You are on page 1of 8

Perbedaan pendapat tentang kemngkinan mengetahui yang mufasyabih Sumber perbedaan pendapat ini berpangkal pada masalah waqaf

dalam ayat . Pendapat pertama di ikuti oleh sejumlah ulama, seperti ubai, ibnu mas'ud dan sejumlah sahabat, tabiin dan lainnya. Bahwa wawu disitu diperlakukan sebagai isti'naf. Ibnu ma'sud menyatakan celaan terhadap orang-orang yang mengikuti mutsyabih dan mensifatinya sebagai orang-orang yang hatinya "condong kepada kesesatan dan berusaha menimbulkan fitnah " Pendapat kedua menyatakan bahwa "wawu" sebagai huruf athaf bukan isti'naf.Pendapat ini anut oleh sebagian ulama yang dipelopori oleh Mujahid. Pendapat ini dipilih juga oleh Imam Nawawi. Ia mengatakan dalam shahih muslim " ini pendapat yang paling shahih"

Firman Allah yang dimaksudkan akhi;

(Allah) berfirman wahai iblis apakah yang menghalangi kamu sujud kepada yang telah Aku ciptakan dengan kekuasan-Ku? Apakah kamu menyombongkan diri atau kamu merasa (merasa) termasuk golongan yang (lebih) tinggi? (Terjemahan mengikut Al-Quran dan terjemahan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) terbitan Dar Al-Iman Pustakan Darul Iman Sdn Bhd) 1) Perlu difahami ini merupakan ayat mutasyabihah. Ayat-ayat al-quran yang ada persamaan Allah dengan makhluk dikira sebagai ayat yang mutasyabihah.

2) Mengikut manhaj khalaf : ia perlu ditakwil kepada makna yang sesuai pada bahasa arab supaya tidak terkeliru sehingga menyamakan Allah Taala dengan makhluk. 3) Mengikut manhaj salaf sebenar : menyerahkan makna yadun kepada Allah tanpa menterjemahkan kepada makna tangan atau menakwil kepada makna yang layak bagi Allah dan dalam masa yang sama menafikan Allah Taala sama dengan makhluk. 4) Mengikut manhaj salafiyyah wahabiyyah aka salafi jadian, golongan mujassimah, hasyawiyyah dan kitabiyyah : yadun dengan makna tangan tetapi tangan Allah tidak sama dengan tangan makhluk. Ini pandangan yang sesat lagi menyesatkan kerana apabila diisbatkan kepada Allah sifat tangan walaupun kita katakan ia tidak sama dengan makhluk sebenarnya kita telah menjisimkan Allah. Seumpama kita katakan sampah berbau wangi. Bila kita sebut sampah maka sudah jelas ia berbau busuk walaupun kita sifatkan ia berbau wangi. Bila kita kata tangan Allah sebenarnya kita telah menjisimkan Allah Taala walaupun kita katakan tangan Allah tidak sama dengan tangan makhluk. 5) Mahasuci Allah daripada sama dengan makhluk samada bertangan, duduk, naik turun dan sebagainya daripada sifat makhluk. Firman Allah Taala;


Tidak ada yang seumpama denganNya (Allah) sesuatupun 6) Kenapa Allah Taala menyebut dengan dua tanganNya? Untuk memuliakan Adam. Kata ulama: Allah menyandarkan ciptaanNya kepada diriNya sebagai memuliakan baginya Kerana ayat ini ditujukan kepada iblis yang enggan sujud kepada Adam dengan pertanyaan apa yang menegah kamu (iblis) untuk sujud kepada apa yang aku jadikan dengan zat aku bukan dengan perantaraan ayah dan ibu kerana Adam dijadikan tanpa ayah dan ibu seperti yang kita sudah maklum. Perumpamaan dengan menggunakan dua tangan lebih hebat daripada satu tangan kerana telah maklum kepada kita sesuatu kerja yang besar tidak dilakukan dengan sebelah tangan. Ini kefahaman yang disebut oleh Imam Zamakhsyari di dalam kitab Al-Kassyaf dalam menjelaskan maksud dua tangan. Berkata sebahagian ulama ;

:
Bagi apa yang Aku jadikan dengan dua tangan Aku bermaksud bagi apa yang aku jadikan tanpa perantaraan

7) Mengikut tafsir jalalain oleh dua Imam besar Al-Imam Al-Allamah Jalaluddin Al-Mahalli dan Al-Imam Al-Allamah Jalaluddin As-Suyuti menyebut dalam mentafsir ayat di atas;


Ialah Aku (Allah) meguasai kejadiannya (Adam) ialah tanpa perantaraan ayah dan ibu dan ini memuliakan bagi Adam. Sesungguhnya setiap makhluk Allah Taala menguasai ciptaaNya 8) Di dalam At-Tafsir Al-munir oleh Dr Wahbah Zuhaili : Aku menjadikannya (Adam) sendiri tanpa perantaraan Ayah dan Ibu dan Al-Yad bermaksud Al-Qudrah (kuasa Allah bukan tangan dengan maksud anggota) Juz :23-24 mukasurat : 229 Cetakan : Darul Fikr, Syiria. 9) Perkataan yadun yang bermaksud tangan di dalam bahasa melayu merupakan majaz ( perkataan yang dipinjam bukan dengan makna asal atau hakiki) di dalam pengajian ilmu balaghah bahasa arab. Sebagai contoh di dalam bahasa melayu kita juga ada menggunkan simpulan bahasa seperti Abu seorang yang panjang tangan Apakah ia bermaksud tangan Abu benar-benar panjang atau ia simpulan bahasa untuk menyatakan Abu seorang pencuri? Sudah tentu jawapannya ialah untuk menunjukkan makna Abu seorang pencuri bukan bermaksud tangan dia benar-benar panjang. Simpulan bahasa ini bukan merujuk kepada majaz di dalam bahasa arab kerana majaz itu seperti kita katakan bulan tersenyum atau ombak memeluk pantai tetapi simpulan ini untuk menunjukkan perkataan tangan di sini bukan bermaksud tangan yang hakiki seperti zahirnya. Jika orang melayu tidak memahami simpulan bahasa ini, menunjukkan kejahilan dia terhadap bahasa melayu dan orang yang tidak memahami majaz ini menunjukkan kejahilan dia terhadap balaghah bahasa arab. Al-Quran merupakan kalamullah. Bahasanya disebut sebagai ablagh (balaghah yang paling tinggi) sehingga cabaran Allah Taala kepada orang kafir untuk membuat satu surah seumpaman surah Al-Kauthar pun mereka tidak mampu. Apatah lagi kita orang melayu dalam memahami kalamullah ini. Oleh sebab itu berkata Mujahid dalam mentafsirkan ayat ini;

: : " [ " : 27 ]
Tangan di sini dengan makna penguat dan kaitan. Majaznya ( perkataan yang dipinjam bukan dengan makna asal atau hakiki) bagi apa yang aku (Allah) jadikan. Seperti Firman Allah Taala : Kekal wajah Tuhan kamu [ ar-rahman : 27 ] bermaksud kekal Tuhan kamu.

10) Berkata As-Shahrastani di dalam kitab Milal Wa Nihal:

: ) (
Sesungguhnya imam-imam, Malik, Syafie dan Ahmad berkata : Sesiapa yang menggerakkan tangannya ketika membaca firman Allah Ta'ala (ayat 75 surah mujadilah) dan mengisyaratkan jarinya ketika membaca riwayat "Hati manusia di antara jari-jari Allah"- Al-Hadis, wajib dipotong tangan dan jarinya. (Di naqalkan daripada kitab syarah jauharatul tauhid bagi Imam Al-Bajuri mukasurat 166). 11) Cuba lihat tafsiran sahabat seperti Ibnu Abbas yang di doakan oleh Nabi SAW Ya Allah, Faqihkan dia ( ibnu Abbas) di dalam agama dan ajarkan dia takwil dan tafsiran Mujahid, Qatadah, At-Thauri dan lain-lain di dalam mentafsirkan ayat;


Tafsiran mereka Kami menjadikan langit dengan (qudrat) kuasa kami. ( Tafsir Ibnu Kathir Juz : 4 Mukasurat : 237 ) Bagaimana untuk menolak pandangan yang mengatakan jika kita takwilkan yadun kepada makna kuasa bermaksud ada dua kuasa? 1) Tanya kembali kepada dia, Allah Taala menjadikan Adam dengan dua tangan atau dengan kuasa Allah Taala? Jika dia tidak mahu mentawil ayat ini kepada kuasa bermaksud dia menafikan sifat kuasa Allah untuk menjadikan Adam. Sedangkan kita faham bahawasanya setiap mumkinat ( perkara yang harus ada) itu taluq dengan sifat qudrat (kuasa) Allah. Dengan perkataan yang lain semua perkara yang dijadikan oleh Allah dengan sifat kuasa Allah Taala bukan dengan tangan yang kita fahami. Jika kita katakan yadun dengan maksud tangan secara langsung kita telah menafikan kuasa Allah Taala menjadikan dengan sifat kuasa. Sedangkan sifat kuasa merupakan sifat yang wajib bagi Allah Taala. Sesiapa yang menafikan Allah Taala bersifat dengan sifat kuasa hukumnya kufur. Dalil Allah Taala berkuasa ialah firman Allah Taala ;


Sesungguhnya Allah berkuasa di atas setiap sesuatu

2) Di dalam Al-Quran Allah menggunakan kalimah satu tangan, dua tangan, dan tangan-tangan. Jika kita katakan Allah ada dua tangan. Bagaimana dengan ayat yang mengatakan satu tangan dan ayat yang mengatakan tangan-tangan yang lebih daripada dua? 3) Tanyakan juga kepada mereka bagaimana ayat yang Allah Taala menggunakan perkataan nahnu (kami). Apakah itu menunjukkan kepada Allah ramai? Ayat-ayat yang menyebut perkataan tangan tetapi bukan dengan maksud tangan ; 1) (Surah Al-Mujadilah : 12) Di dalam ayat ini Allah menyandarkan perkataan tangan kepada najwa. Najwa bermaksud perbualan rahsia. Apakah perbualan rahsia juga ada tangan? Jadi tangan di sini bukan bermaksud tangan seperti zahirnya tetapi hanya majaz seperti yang telah dijelaskan di atas.

2) (Surah Al-Araaf : 57)

Di dalam ayat ini disebut tangan rahmat. Rahmat di sini bermaksud hujan. Apakah hujan ada tangan? Dua ayat di atas menafikan pandangan wahabi yang mengatakan tangan Allah dengan maksud hakiki bukan majazi. Padahal jika diletak makna hakiki kepada dua ayat di atas amatlah menyimpang daripada maksudnya. Justeru itu, ulama memahami makna yadun kepada Allah bukan dengan makna tangan yang hakiki tetapi majazi sahaja yang perlu ditakwil kepada makna yang selayaknya seperti kuasa, nimat, pahala, pertolongan dan lain-lain sepertimana takwilan ahli sunnah wal jamaah daripada ulama khalaf dan salaf demi menjaga kemurniaan akidah umat Islam. Jika Allah ada tangan bagaimana golongan wahabi ingin menjawab kepada persoalan ayat ini. Firman Allah Taala;


Semua yang ada di atas dunia akan binasa dan yang kekal wajah Tuhan kamu yang mempunyai ketinggian dan kemuliaan Ayat ini menyatakan semua akan binasa kecuali wajah Allah. Di mana tangan Allah? Apakah tangan Allah juga binasa? Dangkal sungguh fahaman yang mengatakan Allah bertangan seperti mana akidah golongan yahudi.

Wajah di sini bermaksud zat Allah yang tidak bertangan dan berwajah seperti fahaman wahabi atau salafi yang mendakwa mengikut salaf tetapi menyimpang daripada akidah salaf yang sebenar. Jika Allah bertangan sudah tentu Allah akan menyebut di dalam ayat di atas tangannya juga kekal. Mana mungkin tangan Allah juga binasa. Diakan Allah yang bersifat dengan sifat baqa (tidak binasa dan kekal selama-lamanya). Kesimpulannya : 1) Tidak salah kita mentakwilkan ayat dua tangan dengan maksud kuasa sepertimana kenyataan ulama yang telah ana bawakan. Dua tangan tidak merujuk kepada bilangan dua kuasa kerana sememangnya tangan itu dua. Mewakili Kiri dan kanan. Seperti kita katakan melihat dengan dua mata. Sememangnya melihat dengan menggunakan dua mata bukan dengan dua telinga tetapi ia sebagai jalan taukid (menegaskan) lagi kita benar-benar melihat. Menggunakan dua tangan menunjukkan kita benar-benar buat dalam keadaan bersungguh. 2) Kuasa merupakan sifat wajib bagi Allah adapun tangan merupakan sifat yang mustahil bagi Allah kerana bersalahan dengan sifat mukhalafatuhul lilhawadith. 3) Mengisbatkan tangan bagi Allah boleh menyebabkan kufur dan murtad kerana menyandarkan sifat yang tidak layak bagi Allah dan mensyirikan (menyekutukan) Allah dengan makhluk.. Nauzubillahi min zaalik. Awasi dan jauhi daripada itiqad sebegini.

A.Pengertian Muhkam dan Mutasyabih

Etimologi Muhkam artinya Suatu ungkapan yang maksud makna lahirnya tidak mungkin di ganti atau di ubah.Mutasyabih artinya Ungkapan yang maksud makna lahirnya samar

Terminologi Muhkam adalah ayat-ayat yang maknanya sudah jelas, tidak samar lagi (Nash dan Zhahir)

Mutasyabih adalah ayat-ayat yang maknanya belum jelas (Mujmal,Muawwal,Musykil)

A.Pengertian Muhkam dan Mutasyabih ( Ahlussunnah) Ayat-ayat muhkam adalah ayat yang maksudnya dapat diketahui dengan gamblang, baik melalui takwil ataupun tidak. Sedangkan ayat mutasyabih adalah ayat yang maksudnya hanya dapat diketahui Allah.

B.Sikap para Ulama terhadap Ayat-ayat Muhkam dan Mutasyabih Para ulama berbeda pendapat apakah ayat-ayat mutasyabih dapat diketahui manusia atau hanya Allah, perbedaan ini bermuara pada cara menjelaskan QS.Ali Imran:7.

Apakah ungkapan wa al rasikhuna ..di athaf-kan pada lafazh Allah, sementara sebagai hal. Ini artinya bahwa ayat-ayat mutasyabih pun diketahui orang-rang yang mendalam ilmunya. Atau apakah ungkapan sebagai mubtada, sedangkan lafazh sebagai khabar ?.ini artinya bahwa ayatayat mutasyabih itu hanya diketahui Allah, sedangkan orang-orang yang mendalam ilmunya hanya mengimaninya.

Ar-Raghib Al-Asfihani mengambil jalan tengah dalam menghadapi persoalan ini. 1. Bagian yg tidak ada jalan sama sekali untuk mengetahuinya seperti saat terjadinya hari kiamat,keluar binatang dari bumi dll.Bagian yang menyebabkan manusia dapat mengetahuinya, seperti kata-kata asing dalam al-Quran.cBagian yang hanya dapat diketahui orang-orang yang mendalami ilmunya.inilah yang di isyaratkan sabda Nabi kepada Ibn Abbas. 2. Diantara ayat-ayat mutasyabih adalah ayat yang berbicara tentang-sifat-sifat Allah.

1.QS.Thoha :5. 2.QS.Al-Qashash:88 3.QS.Ar-Rahman:27 4.QS.Al-Fath:10 5.QS.Al-Fajr:22 6.QS.Al-Anam:61 7.QS.Az-Zumar:56

1.Madzhab salaf, yaitu para ulama yang mempercayai dan mengimani ayat-ayat mutasyabih dan menyerahkan sepenuhnya kepada Allah sendiri(tafwidh ilallah).

2.Madzhab khalaf, yaitu para ulama yang berpendapat perlunya menakwilkan ayat-ayat mutasyabih yang menyangkut sifat Allah.istiwa(dengan keluhuran yang abstrak, berupa pengendalian Allah terhadap alam ini tanpa kepayahan, Allah berada di atas hambanya (menunjukkan kemaha tinggian Allah, bukan mnjkn Allah menempati suatu tempat).sisi Allah di takwilkan dengan hak Allah.wajah dan mata Allah di (pengawasan).tangan (kekuasaan)

You might also like