berikut: Huruf-huruf sebenar a i e Selain itu,berlaku juga [e] [ai] [i] ketidaksamaan atau dengan [a] [i] [] kata lain Input huruf Output

ketidaksinkronisan antara input huruf dengan output sebenar huruf.Sebagai contohnya jika sesuatu perkataan itu dieja.Hal ini dapat dilihat pada contoh perkataan KV yang dieja dalam contoh berikut: Input huruf a) saya [saya] b) c) [bla] pipi bela pi+pi be+la [paipai] [bile] [pipi] sa+ ya output huruf [seye] output sebenar

Berdasarkan kepada contoh berikut,output huruf yang menepati ejaan input iaitu berdasarkan sistem bacaan abjad tidak diikuti dan direalisasikan malah telah menjadikan output sebenar iaitu berdasarkan kepada sistem fonik sebagai output kepada input huruf tersebut. Hal ini akan menimbulkan kesan negatif dan bebanan kepada pelajar kerana mereka terpaksa menghafal kedua-dua jenis input dan output yang terang sekali amat berbeza dan langkah ini akan terang-terang akan menimbulkan kekeliruan dari segi kefahaman mereka dalam membaca. Bukan itu sahaja,kelemahan yang lain dapat dilihat ialah dari segi penghasilan bunyi suku kata tertutupKVK.Terdapat perbezaan yang besar dan ketara dari segi penggunaan kaedah ini berbanding kaedah fonetik.Contohnya dapat dilihat dalam contoh yang berikut: i) Penghasilan bunyi perkataan suku kata tertutup KVK berdasarkan sistem huruf. Input huruf a) jam b)tan c)men j+a+m t+a+n m+a+n output huruf [jem] [ten] [men] output sebenar [jam] [tan] [man]

ii) Penghasilan bunyi perkataan suku kata tertutup KVK berdasarkan sistem fonik. Input fonik a) dan b) bin c)men /d/ [an] /b/ [in] /m/ [en] output sebenar [dan] [bin] [men]

Sistem fonik adalah satu teknik dan kaedah membaca yang berteraskan kepada kaedah bunyi fonetik seratus peratus.Dalam hal ini,sistem dan lambang bunyi disebut dan dituturkan berdasarkan bunyi fonetik antarabangsa.

Baru-baru ini terdapat banyak masalah yang timbul dari segi cara atau kaedah pengajaran guru dalam mengajar anak muridnya membaca.Masalah yang timbul ialah dari segi penggunaan bahasanya iaitu guru-guru sekarang lebih cenderung untuk menggunakan bahasa Melayu baku(BMB) berbanding berbanding sebutan bahasa Melayu baku(SBBM).BMB ini merujuk kepada dialek Johor dan telah diangkat martabat sebagai bahasa rasmi negara dan bahasa kebangsaan sebelum wujudnya sistem ejaan dan tulisan.Selepas sistem ejaan dan tulisan ini diperkenalkan, maka sistem SBMB telah diperkenalkan. Penggunaan BMB oleh guru semasa proses p&p di kelas akan menjejaskan lagi kadar kefahaman para pelajar terhadap teknik pembacaan yang betul.Hal ini disebabkan kerana penggunaan BMB ini banyak mendatangkan kelemahan dari segi sistem fonik. Kelemahan yang paling ketara adalah dari segi pengguguran konsonan /r/.Dalam BMB,pengguguran konsonan /r/ berlaku dalam setiap sebutan

ejaannya.Dalam hal ini,penggunaan konsonan /r/ pada bahagian input tidak digunakan bunyinya pada bahagian output.Hal ini akan sama sekali akan menimbulkan masalah kepada murid-murid untuk menguasai kemahiran membaca.Perkara tersebut dapat dilihat dalam contoh berikut: i) Pengguguran konsonan /r/ pada posisi tengah dan akhir kata dalam BMB Sistem Huruf & BMB a) /krja/ b) /trjun/ c) /trkna/ d)/tukar/ e)/bakar/ [kj] [tjon] [tkn] [tuka] [baka]

Sekiranya sistem fonik dan SBBm digunakan,para murid akan mudah untuk menguasain kaedah pembacaan kerana penggunaan konsonan /r/ pada peringkat input

telah direalisasikan pada peringkat output.Perkara ini dapat dilihat dalam contoh berikut: Sistem Fonik & SBBM a) /krja/ b) /trjun/ c) /trkna/ d) /tukar/ e) /bakar/ [krja] [ trjun] [trkna] [tukar] [bakar]

Selain itu,kelemahan yang lain dapat dilihat dari segi penggunaan BMB ini ialah terdapatnya perendahan vokal tinggi /i/ dan /u/.Dalam hal ini,vokal tinggi /i/ dan /u/ yang berada di posisi akhir kata bagi suku kata tertutup masing-masing akan mengalami perendahan vokal kepada vokal separuh sempit [e] dan [o].Proses perendahan vokal ini memang diakui akan menimbulkan masalah kepada kefahaman murid-murid dalam menguasai kemahiran membaca.Perkara ini dapat dilihat dalam contoh yang berikut: i) Perendahan vokal tinggi /i/ dan /u/ BMB a) /masih/ b) /pilih/ c) /laris/ d) /musuh/ e) /kurus/ f) /tutup/ [mase] [pileh] [lares] [musoh] [kuros] [tutop]

Sekiranya dilihat,jika sistem fonik dan SBBM digunakan dalam proses p&p di dalam kelas,tiada perendahan vokal akan berlaku sebaliknya penggunaan vokal tinggi /i/ dan /u/ yang menduduki posisi akhir kata sebelum konsonan akan digunakan

dan direalisasikan pada peringkat output,sesuai sebagaimana perkataan itu dieja pada peringkat input.Hal ini dapat dilihat dalam contoh berikut: i)Perendahan vokal tinggi /i/ dan /u/ dalam sistem fonik dan SBBM Sistem Fonik & SBBM a) /masih/ b) /pilih/ c) /laris/ d) /tutup/ [masih] [pilih] [laris] [tutop] Kelemahan lain yang dapat dilihat adalah dari segi penegahan vokal /a/.Dalam hal ini,vokal rendah /a/ yang menduduki posisi akhir kata bagi suku kata terbuka akan mengalami proses penengahan vokal kepada vokal [ ].Seperti mana yang disebutkan di atas,proses penengahan vokla yang tidak sinkronis akan membebankan dan mengelirukan kefahaman pelajar terhadap kemahiran membaca.Sebagai

contohnya: BMB a) saya b) buka c) kaya d) raya [say] [buk] [kay] [ray]

You might also like