You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2012 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) KALI KE-16 SMK PUCHONG

PERDANA

Tarikh Masa Tempat Kehadiran

: 31 Mac 2012 : 8.30 pagi : Dewan SMK Puchong Perdana : Sila rujuk Senarai Kehadiran)

Agenda Mesyuarat 1. Ucapan Pengerusi 2. Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-16 2012 3. Pembentangan Laporan Aktiviti tahunan 2011/2012 4. Pembentangan dan Penerimaan Laporan Kewangan 2011/2012 5. Pembubaran AJK PIBG 2011/2012 6. Pelantikan Pengerusi Sementara 7. Pelantikan AJK PIBG Sesi 2012/2013 8. Pembentangan dan Penerimaan Usul 9. Ucapan Penangguhan 1. Ucapan Pengerusi Pengerusi PIBG sesi 2011/2012, Yang Berbahagia Dr. Abdullah bin Yusof menyampaikan ucapan terima kasih kepada pentadbir sekolah, ibu bapa dan guru-guru atas kerjasama dan komitmen yang diberikan. Beliau juga berharap agar AJK yang bakal dilantik dapat memberi kerjasama yang baik serta dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. 2. Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-15 Pencadang : Pn Noor Hasni binti Abdullah Penyokong: Pn Siti Hajar Mokhtar 3. Pembentangan Laporan Aktiviti Tahunan 2011/2012 3.1 Pembentangan telah disempurnakan oleh setiausaha PIBG sesi 2011/2012, Pn Norehan bt Haron 3.2 Aktiviti tahunan PIBG sesi 2011/2012 merangkumi kemudahan dan keceriaan , kegiatan sukan dan kokurikulum, disiplin dan program sekolah. 4. Pembentangan dan Penerimaan Laporan Kewangan 2011/2012 4.1 Pembentangan penyata kewangan PIBG, Puan Nik Nurhazlina Abu Bakar 4.2 Penyata kewangan ini berakhir pada 31 Disember 2011(Rujuk Lampiran)

Jumlah Penerimaan - RM 78,184.60 Jumlah Perbelanjaan - RM 71,574.10 Baki pada 31 Disember 2011 - RM 6,610.10 4.3 Penyata kewangan ini telah dicadangkan untuk diterima oleh Pn Zailani bt Mansor dan disokong oleh Pn Semi bt Budiman. 5. Pembubaran AJK PIBG 2011/2012 5.1 Yang Dipertua PIBG mewakili barisan AJK PIBG sesi 2011/2012 telah membubarkan AJK PIBG 2011/2012 dan majlis diserahkan kepada Tuan Pengetua. 5.2 Tuan Pengetua mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Pr. Abdullah bin Yusof dan AJK PIBG atas sumbangan dan kerjasama yang diberikan. 6. Pelantikan Pengerusi Sementara 6.1 Pn Zaharah bt Othman mencadangkan Tuan Pengetua sebagai pengerusi sementara dan disokong oleh Pn Azlin Abdul Jalal. 6.2 Tuan Pengetua mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang bagi mempengerusikan mesyuarat untuk memilih AJK PIBG sesi 2012/2013 7. Pelantikan AJK PIBG Sesi 2012/2013 7.1 Encik Zuleswandi b. Maikutek mencadangkan Encik Mohd Yusof Abdul Latif sebagai Yang Dipertua PIBG sesi 2012/2013 dan cadangan itu disokong oleh Encik Peter Choo Kow Hing. 7.2 Encik Ismail Awang mencadangkan agar cadangan ditutup dan disokong oleh Encik Ahmad bin Hasan. Seterusnya, Encik Mohd Yusof Abdul Latif dilantik sebagai YDP PIBG sesi 2012/2013 7.3 Bagi pemilihan Naib YDP PIBG sesi 2012/2013, Pn Norsidah Abu Talib mencadangkan Encik Ismail manakala Encik Zamri bin Fadzillah mencadangkan Encik Zulkarnain bin Yusof. Pn Rohayati mencadangkan cadangan ditutup dan disokong oleh Pn Mashitah. Melalui proses pengundian, Encik Ismail Awang dilantik sebagai Naib YDP PIBG sesi 2012/2013. 7.4 Setelah melalui proses pengundian seterusnya, seramai lima orang dalam kalangan ibu bapa telah dilantik melalui proses pemilihan. Selain itu, mesyuarat sebulat suara melantik wakil ibu bapa daripada keturunan India dan Cina, iaitu Pn Christina Chia Cheah Sim Imm dan Encik Gunasegaran. Berikut merupakan barisan AJK PIBG sesi 2012/2013 Penasihat : Encik Ahmad Badri bin Mardi Yang Dipertua : Encik Mohd Yusof bin Abdul Latif Naib Yang Dipertua : Encik Ismail Awang Setiausaha : Pn Norhidayah Halal Penolong Setiausaha : Encik Hasnizan bin Udin Bendahari : Pn Subashini a/p Subramaniam Penolong Bendahari : Pn Norazlina Abd Aziz Ahli Jawatankuasa(Ibu bapa) : 1. Encik Karim Muhammad 2. Encik Mohd Hasri Abdul Latif 2

3. En. Zulkarnain Mohd Yusof 4. En Abd Rahim Hamid 5. En Zambri Fadhillah 6. En Surendra 7. Pn Christina Chia Cheah Sim Imm Ahli Jawatankuasa (guru-guru) : 1. Encik Muhammad Rodzi b Md Salin 2. Pn Putri Lily 3. Pn Liew Lay Hong 4. Pn Ruzlina bt Jusoh 5. Pn Salmiah Asmaq bt Adnan Juruaudit : Pn Siti Norhaiza

8. Pembentangan dan Penerimaan Usul Tuan Pengetua membentangkan usul-usul yang telah diterima 8.1 Waktu rehat pelajar lelaki dan perempuan diasingkan Jawapan pelajar diasing mengikut tingkatan, iaitu tingkatan satu dan dua 8.2 Pihak sekolah membina laluan beratap di laluan masuk pintu kedua Jawapan tiada peruntukan buat masa ini dan usul ini sedang dipertimbangkan 8.3 Waktu masuk atau pembelajaran hari Jumaat dilewatkan Jawapan - tiada masalah 8.4 Baiki kipas di dalam kelas yang rosak Jawapan kipas sedang dalam proses dibaiki 8.5 Kekurangan air untuk mengambil wuduk di surau Jawapan pihak sekolah telah memulakan kempen mengutip derma 8.6 Masalah kekurangan tandas pelajar Jawapan pihak sekolah sedang membaiki tandas yang sering kali rosak 8.7 Keadaan surau pelajar perempuan yang kurang memuaskan atau tidak selesa Jawapan masalah ini sedang diurus 8.8 Kelas Aliran Agama (KAA) mohon diadakan dalam kelas yang tetap Jawapan telah ada kelas tetapi cuma waktu Bahasa Arab di luar waktu persekolahan 8.9 Makanan di kantin perlu berkhasiat dan kantin yang kecil Jawapan - cuba mengatasi masalah dengan waktu rehat yang berasingan mengikut tingkatan 8.10Mohon pihak sekolah membuat kutipan derma untuk pelajar yang kurang mampu Jawapan sekolah sentiasa memberi sumbangan 8.11Mohon mesyuarat Agung PIBG diadakan pada hari Ahad Jawapan guru tiada masa untuk rehat jika diadakan pada hari Ahad 8.12Kes buli perlu diambil tindakan oleh pihak sekolah Jawapan pihak sekolah telah mengambil tindakan 8.13Doa yang dibaca oleh pelajar hendaklah mengikut tajwid Jawapan keadaan ini sedang dibaiki 3

8.14Mohon mendapatkan guru pakar Bahasa Inggeris untuk kelas Hari Sabtu selama 5 hingga 7 jam dengan bayaran RM30.00 Jawapan kelas bimbingan telah diadakan dan pihak sekolah perlu bermohon kepada Kementerian Pelajaran Malaysia terlebih dahulu 8.15 Membuat gelanggang badminton di dalam dewan Jawapan sekolah tidak mempunyai dewan 8.16Memperbanyak program al-Quran untuk meningkat sahsiah diri pelajar Jawapan program ini sentiasa dijalankan 9. Ucapan Penangguhan 9.1 Ucapan Tuan Pengetua Tuan Pengetua memohon kerjasama ibu bapa supaya memberi sokongan padu kepada pihak sekolah. Kerjasama dan sokongan daripda ibu bapa sangat penting bagi memastikan segala program yang dirancang akan berjalan dengan lancar dan berupaya mencapai matlamatnya. 9.2 Ucapan Yang Dipertua PIBG sesi 2012/2013 Yang Dipertua PIBG sesi 2012/2013 mengucapkan tahniah kepada AJK baharu yang dilantik. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada barisan AJk PIBG sesi 2011/2012. Seterusnya, beliau menyeru ibu bapa agar membantu pihak sekolah dalam melaksanakan segala program yang telah dirancang dan bakal dillaksanakan. Mesyuarat ditangguh pada pukul 10.30 pagi. Disediakan oleh : (Pn Fadhillah Abd Rahim) Disahkan oleh: (En Mohd Yusof bin Abdul Latif)

You might also like