You are on page 1of 2

Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat Sesi Akademik 2013-2014

Program Sarjana Secara Kerja Kursus (Sepenuh Masa/Separuh Masa) i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. Sarjana Teknologi Maklumat (Sains Maklumat) Sarjana Teknologi Maklumat (Sistem Multimedia) Sarjana Teknologi Maklumat (Informatik Industri) Sarjana Sistem Maklumat Sarjana Sains Komputer (Komputeran Prestasi Tinggi) Sarjana Sains Komputer (Teknologi Perisian) Sarjana Sains Komputer (Teknologi Rangkaian) Sarjana Sains Komputer (Kecerdasan Buatan)

3. Tempoh Pengajian Sepenuh Masa : 2- 4 semester Separuh Masa : 4-8 semester SYARAT KELAYAKAN Calon yang ingin memohon untuk mengikuti program Ijazah Sarjana hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut: a. Ijazah Sarjanamuda Teknologi Maklumat/ Sains Komputer daripada Universiti Kebangsaan Malaysia atau mana-mana institut pengajian tinggi dengan memperoleh Purata Nilai Gred dan Kumulatif (PNGK) yang baik, yang diluluskan oleh Senat; atau b. Kelulusan lain yang setaraf dengan ijazah Sarjana muda dan mempunyai kelayakan lain atau pengalaman, yang diluluskan oleh Senat.

Syarat Keperluan Bahasa Inggeris 1. Calon antarabangsa wajib memenuhi syarat keperluan Bahasa Inggeris seperti berikut: a. Mendapat keputusan TOEFL dengan skor tidak kurang daripada 550 atau IELTS dengan aras tidak kurang daripada 5.5 bagi program tertentu. b. Calon diwajibkan mengambil Ujian Kecekapan Bahasa Inggeris (UKBI) dan jika tidak melepasi tahap yang ditetapkan oleh program, calon wajib mengikuti dan lulus Modul Kemahiran Bahasa Inggeris (MKBI) dalam tempoh maksimum dua semester sebelum dibenar mendaftar dalam program pengajian masing-masing. Calon didaftar sebagai Pelajar Tanpa Ijazah. 2. Calon antarabangsa yang memiliki kelayakan akademik yang diperoleh dari mana-mana universiti tempatan yang diiktiraf oleh Senat boleh dikecualikan daripada syarat (1)(a) tetapi diwajibkan mengambil Ujian

Kecekapan Bahasa Inggeris (UKBI) dan jika tidak melepasi tahap yang ditetapkan oleh program, calon dikehendaki mengikuti dan lulus Modul Kemahiran Bahasa Inggeris (MKBI). 3. Fakulti/Institut boleh memberi pengecualian syarat keperluan Bahasa Inggeris kepada calon antarabangsa yang berasal dari negara yang Bahasa Inggeris adalah bahasa rasminya atau yang memiliki kelayakan akademik yang diperolehi dari mana-mana institusi pengajian tinggi yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Keperluan Bahasa Melayu Kursus Bahasa Melayu (4 unit) Semua pelajar antarabangsa dikehendaki mengikuti dua (2) kursus Bahasa Melayu setara dengan 4 unit, yang ditawarkan oleh Pusat Pengajian Umum. Pengecualian boleh diberikan kepada calon yang telah mengambil dan lulus kursus ini yang dikendalikan oleh badan lain yang diiktiraf oleh Senat UKM.

B. MOD PENGAJIAN Kerja kursus C. JENIS PENGAJIAN Sepenuh masa/separuh masa D. PUSAT KULIAH FTSM, Bangi

You might also like