You are on page 1of 11

Lampiran 1

CONTOH-CONTOH DOA
DALAM MAJLIS RASMI DI PERINGKAT JABATAN/BAHAGIAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN

1. Doa Sempena Majlis Perhimpunan bulanan.

2. Doa Sempena Perutusan Tahun Baru

3. Doa Sempena Pelancaran Hari Guru

4. Doa Sempena Majlis Persaraan

5. Doa Sempena Hari Inovasi dan Kualiti

6. Doa Sempena Tilawah al-Quran

7. Doa Sempena Perasmian Konvensyen Perdana Pendidikan


Kebangsaan

8. Doa Sempena Penutupan Konvensyen Perdana Pendidikan


Kebangsaan

9. Doa Sempena Mesyuarat Pengetua-Pengetua

10. Doa Sempena Majlis Penganugerahan Perkhidmatan


Cemerlang
Lampiran 1

DOA SEMPENA
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN

‫بسم ال الرحمن الرحيم‬


‫ الحمد ل رب العالمين والصلة والسلم على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين‬.
Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,

Sesungguhnya kami menadah tangan pada pagi ini, di Majlis Perhimpunan


Bulanan Kementerian Pendidikan, merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap
Mu, di atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.

Allahumma Ya Rahman Ya Rahim,

Sesungguhnya kami berhimpun disini pada pagi ini, bagi menyatakan


komittmen dan iltizam kami terhadap pendidikan. Kami sedar dan faham,
bahawa pengorbanan dan sumbangan bakti kami, amat besar ertinya buat
pendidikan negara. Kegigihan, kesabaran dan keyakinan yang tinggi, dengan
roh dan semangat kependidikan, mendidik anak bangsa supaya berbudi dan
berjasa, tanpa mengira tempat dan masa, amat mulia dan disanjungi .

Justeru…Ya Allah.. berkatilah perhimpunan ini. Berkatilah jua usaha-usaha


kami. Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur Rahim di kalangan kami.
Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk menggempur anjakan sikap dan
pemikiran bagi menghadapi era teknologi dan globalisasi. Kurniakanlah apa
kiranya kepada kami kekuatan rohani dan jasmani, cetusan idea dan gerakan
minda, untuk terus menjana kecemerlangan pendidikan, di alam persada ini.

Ya Aziz, Ya Razzak, Ya Karim

Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang bersyukur dan


taat melaksanakan perintah Mu. Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggari
perintah Mu. Kurniakanlah Ya Allah kepada kami, rezeki yang halal dan
berpanjangan, zuriat dan generasi yang beriman, serta segala kebaikan di
dunia dan di akhirat.
‫ وتفرقنا من بعده تفرقا معصوما‬، ‫اللهم اجعل جمعنا هذا جمعا مرحوما‬
‫ول تجعل اللهم فينا ول معنا ول من يتبعنا شقيا ول مطرودا ول محروما‬
‫اللهم زدنا علما نافعا وارزقنا فهمااللهم اغفرلنا ذنوبنا ولخواننا الذين سبقونا باليمان‬
‫ول تجعل في قلوبنا غل للذين ءامنوا إنك رءوف رحيم‬
‫ربنا اتنا في الدنيا حسنة وفي الخرة حسنة وقنا عذاب النا‬
‫ والحمدل رب العالمين‬، ‫وصلى ال على محمد وعلى اله وصحبه وسلم‬
Lampiran 1

DOA SEMPENA
MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BARU

‫بسم ال الرحمن الرحيم‬


‫ الحمد ل رب العالمين والصلة والسلم على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين‬.

Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,

Sesungguhnya kami menadah tangan pada pagi ini, di Majlis Perutusan Tahun
Baru …….. , Kementerian Pendidikan, merafa’kan kesyukuran dan pujian
terhadap Mu, di atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.

Allahumma Ya Rahman Ya Rahim,

Sesungguhnya kami berhimpun disini, bagi menyatakan kesungguhan dan


iltizam kami untuk memartabatkan pendidikan negara kearah kecemerlangan.
Untuk mencapai cita-cita murni ini, tanamkanlah dalam diri kami semangat dan
keyakinan budaya cemerlang. Cemerlang dalam berakhlak, cemerlang dalam
pendidikan, cemerlang dalam berkeluarga, cemerlang dalam bermasyarakat
dan cemerlang dalam bernegara.

Justeru itu Ya Allah …. Permudahkanlah urusan kami, ilhamkanlah dalam


fikiran kami idea-idea yang bernas, kreatif, kritis, positif, mantap dan
berpandangan jauh. Kurniakanlah kepada kami ilmu yang diberkati, keimanan
dan ketakwaan yang mantap. Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur
Rahim di kalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk terus
menabur budi kepada anak bangsa,agama dan negara .

‫ ول تجعل اللهم فينا‬، ‫ وتفرقنا من بعده تفرقا معصوما‬، ‫اللهم اجعل جمعنا هذا جمعا مرحوما‬
‫ ول معنا ول من يتبعنا شقيا ول مطرودا ول محروما‬.
‫اللهم اغفرلنا ذنوبنا ولخواننا الذين سبقونا باليمان ول تجعل في قلوبنا غل للذين ءامنوا إنك‬
‫رءوف رحيم‬
‫ربنا اتنا في الدنيا حسنة وفي الخرة حسنة وقنا عذاب النار‬
‫ والحمدل رب العالمين‬، ‫وصلى ال على محمد وعلى اله وصحبه وسلم‬
Lampiran 1

DOA SEMPENA
PELANCARAN HARI GURU

‫بسم ال الرحمن الرحيم‬


‫ الحمد ل رب العالمين والصلة والسلم على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين‬.
Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,

Sesungguhnya kami menadah tangan pada malam ini, di Majlis Pelancaran


Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan, merafa’kan kesyukuran dan pujian
terhadap Mu, di atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.

Allahumma Ya Rafi’a al Darajaat, Wa Qadhiaal Hajat,

Sesungguhnya kami berhimpun disini pada pagi ini, bagi menyatakan


pengiktirafan dan penghargaan kami terhadap warga pendidik, warga guru
yang sangat berjasa. Kami sedar dan faham, bahawa pengorbanan dan
sumbangan bakti para guru, amat besar ertinya buat pendidikan negara.
Kegigihan, kesabaran dan komitmen yang tinggi, dengan roh dan semangat
kependidikan, mendidik anak bangsa supaya berbudi dan berjasa, tanpa
mengira tempat dan masa, amat mulia dan disanjungi .

Justeru… berkatilah perhimpunan ini. Berkatilah jua usaha-usaha para guru.


Satukanlah hati-hati mereka, eratkanlah silatur Rahimi di kalangan mereka.
Padukanlah tenaga dan usaha mereka untuk menggempur anjakan sikap dan
pemikiran bagi menghadapi era teknologi dan globalisasi. Kurniakanlah apa
kiranya kepada mereka kekuatan rohani dan jasmani, cetusan idea dan
gerakan minda, untuk terus menjana kecemerlangan pendidikan, di alam
persada.

Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang bersyukur dan


taat melaksanakan perintah Mu. Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggari
perintah Mu. Kurniakanlah apa kiranya Ya Allah kepada kami, rezeki yang halal
dan berpanjangan, zuriat dan generasi yang beriman, serta segala kebaikan di
dunia, pun jua di akhirat.

‫ ول تجعل اللهم فينا‬، ‫ وتفرقنا من بعده تفرقا معصوما‬، ‫اللهم اجعل جمعنا هذا جمعا مرحوما‬
‫ ول معنا ول من يتبعنا شقيا ول مطرودا ول محروما‬.
‫اللهم زدنا علما نافعا وارزقنا فهما‬
‫اللهم اغفرلنا ذنوبنا ولخواننا الذين سبقونا باليمان ول تجعل في قلوبنا غل للذين ءامنوا إنك‬
‫رءوف رحيم‬
‫ربنا اتنا في الدنيا حسنة وفي الخرة حسنة وقنا عذاب النار‬
‫ والحمدل رب العالمين‬، ‫وصلى ال على محمد وعلى اله وصحبه وسلم‬
Lampiran 1

DOA SEMPENA MAJLIS PERSARAAN

‫بسم ال الرحمن الرحيم‬


‫ الحمد ل رب العالمينوالصلة والسلم على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين‬.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Sesungguhnya kami menadah tangan pada malam ini, di majlis Malam Permata
Budi sempena persaraan Yang Berbahagia …………., merafa’kan kesyukuran
dan pujian terhadap Mu, di atas kurniaan Mu yang tidak ternilai. Dan memohon
keampunan Mu jua, terhadap dosa-dosa yang telah kami lakukan.

Justeru kami berhimpun disini pada malam ini, bagi menyatakan penghargaan
dan pengiktirafan kami, Permata Budi buat azimat dan kenangan sebagai
mengenang jasa bakti yang telah disumbangkan, untuk Kementerian
Pendidikan dan watan.

Allahumma Antal Hasibul Jalil

Sesungguhnya di Tangan Mu sahajalah kuasa penilai segala amalan, Kau


jadikanlah apa kiranya segala bakti yang disumbangkan, sepanjang tempoh
perkhidmatannya, sebagai ibadah yang Engkau redhai. Terimalah segala usaha
dan pengorbanannya itu, sebagai amal soleh yang Engkau berkati…
Limpahkanlah apakiranya segala keberkatan dan ganjaran rahmat Mu, dalam
kehidupan beliau yang berjasa, jua dalam kehidupan kami yang masih di alam
persada ini.

Iringilah bersama detik-detik persaraan beliau, dengan keazaman dan


komitmen, untuk terus menabur budi dan bakti, kepada agama , bangsa dan
negara.

Allahumma Ya Hayyu Ya Qayyum,

Kurniakanlah apakiranya kepada kami yang ditinggalkan ini, kekuatan jiwa dan
tenaga, untuk terus menabur budi dan bakti. Suburkanlah minda dan semangat
yang beliau miliki, ke dalam diri kami.

‫ وتفرقنا من بعده تفرقا معصوما‬، ‫اللهم اجعل جمعنا هذا جمعا مرحوما‬
‫ول تجعل اللهم فينا ول معنا ول من يتبعنا شقيا ول مطرودا ول محروما‬
‫اللهم زدنا علما نافعا وارزقنا فهمااللهم اغفرلنا ذنوبنا ولخواننا الذين سبقونا باليمان‬
‫ول تجعل في قلوبنا غل للذين ءامنوا إنك رءوف رحيم‬
‫ربنا اتنا في الدنيا حسنة وفي الخرة حسنة وقنا عذاب النا‬
‫ والحمدل رب العالمي‬، ‫وصلى ال على محمد وعلى اله وصحبه وسلم‬
Lampiran 1

DOA SEMPENA
PERASMIAN HARI INOVASI DAN KUALITI KPM

‫بسم ال الرحمن الرحيم‬


‫ والصلة والسلم على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين‬,‫لحمد ل رب العالمين‬
Allahumma Ya Rahmani wa Ya Rahiim,

Sesungguhnya kami menadah tangan pada petang ini, ingin merafa’kan


kesyukuran dan penghargaan terhadap Mu, di atas kurniaan Mu yang tidak
ternilai. Dan dengan izin Mu jua kami dapat melaksanakan tugas kami pada
hari ini, bermuhasabah dan menilai hasil kerja kami yang telah kami papari.

Allahumma Ya Badi’as Samawati Wal Ardh,

Kami sedar Ya Allah, bahawa bagi mencapai pendidikan yang berkualiti dan
berinovasi bukanlah suatu yang mudah. Tanpa Taufiq dan Hidayah Mu, dan
tanpa redha dan restu Mu jua, maka sukar bagi kami mencapai hasil kerja
yang bermutu, dan berinovasi.

Justeru… Ilhamkanlah dalam fikiran kami Ya Allah, idea-idea yang kreatif,


positif, proaktif dan inovatif. Semarakkanlah dalam jiwa dan minda kami,
keazaman dan komitmen yang tinggi. Kurniakanlah apa kiranya kepada kami
kesihatan serta kekuatan fizikal dan minda, semangat dan daya juang.
Padukanlah tenaga dan pemikiran kami. Eratkanlah Silatur Rahim dikalangan
kami, semoga dengannya kami dapat menyempurnakan tugas ini, bagi
menghasilkan pendidikan yang cemerlang, dicontohi dan diteladani, serta
mampu menuju ke mercu gemilang.

Allahumma Ya Zal Jalali Wal Ikram,

Berkatilah perhimpunan dan usaha kami pada hari ini, dan hari-hari yang
bakal kami lalui. Rahmatilah jua perpisahan dan dapatan kami selepas ini,
dan hari-hari yang bakal kami tempuhi. Kurniakanlah apakiranya kepada kami
Ya Allah, rezeki yang halal dan berpanjangan, zuriat dan generasi yang
beriman, serta segala kebaikan di dunia, pun jua di akhirat.

‫ ول تجعل اللهم فينا‬، ‫ وتفرقنا من بعده تفرقا معصصوما‬، ‫اللهم اجعل جمعنا هذا جمعا مرحوما‬
‫ ول معنا ول من يتبعنا شقيا ول مطرودا ول محروما‬.
‫اللهم اجعل خير أعمارنا اخره وخير أعمالنا خواتمه وخير أيامنا يوم ألقاك فيه‬
‫اللهم اغفرلنا ذنوبنا ولخواننا الذين سبقونا باليمان ول تجعل في قلوبنا غل للذين ءامنوا إنك‬
‫رءوف رحيم‬
‫ربنا اتنا في الدنيا حسنة وفي الخرة حسنة وقنا عذاب النار‬
‫ والحمدل رب العالمين‬، ‫وصلى ال على محمد وعلى اله وصحبه وسلم‬
Lampiran 1

DOA SEMPENA TILAWAH AL-QURAN

‫بسم ال الرحمن الرحيم‬


‫ الحمد ل رب العالمين والصلة والسلم على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين‬.

Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,

Sesungguhnya kami menadah tangan pada pagi ini, di Majlis ‘Penutupan Majlis
Tilawah Al Quran Peringkat Antara Bahagian, Kementerian Pendidikan Malaysia
142…. Hijriah’, merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, atas kurniaan ni’mat
Mu yang tidak terhingga.

Allahumma Antal Hasibul Jalil,

Sesungguhnya di tanganMu sahajalah kuasa penilai segala amalan. Justeru…


Berkatilah Majlis kami ini. Kau jadikanlah apa kiranya segala kerja kami sepanjang 2
hari ini, dan hari-hari yang mendatang, sebagai ibadah yang Engkau redhai.
Terimalah segala kerja dan usaha kami itu, sebagai amal soleh yang Engkau berkati.

Rahmatilah kami Ya Allah dengan al Quran, Hiasilah diri kami serta serikanlah hidup
kami dengan ketinggian martabat al Quran, Muliakanlah kami dengan kemuliaan al
Quran. Ya.. Allah, Peliharalah kami, jua anak-anak kami, daripada melakukan
penghinaan dan pendustaan terhadap Kalam Mu. Kurniakanlah apa kiranya kepada
kami kekuatan dan keazaman untuk membaca dan memperkota ayat-ayat Mu dalam
kehidupan.

Allahumma Ya Zal Jalali Wal Ikram,

Iringilah bersama detik-detik perpisahan kami nanti, dengan keazaman dan


komitmen, serta dengan iltizam dan istiqamah, untuk terus menabur budi dan bakti,
kepada agama, bangsa dan negara. Kurniakanlah apa kiranya Ya Allah kepada kami,
rezeki yang halal dan berpanjangan, zuriat dan generasi yang beriman, serta segala
kebaikan di dunia, pun jua di akhirat.

، ‫ اللهم ذكرنا منه ما نسينا‬، ‫ واجعله لنا إماما ونورا وهدى ورحمة‬، ‫اللهم ارحمنا بالقرءان‬
‫ واجعله لنا حجة يا رب‬، ‫ وارزقنا تلوته ءاناء الليل وأطراف النهار‬، ‫وعلمنا منه ما جهلنا‬
‫ العالمين‬.
‫ ول تجعل اللهم فينا‬، ‫ وتفرقنا من بعده تفرقا معصوما‬، ‫اللهم اجعل جمعنا هذا جمعا مرحوما‬
‫ ول معنا ول من يتبعنا شقيا ول مطرودا ول محروما‬.
‫اللهم اغفرلنا ذنوبنا ولخواننا الذين سبقونا باليمان ول تجعل في قلوبنا غل للذين ءامنوا‬
‫ربنا إنك رءوف رحيم‬
‫ربنا اتنا في الدنيا حسنة وفي الخرة حسنة وقنا عذاب النار‬
‫ والحمدل رب العالمين‬، ‫وصلى ال على محمد وعلى اله وصحبه وسلم‬

DOA SEMPENA
Lampiran 1

PERASMIAN KONVENSYEN PERDANA PENDIDIKAN KEBANGSAAN

‫بسم ال الرحمن الرحيم‬


‫ الحمد ل رب العالمين والصلة والسلم على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين‬.
Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,

Sesungguhnya kami menadah tangan pada pagi ini, di Majlis Konvensyen


Perdana Pendidikan Kebangsaan Siri ….., merafa’kan kesyukuran dan pujian
terhadap Mu, di atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.

Allahumma Antal Kabirul Muta’al

Sesungguhnya kami berhimpun disini pada pagi ini, bagi menyatakan


pengiktirafan dan komitmen kami, dengan roh dan semangat kependidikan
meneruskan kesinambungan pendidikan kearah kejayaan wawasan melalui
kecemerlangan kepimpinan pendidikan sebagai asas dan teras perjuangan.

Justeru…Ya Allah berkatilah perhimpunan kami di sini. Satukanlah hati-hati


kami, eratkanlah silatur Rahim di kalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha
kami untuk menggempur anjakan sikap dan pemikiran bagi menghadapi era
teknologi dan globalisasi. Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kekuatan
rohani dan jasmani, cetusan idea dan gerakan minda, untuk terus menjana
kecemerlangan pendidikan.

Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang bersyukur dan


taat melaksanakan perintah Mu. Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggari
perintah Mu. Kurniakanlah apa kiranya Ya Allah kepada kami, rezeki yang halal
dan berpanjangan, zuriat dan generasi yang beriman, serta segala kebaikan di
dunia, pun jua di akhirat.

‫ ول تجعل اللهم فينا ول‬، ‫ وتفرقنا من بعده تفرقا معصوما‬، ‫اللهم اجعل جمعنا هذا جمعا مرحوما‬
‫ معنا ول من يتبعنا شقيا ول مطرودا ول محروما‬.
‫اللهم زدنا علما نافعا وارزقنا فهما‬
‫اللهم اغفرلنا ذنوبنا ولخواننا الذين سبقونا باليمان ول تجعل في قلوبنا غل للذين ءامنوا إنك‬
‫رءوف رحيم‬
‫ربنا اتنا في الدنيا حسنة وفي الخرة حسنة وقنا عذاب النار‬
‫ والحمدل رب العالمين‬، ‫وصلى ال على محمد وعلى اله وصحبه وسلم‬

DOA SEMPENA
Lampiran 1

PENUTUPAN KONVENSYEN PERDANA PENDIDIKAN KEBANGSAAN

‫بسم ال الرحمن الرحيم‬


‫ والصلة والسلم على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين‬, ‫ الحمد ل رب العالمين‬.

Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,

Sesungguhnya kami menadah tangan pada tengahari ini, di Majlis Penutupan


Konvensyen Perdana Pendidikan, merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap
Mu, di atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.

Allahumma Antal Hasibul Jalil

Sesungguhnya kami berhimpun selama tiga hari disini, bagi menyatakan


pengiktirafan dan komitmen kami, dengan roh dan semangat kependidikan,
memerah seluruh tenaga dan pemikiran, bagi mencapai kata sepakat dan
muafakat, menghitung dan bermuhasabah, membina garis panduan dan
halatuju, untuk mencapai kejayaan wawasan melalui kecemerlangan
kepimpinan pendidikan sebagai asas dan teras perjuangan.

Justeru… berkatilah perhimpunan kami di sini. Jadikanlah segala usaha dan


hasil muafakat di konvensyen ini sebagai landasan dan ransangan demi
perjuangan memartabatkan pendidikan tanah air tercinta, usaha dan hasil yang
Kau redhai dan restui. Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur Rahim di
kalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk menggempur
anjakan sikap dan pemikiran bagi menghadapi era bestari dan globalisasi.
Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kekuatan rohani dan jasmani, cetusan
idea dan gerakan minda, untuk terus menjana kecemerlangan pendidikan.

Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang bersyukur dan


taat melaksanakan perintah Mu. Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggari
perintah Mu. Kurniakanlah apa kiranya Ya Allah kepada kami, rezeki yang halal
dan berpanjangan, zuriat dan generasi yang beriman, serta segala kebaikan di
dunia, pun jua di akhirat.

‫ ول تجعل اللهم فينا‬، ‫ وتفرقنا من بعده تفرقا معصصوما‬، ‫اللهم اجعل جمعنا هذا جمعا مرحوما‬
‫ ول معنا ول من يتبعنا شقيا ول مطرودا ول محروما‬.
‫اللهم زدنا علما نافعا وارزقنا فهما‬
‫اللهم اغفرلنا ذنوبنا ولخواننا الذين سبقونا باليمان ول تجعل في قلوبنا غل للذين ءامنوا إنك‬
‫رءوف رحيم‬
‫ربنا اتنا في الدنيا حسنة وفي الخرة حسنة وقنا عذاب النار‬
‫ والحمدل رب العالمين‬، ‫وصلى ال على محمد وعلى اله وصحبه وسلم‬

DOA SEMPENA
Lampiran 1

MESYUARAT PENGETUA-PENGETUA

‫بسم ال الرحمن الرحيم‬


‫ الحمد ل رب العالمينوالصلة والسلم على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين‬.
Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,

Sesungguhnya kami menadah tangan pada pagi ini, ingin merafa’kan kesyukuran
dan pujian terhadap Mu, di atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.

Kami sedar Ya Allah, bahawa tugas memartabatkan pendidikan negara bukanlah


suatu yang mudah. Tanpa muafakat dan sepakat, tanpa roh dan semangat
kependidikan, jua tanpa redha dan restu Mu, maka sukar bagi kami meneruskan
perjuangan mencapai kecemerlangan pendidikan.

Justeru itu … Ya Allah Permudahkanlah urusan kami. Ilhamkanlah dalam fikiran kami
Ya Allah, idea-idea yang bernas, kreatif, kritis, positif, mantap dan berpandangan
jauh. Kurniakanlah apakiranya kepada kami kesihatan serta kekuatan fizikal dan
minda, semangat dan daya tahan. Padukanlah tenaga, usaha dan pemikiran kami.
Eratkanlah silatur Rahim di kalangan kami. Semoga dengannya kami dapat
menyempurnakan tugas ini, dengan bijaksana dan diredhai, bagi menghasilkan
perancangan pembangunan pendidikan demi menjana kecemerlangan pendidikan
negara.

Allahumma Antal Kabirul Muta’al

Berkatilah perhimpunan dan usaha kami pada hari ini, dan hari-hari yang bakal kami
lalui. Rahmatilah jua perpisahan dan dapatan kami selepas ini, dan hari-hari yang
bakal kami tempuhi. Kurniakanlah apa kiranya Ya Allah kepada kami, rezeki yang
halal dan berpanjangan, zuriat dan generasi yang beriman, serta segala kebaikan di
dunia, pun jua di akhirat.

‫ ول تجعل اللهم فينا‬، ‫ وتفرقنا من بعده تفرقا معصوما‬، ‫اللهم اجعل جمعنا هذا جمعا مرحوما‬
‫ ول معنا ول من يتبعنا شقيا ول مطرودا ول محروما‬.
‫اللهم ألف بين قلوبنا وأصلح ذات بيننا واهدنا سبل السلم‬
‫اللهم اغفرلنا ذنوبنا ولخواننا الذين سبقونا باليمان ول تجعل في قلوبنا غل للذين ءامنوا إنك‬
‫رءوف رحيم‬
‫ربنا اتنا في الدنيا حسنة وفي الخرة حسنة وقنا عذاب النار‬
‫ والحمدل رب العالمين‬، ‫وصلى ال على محمد وعلى اله وصحبه وسلم‬

DOA SEMPENA
Lampiran 1

MAJLIS PENGANUGERAHAN PERKHIDMATAN CEMERLANG KPM

‫بسم ال الرحمن الرحيم‬


‫ الحمد ل رب العالمين والصلة والسلم على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين‬.
Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,

Sesungguhnya kami menadah tangan pada pagi ini, di Majlis Penganugerahan


Perkhidmatan Cemerlang, Kementerian Pendidikan, merafa’kan kesyukuran dan
pujian terhadap Mu, di atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.

Allahumma Antal Kabirul Muta’al

Sesungguhnya kami berhimpun disini, bagi menyatakan pengiktirafan dan


penghargaan kami, kepada warga pendidikan yang telah berkorban tenaga dan
fikiran, mencurahkan khidmat bakti dengan penuh dedikasi, demi memartabatkan
pendidikan di bumi bertuah ini.

Justeru… berkatilah perhimpunan ini. Kekalkanlah roh dan semangat perkhidmatan


yang mereka miliki, untuk terus cemerlang. Dan semadikanlah roh dan semangat
yang mereka miliki itu ke dalam diri kami. Kurniakanlah apakiranya kesihatan,
kesejahteraan, keselamatan, kehidupan yang bahagian dan aman sentosa kepada
mereka, anak-anak mereka serta seluruh kaum keluarga mereka, jua kepada kami.

Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur Rahimi di kalangan kami. Padukanlah


tenaga dan usaha kami, Permudahkanlah segala urusan untuk terus menabur budi
kepada anak bangsa ,agama dan negara .

Allahumma Ya Badi’as Samawati wal Ardh,

Kurniakanlah apa kiranya kepada kami, rezeki yang halal dan berpanjangan, zuriat
dan generasi yang beriman, serta segala kebaikan di dunia, pun jua di akhirat.

‫ ول تجعل اللهم فينا‬، ‫ وتفرقنا من بعده تفرقا معصوما‬، ‫اللهم اجعل جمعنا هذا جمعا مرحوما‬
‫ ول معنا ول من يتبعنا شقيا ول مطرودا ول محروما‬.
‫اللهم اغفرلنا ذنوبنا ولخواننا الذين سبقونا باليمان ول تجعل في قلوبنا غل للذين ءامنوا إنك‬
‫رءوف رحيم‬
‫ربنا اتنا في الدنيا حسنة وفي الخرة حسنة وقنا عذاب النار‬
‫ والحمدل رب العالمين‬، ‫وصلى ال على محمد وعلى اله وصحبه وسلم‬

You might also like