You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT ICT 1/2012

SMK AMINUDDIN BAKI, KL BAGI TAHUN 2012


TARIKH

: 9 FEBRUARI 2012 (KHAMIS)

MASA

: 3.00 PTG 4.30PTG

TEMPAT

: BILIK MESYUARAT

HADIR:
1. Pn. Latifah Bt. Mahfod
2. Pn. Chew Cheah Yee Chew
3. Pn. Wan Noraida Bt. Wan Nordin
4. Cik Kamisah Bt Abu Bakar
5. Pn Sakinah Bt Ismail
6. Cik Mastura Bt Muhamad
7. Pn Nurhanim Bt Hashim
8. Pn Habibah Bt Mohammad
9. Pn Noor Azizah Bt Ahmad Murad
10. Pn Rusnah Bt Ismail
11. Cik Hawa Bt Baba
12. Cik Rosmawati Husin
13. En Ahmad Syazwan Bin Omar
14. En Faizal B Abd Rahim
15. En Mohamad Hanizam B Abd. Ghani
16. En Mohd Paijan B. Muda
17. En. Wan Mohamad Marzuki B. Wan Hashim
TIDAK HADIR (BERSEBAB):
1. En. Mohd Nurulfitri B. Alias
2. Pn. Nurhidayah Bt Daud
3. Cik Nur Idayah Bt Mat Ali

AGENDA MESYUARAT
1.0 Perutusan Pengerusi
1.1

Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru serta mengucapkan terima kasih


kepada ahli jawatankuasa ICT yang telah dilantik bagi sesi 2012.

1.2

Pengerusi mengingatkan semua ahli jawatankuasa perlu mengetahui selok belok ICT dan
sentiasa mengikuti perkembangan teknologi semasa.

1.3

Pengerusi juga mengucapkan tahniah kepada Guru Penyelaras Bestari (GPB) kerana
telah mengekalkan taraf lima bintang di dalam Smart School Qualification System
(SSQS) bagi tahun 2011.

1.4

Pengerusi berpesan agar kerja buat semua guru haruslah cemerlang dalam bidang ICT
sejajar dengan imej Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).
Makluman

2.0 Laporan Laman Web Sekolah


2.1

Misi sekolah perlu diubah iaitu perkataan Untuk pada permulaan ayat tidak perlu
dimasukkan.

2.2

Misi dan Visi KPM perlu dimasukkan ke dalam laman web sekolah.

2.3

Sehingga ke hari ini, paparan tentang maklumat guru dan pentadbiran sekolah hanya 27
orang sahaja sedangkan jumlah sebenar guru ialah 97 orang. Pengerusi meminta agar
paapran maklumat guru dilengkapkan dengan secepat mungkin.

2.4

Maklumat tentang pengetua perlu ditambah terlebih dahulu beserta gambar.

2.5

Komuniti PIBG
2.5.1

Pengerusi mengarahkan guru pembangun laman web menyediakan satu


paparan baru yang memuatkan gambar dan nama ahli-ahli PIBG SMK
Aminuddin Baki.
Tindakan: Guru Penyelaras Bestari

2.6

Bidang
2.6.1

Penggerak laman web sekolah bagi setiap bidang perlulah mengemaskini


maklumat semasa di dalam laman web sekolah.

2.6.2

Guru guru pembangun laman web perlu diberi kursus dalam jangka masa
terdekat yang akan diberikan kursus oleh En. Mohd Nurulfitri b. Alias pada
hari Rabu 28/2/2012

2.6.3

Setiap bidang perlu memasukkan carta organisasi bidang, maklumat tentang


semua aktiviti yang dijalankan oleh bidang masing-masing dan memasukkan
gambar bagi setiap aktiviti.

2.6.4

Setiap bidang perlu diasingkan mengikut tingkatan dari Tingkatan 1


Tingkatan 6 mengikut bidang masing-masing.
Tindakan: Guru Laman Web Sekolah

2.7

Galeri Foto
2.7.1

Galeri Foto perlu dikemaskini sebaik sahaja sesuatu aktiviti selesai


dijalankan.

2.7.2

Setiap foto wajib disertakan dengan tajuk dan cerita tentang gambar yang
dipaparkan.

2.7.3

Antara foto yang perlu dimuat naik ialah seperti berikut:


2.7.3.1 Jaringan dan jalinan
Program Immersi dan Lawatan Tanda Aras
2.7.3.2 Pembangunan Etos
Pencapaian pelajar dalam bidang renang dan Bahasa Inggeris
2.7.3.3 Kurikulum
2.7.3.4 Ko-kurikulum
2.7.3.5 Hem

2.7.4

Semua maklumat tentang aktiviti yang dijalankan hendaklah diserahkan


kepada guru ICT untuk dimasukkan ke dalam laman web sekolah mengikut
aktiviti yang diikuti.

2.8

Pengerusi berharap agar wajah laman web sekolah akan berubah kepada yang lebih
menarik. Sehubungan dengan itu, semua ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk
melantik pembangun laman web dari luar.

2.9

Tindakan segera hendaklah dilakukan.


2.9.1

Memanggil En. Zuridan bagi membincangkan tentang perubahan wajah


laman web yang baru.
3

Tindakan: Guru Penyelaras Bestari

3.0 Agihan Tugas Ajk


3.1

Satu LDP perlu dilakukan bagi kursus Smart School Qualification System (SSQS)
kepada semua guru.

3.2

Kerjasama dengan syarikat luar amat digalakkan untuk memberikan maklumat tentang
SSQS.

3.3

Guru perlu menyediakan fail khusus bagi SSQS.


Tindakan: Guru Penyelaras Bestari

4.0 Sistem Pengurusan Sekolah


4.1

Pengerusi mengingatkan agar semua guru didedahkan dengan Sistem Pengurusan


Sekolah (SPS) ini.

4.2

Satu LDP tentang Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) juga perlu diadakan untuk
didedahkan kepada semua guru.
Tindakan: Encik Nurulfitri b. Alias

5.0 Domain Sister School Programe (SSP)


5.1

Pengerusi meminta agar SSP ini dapat berdiri sendiri di dalam laman web sekolah.
Sehubungan dengan itu, satu menu baru perlu disediakan di dalam laman web sekolah
khusus untuk SSP.

5.2

SSP ini akan dikemaskini oleh pelajar yang mengikuti Program Immersi di Australia
pada tahun 2011.

5.3

Segala aktviti yang diikuti perlu dimuat naik ke dalam laman SSP itu sendiri.
Tindakan: Guru Penyelaras Bestari

6.0 Bajet Tahunan Unit ICT


6.1

Guru ICT diminta untuk membuat dan menyediakan kertas kerja bagi Bajet Tahunan
Unit ICT.

6.2

KIOSK SAB
6.2.1

Kiosk sab perlu disiapkan selepas cuti persekolahan pertengehan tahun iaiatu
pada 11 Jun 2012.

6.2.2

Perasmian Kiosk SAB akan diadakan pada 11 Jun 2012.


Tindakan: Guru Penyelaras Bestari
4

7.0 Aktiviti Gotong Royong


7.1

Pengerusi mengingatkan guru ICT yang berada di Makmal Komputer 3 mengubah wajah
makmal tersebut dengan lebih ceria dan menarik.

7.2

Buku Penggunaan Komputer perlu diisi setiap kali murid menggunakan komputer.

7.3

Buku Penggunaan Makmal juga perlu diisi oleh setiap guru yang menggunakan makmal.

7.4

Papan kenyataan di dalam makmal komputer perlu diisi dengan maklumat terkini dan
diceriakan.

7.5

Bilik pengurusan di Makmal Komputer 3 perlulah sentiasa bersih dari sebarang kotoran
dan tidak berbau. Pengerusi mengingatkan agar tiada aktiviti makan dan minum di
dalam makmal komputer.

7.6

Pengerusi meminta guru ICT menggantung LCD Projector dan layar putih di Bilik Pusat
Akses. LCD Projektor yang akan digunakan ialah Sanyo.

7.7

Buku Pengurusan Pusat Akses perlu disediakan dan sentiasa dikemaskini oleh setiap
guru yang menggunakan pusat akses.
Tindakan: Guru Penyelaras Bestari

8.0 Hal Hal Lain


8.1

Pengerusi mengucapkan tahniah kepada pengurusan AJK Laman Web sekolah telah
bertambah baik dari sebelum ini.

8.2

Pengerusi juga berharap agar Kiosk SAB akan menjadi kenyataan apabila berjaya
disiapkan kelak.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang.

Disediakan oleh:

En. Ahmad Syazwan bin Omar


Setiausaha
Pembangunan Laman Web Sekolah
Disahkan oleh:

Pn. Latifah Bt. Hj. Mahfod


Pengetua
SMK Aminuddin Baki

You might also like