You are on page 1of 5

SPSK PK 07/2

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG MEDAN

MINIT MESYUARAT AJK PELAKSANA PROGRAM GOTONG-ROYONG SURAU AL-FALAH BIL 1/ TAHUN 2013 Tarikh Masa Tempat Pengerusi Kehadiran(Bilangan) Nama Yang Hadir : 8 APRIL 2013 (ISNIN) : 1.30 PETANG : BILIK MESYUARAT SKKM : PN.ROZITA BT ABD RAZAK : 13/15 ORANG : 1. PN. ROZITA BT. ABD. RAZAK 2. PN. ZALEHA BT. MOHAMAD KHALIL

3.PN. ROHASIMAH BINTI ABD RASHID


4. PN. NOR NIKMAH BINTI MUNAWAR

5. PN. YURIANA BINTI MOHD MAHROL


6. PN.FARAH WAHIDA BT WANGIT 7. PN.NORHAYAH BT ABD RAHMAN 8. PN.NUR SHAZWANI BT ARZEMI 9. PN.MASLINA BT MASIRAN 10. PN.SITI ELEMIAH BT SAMADI 11.PN.SITI SALWA BT AHMAD TAYIB 12. PN.UMMI FITRIAH BT AWANG 13. PN.NORASHIKIN BT ROSLI Nama Yang Tidak Hadir : 1.TN. HJ. SHAFFEI BIN MOHAMAD(Mesyuarat) 2.PN.FABILAH BT ABD HALIM (CUTI SAKIT)

Turut Hadir (Jika ada)

: TIADA

KATA ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1.
1.2.

Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab Al-Fatihah

Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK yang dapat hadir dalam mesyuarat ini. Pengerusi memaklumkan bahawa program gotong-royong yang akan diadakan ini merupakan program yang akan diuruskan oleh guru yang sedang mengikuti pengajian di IPG Kampus Ilmu Khas dan IPG Kampus Islam Bangi bagi Program BIG mereka. Pengerusi mengucapkan tahniah di atas perlantikan ahli jawatankuasa dan mengharapkan agar semua AJK dapat memberikan kerjasama dalam melancarkan aktiviti yang dirancang.

1.3

1.3

TAKLIMAT PELAKSANAAN PROGRAM 2.1. Setiausaha program (Pn.Rohasimah) mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua AJK dalam mesyuarat ini dan berharap semua AJKdapat memberikan kerjasama dalam pelaksanaan program gotong-royong ini .

2.2. Setiausaha menyatakan bahawa program ini akan dilaksanakan pada 10 April 2013 bersamaan hari Rabu dari jam 4 hingga 6 petang semasa waktu ko-kurikulum dan akan dilaksanakan di Surau Al-Falah SK Kampung Medan. 2.3 Setiausaha membentangkan ahli jawatankuasa bagi program gotong-royong surau Al-Falah dan skop tugasan bagi setiap jawatankuasa seperti lampiran yang diedarkan. 2.3.1 Bagi jawatankuasa membersihkan permaidani dan mengemop lantai dikendalikan oleh Pn.Yuriana dan Pn.Nur Shazwani.Jawatankuasa ini dikehendaki memastikan agar murid dapat membersihkan permaidani dalam surau dan mengemop lantai beranda surau. 2.3.2 Bagi jawatankuasa mengelap tingkap dan cermin dikendalikan oleh Pn.Maslina dan Pn. Siti Elemiah.Jawatankuasa ini dikehendaki memastikan murid mengelap tingkap dan cermin dengan bersih. 2.3.3 Bagi jawatankuasa mencuci tempat wuduk lelaki dan perempuan dikendalikan oleh Pn.Fara Wahida,Pn.Siti Salwa dan Pn.Nornikmah.Jawatankuasa ini perlu memastikan agar murid dapat mencuci bilik wuduk lelaki dan perempuan dengan bersih.

2.3.4 Bagi jawatankuasa menyusun peralatan solat,almari buku dan papan kenyataan dikendalikan oleh Pn.Ummi Fitriah dan Pn.Norashikin. Jawatankuasa ini hendaklah memastikan agar murid dapat menyusun telekong,sejadah,Al-Quran dan surah yassin dengan kemas dan teratur. 2.3.5 Bagi jawatankuasa keceriaan kawasan luar surau dikendalikan oleh Pn.Norhayah dan Pn.Rohasimah.Jawatankuasa ini dikehendaki memastikan agar murid dapat mengutip sampah di luar surau,mencabut rumput di dalam pasu bunga di luar surau dan keadaan luar surau bersih dan ceria . 2.3.6 Bagi jawatankuasa pendaftaran peserta dikendalikan oleh Pn.Fara Wahida dan Pn.Nur Shazwani.Jawatankuasa ini menyediakan borang kehadiran peserta dan mengambil dan menguruskan kehadiran peserta gotong-royong. 2.3.7 Bagi jawatankuasa fotografi dikendalikan oleh Puan Rohasimah.Jawatankuasa ini dikehendaki merakamkan gambar pegun dan video sepanjang program gotong-royong ini dilaksanakan. 2.3.8 Bagi jawatankuasa buku program dikendalikan oleh Pn.Maslina dan Pn.Ummi Fitriah.Jawatankuasa ini dikehendaki menyediakan buku program untuk guru dan peserta.

2.4.0 Bagi jawatankuasa minuman dikendalikan oleh Pn.Norhayah dan Pn.Yuriana. Jawatankuasa ini dikehendaki membuat tempahan air dengan pihak kantin.

3.

Hal-hal lain. 3.1 Pn.Nornikmah berharap agar setiausaha dapat memaklumkan kepada murid tentang gotong-royong yang akan diadakan dan berharap murid dapat membawa peralatan gotong-royong seperti kain lap,dan baldi . Alatan lain akan disediakan oleh pihak jawatankuasa.

Ucapan Penangguhan 4.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas komitmen semua AJK dan harapan agar program yang dirancangkan dapat berjalan dengan lancar .

4.2 Pengerusi berharap jawatankuasa yang mempunyai hal penting diharap dapat memaklumkan lebih awal dan boleh digantikan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Disediakan oleh, ..................................................... (ROHASIMAH BT ABD RASHID) Setiausaha Program Gotong-royong Surau Al-Falah.

You might also like