You are on page 1of 7

2009

Tajuk:Kelantan

Nama :Calvin Ang Jin Wei


Kod Sekolah:C9613
Nama Guru :Cikgu Nariah Binti Ali
Hassan
Kedudukan Negeri Peta 3
Bendera Penerangan 4
Jata Negeri (logo) Penerangan 4
Lagu Negeri 5
Keistimewaan Negeri 6,7

2
Kedudukan Kelantan

Peta Kelantan

3
Bendera Kelantan

Bendera Kelantan yang berlatar belakang berwarna merah membawa maksud kejujuran
penduduk, rakyat, raja. Lambang kebesaran bewarna putih pula menandakan kesucian
Raja Negeri Kelantan.

Jata Kelantan

Mahkota itu tanda kedaulatan Sultan. Dua tombak dan dua keris maksudnya kekuatan
orang-orang Melayu Kelantan. Anak Bulan dan Bintang adalah tanda Islam.Dua laras
meriam itu maknanya bahawa negeri ini adalah sentiasa bersedia untuk mempertahankan
dirinya. Dua ekor kijang mengingatkan kembali kepada sejarah tua negeri ini di masa
Che' Wan Kembang (Che'Siti) Permaisuri Kelantan ( kira-kira pada akhir kurun ke-14)
yang terlalu kasih pada kijang kesayangannya, telah memerintahkan wang emas dicap
dengan gambar binatang itu. Cogan jata ini ialah "Berserah Kepada Tuhan Kerajaan
Kelantan"

4
Lagu Negeri
Lanjutkan usia Al-Sultan kami
Sultan Kelantan raja ikrami
Aman sentosa Tuhan sirami
Kekal memerintah kami
Kasih dan taat setia disembahkan
Keriangan diucapkan
Segala kebesaran Allah cucurkan
Bertambah kemuliaan

Lagu Negara
Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup
bersatu dan maju,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita
selamat bertakhta,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan.
Raja kita
selamat bertakhta

5
Keistimewaan Kelantan
Pantai Bisikan Bayu

Pantai Bisikan Bayu, juga dikenali sebagai "Pantai Dalam Rhu", terletak di jajahan Pasir
Puteh, dekat Semerak, kira-kira 50 kilometer daripada Kota Bharu. Pantai ini yang
mengandungi pokok-pokok ru adalah sesuai untuk perkelahan keluarga. Kemudahan
luncur angin juga disediakan di tempat persiaran ini.

Air terjun Jeram Pasu yang merupakan air terjun Kelantan yang paling popular terletak di
Kampung Padang Pak Amat, lebih kurang 35 kilometer dari selatan Kota Bharu. Air
terjun Jeram Linang yang terletak di Kampung Lepan Rambai lebih kurang 15 kilometer
dari Bandar Pasir Puteh juga tidak kurang istimewanya. Untuk pergi ke Air Terjun Jeram
Linang anda boleh pergi dengan kenderaan sendiri dan juga kenderaan awam. Jalan
utama yang menghubungkannya ialah Lebuh Raya Timor Barat iaitu dari Wakaf
Linchong menghala ke Machang. Di Kampung Sungai Durian dalam daerah Bukit Abal
terdapat hutan simpan Chabang Tongkat yang mempunyai jeram yang cantik juga. Pihak
berkuasa tempatan telah menyediakan kemudahan untuk pelancong-pelancong dan
masyarakat tempatan berkelah serta khemah-khemah untuk bermalam.

6
Pantai Irama

Pantai Irama menyimpan sejarah pahit tanahair kerana menjadi salah satu tempat
pendaratan utama tentera Jepun di Tanah Melayu pada zaman Perang Dunia II dahulu.
Kesannya masih dapat dilihat dalam bentuk beberapa buah kubu tentera Inggeris yang
masih terdapat di situ.

Antara kemudahan-kemudahan yang disediakan kepada pengunjung adalah seperti


berikut:

• Gerai makanan laut goreng


• Taman permainan kanak-kanak
• Tandas awam
• Chalet
• Kemudahan pengangkutan awam
• Surau
• Pasar malam (Jumaat) dan pasar tani (Sabtu)

Jajahan Pasir Mas merupakan salah sebuah daerah daripada 10 buah jajahan yang
terdapat dalam Negeri Kelantan yang terdiri daripada Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat,
Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang. Ia
bersempadanan dengan Jajahan Kota Bharu di sebelah timurnya dan Jajahan Tumpat di
sebelah utaranya. Ia juga bersempadan dengan Negara Thailand di sebelah Barat dan di
sebelah Selatan bersempadan dengan Jajahan Tanah Merah. Seluas 3.9 Peratus keluasan
Negeri Kelantan adalah keluasan Jajahan Pasir Mas atau 57,800 hektar.

Sebelum Jajahan Pasir Mas diwujudkan ia merupakan sebahagian daripada Jajahan Kota
Bharu. Walau bagaimanapun, setelah dipersetujui bersama, Jajahan Pasir Mas telah
diasingkan pada tahun 1918 dan diletakkan dibawah pentadbiran sendiri di bawah Pejabat
Tanah dan Jajahan Pasir Mas. Pada waktu itu Ketua Jajahan Pasir Mas yang pertama telah
di sandang oleh Encik Jaafar yang memegang jawatan selama satu tahun.

You might also like