You are on page 1of 14

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM,

SG. PETANI, KEDAH DARUL AMAN

TUGASAN PROJEK
PENDIDIKAN ISLAM (PIK 2102W)
KOD DAN NAMA KURSUS:

DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH (DPLI SR - jQAF)


NAMA PELAJAR:
AHMAD ZUKHAIRI BIN NORDIN

830215-06-5075

GAMBAR PELAJAR

PENSYARAH PEMBIMBING:
USTAZ AZMI BIN KAMIS
JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL (JAPIM)

TARIKH SERAHAN: _________________________

HURAIAN HUKUM HUKUM MAD (MUDUD) YANG


TERDAPAT DI DALAM SURAH AL-KAAFIRUUN
DENGAN PENJELASAN CARA MENYEBUT DAN
MEMBACANYA DENGAN BETUL

1.

PENDAHULUAN
1.1

Definisi Al-Quran

Menurut pendapat yang paling kuat seperti yang dikemukakan oleh Dr. Subhi Al-Salih,
al-Quran dapat didefinisikan sebagai bacaan. Ia berasal daripada perkataan qaraa. Perkataan
al-Quran itu berbentuk isim masdar dengan isim maful iaitu maqru (dibaca). Di dalam al-Quran
juga turut menggunakan perkataan Quran seperti yang terdapat dalam surah al-Qiyamah ayat
17-18:


17. Sesungguhnya Kamilah Yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan
menetapkan bacaannya (pada lidahmu);
18. Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, Dengan perantaraan
Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu;
Perkataan Quran itu telah digunakan untuk mengenali al-Quran yang dikenali pada hari ini dan
ia juga dapat diertikan sebagai kalam Allah SWT yang merupakan mukjizat yang di turunkan
kepada nabi Muhammad SAW dan yang ditulis di mushaf dan diriwayatkan dengan mutawatir
serta membacanya adalah ibadat.
Kitab suci al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW itu merupakan suatu
rahmat bagi seluruh alam. Ianya merupakan wahyu Allah SWT yang menjadi petunjuk,
pedoman hidup, serta pelajaran bagi siapa saja yang mengimani dan mengamalkannya. Oleh
yang demikian, setiap orang yang membaca al-Quran dengan hati yang khusyu semata-mata
mengharapkan redha dari Allah SWT niscaya akan bertambahlah keimanan dan kecintaannya.
Di dalam pembacaaan al-Quran, perlunya pemerhatian di dalam setiap lafaz pembacaan
beserta aturannya disamping memahami maksud ayat kerana yang dibaca itu adalah
kalamullah yang harus dijunjung tinggi dan dimuliakan. Imam al-Ghazali mengatakan:


"









"


Maka orang yang membaca al-Quran untuk menghadirkan keagungan Allah SWT di dalam
hatinya dan meyakini bahwa apa yang dibacanya bukanlah perkataan manusia.
1.2

Pengenalan Ilmu Tajwid

Salah satu aturan di dalam membaca al-Quran adalah menekankan ilmu tajwid.
Pembaca harus mengetahui aturan-aturan ilmu tajwid seluas-luasnya, agar tidak mendapat
kesulitan ketika membaca al-Quran seterusnya mencacatkan maksud ayat.
Sepertimana firman Allah didalam surah Al-Muzammil : 4


4. Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil".
Tajwid dari segi bahasa bermaksud memperelokkan dan menghalusi. Dari segi istilah
bermaksud ilmu yang membahaskan kalimah-kalimah al-Quran bagi menunaikan hak setiap
huruf dan mengelokkan sebutan serta sifat huruf tersebut sama ada yang asli ataupun yang
mendatang.
Tujuan mempelajari ilmu tajwid ialah untuk memelihara bacaaan al-Quran daripada kesalahan
dan perubahan serta memelihara lisan daripada kesalahan bacaan. Hukum mempelajarinya
ialah fardhu kifayah dan hukum beramal dengannya ialah fardhu ain ke atas orang islam yang
mukallaf. Manakala berdosa serta dilaknat bagi sesiapa yang membaca al-Quran tanpa
memelihara hukum tajwid. Ini berdasarkan kepada sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadith
yang berbunyi:

"

"



Berapa ramai orang yang membaca al-Quran tetapi al-Quran melaknatinya.

2.

HUKUM MAD

Maksud Mad ialah memanjangkan bunyi atau sebutan suatu huruf yang diikuti oleh huruf Mad
atau huruf Lin. Huruf mad ada tiga iaitu:

Yang hadir dalam keadaan mati (sukun) dengan huruf sebelumnya berbaris seperti berikut:

Huruf Lin ada dua iaitu:

Yang hadir dalam keadaan mati (sukun) dengan huruf sebelumnya berbaris fathah (______).

Mad dibahagikan kepada dua kelompok besar iaitu Mad Tabie (Mad Asli) dan Mad Farii (Mad
Cabang atau Mad Turunan).
1. Mad Tabie
Mad Tabie disebut juga sebagai Mad Asli, iaitu memanjangkan bacaan huruf-huruf al-Quran
dengan kadar dua harakat. Apabila membaca al-Quran satu harakat bererti pendek, maka
selebihnya adalah bacaan mad. Mad Asli adalah bacaan yang melebihi satu harakat dari
bacaan yang pendek.

2. Mad Far'ie (bercabang) terbagi menjadi:


2.1. Mad Wajib Muttasil
Mad wajib muttasil terjadi apabila ada Mad Tabi'ie yang bertemu dengan huruf hamzah
dalam satu kalimah. Panjang bacaannya antara lima hingga enam harakat.
2.2 Mad Jaiz Munfasil
Mad Jaiz Munfasil iaitu Mad Tabie yang bertemu dengan hamzah, tetapi tidak dalam
satu kalimah. Panjang bacaannya adalah enam harakat seperti Mad Wajib Muttasil,
namun dapat juga disamakan dengan panjang Mad Tabii iaitu dua harakat. Jadi
panjang bacaan untuk Mad Jaiz Munfasil adalah 2 hingga 5 harakat.
2.3. Mad Lin
Apabila ada salah satu huruf al-Quran berbaris fathah bertemu dengan huruf wau sukun
atau ya sukun dan diwaqafkan maka disebut bacaan Mad Lin.
2.4 Mad Aridh Lissukun
Apabila ada Mad Tabie atau Mad Lin bertemu huruf yang diwaqafkan, maka hukum
bacaannya adalah Mad Aridh Lissukun. Panjang bacaannya ada tiga jenis iaitu dibaca
dua harakat, empat harakat atau enam harakat.
2.5 Mad Iwad
a. Apabila ada huruf hijaiyah yang berbaris dua fathah tanwin

( ) yang dibaca waqaf

(berhenti). Panjang bacaannya adalah dua harakat.


b. Apabila ada salah satu huruf hijaiyah berbaris fathah bertemu dengan huruf wau
sukun atau ya sukun dan diwaqafkan maka disebut bacaan Mad Lin.
c. Untuk ta marbutah yang berbaris dua fathah tanwin
dibaca sebagai Mad Iwad, namun dibaca ha mati.

( )

jika diwaqafkan tidak

2.6 Mad Badal (pengganti)


Apabila ada huruf hamzah berbaris fathah, kasrah ataupun dhommah bertemu dengan
huruf hamzah yang bertanda sukun, maka huruf hamzah yang bertanda sukun diganti
dengan huruf alif jika didahului dengan hamzah berbaris fathah.
2.7 Mad Lazim Kalimi Musaqqal
Apabila ada Mad Tabie yang bertemu dengan huruf hijaiyah yang bertasydid dalam satu
kalimah, maka hukum bacaannya harus dipanjangkan enam harakat.
2.8 Mad Lazim Harfi Musaqqal
Apabila ada surah di dalam al-Quran yang pada permulaan surahnya di awalkan
dengan huruf yang dibaca seperti nama hurufnya, kerana huruf tersebut tidak berbaris.
Ada pun huruf-huruf tersebut adalah

yang disingkat

.Panjang bacaannya adalah enam harakat.


2.9 Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf


Apabila ada Mad Badal yang diikuti dengan huruf hijaiyah bertanda sukun dalam satu
kalimah, maka harus dibaca enam harakat. Untuk Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf ini di
dalam Al-Quran hanya terdapat pada surah Yunus ayat 51 dan 91.
2.10 Mad Lazim Harfi Mukhaffaf
Apabila ada huruf-huruf di permulaan surah yang berbaris fathah, panjang hukum
bacaannnya adalah enam harakat. Huruf-huruf tersebut adalah

2.11 Mad Silah


Mad Silah terbahagi kepada dua, iaitu Mad Silah Qosiroh dan Mad Silah Towilah.
a. Mad Silah Qosiroh adalah apabila ada kata ganti (dhamir) ha yang didahului
dengan huruf berbaris. Dhamir ha ini dibaca sepanjang 2 harakat.
b Mad Silah Towilah terjadi jika Mad Silah Qosiroh tersebut bertemu dengan
hamzah. Panjang bacaannya boleh dua harakat atau enam harakat.

2.12 Mad Tamkin


Apabila ada huruf ya bertasydid bertemu dengan ya sukun, maka bacaan madnya
ditempatkan pada tasydid. Adapun panjang bacaannya adalah 2 harakat.
2.13. Mad Farq
Mad farqi adalah bacaan panjang untuk membezakan bentuk pertanyaan. Hamzah
berbaris fathah yang dibaca panjang menandakan bahwa itu adalah bentuk pertanyaan.
Di dalam al-Quran hanya ada pada empat ayat, iaitu surah al-Anam [6]: 143 - 144,
Yunus [10]: 59, dan an-Naml [27]: 59.

3.

HUKUM-HUKUM MAD (MUDUD) YANG TERDAPAT DI DALAM SURAH ALKAAFIRUUN.

Perkara yang dibincangkan ini adalah berkaitan hukum mad yang terdapat di dalam surah alKaafiruun iaitu berkenaan panjang dan pendeknya bacaan harakat suatu huruf yang merupakan
kesalahan yang tersembunyi

(

).

Akan tetapi perkara ini harus

diperhatikan kerana kewajiban mempelajari ilmu tajwid adalah wajib bagi siapa saja yang
mempelajari al-Quran.


Keterangan
Huruf mad (alif) bertemu dengan huruf
hamzah dalam dua kalimah. Bacaan Ya
.dibaca panjang 4 atau 5 harakat
Bacaan Kaf fathah disertai tanda alif kecil
.dibaca 2 harakat
Bacaan ra dhommah disebabkan sukun di

Hukum
Mad Jaiz

Kalimah

Munfasil

Mad Asli

akhir kalimah kerana menghentikan bacaan

Mad Aridh

atau wakaf. Boleh dibaca dengan 2, 4 atau 6

Lissukun

.harakat


Keterangan
Huruf mad (alif) bertemu dengan huruf

Hukum

hamzah dalam dua kalimah. Bacaan Ya

Mad Jaiz
Munfasil

.dibaca panjang 4 atau 5 harakat


Huruf mim fathah yang diikuti oleh huruf mad

Mad Asli

Kalimah

.(alif). Bacaan 2 harakat


Bacaan dal dhommah disebabkan sukun di
akhir kalimah kerana menghentikan bacaan

Mad Aridh

atau wakaf. Boleh dibaca dengan 2, 4 atau 6

Lissukun

.harakat


Keterangan
Huruf mad (alif) bertemu dengan huruf
hamzah dalam dua kalimah. Bacaan Ya
.dibaca panjang 4 atau 5 harakat

Hukum
Mad Jaiz
Munfasil

Kalimah

Huruf ain fathah yang diikuti oleh huruf mad

Mad Asli

.(alif). Bacaan 2 harakat


Huruf dal dhommah yang diikuti oleh huruf

Mad Asli

.mad (wau). Bacaan 2 harakat


Huruf mad (alif) bertemu dengan huruf
hamzah dalam dua kalimah. Bacaan Ya

Mad Jaiz
Munfasil

.dibaca panjang 4 atau 5 harakat


Keterangan
Huruf mad (alif) bertemu dengan huruf

Hukum

hamzah dalam dua kalimah. Bacaan Ya

Mad Jaiz
Munfasil

.dibaca panjang 4 atau 5 harakat


Huruf ain fathah yang diikuti oleh huruf mad

Mad Asli

.(alif). Bacaan 2 harakat


Huruf mim fathah yang diikuti oleh huruf mad

Mad Asli

.(alif). Bacaan 2 harakat

Kalimah


Keterangan
Huruf mad (alif) bertemu dengan huruf

Hukum

hamzah dalam dua kalimah. Bacaan Ya

Mad Jaiz
Munfasil

.dibaca panjang 4 atau 5 harakat


Huruf ain fathah yang diikuti oleh huruf mad

Mad Asli

.(alif). Bacaan 2 harakat


Huruf dal dhommah yang diikuti oleh huruf

Mad Asli

.mad (wau). Bacaan 2 harakat


Huruf mad (alif) bertemu dengan huruf
hamzah dalam dua kalimah. Bacaan Ya

Mad Jaiz
Munfasil

.dibaca panjang 4 atau 5 harakat

Kalimah


Keterangan
Huruf dal kasrah yang diikuti oleh huruf mad

Hukum
Mad Asli

.(ya). Bacaan 2 harakat


Huruf dal kasrah yang diikuti oleh huruf mad

Mad Asli

.(ya). Bacaan 2 harakat

Kalimah

4.

PENUTUP
Membaca al-Quran mengikut kaedah tajwid yang sebenar adalah sangat penting. Ini
adalah bagi menjaga kesucian al-Quran itu sendiri daripada si pembacanya membaca
tanpa ilmu. Sepertimana dalil daripada hadis menerangkan:

"
"







Semulia-mulia kamu sesiapa yang belajar al-Quran dan mengajarkannya
Sehingga kini tiada perubahan kepada cara pembacaan bertajwid sepertimana ulamaulama dan para huffaz telah ajarkan kepada kita sekian lama. Sehubungan itu ulamaulama masa kini berusaha memberi pendedahan ynag meluas kepada ilmu pembacaan
al-Quran. Maka lahirlah mushaf-mushaf al-Quran yang berwarna-warni dan penuh
dengan penerangan mengenai tanda tajwid bagi membolehkan dan menyuburkan minat
membaca al-Quran kepada masyarakat masa kini.
Terdapat beribu-ribu cetakan mushaf al-Quran yang dimurnikan dengan petunjuk tajwid
bagi memudahkan masyarakat membaca dengan baik dan berkesan serta dapat
menguasai tajwid dengan mudah.
Cara pembacaan yang tidak memenuhi kriteria-kriteria yang diperlukan di dalam alQuran haruslah dielakkan agar masyarakat tidak terus buta al-Quran dan sebaliknya
menjadi celik al-Quran. Mudah-mudahan golongan yang membaca dan beramal dengan
al-Quran mengikut sunnah yang diwariskan oleh Rasulullah SAW terus hidup subur
tanpa sebarang masalah.
Sehubungan itu, kaedah pembelajaran bertalqqi dengan guru juga perlu seiring dengan
perkembangan mushaf yang canggih. Tanpa pengawasan guru, seseorang itu
membaca tanpa menyedari kesalahan dan tentunya ianya mengundang dosa tanpa
disedari. Sekian terima kasih.

5.

BIBLIOGRAFI

Al-Quranul Karim

Karya Bestari, Karangkraf, Belajar Tajwid dengan berkesan, Muhammad Nazir


Mohammed Khalid, 2011

Al-Hidayah Publications, Kaedah Tajwid Rasm Uthmani dalam Al-Quran, Ustaz Mahadi
bin Dahlan Al-Hafiz, Ustaz Hj. Azahari bin Hj. Othman Al-Hafiz, 2010

Modul PIC 2103 Tahsin Al-Quran. Cetakan Jun 2012. Institut Pendidikan Guru.
Kementerian Pelajaran Malaysia

Modul PIK 2102W Pendidikan Islam. Cetakan Januari 2013. Institut Pendidikan Guru.
Kememnterian Pendidikan Malaysia.

http://www.edupai.web.id/2013/01/hukum-mad-dan-waqaf-1.html

http://umihalimah.wordpress.com/2011/09/05/surat-al-lahab/

http://cahayapurnama.com/hukum-tajwid-al-quran/

http://suranto-antasura.blogspot.com/2012/09/hukum-bacaan-al-quran.html

http://www.dar-alhejrah.com/t479-topic

You might also like