You are on page 1of 17

PENGENALAN Matematik ialah satu bidang pengetahuan yang sememangnya penting dalam kehidupan segenap manusia.

Tanpa kita sedari, kehidupan kita dipenuhi dengan penggunaan matematik seperti berjual beli, binaan dan sebagainya. Rentetan daripada kepentingan matematik ini, setiap ahli ilmuwan tidak menafikan bahawa pendidikan matematik perlu didedahkan kepada kanak-kanak bermula daripada kecil. Oleh itu, setiap insan perlu menguasai kemahiran asas operasi iaitu tambah,tolak,darab dan bahagi. Namun begitu, beberapa aspek yang perlu dititik beratkan sebelum memberi pendedahan terhadap kemahiran-kemahiran tersebut seperti prosedur pembelajaran dan pengajaran. Prosedur yang boleh diambil kira ialah seperti penulisan algoritma standard dan pengiraan mental.

Apakah yang dimaksudkan dengan penulisan algoritma standard? Menurut Noraini Idris (2005), algoritma ialah suatu model, cara atau teknik yangd igunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah matematik. Penulisan pula merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud perihal atau kegiatan dan sebagainya, menulis (mengarang ) atau hasil drpd menulis. Manakala, stardard pula boleh ditakrifkan sebagai piawai , ukuran, darjat , biasa, lazim , mutu.Secara umumnya, algoritma standard ialah langkah-langkah pengiraan dalam sesuatu operasi Matematik yang sering kita gunakan.. Algoritma standard atau kemahiran standard yang biasa digunakan di sekolah rendah ialah penambahan,penolakan, pendaraban dan pembahagian. Langkah-langah pengiraan ini kita kenali juga sebagai pengiraan dalam bentuk lazim untuk mendapatkan jawapan yang tepat.

Pengiraan mental pula didefinisikan sebagai Pengiraan Matematik yang dilakukan dengan menggunakan akal fikiran semata-mata tanpa bantuan alat tulis dan alat mengira serta tanpa terikat kepada algoritma. Kepentingan pengiraan mental ini adalah ianya bersifat komutatif, asosiatif dan distributive nombor yang

membolehkannya untuk disusun dan dicerakinkan supaya mudah dikira secara mental. Nombor dan ungkapan boleh diwakilkan dalam persamaanyang setara membolehkan pengiraan nombor mudah dikira secara mental.

Kepentingan

pendidikan

matematik

diberikan

kepada

murid-murid

adalahuntuk memastikan mereka memperoleh kelancaran pengiraan dalam pengiraan matematik. Hal ini demikian untuk memberi kesedaran kepada manusia agar celik ilmu pengiraan dan dapat menyelesaikan penyelesaian masalah dalam matematik yang berlaku untuk keselesaan dalam kehidupan. Oleh itu, penulisan algoritma piawai dan pengiraan mental merupakan pendekatan awal kepada murid-murid agar bersedia dengan dunia sebenar. 2.0 ALGORITMA BERTULIS STANDARD Algoritma ialah urutan langkah-langkah penyelesaian masalah yang disusun secara sistematik. Algoritma digunakan dalam pengiraan, pemprosesan data dan sebagainya. Dalam pengiraan, algoritma terlibat dalam penyelesaianempat operasi asas untuk mengira termasuk tambah (+), tolak( - ), darab () dan bahagi (). Penggunaan algoritma membolehkan seseorang pelajar mempunyai pemahaman yang lebih baik mengenai apa yang dipelajari. Tiga kaedah pengiraan algoritma termasuk pengiraan mental, penggunaan kertas dan pensel serta penggunaan peralatan teknologi. Algoritma yang biasa digunakan disekolah rendah ialah algoritma standard. 2.1 OPERASI TAMBAH Algoritma ini dikenali sebagai standard algoritma penambahan, di mana iabermula dari kanan ke kiri dengan menambah nilai Sa dan mengumpul semula. Jika nilai sa ialah 10 atau lebih daripada 10, kumpulkan semula 10 Sa sebagai 1puluh dan kemudian ditambah kepada puluh. Jika ada 10 puluh atau lebih, kumpulkan semula 10 puluh menjadi 1 ratus dan kemudian ditambah kepada ratus. Proses ini diteruskan ke nilai tempat yang lebih besar jika ada.Merujuk Standard Dokumen Tahun 3, Standard Pembelajaran 2.2, murid berupaya untuk menambah sebarang tiga nombor hingga empat digit dengan mengumpul semula nombor. Algorithm standard bagi operasi tambah adalah seperti berikut:

Contoh 1: Selesaikan 8690 + 1312 = ?

8 + 1 1 0

6 3 0

9 1 0

0 2 2

2.2 OPERASI TOLAK Algoritma kedua, dikenali sebagai standard algorithm penolakan. Mulakan penolakan dengan Sa dan teruskan menolak dengan mengumpul semula, iaitu daripada kanan ke kiri. Jika sa yang sedia ada tidak mencukupi untuk ditolak,kita kumpul semula 1 puluh sebagai 10 sa dan kemudian tolak sa. Begitu juga jika puluh tidak mencukupi untuk ditolak, kita kumpul semula 1 ratus menjadi 10 puluh dan lakukan penolakan. Merujuk Standard Dokumen Tahun 3, Standard Pembelajaran 3.1, murid berupaya untuk Menolak sebarang dua nombor hingga empat digit dengan mengumpul semula. Algorithm standard bagi operasi tolak adalah seperti berikut: Contoh 2: Selesaikan 3 261 - 987 = ? Ri 3 2 Ra 2 9 2 Pu 6 8 7 Sa 1 7 4

2.3 OPERASI DARAB Algoritma yang ketiga, yang dikenali sebagai standard algorithma pendaraban, melibatkan hanya dua hasil darab separa. Dalam hal ini, faktor pertama didarabkan dengan digit sa faktor kedua dan nombor dikumpulkan semula untuk membentuk hasil darab separa pertama. Kemudian faktor pertama didarabkan dengan digit puluh faktor kedua. Merujuk Standard Dokumen Tahun 3, Standard Pembelajaran 4.4, murid berupaya untuk mendarab sebarang nombor, tiga digit, dua digit dan satu digit.

Contoh 3:

2.4 OPERASI BAHAGI Algoritma yang keempat, yang dikenali sebagai standard algorithma pembahagian, Operasi bahagi mempunyai pertalian songsang dengan operasi darab (sekiranya sesuatu nombor boleh dibahagi dengan nombor lain, tanpa sebarang baki nombor bernilai).Merujuk Standard Dokumen Tahun 3, Standard Pembelajaran 5.4, murid berupaya untuk Membahagi sebarang nombor, tiga digit, dua digit dengan satu digit.

Contoh 4: Selesaikan 951 7 = ?

3.0 ALGORITMA ALTERNATIF

Algoritma Alternatif pula ialah langkah-langkah lain yang digunakan untuk mendapatkan jawapan bagi operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Algoritma alternatif juga perlu dibincangkan semasa mengajar operasi tambah, tolak, darabdan bahagi. Algoritma yang berkesan adalah algoritma yang melaksanakan pengiraan dengan paling efisyen. Pemahaman yang mendalam tentang nilai tempat, pemahaman tentang konsep dan fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi, identiti bagi tambah dan darab akan dapat mencipta berbagai algoritma alternatif mengikut konteks dan nombor yang terlibat. Contoh pengiraan algoritma alternatif yang melibatkan operasi tambah ialah pengiraan dalam bentuk cerakinkan nombor mengikut nilai tempat.

3.1 OPERASI TAMBAH 3.1.1 Kaedah steps stairs Kaedah ini dapat meningkatkan penguasaan kemahiran operasi tambah secara pengumpulan semula bagi murid Tahun 3. Ia juga dapat mengatasi masalah kecuaian murid dalam operasi penambahan dengan mengumpul semula. Steps Stairs ini dapat menarik minat murid untuk melakukan operasi penambahan dengan seronok.

Contoh: 24453 + 875 =

3.2 OPERASI TOLAK 3.2.1 Penolakan Gantian Nombor Kaedah ini sememangnya menggunakan langkah yang panjang kerana ia terpaksa mencerakinkan setiap nombor kepada nombor yang mempunyai sifar.Namun, kaedah ini lebih selamat dan membantu murid daripada melakukan kesilapan. Hal ini demikan kerana murid-murid dapat melihat dengan lebih jelas cara penolakan nombor dengan adanya sifar dibelakang. Selain itu, proses ini hanya memerlukan kaedah penolakan pada akhir proses. Setiap penggantian akan dilakukan dalam operasi tambah.

3.3 OPERASI DARAB 3.3.1 Kaedah Lattice Kaedah ini lebih sistematik dan mudah difahami. Ia tidak mengelirukan bagi proses pengumpulan semula .Kesalahan pengiraan dapat dikurangkan kerana penggunaan kotak memisahkan operasi darab dan tambah . Contoh: 43 x 10 = ?

Lukis grid 2 x 2, letakkan nombor pertama dibahagian atas grid. Nombor yang kedua pula diletakkan di tepi grid. Lukiskan pepenjuru bagi setiap kotak segi empat sama di sebelah.

Tambah nombor mengikut anak panah secara menurun. Untuk melihat hasil darab, mulakan bacaan dari tepi sebelah kanan secara menurun dan kemudian ke kanan dari arah bawah. Oleh itu, jawapan bagi algoritma alternative ini ialah 430.

3.4 OPERASI BAHAGI 3.4.1 Kaedah Penolakan Bahagi. Kaedah ini amat sesuai kepada murid-murid yang masih belum menguasai kemahiran menghafal sifir. Kaedah ini lebih mudah kerana ianya melibatkan operasi penolakan dalam pengiraan. Meskipun kaedah mengambil masa yang panjang, ia dapat mengelakkan murid daripada melakukan kesilapan dalam pengiraan bahagi.

Contoh:

4.0

CARA MEMPEREMBANGKAN KEMAHIRAN MENGIRA SECARA BERMAKNA

4.1 Kaedah Main sambil Belajar

Aktiviti ini dijalankan secara spontan untuk faedah perbuatan itu sendiri. Ini bermakna kaedah tersebut memberi kepuasan dalam keadaan sedar atau tidak. Terdapat unsur-unsur kespontanan, kurang berstruktur, tiada paksaan, dan menimbulkan kepuasan. Sebagai contoh kanak-kanak bermain batu sermban, mereka bukan sahaja seronok tetapi juga dapat membina ketelusan dalam mengira mata yang diperolehi.

Tujuan kaedah bermain sambil belajar adalah untuk mendatangkan keseronokan dan hiburan di samping merangsang individu mempelajari sesuatu dengan cara yang aktif dalam keadan yang tidak formal. Kaedah ini membantu perkembangan fizikal, sosio-emosi dan mental di mana mereka juga dapat

meningkatkan kekekuatan dan ketangkasan, dapat berinteraksi juga mempelajari nilai nilai sosial yang positif seperti bertolak-ansur, bertimbang rasa dan lain-lain lagi. Kesan keseronokan daripada bermain dapat mempercepatkan lagi proses

pembelajaran di mana maklum balas yang di beri serta merta tentang betul atau salah akan mengukuhkan lagi pembentukan satu-satu konsep.

Di dalam melaksanakan aktiviti permainan, ia harus berkaitan dengan objektif pembelajaran. Permaianan tersebut mesti sesuai dengan umur, pengalaman, kebolehan serta kecenderungan murid-murid. Arahan tentang permainan mestilah jelas, tepat dan mudah difahami. Kaedah ini harus melibatkan senua murid sekiranya dijalankan di dalam kelas. Maklum balas tentang betul atau salah dalam sesutu permainan hendaklah di beri dengan serta merta agar murid-murid bermotivasi untuk meningkatkan lagi motivasi mereka. Tempoh permainan tidak boleh pendek dan tidak boleh terlalu panjang. Ia seharusnya mengambil masa yang sederhana dan sesuai. Permainan harus melibatkan aspek psikomotor, kognitif dan efektif. Ia harus menekankan nilai kerjasama, keadilan, keseronokan dan kemahiran sosial. Permainan dijalankan dalam bentuk yang boleh menarik minat murid-murid dan merupakan satu bentuk pengajaran bukan sebagai pengganti guru.

Guru juga boleh menggunakan bahan seperti Model- Blok Dienes untuk operasi tambah. Contoh guru menunjukkan bagaimana Blok Dienes boleh digunakan untuk menerangkan algoritma operasi tambah. Nombor- nombor 369 dan 244 diwakilkan menggunakan blok ini dan seterusnya dicantumkan untuk menunjukkan operasi tambah dilakukan dengan mengambil kira konsep nilai tempat. Kedua-dua nombor diwakilkan menggunakan blok asas sepuluh: Menggunakan model ini, cari jumlahnya dan tuliskan persamaan untuk merekod proses penambahan itu.

Hasil tambah ini dalam bentuk persamaan seperti berikut: 3 + 2 6 6 4 1 9 4 3

4.2 Penerapan Nilai Seni Kreatif Kanak-kanak kebanyakannya sangat berminat dengan aktiviti seni dan kreatif. Aktiviti seni dan kreatif memberi peluang kepada kanak-kanak untuk merealisasikan imaginasi mereka di dalam pelbagai cara. Ini termasuklah aktiviti seni seperti melukis, mewarna, kraf tangan, muzik, nyanyian, drama, puisi,membentuk arca dan sebagainya. Kreativiti merupakan proses yang berterusan dan merujuk kepada keupayaan seseorang untuk memproses maklumat yang menghasilkan sesuatu yang baru dan asli. Kreativiti juga boleh dilihat dari penggunaan imaginasi, penerokaan dan hubungan baru.

Kemahiran mengira secara bermakna diperkembangkan melalui senikreatif. Sebagai contoh dalam penggunaan menghafal sifir. Seseorang dapatmengingat dengan lebih mudah apabila terdapat elemen muzik atau melodidalam sesuatu perkara. Hal ini kerana muzik memiliki keupayaan memulihkeupayaan pemikiran spatial dan temporal (asas penting untuk Matematik danSains) dan muzik meningkatkan keupayaan mental yang mampu meningkatkan prestasi yang lebih baik dalam menjalankan tugas.

Apabila seseorang murid dapat menguasai kemahiran menghafal sifir,pengiraan mereka dalam operasi darab dan bahagi dapat dipertingkatkan dengan lebih cepat. Hal ini sekali gus membantu murid-murid dapat menguasai kemahiran mengira secara bermakna.

4.3 Hafalan dan latih tubi Teknik ini telah lama digunakan iaitu sejak beribu-ribu tahun sebelum masihi, pada masa itu persekolahan masi belum wujud dan pengajaran khususnya agama diturunkan kepada anak cucu dengan teknik hafalan dan latih tubi, teknik ini telah digunakan oleh orang Yahudi untuk mengajar agama dan pekara-pekara berkaitan dengan Tuhan mereka. Bagi mereka Tuhan adalah satu-satu pekara yang tidak boleh dipersoalkan oleh murid-murid mereka dengan itu teknik hafalan dan latih tubi digunakan untuk mengajar murid-murid tersebut dan tekni tersebut dikatakan sangat berjaya dan sangat berkesan sekali.

Pada masa kini teknik hafalan dan latih tubi masih digunakan, teknik ini telah difahami dengan lebih mendalam dan kurang digunakan secara keterlaluan.

Terdapat 2 jenis hafalan yang dikenalpasti iaitu hafalan rot dan hafalan logik. Hafalan rot adalah hafalan berbentuk simbol-simbol yang perlu diingat sepatah demi sepatah contohnya menghafal sefer dimana sefer adalah sejenis simbol yang perlu dihafal dan diingat satu persatu. Hafalan rot masih perlu digunakan pada masa kini untuk mengajar sefer, kira-kira, atau prinsip-prinsip. Pelajar pada mulanya hanya mengunakan hafalan rot kemudian hafalan rot mengenai sesuatu pembelajaran akan diambilalih oleh hafal logik.

Hafalan lojik pula merupakan hafalan secara rasional yang melibatkan fenomena yang bermakna tentang tentang prinsip-prinsip yang perlu dipelajari, hafalan lojik memerlukan fahaman yang rasional mengenai konsep yang terlibat. Kebolehan membuat taakulan memainkan peranan penting untuk membawa kefahaman rasional ini, disamping kebolehan membuat perkaitan antara satu dengan yang lain diperlukan juga.

Dalam situasi pengajaran didalam bilik darjah merupakan cara yang paling berkesan untuk mengajar teknik hafalan dengan berpandukan kepada 4 langkah,

MEMIKIR + MENGULANG + MENYEBUT = MENGINGAT 1. Memikirkanpelajar harus memikirkan tentang sesuatu pekara dengan lebih mendalam samada sifir atau formula matematik ini bermakna murid lebih menumpukan kepada isi kandungan yang harus diingat 2. Mengulangpelajar harus mengulangi bahan yang telah dipelajari, bahanbahan tersebut diulang-ulang hingga murid tidak lagi teragak-agak apabila mengeluarkan idea tentang maklumat yang dipelajari. 3. Mengucapkanpelajar juga harus mengucapkan segala bahan yang telah dipelajari dihadapan guru atau sesiapa sahaja yang boleh menyemak dan memperbetulkan sekiranya terdapat sebarang kesalahan.

4. Mengingatkanpelajar harus mengingat secara bersendirian bahan-bahan yang telah dipelajari supaya segala ilmu yang dipelajari lebih kekal dan ini merupakan peringkat terakhir dalam proses hafalan.

Latih tubi ialah pengulangan fakta-fakta dalam meningkatkan kecekapan tentan apa yang telah diajar ia bertujuan untuk mencapai tahap kemahiran atau untuk melekatkan sesuatu perkaitan supaya ia menjadi lebih kekal dalam ingatan. Dalam situasi pengajaran, latih tubi harus harus dielakkan dalam pelajaran yang bercorak kemasyarakatan ini disebabkan lati tubi dalam matapelajaran tersebut akan mengalakkan hafalan tetapi kaedah latih tubi amat digalakkan dalam matapelajaran matematik. Latih tubi amat sesuai untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti mengingati formula-formula yang penting.

Hafalan dan latih tubi biasanya digunakan dalam langkah kedua iaitu mengulang bahan dan langkah ketiga iaitu mengucapan isi kandungan dihadapan guru. Dengan itu latih tubi adalah sebahagian daripada usaha menghafal atau mengingat sesuatu.

Walaubagaimana pun kaedah ini mempunyai kelemahan iaitu ia akan menyekat dan menghadkan kebebasan berfikir dan menghalang daya kreatif murid. Namun begitu ia tidak harus ditolak secara bulat-bulat kerana banyak hikmah yang tersembunyi disebalik kaedah ini.

Sebenarnya terdapat terlalu banyak kaedah yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah dan membantu proses meningkatkan kecekapan dan kemahiran dalam bidang matematik.

5.0 PERANAN DAN KEBAIKAN KEMAHIRAN MENGIRA

Peranan dan kebaikan daripada menguasai kemahiran mengira adalah dapat melatih akal supaya berfikir secara rasional dan logik. Hal ini demikian kerana seseorang murid atau individu menyedari hakikat sebenar sesuatu perkara. Sebagai contohnya, murid mengetahui bahawa 5 lebih besar daripada2. Dengan penguasaan kemahiran mengira, seseorang murid juga dapat melihat secara logik dan kasar bahawa yang banyak lazimnya adalah nilai dan jumlah yang besar.

Melalui

kemahiran

mengira

juga,

seseorang

berupaya

menyelaras

perbelanjaan atau kewangan secara sistematik. Contohnya dalam membuat belanjawan. Kita akan memerlukan kemahiran dalam kira-kira asas matematik iaitu operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Kita perlu mengira berapa banyak wang yang kita akan keluarkan dengan menggunakan operasi tolak dan mengunakan operasi tambah bagi memasukkan pendapatan baru dalam belanjawan kita. Sebagai contoh, setiap pembayaran atau pembelian akan melibatkan pengiraan. Sekiranya seseorang individu dapat menguasai kemahiran mengira, perbelanjaan dapat diurus dengan baik tanpa merugikan dirisendiri atau sebaliknya. Malahan, melalui kemahiran mengira ini juga, seseorang dapat mengelak diri daripada ditipu oleh penjual atau sebagainya. Hal ini demikian kerana individu tersebut terlebih dahulu mengetahui bajet atau pembelanjaan yang ingin dilakukan olehnya.

Menurut Hay (1993), pengiraan mental ini mempunyai tiga asas utama iaitu penggunaan memori, latihan pengukuhan serta belajar untuk menjadi lebih kreatif. Secara amnya, pelajar tidak akan bergantung kepada alatan lain lagi apabila menguasai kemahiran ini. Apabila pelajar sudah mahir dan terdedah dengan pengiraan mental ini, mereka tidak akan memerlukan lagi kaedah pensildan kertas. Oleh itu, guru dapat memberipak melaksanakan kerja atau tugasan yang kompleks. Hal ini demikian untuk mengukuhkan pengetahuan murid dengan berkesan. Kemahiran penyelesaian masalah matematik dalam kehidupan seharian dapat merangsang perkembangan intelek seseorang individu itu. Ia meningkatkan lagi perkembangan kognitif dalam perkembangan seseorang supaya lebih cepat untuk menyelesaikan masalah yang sering berlaku dalam kehidupan dan kemahiran penyelesaian masalah matematik. Sebagai contoh, seorang murid berhadapan dengan soalan spontan

daripada guru. Dia memerlukan pengiraan yang pantas untuk memastikan jawapannya tepat dan berlangsung dengan lancar. Oleh itu, kemahiran mengira terutamanya pengiraan mental amatdiperlukan pada ketika itu. Dengan cara itu, perkembangan intelek seseorang murid dapat dipertingkatkan dalam bilik darjah.

Penerapan konsep pada peringkat awal kanak-kanak adalah bagus kerana ilmu pengiraan mental sangatlah berguna di dalam kehidupan seharian.Pengiraan mental ini memiliki kelebihan yang tersendiri seperti dapat membantu pelajar untuk mendapatkan jawapan kepada sesuatu masalah dengan lebihcepat. Latihan yang berterusan diperlukan bagi pengiraan mental ini kerana ianya dapat mengasah minda pelajar untuk menjadi lebih cekap dalam membuat pengiraan. Apabila kita mahir dengan pengiraan mental ini, kita akan belajar dengan sendiri bagaimana cara untuk mengira dengan lebih cepat dan menggunakan beberapa trick dalam pengiraan mental ini. Dengan adanya kemahiran mengira ini, murid dapat memahami perkaitan nombor dengan lebihbaik dan memahami nilai tempat dengan lebih kukuh. Murid juga akan lebihyakin dengan nombor dan sistem nombor.

Kemahiran mengira turut merangsang seseorang murid untuk menguasai pengiraan mental yang merupakan satu jalan pengiraan matematik yang ringkas dengan berfikir tanpa mengira menggunakan kertas dan pensil. Pengiraan mental ini merangkumi aspek mengingati sesuatu nombor dengan tepat tetapi ianya bergantung pula kepada tahap kemahiran ingatan seseorang individu. Sekiranya seseorang pelajar mengalami masalah dalam kemahiran mengingat,hal ini sedikit sebanyak membantut pelajar tersebut dalam pengiraan mental.

Walaubagaimanapun, melalui latihan yang kerap kali dilakukan hal ini mampu membantunya dalam melakukan pengiraan menggunakan otak tanpa lakaran diatas kertas dan pensil sedikit demi sedikit. Tetapi, jika diperlukan, para pelajar turut dibenarkan untuk melakar ketika melakukan pengiraan mental.

6.0 KESIMPULAN Secara konklusinya, memperkembangkan penulisan algoritma secara piawai dan pengiraan mental memberi kesan dalam pembelajaran matematik.Hal ini demikian kerana melalui algoritma standard dan pengiraan mental, dapat melahirkan generasi yang bersedia untuk menghadapi dunia realiti. Meskipun ia hanya sebahagian kecil dalam dunia matematik, peranan dan impaknya dalam pembelajaran matematik amat besar.

Hasil perkembangan penulisan algoritma secara piawai, murid-murid dapat menguasai kemahiran operasi tambah, tolak, bahagi dan darab. Melalui proses kemahiran ini, seseorang itu mampu menguasai bidang lain seperti ukuran, wang, masa dan lain-lain. Algoritma standard melatih murid-murid untuk bekerja dan melakukan perkara secara tersusun dan sistematik. Selain itu, ia mengajar seseorang untuk lebih berhati-hati dalam pengiraan.

Melalui pengiraan mental juga, pembelajaran matematik menjadi lebih lancar dan cepat. Murid-murid menjadi lebih yakin dengan nombor. Pengiraan mental ini mendidik seseorang murid untuk bertanggungjawab kepada diri mereka dan orang sekeliling. Hal ini demikian kerana pengiraan mental tidak menggunakan alatan tulis untuk membuat pengiraan.

Konklusinya, kedua-kedua pengiraan mental serta standard algoritma mempunyai kekuatan serta kekurangan masing-masing dalam bilik

darjah.Sehubungan dengan itu, guru haruslah memainkan peranan yang penting dalam menyeimbangkan kedua-dua kaedah untuk diaplikasikan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku agar para pelajar dapat memahami konsep yang dipelajari dengan betul dan mengaplikasikannya ke dalam rutin seharian hidupmereka. Oleh yang demikian, kepekaan terhadap cabaran yang wujud dalam pendidikan Matematik haruslah tidak dipandang remeh oleh semua pihak supaya para pelajar tidak kira di sekolah rendah mahupun menengah dapat menimba ilmu pengetahuan yang mencukup demi mencapai aspirasi negara dan Wawasan 2020, seterusnya memenuhi matlamat serta objektif Kementerian Pendidikan Malaysia. 2994 Patah Perkataan

7.0 RUJUKAN

Effandi Zakaria,Norazah Mohd Nordin, Sabri Ahmad. (2007).Trend Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik. Kuala Lumpur: Utusan Publications &Distributors Sdn. Bhd

Mental Arithmetic.(2003). Australia: Regency Publishing .

Noraini Idris. (2005).Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik.Kuala Lumpur:Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2012). Teknologi dalam Pengajaran Dan Pembelajaran.Selangor :Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Modul PPG Literasi Nombor . Diakseskan pada Oktober 26,2013 daripada http://ipbmm.edu.my/index.php?option=com_content&task=view&id=7&Itemid=11 5

Rucker, W. E., & Dilley, C. A. (1974). Math card games. Palo Alto, CA: Creative.

Schwieger, R. D. (1999). Teaching elementary school mathematics: A ProblemSolving Approach. Belmont, CA: Wadsworth.

Shuard, H., Walsh, A., Goodwin, J., & Worcester, V. (1990). Primary initiatives in mathematics education: Children, mathematics and learning. Unit C: Doing And Talking Mathematics. London: Simon & Schuster.

Suggate, J., Davis, A., & Goulding, M. (2001). Mathematical knowledge for primary teachers (2nd ed.). London: David Fulton.

You might also like