You are on page 1of 5

DRAF MINIT MESYUARAT PERTAMA PENGURUSAN UNIT ICT 2013

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AMINUDDIN BAKI


BIL. 1 TAHUN 2013
TARIKH

: 17/01/2013

MASA

: 3.30 PTG HINGGA 5 PTG

TEMPAT

: BILIK MESYUARAT

PENGERUSI

: PN. LATIFAH BT HJ. MAHFOD KMW

KEHADIRAN

: 12 ORANG

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.

Pn. Latifah Bt. Mahfod KMW


Pn. Rozemi Bt. Khalib
Pn. Wan Noraida Bt. Wan Nordin
Cik Kamisah Bt. Abu Bakar
En. Ahmad Syazwan Bin Omar
En. Faizal Bin Ab. Rahim
En. Mohd Fazrul Azly Bin Baharuddin
En. Mohamad Hanizam Bin Abdul Ghani
Pn. Pn. Norhidayah Daud
Cik Nurul Idayah Mat Ali
En. Mohd Paijan Bin Muda
Pn. Noor Azizah binti Abdul Murad

NAMA YANG TIDAK HADIR :


1. En. Mohd Nurulfitri Bin Alias (Bersebab)
1.0

PERUTUSAN PENGERUSI
1.1
1.2
1.3

1.4

Pn. Latifah bt. Mahfod selaku pengerusi majlis mengalu alukan kedatangan guru-guru
jawatankuasa ICT ke mesyuarat kali pertama Unit ICT 2013.
Pengerusi mengingatkan kepada guru-guru mengenai perutusan Pengarah Pelajaran tentang
TMK yang menjadi salah satu elemen di dalam KPI sekolah.
Pengerusi juga memaklumkan bahawa segala surat-menyurat adalah melalui e-surat.
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah telah melantik En. Fazrul dan En. Syazwan untuk
membuka portal rasmi sekolah setiap hari. Pn. Norhafiza juga diminta untuk membuka
portal setiap hari di pejabat sekolah.
Mulai tahun 2013, semua bilik khas telah disediakan Buku Penggunaan Makmal dan TMK.
Sehubungan dengan itu, pengerusi mengingatkan semua guru yang berurusan dengan bilik
ini perlu mengisi kedua-dua buku tersebut. En. Faizal dan En. Syazwan diminta untuk
memantau setiap buku penggunaan makmal dan buku TMK di bilik bilik khas ICT.
Tindakan : Makluman

2.0

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1

3.0

Jawatankuasa mesyuarat ICT sebulat suara menerima minit mesyuarat kali 1/2012.
Tindakan : Makluman

PERKARA BERBANGKIT
3.1 Agenda 2.0
Jawatankuasa pembangun laman web sekolah perlu sentiasa mengemaskini dan memasukkan
pelbagai info mengenai bidang-bidang masing-masing ke dalam laman web sekolah. Pengerusi
meminta guru-guru terlibat melakukan nilai tambah pada bahagian bidang masing-masing.
Pengerusi mengatakan jawatankuasa pembangun laman web telah gagal melaksanakan tugas
dengan baik. Sehubungan dengan itu, pengerusi berharap jawatankuasa laman web dapat
melaksanakan tugas dengan bertambah baik bagi tahun 2013.
Tindakan : Jawatankuasa Pembangun Laman Web Sekolah
3.2 Agenda 2.7
Pengerusi meminta En. Ahmad Syazwan menambah foto bagi pelbagai majlis rasmi sekolah
ke dalam galeri foto 2013.
Tindakan : En. Ahmad Syazwan
3.3 Agenda 6.0
Pengerusi memaklumkan bahawa E-Kiosk SAB tidak berfungsi sejak sekian lama. Pengerusi
meminta agar En. Ahmad Syazwan dapat memastikan E-Kiosk berfungsi seperti sedia kala
sementara menunggu maklumat tentang sekolah disiapkan.
Tindakan : En. Ahmad Syazwan
3.4 Agenda 6.2.1
Membetulkan pekataan pertengehan kepada pertengahan.
Tindakan : En. Ahmad Syazwan
3.5 Agenda 7.0
Pengerusi memohon agar guru guru ICT dapat mengubah wajah makmal komputer 3
terutamanya bilik persediaan guru ICT. Ini memandangkan, makmal komputer 3 merupakan
tempat tumpuan bagi warga sekolah untuk melakukan pelbagai urusan. Justeru itu, pengerusi
meminta agar unit ICT 2013 dapat menceriakan makmal komputer 3 dengan lebih baik lagi.
Pengerusi juga berpesan kepada guru-guru ICT agar tidak menjadikan bilik persediaan guru
sebagai tempat makan dan minum sehingga meninggalkan bau yang kurang menyenangkan.
Tindakan: Semua Guru ICT

4.0

1 BESTARI NET
4.1

4.2

5.0

1 Bestari Net merupakan satu inisiatif kerajaan di dalam menaiktaraf sistem capaian internet
di semua sekolah seluruh Malaysia. SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur telah
dilengkapkan dengan sistem 1 Bestari Net pada penghujung tahun 2012. 1 Bestari Net telah
menggantikan TM School Broadband bagi tahun 2013.
Tindakan: Makluman
Laporan 1 Bestari Net kali pertama bulan Januari 2013
4.2.1 Capaian internet bagi 1 Bestari Net di sekolah yang dicatatkan adalah antara 10
hingga 20 mbps.
4.2.2 Terdapat beberapa kawasan di sekitar kawasan sekolah mencatatkan kelajuan yang
tinggi tetapi masih lagi perlahan apabila melayari internet. Malah ia lebih perlahan
daripada capaian internet ketika TM School Broadband.
4.2.3 Capaian internet sangat perlahan untuk laman web yang berasaskan video, muat
turun dan muat naik dokumen rasmi.
4.2.4 Kawasan yang mempunyai akses internet 1 Bestari Net adalah seperti berikut:
a. Pejabat
b. Makmal Fizik
c. Makmal Komputer 1, 2 dan 3
d. Bilik kaunseling
e. Bilik Guru
4.2.5 Kawasan yang tidak mempunyai akses internet 1 Bestari Net adalah seperti berikut:
a. Dewan
b. Kantin
c. Blok E
d. Blok F
e. Bilik Guru Tingkatan 6
4.2.6 Pengerusi meminta guru ICT dan juruteknik memeriksa dan mencatatkan bacaan
capaian internet di seluruh kawasan sekolah.
Tindakan: Semua Guru ICT

SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH


5.1 Sistem pengurusan sekolah mempunyai 22 modul. Namun begitu, SPS tidak boleh
dilaksanakan 100% kerana jadual sekolah yang tidak selari dengan sistem iaitu
menggunakan 1 waktu bersamaan dengan 60 minit. Dengan itu, 4 modul SPS tidak dapat
digunakan dengan sebaik mungkin.
Tindakan: Makluman
5.2

Pengerusi meminta En. Syazwan dan En. Nurulfitri untuk memasukkan semula nama semua
guru dan staf ke dalam sistem SPS.
Tindakan: En. Syazwan dan En. Nurulfitri

5.3

Pengerusi mengarahkan En. Syazwan dan En. Nurulfitri membuat rumusan kehadiran guru
dan staf dari sistem SPS.
Tindakan: En. Syazwan dan En. Nurulfitri

6.0

7.0

8.0

SMART BOARD LED


6.1 Pengerusi meminta En. Syazwan membuat In House Training kepada beberapa ahli briged
bestari dan juru teknik komputer tentang penggunaan Smart Board LED.
6.2 Pengerusi mengingatkan kepada En. Syazwan agar sentiasa mengemaskini maklumat yang
ingin dipaparkan mengikut perkembangan dan aktiviti sekolah yang semasa.
6.3 Pengerusi meminta En. Syazwan memasukkan maklumat tentang perubahan jadual waktu
yang terkini dan tarikh-tarikh penting sekolah bagi sesi 2013.
Tindakan: En. Syazwan
LAMAN WEB RASMI SEKOLAH
Dirujuk kepada agenda 3.0 Perkara Berbangkit.
Tindakan: Makluman
PERANCANGAN TAHUNAN ICT 2013
Rujuk Lampiran
Tindakan: Makluman

9.0

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI


9.1 E-Kiosk SAB
9.1.1 Pengerusi meminta En. Syazwan memastikan E-Kiosk dapat berfungsi dengan baik
pada tahun ini.
9.1.2 Sehubungan dengan itu, En. Syazwan perlu membangunkan satu powerpoint yang
mempunyai maklumat sekolah dan dimasukkan ke dalam E-Kiosk SAB.
9.1.3 Tarikh akhir dijangka untuk disiapkan adalah pada 8 Februari 2013.
Tindakan: En. Syazwan

10.0

SSQS
10.1 Pengerusi berharap SMK Aminuddin Baki Kuala Lumpur akan memperoleh 5 bintang bagi
SSQS 2012.
10.2 Pengerusi meminta agar kursus dalaman ICT yang perlu diberikan kepada semua guru. Ini
kerana, di dalam penilaian SSQS, kursus dalaman yang dianjurkan unit ICT merupakan
salah satu elemen penting dalam penarafan 5 bintang tersebut.
Tindakan: En. Syazwan

11.0

HAL LAIN-LAIN
11.1 Pengerusi meminta semua AJK ICT berbincang dan menyenaraikan keperluan ICT untuk
pelaksanaan TMK dalam PdP.
Tindakan: Semua Guru ICT
11.2

Pengerusi memberitahu setiap bajet yang diturunkan ke sekolah, pihak sekolah membeli 2
buah laptop untuk kegunaan guru yang layak.
Tindakan: Makluman

11.3

Pengerusi juga memaklumkan bahawa dua LCD Projektor yang baru diterima pada tahun
2012 adalah untuk kegunaan rasmi sekolah dan bukan untuk ditempatkan di bangunan
tingkatan 6.
Tindakan: Makluman

11.4

Pengerusi juga menyatakan akan membeli satu kamera DSLR yang baru sekiranya terdapat
lebihan wang dari kutipan wang majalah sekolah.
Tindakan: Makluman

11.5

En. Faizal memaklumkan bahawa murid-murid tidak dibenarkan mencetak atau


menggunakan komputer ketika PdP sedang dijalankan melainkan pada waktu rehat murid
dan selepas waktu sekolah sahaja. Murid hanya dibenarkan untuk menggunakan pencetak
ketika PdP dengan kebenaran pengetua dan pentadbir sekolah sahaja. Pengetua akan
memaklumkan hal ini di dalam perhimpunan rasmi sekolah pada 21 Januari 2013.
Tindakan: Pentadbir Sekolah

11.6

Pengerusi mengingatkan agar semua guru tidak dibenarkan memberikan kata laluan wifi
kepada semua murid. Pengerusi juga meminta unit ICT memberitahu semua kata laluan
bagi setiap akses wifi di sekitar kawasan sekolah kepada semua guru dan staf sahaja.
Tindakan: Semua Guru ICT

11.7

Semua guru dikehendaki menulis alamat E-mail peribadi di dalam senarai yang akan
diedarkan kepada guru. Ini adalah untuk memudahkan penyebaran maklumat rasmi
sekolah agar semua guru dapat maklumat dengan lebih cepat dan tepat.
Tindakan: Semua Guru

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5 petang.


DISEDIAKAN OLEH
.....................................................................
( EN. AHMAD SYAZWAN BIN OMAR )
Setiausaha
Jawatankuasa ICT 2013
SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur

DISAHKAN OLEH:
..........................................................................
(PN. LATIFAH BINTI HJ. MAHFOD KMW)
Pengetua
SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur

You might also like