You are on page 1of 6

1

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG


KG BATU 3, JALAN PAHANG, TAPAH, PERAK DARUL RIDZUAN
KALI KEDUA (2/2013)
_____________________________________________________________________________________

TARIKH

14 Feb 2013 (Khamis)

MASA

2.30 Petang

TEMPAT

DOR Kampung Batu 6,


Jalan Pahang, Tapah, Perak.

YANG HADIR
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

Tn Haji Abdul Aziz bin Mohd Isa


En Abdul Halil bin Husain
Pn Tashinum bt Haji Wagi
En Mazlan bin Mohd Ariff
Pn Nor Asiah bt Abu Bakar
En Khairul Azman bin Khamis
Pn Sharifah Salwa bt Syed Lop Ariffin
Tn Haji Ahmad Noor bin Dollah
En Ali bin Sahak
Tn Haji Mohamed Nasir bin Jaapar

Pengerusi
AJK
AJK
AJK
AJK
AJK
AJK
AJK
AJK
Setiausaha

TIDAK HADIR DENGAN MAAF


1
2
3
4
5

En Ahmad bin Md Sayuti


En Mohd Sahrul Arshad bin Md Samudin
En Mohd Shahar bin Salleh
En Amit Joyo a/l Bah Chu Hong
Pn Azizah bt Haji Mohd Salleh

Bendahari
AJK
AJK
AJK
AJK

TURUT HADIR (WAKIL JEMPUTAN)


1

En Ahmad Rozain bin Romly

Ucapan Aluan Pengerusi

Penghulu Mukim

2
BIL
Agenda 1

PERKARA

TINDAKAN

Ucapan Pengerusi
1.1 Tuan Haji Abdul Aziz bin Mohd Isa selaku Pengerusi JKKK mengucapkan
salam dan selamat datang pada semua yang hadir, dan memulakan
mesyuarat dengan bacaan ummul kitab Al-Fatihah.

Makluman

1.2 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada En Ahmad Rozain bin
Romly selaku Penghulu Mukim Batang Padang kerana sudi melapangkan
masa kemesyuarat JKKK Kampung Batu 3 Jalan Pahang pada petang ini.
Pengerusi Pertubuhan Ketua-ketua Kampung Parliman Tapah (PPKKPT)
Tn Haji Zainuddin bin Haji Zainal Abidin tidak dapat hadir kerana
mempunyai jadual ditempat lain.
1.3 Mesyuarat hari ini adalah yang kedua kalinya untuk tahun 2013. Hari ini
kita tidak akan membincangkan tentang projek-projek tapi lebih kepada
Program Majlis Mesra Rakyat Bersama Pemimpin Masyarakat Ahli
Parlimen Tapah yang akan diadakan di Dewan Orang Ramai Kampung
Batu 6 Jalan Pahang pada hari Ahad 24 Feb 2013 dari jam 10.00 pagi
hingga jam 1.00 tengah hari.

Makluman

1.4 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada Ketua Wanita Cawangan


yang telah mengadakan Bilik Gerakan masing-masing dengan petugaspetugasnya. Siap sedia 100%, tabah menghadapi PRU ke 13. PRU kali ini
yang paling sengit dan agresif.
Agenda2

Ucapan Wakil YB / Wakil Jabatan


2.1. Ucapan Penghulu Mukim Batang Padang
2.1.1 En Ahmad Rozain bin Romly mengucapkan terima kasih atas
jemputan kemesyuarat JKKK kali kedua untuk 2013 ini.

Makluman

2.1.2 Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M). Setiap yang menerima surat


akan menerima baucer, yang belum tunggu dulu kerana ia diberi
berperingkat-peringkat. Sesiapa yang ingin menyemak senarai namanya
ada di Pejabat ADUN.
2.1.3 Skim Insuran Takaful (Tabarok). Yang berumur 75 tahun ke- bawah
boleh memohon skim tersebut. Pewaris akan menerima RM 2,000.00 untuk
urusan pengkebumian. Selain dari tatacara yang sedia ada skim ini
dipanjangkan lagi kepada Pesara-pesara Tentera, Polis, Guru, Imam, Paderi
dan Sami-sami.
2.1.4 Penerangan Bajet 2013. Pada program Majlis Mesra Rakyat bersama
Pemimpin Masyarakat Ahli Parlimen Tapah yang akan diadakan di Dewan
Orang Ramai Kampung Batu 6 Jalan Pahang pada 24 Feb 2913 (Ahad)
nanti, Penerangan Bajet 2013 akan diberikan. Penceramahnya didatangkan
khas dari Ipoh.

Makluman

Agenda 3

Pengesahan Minit
3.1 Cadangan untuk disahkan oleh En Mazlan bin Mohd Ariff. Di sokong
oleh Pn Sharifah Salwa bt Syed Lop Ariffin. Minit mesyuarat Bil 1 / 2013
disahkan sebulat suara.

Agenda 4 Perkara Berbangkit


4.1. Pelajar Cemerlang; Saguhati kepada anak Tupin bt Hassan belum lagi
diberikan.

Agenda 5

4.2.

Net Book 1 Malaysia yang tidak berfongsi dan bermasalah akan


dikumpulkan sekali dan sesiapa yang ada kelapangan bolehlah
menghantarkan- nya ke Ipoh untuk dibaiki.

4.3

Permohonan Rumah PPRT untuk En Samulin bin Jastin buat masa ini
belum ada.

Makluman

Makluman

Laporan Kewangan.
5.1

Laporan Penuh Penyata Kewangan akan dibuat tiga bulan sekali.


Kedudukan wang dalam buku simpanan CIMB seperti bulan lepas iaitu
sebanyak RM 6350.35.

Makluman

Agenda 6 Laporan Biro-biro


6.1

6.2

Biro Kebajikan dan Bencana Alam.


6.1.1 Pn Tashinum bt Haji Wagi mengatakan biro dalam jagaannya
tidak mempunyai sebarang masalah semuanya berjalan seperti biasa.
Dalam pada itu beliau ingin tahu Program yang macam mana untuk 24
Feb 2013 ini. Pengerusi menjelaskan akan diberitahu dalam agenda Lainlain hal nanti.
Biro Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan.
6.2.1 En Abdul Halil bin Husain menerima maklumat dari Guru Besar
SK Kampung Pahang mengatakan setiap kali diadakan mesyuarat PIBG
kehadiran ibu-bapa murid amat mendukacitakan. Guru Besar juga memberi surat untuk disampaikan kepada Pengerusi mohon sedikit sumbangan berupa wang dari JKKK seperti yang diwar-warkan oleh Pn Nor
Asiah bt Abu Bakar pada mewsyuarat yang lepas.

Pengerusi

Makluman

6.2.2 Kita dibekalkan Net Book setiap orang. Saya mohon pada
Pengerusi untuk mengadakan kursus Komputer. Tempat kursus boleh
dibuat di Bilik Seminar Pejabat Pelajaran Daerah Batang Padang atau di
Pusat Kecemerlangan sukan, cuma aturkan tarikh dan masa yang sesuai.
6.3

Biro Pembangunan Ekonomi Desa.


6.3.1
En Ali bin Sahak mengatakan rumah Cik Rubiah bt Husain

Makluman

4
beralamat di Batu 1 Jalan Pahang kelihatan sanggat uzur, tolong beri
bantuan.
6.3.2
Cik Noraini bt Mohamad Rosli hanya mendapat bantuan dari
Baitulmal untuk dua orang adiknya yang OKU. Bantuan dari JKM telah
di- berhentikan. Beliau mohon bantuan untuknya ditambah.
Pengerusi mengatakan sesiapa yang mendapat bantuan dari Baitulmal,
bantuan dari JKM akan diberhentikan, tidak boleh menerima dua-dua
sekali. Pengerusi mencadangkan pada Cik Noraini agar buat permohonan
tambahan.
6.4

Biro Kesihatan dan Pembasmian Kemiskinan.


6.4.1 Pn Azizah bt Haji Mohd Salleh tidak bersama kita dimesyuarat
JKKK hari iai. Tiada laporan.

6.5

Biro Agama Islam.


6.5.1 Tn Haji Ahmad Noor bin Dollah minta semua JKKK hadir untuk
membuat gotong royong ke DOR dan Surau Kampung Batu 6 Jalan
Pahang pada hari sabtu 23 Feb 2013 untuk program Majlis Mesra Rakyat
bersama Pemimpin Masyarakat Ahli Parlimen Tapah dan Perasmian
Surau Al-Kariah.

6.6

Biro Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Teknologi Maklumat.


6.6.1. En Khairul Azman bin Khamis mengatakan tiada apa yang
hendak diperkatakan tentang IT.

6.7

Biro Pembangunan Belia, Sokan dan Kebudayaan.


6.7.1
En Mohd Sahrul Arshad bin Md Samudin tiada bersama kita dimesyuarat JKKK hari ini. Tiada laporan.

6.8

Biro Keselamatan dan Kesejahteraan Masyarakat.


6.8.1
En Mazlan bin Mohd Ariff mengatakan menjelang PRU 13
keselamatan amat genting. Kita harus menghadapinya dengan berhemah
dan biar beralah.
6.8.2
Mohon ditebang pokok durian mati dekat Gelanggang
Badminton berhampiran rumahnya.

6.9

Pengerusi

Makluman

Makluman

Makluman

Biro Hal Ehwal Wanita.


6.9.1 Pn Sharifah Salwa bt Syed Lop Ariffin mengatakan buat masa
ini program wanita berjalan seperti biasa. Progran wanita di Masjid
Negeri, bersama PM di Perasmian UTC dan Dato Rosnah Kassim
kemaskini Daftar Pengundi.
6.9.2 Suaminya En Mohd Shahar bin Md Salleh masih membuat
rawatan dan tidak dapat hadir ke mesyuarat JKKK hari ini.

6.10

Biro Perpaduan Penduduk dan Keceriaan.


6.10.1 Pn Nor Asiah bt Abu Bakar bertanyakan masalah rumah Hjh
Rodiah bt Tan Deman yang kena hakisan semasa banjir tempuh hari
dan masalah baiki atap rumah PnTupin bt Hassan.
Pengerusi menjelaskan JPS melarang orang membuat rumah tepi

Pengerusi

5
sungai, dan Baitulmal masih belum memberi peruntukan.
6.11

Biro Pembangunan Tanah dan Sumber Alam.


6.11.1
En Mohd Shahar bin Md Salleh tiada bersama kita
dimesyuarat JKKK hari ini. Tiada laporan.

6.12. Biro Sosial Kebudayaan dan Hal Ehwal Bukan Islam.


6.12.1 En Amit Joyo a/l Bah Chu Hong tiada bersama kita di
meyuarat JKKK hari ini. Tiada laporan.
Agenda 7

Hal-hal Lain.
7.1

Pengerusi membentangkan kertas kerja Program Majlis Mesra Rakyat


Pemimpin Masyarakat Parlimen Tapah Bersama Penduduk Kampung
Batu 3 Jalan Pahang, pada 24 Feb 2013 (Ahad) jam 9.30 pagi, bertempat
di Dewan Orang Ramai Kampung Batu 6 Jalan Pahang.

7.2

Tetamu Jemputan: Tiga orang YB iaitu Ahli Parlimen Tapah Datuk M


Saravanan, ADUN Chenderiang Dato Dr Mah Hang Soon, ADUN Ayer
Kuning Dato Haji Samsudin bin Haji Abu Hassan. Kita juga menjemput
Tuan Pegawai Daerah, Penghulu Mukim Batang Padang, Pn Pegawai
Penerangan, Ketua Wanita UMNO dan lain-lain.

7.3

Aturcara Majlis dimulakan dengan Ceramah Agama dalam Surau AlKariah oleh Ust Mohd Jamian bin Duriat.

Makluman

Makluman

Selepas ceramah Agama, Penerangan Bajet 2013 pula diadakan di


dalam Dewan Orang Ramai. Penceramahnya En Rosni Timbalan
Pengarah Penerangan Negeri Perak.
7.4.

a.
b.
c.
d.
e.
f.
g.
h.
i.
j.
k.
7.5

MAJLIS MESRA RAKYAT PEMIMPIN MASYARAKAT


PARLIMEN TAPAH BERSAMA
PENDUDUK KAMPUNG JALAN PAHANG

Makluman

Pengerusi Majlis:
Tn Haji Abdul Kadir bin Abdullah
Bacaan Doa:
Ust Sarbani bin Masron
Ucapan Alu-aluan: Tn Haji Abdul Aziz bin Mohd Isa (Ketua Kampung)
Ucapan oleh:
YB Datuk M Saravanan
Ucapan oleh:
YB Dato Dr Mah Hang Soon
Ucapan oleh:
YB Dato Haji Samsudin bin Haji Abu Hassan
Penyampaian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)
Penyampaian Cenderahati kepada Pemimpin Masyarakat
Perasmian Surau Attakwa oleh YB Dato Haji Samsudin bin Abu Hassan
Jamuan Makan Tengah Hari
Bersurai
Pada hari sabtu 16 Feb2013 Jamuan Hari Raya China bersama PM di
Kopisan Goping, Perak. Bas disediakan, tunggu di Masjid Al-Mukmin
jam 07.00 pagi.

Makluman

7.6

Pn Sharifah Salwa bt Syed Lop Ariffin mengatakan pehak JPS ada


datang melihat sungai di Batu 6 Jalan Pahang, untuk memasang gavian.

7.7

En Abdul Khalil bin Husain mencadangkan pada tahun ini diadakan


program Hari Keluarga untuk JKKK.

Makluman

Agenda 8 Penutup:
Pengerusi mengucapkan terima kasih kapada semua yang hadir kerana setia
hingga tamat mesyuarat. Beliau juga minta ampun dan maaf sekiranya terdapat
sebarang kelemahan semasa mesyuarat dijalankan. Sebelum mengakhiri
ucapan beliau menyeru semua JKKK bekerjasama untuk menjayakan program
Majlis Mesra Rakyat Pemimpin Masyarakat Parliman Tapah pada 24 Feb 2013
ini. Beliau juga berharap ketiga-tiga YB ini dapat memberi sumbangan berupa
wang untuk menjayakan program tersebut.
Sekian. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Mesyuarat ditangguhkan mulai jam 4.30 petang.
Dicatat dan disediakan oleh

(HJ MOHAMED NASIR BIN JAAPAR)


Setiausaha JKKK KG Batu 3,
Jalan Pahang, Tapah, Perak.
.

s.k

Disemak oleh

(HJ ABDUL AZIZ BIN MOHD ISA)


Pengerusi JKKK KG Batu 3,
Jalan Pahang Tapah, Perak.

Tuan Pegawai Daerah Batang Padang.


Ketua Penolong Pegawai Daerah Batang Padang.
YB Parliman Tapah.
YB ADUN Kawasan Chenderiang
YB ADUN Kawasan Ayer Kuning.
Penghulu Mukim Batang Padang.
Pengerusi Pertubuhan Ketua Kampung Parliman Tapah
Pengerusi JKKK
Fail simpanan

You might also like