You are on page 1of 14

SOALAN C Ilmu Qiraat dianggap asing oleh masyarakat Islam di Malaysia kerana ia tidak diperkenalkan secara meluas di negara

kita, sedangkan ia berkembang dengan meluasnya pada zaman Rasullullah s.a.w dan selepasnya. Disebabkan itu, aplikasinya kurang meluas dan tidak memberangsangkan. Tetapi hakikatnya, ilmu Qiraat bukannya suatu ilmu yang asing bagi umat Islam di Malaysia, malah al-Quran yang dibaca sekarang adalah sebahagian daripada ilmu Qiraat itu sendiri. Pengajian tilawah al-Quran di Malaysia berjalan seiring dengan

perkembangan dakwah Islam yang telah sampai di gugusan nusantara sejak sekian lama dahulu. Ketika itu, pengajian tilawah al-Quran hanya diajar oleh para ulama dan guru-guru agama melalui institusi pondok, madrasah atau rumah kediaman mereka. Setelah negara mencapai kemerdekaan, sekolah-sekolah rasmi kerajaan pula turut menyediakan pengajian yang berhubung dengan tilawah al-Quran dan perkara yang melibatkan ilmu Qiraat masih tidak di perluaskan. Ini adalah kerana keutamaan dalam mempelajari bacaan al-Quran adalah membaca beserta dengan tajwid dan menjadi kewajipan bagi guru-guru al-Quran memberi penekanan serta tumpuan kepada kaedah bacaan al-Quran beserta tajwid. Justeru itu pengetahuan terhadap ilmu Qiraat ini diketepikan dahulu agar masyarakat dapat membaca dengan betul sebelum mendalami ilmu Qiraat ini. Di samping itu juga, pengetahuan sebegini sebahagian besarnya hanya mampu di pelajari di Timur Tengah seperti Mesir, Syria, Arab Saudi dan sesetengah negara arab yang lain, maka timbullah masalah kekurangan pakar-pakar yang khusus dalam bidang ini untuk menerangkan kepada masyarakat pengetahuan tentang ilmu ini. Keghairahan masyarakat Islam di Malaysia mempelajari seni ilmu bacaan alQuran ini semakin meningkat dari semasa ke semasa. Ini terbukti dengan adanya sambutan yang menggalakkan terhadap kelas-kelas pengajian al-Quran samada dibawah kerajaan, swasta mahupun persendirian. Walaupun begitu, sebahagian besar kelas-kelas tersebut masih lagi belum memperkenalkan ilmu Qiraat ini kerana

lebih menekankan kepada kaedah memperbetul dan memperelokkan bacaan alQuran. Masyarakat Islam di Malaysia mula memahami bahawa bacaan yang mereka pelajari selama ini adalah bacaan daripada riwayat Hafs bin Sulaiman bin alMughirah al-Kufi melalui majlis-majlis dan pertandingan-pertandingan yang melibatkan tilawah al-Quran yang sebahagian besarnya menonjolkan identiti bacaan ini sekaligus memperkenalkan kepada masyarakat Islam di Malaysia bahawa bacaan yang dipersembahkan adalah mengikut bacaan riwayat Hafs bin Sulaiman al-Kufi sepertimana yang mereka amalkan sebelum ini. Disamping itu, dengan timbulnya beberapa Maahad Tahfiz samada dibawah kerajaan ataupun swasta yang mengambil sukatan pelajaran daripada Universiti AlAzhar, Kaherah telah membuka sedikit ruang kefahaman masyarakat Islam di Malaysia tentang ilmu Qiraat yang mana sebelum ini pengetahuan sebegitu hanya tertumpu kepada individu-individu tertentu sahaja. Sukatan pelajaran yang diambil adalah diantaranya mempelajari bacaan Qiraat melalui aliran al-Syatibiah dengan menggunakan matan al-Hirzu al-Amaani Wa al-Wajhu al-Tahaani. Justeru itu, penggunaan aliran al-Syatibiah bagi riwayat Hafs bin Sulaiman al-Kufi ini semakin popular dan terkenal dengan adanya sistem pelajaran yang sebegini dan ramainya lepasan-lepasan pelajar dari maahad-maahad tahfiz. Hakikatnya, sebelum aliran al-Syatibiah ini dikenali oleh masyarakat Islam di Malaysia, sememangnya mereka sudah pun membaca mengikut aliran ini tanpa mereka sedari. Bacaan al-Quran menurut riwayat Hafs daripada 'Asim adalah bacaan majoriti umat Islam di dunia. Statistik menunjukkan bahawa 95% umat Islam membaca riwayat ini. Menelusuri sedikit sejarah ringkas mengenai riwayat Hafs, nama penuh perawinya ialah Hafs bin Sulaiman bin al-Mughirah (Haji Mohd Nazri bin Abdullah, 2009) al-Kufi (H. Ahmad Annuri, 2010). Beliau digelar sebagai Abu Umar, dilahirkan pada tahun 90 Hijrah dan wafat pada tahun 180 Hijrah. Antara keistimewaan beliau ialah, beliau mempelajari bacaan Qiraat dan berguru dengan A asim bin Abi Najud yang juga merupakan bapa tirinya dan menjadi pakar dalam ilmu Qiraat.

Imam Hafs bin Sulaiman bin al-Mughirah al-Kufi menerima bacaan dari Aasim dari Abu Abdirrahman Habib as-Sulami dari Ali bin Abi Thalib, Ubay bin Kaab, Zaid bin Thabit, Uthman bin Affan, dan Abdullah bin Masud. Mereka ini menerima bacaan dari Rasulullah s.a.w (H. Ahmad Annuri, 2010). Dari sini maka muncullah Qiraat Aasim riwayat Hafs Toriq al-Syatibi (Haji Mohd Nazri bin Abdullah, 2009). Menurut buku karangan Haji Mohd Nazri bin Abdullah (2009), antara manhaj atau cara bacaan mengikut Qiraat Aasim riwayat Hafs Toriq al-Syatibi ialah: 1- Membaca basmalah antara dua surah. 2- Mengithbatkan huruf alif ( )pada kalimah ( )dalam surah al-Fatihah. 3- Riwayat Hafs akan membaca dengan 2 harakat pada huruf ha ( ) kinayah dalam kalimah ( )di dalam surah al-Furqan. 4- Membaca mad jaiz munfasil dan mad wajib muttasil dengan 4 atau 5 harakat. ) , 2 temapt di dalam surah al-Anam iaitu ayat 143 5- Pada kalimah ( ) , 2 tempat di dalam surah Yunus iaitu dan 144, dan pada kalimah ( ayat 51 dan 91, serta pada kalimah ( ) dalam surah Yunus ayat 59 dan dalam surah an-Naml ayat 59, dibaca dengan 2 wajah iaitu badal (mad lazim kalimi) dengan 6 harakat dan tashil dengan 2 harakat. 6- Pada kalimah ( ) di dalam surah Fussilat ayat 44, riwayat Hafs akan membaca dengan mentahkikkan huruf hamzah ( ) pertama dan mentashilkan hamzah ( ) kedua. 7- Membaca dengan imalah pada kalimah ( ) di dalam surah Hud ayat 41. 8- Membaca kalimah ( ) dalam ayat 11 surah Yusuf dengan bacaan ishmam dan idgham dengan raum. ) dalam ayat 36 surah an-Naml, riwayat 9- Jika waqaf pada kalimah ( ) dan ( ). Hafs akan membaca dengan 2 wajah iaitu ( 10- Pada semua kalimah ( ) yang terdapat pada ayat 54 surah ar-Rum, riwayat Hafs akan membaca dengan 2 wajah iaitu berbaris fathah pada huruf dhod ( ) dan berbaris dhommah pada huruf dhod ( ) . Pada pendapat saya, masyarakat Malaysia juga secara majoritinya memang mengamalkan bacaan al-Quran mengikut Qiraat Aasim riwayat Hafs Toriq al3

Syatibi, cuma aplikasinya masih kurang memuaskan dari aspek individu kerana masih terdapat ramai individu yang kurang mempelajari bacaan al-Quran mengikut Qiraat Aasim riwayat Hafs Toriq al-Syatibi sehingga ada yang mencampuradukkan riwayat-riwayat dan toriq-toriq dimana hal ini sangat ditegah. Oleh itu, golongan ilmuan dan cerdik pandai dalam ilmu Qiraat ini sama ada dari pihak kerajaan seperti JAKIM ataupun swasta perlu menganjurkan lebih banyak kelas-kelas dan programprogram berkaitan ilmu ini supaya masyarakat biasa dapat memahami dengan baik lalu mengamalkannya dengan betul.

SOALAN D

: (.)Dragon Ball 30 : : - (.)Dragon Ball - . - . 2.5 - . - . .


5

. - - . - . : . -

. : ( ) ( ) ( ) ( ) ( ) ( ). - . .

. "Dragon
Ball

- "

. . : ( ). - .
6

- . - . - .
RM 6.60

: :

: . .

10

. . . ( )hiperaktif . . . . . .
11

SOALAN E: REFLEKSI Qiraat Aasim riwayat Hafs Toriq al-Syatibi. Pengajian al-Quran ibarat laut tidak bertepi. Terlalu luas dan sangat menakjubkan. Semakin dipelajari semakin banyak lagi yang perlu diketahui. Antara bidang al-Quran yang baru hendak dimajukan di Malaysia ialah Qiraat. Sejarahnya sudah lama sejak dari Rasulullah s.a.w lagi namun di Malaysia belum lagi menjadi bidang yang diutamakan. Walaupun ada kelas mengenainya dijalankan oleh guruguru yang pakar tetapi ianya tidak diadakan secara formal. Bagi mereka yang ingin mempelajarinya selalu tertanya-tanya dan tercari-cari sekiranya ada kelas dijalankan di mana-mana yang berdekatan dengan tempat kediaman mereka. Malangnya pakar-pakar Qiraat tidak ramai. Mereka tidak berada di banyak tempat. Paling ramai mereka berada di Lembah Klang, khususnya di Kuala Lumpur. Antara sebabnya ialah kerana tidak banyak institusi yang memperkembangkan pengajian Qiraat sama ada secara individu, swasta atau organisasi besar. Ramai yang mencari akan adanya kelas-kelas Qiraat. Alhamdulillah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah mengambil inisiatif untuk memulakannya secara akademik. Sejak tahun 2003 lulusan yang telah dihasilkan melebihi 50 orang dan kini semakin bertambah. Namun begitu, ianya masih tidak cukup untuk memperkembangkan kefahaman dan pengetahuan masyarakat Islam Malaysia khususnya yang marhaen terhadap ilmu Qiraat terutamanya Qiraat Aasim riwayat Hafs Toriq al-Syatibi. Tidak semua orang dapat menghadirkan diri di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk menghadiri kelas Qiraat yang dianjurkan. Disebabkan itu, pihak kerajaan seperti JAKIM dengan bantuan jabatan-jabatan agama setiap negeri di Malaysia seperti MAIS, MAIK, MAIP dan sebagainya ataupun pihak swasta perlu menganjurkan lebih banyak kelas-kelas dan program-program berkaitan ilmu ini di setiap negeri agar pengetahuan dan kefahaman masyarakat Islam biasa dapat ditingkatkan.

12

Permainan Jawi.

Alhamdulillah dengan usaha dan semangat yang dihimpun dan dikekalkan sejak tugasan ini diberikan, dapatlah saya menghasilkan permainan Jawi yang dinamakan Bola Naga (Dragon Ball) yang tidak seberapa ini. Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, saya berharap permainan ini dapat membantu dan memperbaiki tahap penguasaan murid pemulihan Jawi terhadap matapelajaran Jawi sekaligus merapatkan jurang pembelajaran antara murid biasa dengan murid pemulihan. Ini adalah kerana permainan yang dihasilkan ini dapat menarik minat murid terhadap matapelajaran Jawi dan tidak akan membosankan murid kerana mereka dapat bermain sambil belajar dan terdapat sedikit ruang pergerakan untuk mereka. Selain itu, permainan ini dapat membantu menguatkan daya ingatan murid dan melatih mereka menjadi lebih fokus, disamping memupuk sikap bekerjasama dan mewujudkan persaingan sihat antara murid. Diharapkan agar permainan ini dapat memberi sejuta manfaat bukan sahaja kepada diri saya malah kepada guru-guru matapelajaran Jawi yang lain termasuk juga kepada murid-murid dalam pemulihan Jawi.

13

BIBLIOGRAFI 1. Haji Mohd Nazri bi Abdullah, 2009, Manhaj Qiraat 10, Pustaka Salam Sdn. Bhd, Kuala Lumpur. 2. H. Ahmad Annuri, 2010, Panduan Tahsin Tilawah Al-Quran & Pembaharuan Ilmu Tajwid, Pustaka Al-Kautsar, Jakarta. 3. Qasim Asyur, 1986, 1001 Tanya Jawab Tentang Al-quran, Pustaka AlKautsar, Jakarta. 4. http://nayie.blogspot.com/2009_03_01_archive.html 5. http://syababghardhuffaz.blogspot.com/2006/05/qiraat-2.html 6. http://www.ataphijau.com/2009/02/09/pengenalan-qiraat-sab%E2%80%99ahmutawatirah/ 7. http://mdyusofjamarblogspotcom.blogspot.com/2011/12/seminar-qiraatperingkat-kebangsaan_16.html

14

You might also like