You are on page 1of 31

PERSEPSI GURU TERHADAP PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM

MENGAWAL DISIPLIN PELAJAR DI LIMA BUAH SEKOLAH MENENGAH


SEKITAR KAWASAN SKUDAI, JOHOR BAHRU.

MUHAMAD FAIROS BIN ABD RAHMAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


i

PERSEPSI GURU TERHADAP PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM MENGAWAL


DISIPLIN PELAJAR DI LIMA BUAH SEKOLAH MENENGAH SEKITAR
KAWASAN SKUDAI, JOHOR BAHRU.

MUHAMAD FAIROS BIN ABD RAHMAN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat


penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknoloogi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia

MAC, 2004
iii

Segala puji bagi Allah S.W.T


Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Dengan Kurnia dan Nikmatnya

TERISTIMEWA BUAT:

Mak dan abah yang dikasihi


Hamidah Hj Yusuf dan Abd. Rahman Abdullah yang telah banyak memberi sokongan
dan nasihat disepanjang pembelajaran saya disamping iringan doa dan pengorbanan
yang tiada penghujungnya. Semoga kejayaan akan mengiringi anakmu di dunia dan
akhirat.

Tak lupa juga buat Abang, Kak Long dan Kak Ngah. Semoga semuanya akan terus
berjaya. Serta sekalian pendidik yang mencurahkan bakti, “budak-budak SPH” dan
rakan seperjuangan yang banyak membantu saya dalam menyiapkan Projek Sarjana
Muda ini dengan lancarnya. Pergorbanan dan galakan kalian amat bermakna sebagai
perangsang untuk saya lebih maju. Semoga kita semua akan diberkatinya. Sekalung
terima kasih diucapkan.
iv

PENGHARGAAN

Penyelidik ingin merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan ikhlas kepada
pensyarah pembimbing En Asnul Dahar Bin Minghat di atas bimbingan, nasihat,
dorongan dan perbincangan serta kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh kajian ini
dijalankan. Ucapan terima kasih dirakamkan kepada kedua ibu bapa dan ahli keluarga
yang sentiasa membantu dan memberi dorongan sepanjang kajian ini berjaya disiapkan.

Penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada Bahagian Perancangan Dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan
Johor, yang telah memberi kebenaran menjalankan kajian ini. Begitu juga kepada semua
pengetua dan guru-guru yang terlibat. Tanpa sokongan dan bantuan mereka kajian ini
tidak mungkin akan dapat dijalankan.

Akhir sekali penyelidik turut mengucapkan terima kasih kepada semua rakan
seperjuangan yang telah membantu dalam menjayakan proses penyelidikan ini.

Semoga Allah SWT akan membalas segala bantuan dan sokongan yang telah
diberikan kepada penulis.

Terima kasih, wassalam.


v

ABSTRAK

Kajian yang dijalankan adalah berbentuk deskriptif yang bertujuan untuk


mengenalpasti persepsi guru terhadap penglibatan ibu bapa dalam mengawal masalah
disiplin pelajar di lima buah sekolah menengah sekitar kawasan Skudai, Johor Bahru.
Objektif kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana bentuk tindakan yang digunakan
oleh guru, tindakan guru yang mempengaruhi campur tangan ibu bapa dan bentuk
campur tangan ibu bapa tentang hal ehwal anak-anak mereka dalam mengawal disiplin.
Sampel kajian ini terdiri daripada 150 orang guru tingkatan di lima buah sekolah
menengah sekitar kawasan Skudai, Johor Bahru. Instrumen yang digunakan ialah
berbentuk soal selidik dan data yang diperolehi di proses dengan menggunakan perisian
SPSS 10.0 (Satatistical Package for Science Social) berdasarkan nilai peratus dan min.
Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bentuk tindakan yang cenderung digunakan oleh
guru untuk mengawal disiplin pelajar ialah menasihati pelajar yang melanggar disiplin
sekolah. Selain itu, bentuk tindakan guru yang mempengaruhi ibu bapa untuk campur
tangan dalam mengawal disiplin anak-anak mereka ialah dengan menjemput ibu bapa
pelajar datang ke sekolah untuk berbincang tentang masalah disiplin anak mereka.
Dapatan kajian juga memperolehi, bentuk campur tangan ibu bapa tentang masalah
disiplin anak-anak mereka di sekolah berada pada tahap yang kurang memuaskan. Di
akhir kajian ini penyelidik telah mengemukakan beberapa cadangan kepada pihak
tertentu untuk kebaikan bersama di masa hadapan.
vi

ABSTRACT

This descriptive research is to recognize “ Teacher's opinion against parents


involvement in term to control the discipline problems among the students at five school
from the area of Skudai, Johor Bahru ”. The objective of this research to observe how far
teacher's action which influence parent's and what type of respond or action that parents
did to their son. Sample of this study is 150 class teachers at five secondry school in
Skudai area, Johor Bahru. Instrument that been used in this study is questionnaire and
data obtained was analyze using Statistical Package for Science Social version 10.0
(SPSS) based on percentage and mean value. The result of this study shows that teacher
action and type of involvement teacher's action to their student who broke the school
rules. There for, teacher action to influence that parents for intervation to settle the
discipline student problem is invite a parents go to school for discuss to settle discipline
problem that our children. The result aslo show that parent intervation in discpline
problem for their children the school sit at middle lever. At the end of this study, a few
suggestions have been made by the research for the benefit of all at the future.
vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS


PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL I
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK V
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv

BAB 1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1
1.2 Latarbelakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 12
1.4 Objektif Kajian 12
viii

1.5 Persoalan Kajian 13


1.6 Batasan Kajian 13
1.7 Kepentingan Kajian 14
1.8 Definisi / Istilah Kajian 15
1.9 Penutup 18

BAB II SOROTAN PENULISAN 19

2.1 Pengenalan 19
2.2 BentukTindakan Guru 20
2.3 Bentuk Tindakan Guru yang Mempengaruhi 23
campur tangan Ibu bapa
2.4 Bentuk Campur Tangan Ibu bapa 24
2.5 Penutup 27

BAB III METODOLOGI KAJIAN


28

3.1 Pengenalan 28
3.2 Rekabentuk Kajian 29
3.3 Populasi dan Sampel 29
3.4 Instrumen Kajian 30
3.5 Kajian Rintis 33
3.6 Prosedur Kajian 35
3.7 Analisis Data 36
3.8 Penutup 38
ix

BAB IV ANALISIS DATA 39

4.1 Pengenalan 39
4.2 Analisis Data 40
4.3 Analisis demografi 40
4.4 Analisis Bahagian B 44
4.5 Penutup 56

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN 57


CADANGAN

5.1 Pengenalan 57
5.2 Rumusan 58
5.3 Perbincangan 59
5.4 Cadangan 64
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 67
5.6 Penutup 68

BIBLIOGRAFI 69 - 71

LAMPIRAN
Lampiran A - I 72 - 86
x

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Perangkaan Jenayah Juvana dari tahun 1990 5


hingga 1997

1.2 Tangkapan juvana terlibat dengan jenayah bagi 6


tahun 1990-1997

1.3 Penglibatan juvana (10-18 tahun) dalam 7


jenayah mengikut negeri, Malaysia 1997

1.4 Bilangan pesalah di bawah umur 18 tahun 8


mengikut daerah, Johor 1997

1.5 Statistik kesalahan pelajar sekolah menengah di 9


daerah Johor Bharu mengikut kes- kes tertinggi
bagi tahun 2003

1.6 Taburan bilangan kesalahan pelajar-pelajar 10


sekolah menengah di lima buah sekolah sekitar
Skudai Johor Bharu berdasarkan tiga kes
xi

tertinggi bagi tahun 2003

3.1 Taburan sekolah dan jumlah guru yang terlibat 30


sebagai sampel kajian

3.2 Pengkelasan Skala Likert Berserta Dengan 31


Markah Skor

3.3 Pemerikatan Skala Likert 32

3.4 Taburan Soalan Berdasarkan Persoalan Kajian 33


Dan Jenis Skala Yang Digunakan Bagi Setiap
Persoalan Kajian

3.5 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan 37


Peratus

3.6 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min 37

3.7 Pemeringkatan skala lima kepada tiga mata 38


berdasakan nilai min

4.1 Nilai Skor 40

4.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 41

4.3 Taburan Responden Mengikut Umur 41

4.4 Taburan Responden Mengikut Bangsa 42

4.5 Taburan Responden Mengikut Taraf Kelayakan 42


xii

Akademik

4.6 Taburan Responden Mengikut Pengalaman 43


Mengajar

4.7 Taburan Responden Mengikut Peratus dan Min 45


bagi tindakan yang lebih cenderung yang
digunakan oleh guru untuk mengawal disiplin
pelajar

4.8 Taburan responden mengikut tindakan guru 49


yang mempengaruhi campur tangan ibu bapa
dalam hal ehwal disiplin pelajar sekolah

4.9 Taburan Responden Mengikut Peratus dan Min 53


bagi pandangan guru terhadap bentuk campur
tangan ibu bapa tentang hal ehwal anak-anak
mereka
xiv

SENARAI SINGKATAN

IPT - Institusi Pengajian Tinggi


STAR - Sekolah Tunku Abdul Rahman
MCKK - Malay College Kuala Kangsar
SPSS - Statistical Package For Science Social
S.M.K - Sekolah Menengah Kebangsaan
Taman U - Taman Universiti
Taman U 2 - Taman Universiti Dua
xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Set Soal Selidik 72

B Surat Kebenaran Menjalankan Kajian, Bahagian 78


Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,
Kementerian Pendidikan Malaysia

C Surat Kebenaran Menjalankan Kajian, Jabatan 80


Pendidikan Johor

D Surat Kebenaran Menjalankan Kajian, Universiti 81


Teknologi Malaysia

E Surat Kebenaran Menjalankan Kajian, di Sekolah 82


Menengah Kebangsaan Taman Universiti II

F Surat Kebenaran Menjalankan Kajian, di Sekolah 83


Menengah Kebangsaan Mutiara Rini

G Surat Kebenaran Menjalankan Kajian, di Sekolah 84


Menengah Kebangsaan Sri Skudai
xvi

H Surat Kebenaran Menjalankan Kajian, di Sekolah 85


Menengah Kebangsaan Taman Tun Aminah

I Surat Kebenaran Menjalankan Kajian, di Sekolah 86


Menengah Kebangsaan Taman Universiti
BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Wawasan 2020 bertujuan mewujudkan negara Malaysia menjadi negara maju


dengan caranya tersendiri tanpa terikat cara dan corak negara maju yang ada sekarang.
Kemajuan yang dicita-citakan ialah kemajuan yang sempurna yang tidak semata-mata
diukur dari segi pencapaian lahiriah atau fizikal, malah ia akan meliputi pengwujudan
satu masyarakat yang sempurna dengan nilai moral dan etika yang tinggi dan boleh
dicontohi oleh negara-negara lain.

Dalam keadaan perubahan sosial dan ekonomi yang berlaku dengan pesatnya di
negara kita pelbagai masalah telah timbul. Di antara masalah yang wujud ialah masalah
keruntuhan akhlak di kalangan generasi muda, terutamanya masalah disiplin pelajar
sekolah.
Permasalahan disiplin pelajar sekolah menengah adalah perkara pokok yang
telah menarik perhatian para pendidik, kaunselor, ibu bapa, guru, dan pemimpin dalam
negara ini. Salah satu matlamat pendidikan adalah melahirkan warganegara dan individu
yang bertatatertib, bertanggungjawab dan bermoral. Akibat kurang atau tiadanya disiplin
boleh menyebabkan penyelewengan tingkahlaku, ketidakharmonian dalam hidup dan
salahsuaian dalam masyarakat.

Keruntuhan akhlak pelajar sekolah bandar atau luar bandar pada masa sekarang
juga amat membimbangkan banyak pihak di negara ini. Guru dan ibu bapa adalah dua
pihak yang bertanggungjawab secara langsung yang perlu menangani masalah ini.
Masalah sosial pelajar sekolah pada masa sekarang boleh dikatakan berada pada tahap
yang membimbangkan semua pihak. Sebagai masyarakat pelapis, mereka sepatutnya
sedar akan tanggungjawab mereka pada masa yang akan datang. Tetapi, sekarang
kesedarannya amat kurang.

Keluarga adalah agen prima dan teras kepada pengwujudan masyarakat madani
dalam menghadapi abad ke 21. Institusi ini merupakan aset utama dalam membentuk
sahsiah dan peribadi generasi akan datang. Ia juga merupakan paksi kepada
pembangunan dan kesejahteraan individu, masyarakat dan negara. Walaupun keluarga
merupakan unit terkecil dalam masyarakat, tetapi ianya mampu mempengaruhi
pembentukan keseluruhan negara. Ini adalah disebabkan kemajuan sesuatu bangsa dan
negara adalah bergantung kepada keadaan orang-orang yang menjadi ahli kepada
kumpulan bangsa itu atau orang yang menjadi penduduk negara itu.

Bagi merealisasikan fungsinya, keluarga perlu wujud sebagai institusi yang


perkasa supaya dapat menjamin pembangunan yang dihasratkan sesuai dengan tuntutan
zaman. Pengwujudan keluarga yang mantap, utuh dan berdaya tahan amat penting bagi
menjana generasi penerus yang mampu menangani cabaran alaf baru yang semakin
kompleks. Keluarga sebagai tunjang masyarakat memegang amanah besar untuk
memastikan anak-anak dididik sesempurna mungkin dengan seberapa banyak nilai-nilai
terpuji. Kekukuhan ikatan kekeluargaan yang diselubungi kasih sayang dan keimanan
mampu menghidari unsur-unsur buruk. Nilai-nilai keibubapaan mempunyai pengaruh
yang besar untuk perkembangan fizikal dan psikososial anak. Tingkahlaku ke ibu
bapaan didapati mempunyai hubungan yang kuat dengan tingkahlaku penyesuaian anak.

1.2 Latar Belakang Masalah

Masalah disiplin remaja di institusi pendidikan baik di tingkat rendah mahupun


tinggi kini menjadi semakin rumit. Berbagai insiden kesalahan tatatertib sehingga ke
tahap paling serius termasuk memukul, gangsterism, pelacuran, zina dan membunuh kini
menjadi-jadi di sekolah sehingga di Institusi Pengajian Tinggi. Beberapa kes yang di
laporkan kebelakangan ini di dalam media massa, menggambarkan wujudnya
kepincangan yang amat ketara dalam keperibadian remaja masa kini. Bukan menjadi
suatu berita yang mengejutkan bila di siarkan kes pelajar berkelakuan ganas seperti
perkelahian antara kumpulan pelajar, bertindak ganas terhadap guru, tindakan merosak
harta awam, merokok, edaran bahan lucah dan termasuk juga maksiat yang kian
menjadi-jadi di kebelakangan ini. Walaupun terdapat pelbagai peraturan di wujudkan
untuk mengawal disiplin pelajar, namun ternyata masalah disiplin semakin meruncing.

Laporan mengenai kegiatan gangsterisme seperti di dakwa berlaku di tiga buah


sekolah baru-baru ini adalah tanda kelemahan yang wujud dalam sistem pendidikan
disiplin sekolah-sekolah kebangsaan sekarang ini. Pelbagai salah laku pelajar mula
menjadi perhatian masyarakat, bermula dengan kes kecederaan seorang pelajar akibat
pergaduhan di Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat, Johor. Kemudian di susuli pula
dengan kematian seorang pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Setiu di Terengganu
pada tahun 2003. Salah laku pelajar semakin menjadi-jadi sehingga menular ke sekolah-
sekolah elit seperti STAR di Ipoh Perak, di mana terbongkarnya pertubuhan pelajar
secara haram iaitu High Council. Manakala di MCKK pula berlaku insiden salahlaku
ekstrim pelajar iaitu menyerang warden dengan menggunakan senjata yang merbahaya.
Menurut Hussain (2003), Ketua Jabatan Antropologi dan Sosiologi Universiti Malaya
menyatakan,

“ Sekolah-sekolah kerajaan terpilih seperti ini yang mempunyai pelajar-pelajar


berkualiti dan cemerlang dalam akademik jelas tidak menjamin ketertiban dan disiplin
pelajar.” (Harian Metro, 23 Ogos 2003)

Masalah ini berlaku pada peringkat pelajar dan remaja, seseorang individu
mengalami perubahan yang amat pesat sekali, sama ada dari segi fizikal, emosi
mahupun sosial. Pada zaman inilah para remaja mula terdedah kepada alam luas di luar
rumah, malah persekitaran ini sudah merupakan rumah kedua kepada mereka. Remaja
juga belajar banyak perkara yang tidak semuanya datang dari ibu bapa tetapi
kebanyakannya daripada persekitaran sosial yang mana ia membesar. Pada tempoh-
tempoh inilah para remaja mula mengubah tingkah laku, sikap, dan nilai, malahan
seluruh cara hidup daripada alam kanak-kanak kepada alam yang lebih matang dan
dewasa.

Mereka bukan sekadar nakal dengan menghisap rokok, bergaduh sesama sendiri
atau berkelakuan tidak senonoh malah gejala seperti membuang bayi, ponteng sekolah,
lari dari rumah, seks bebas serta lagi melepak tidak memeranjatkan kita. Pelajar kini
sudah berani melakukan perbuatan jenayah berat seperti menganggotai kumpulan
samseng seperti kumpulan gengsterisme, membunuh, samun tanpa senjata api mahupun
dengan senjata api, merogol, pelacuran, judi, vandalisme, penyalahgunaan dadah,
minum minuman keras, terbabit video lucah dan sebagainya. Keadaan seperti ini bukan
sahaja berlaku di sekolah bandar dan di pinggiran bandar, malahan di sekolah luar
bandar. Jadual 1.1 di bawah menerangkan perangkaan jenayah juvana dari tahun 1990
hingga 1997. Keadaan ini semakin meningkat dari tahun ke tahun bermula dari tahun
1990 sehingga ke tahun 1997, di mana 8 % tangkapan telah dibuat pada tahun 1990
bertambah pada tahun 1997 sebanyak 20 %.

Jadual 1.1 : Perangkaan Jenayah Juvana dari tahun 1990 hingga 1997

Tahun Bilangan Kes (%) Bilangan Tangkapan (%)

1990 1,736 (9.27) 2,386 (8.02)

1991 1,320 (18.92) 1,892 (6.35)

1992 1,957 (10.45) 3,164 (10.63)

1993 2,315 (12.36) 3,602 (12.10)

1994 2,084 (11.13) 3,247 (10.91)

1995 2,573 (13.73) 4,192 (14.09)

1996 2,820 (15.06) 4,681 (15.73)

1997 3,628 (19.73) 5787 (19.45)

Jumlah 18,731 29,755

Sumber : Kementerian Dalam Negeri 1998

Jadual 1.1 di atas menunjukkan perangkaan jenayah juvana dari tahun 1990
hingga 1997. Ini boleh dilihat dari data Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan
Kebajikan Masyarakat mengenai bilangan kes yang melibatkan juvana adalah tinggi dan
meningkat dari tahun ke tahun.
Jadual 1. 2 : Tangkapan juvana terlibat dengan jenayah bagi tahun 1990-1997

Jenis Jenayah 1990 1991 1992 1993 1994 1995 1996 1997

Bunuh 6 7 17 14 12 7 26 26

Samun 51 23 60 62 51 58 86 108

Rogol 28 25 37 50 66 70 95 117

Mendera 84 58 112 112 103 154 263 357

Pecah rumah 485 317 482 539 430 472 399 523

Mencuri 709 504 827 969 930 2,134 1,130 1,065

Jumlah Besar 1,363 934 1,535 1,746 1,592 2,895 1,999 2,196

Sumber: Polis Diraja Malaysia 1998

Jadual 1.2 pula menunjukkan tangkapan yang melibatkan kesalahan juvana bagi
tahun 1990-1997 mengikut jenis-jenis jenayah yang dilakukan.
Jadual 1.3: Penglibatan juvana (10-18 tahun) dalam jenayah mengikut negeri,

Malaysia 1997.

Negeri Bilangan Kes (%) Bilangan Tangkapan (%)

Johor 617 (17.0) 938 (16.2)

Selangor 522 (14.4) 821 (14.2)

Kedah 324 (8.9) 520 (9.0)

Pulau Pinang 310 (8.5) 453 (7.8)

Kuala Lumpur 282 (7.8) 478 (8.3)

Perak 261 (7.2) 419 (7.2)

Sabah 252 (6.9) 377 (6.5)

Negeri Sembilan 231 (6.4) 353 (6.1)

Kelantan 170 (4.7) 268 (4.6)

Sarawak 168 (4.6) 257 (4.4)

Terengganu 161 (4.4) 300 (5.2)

Pahang 147 (4.0) 255 (4.4)

Melaka 120 (3.3) 237 (4.1)

Perlis 63 (1.7) 111 (2.0)

JUMLAH BESAR 3,628 5,787

Sumber : Polis Diraja Malaysia 1998

Jadual 1.3 menunjukkan penglibatan juvana (10-18 tahun) dalam jenayah


mengikut negeri, Malaysia 1997. Di dapati daripada jadual tersebut negeri Johor
merupakan negeri yang tertinggi menghadapi masalah jenayah juvana. Maksud jenayah
juvana dalam kajian ini ialah kesalahan jenayah yang dilakukan oleh pelajar sekolah
yang berumur 18 tahun ke bawah.

Jadual 1.4: Bilangan pesalah di bawah umur 18 tahun mengikut daerah, Johor

1997.

DAERAH BILANGAN PESALAH (%)

Johor Bahru 174 (32.2)

Kota Tinggi 95 (17.6)

Batu Pahat 87 (16.1)

Muar 55 (10.2)

Mersing 43 (8.0)

Keluang 40 (7.4)

Pontian 31 (5.8)

Segamat 14 (0.7)

Jumlah Besar 539

Sumber : Polis Diraja Malaysia 1998

Jadual 1.4 menunjukkan taburan pesalah-pesalah di bawah umur 18 tahun


mengikut daerah di negeri Johor. Berdasarkan jadual tersebut, Johor Bahru didapati
menduduki tangga teratas sebagai daerah yang paling ramai anak remaja melakukan
kesalahan juvana berbanding dengan daerah-daerah lain iaitu sebanyak 32.2% daripada
jumlah keseluruhan. Ini telah diikuti pula oleh Kota Tinggi (17.6%) dan Batu Pahat
(16.1%) yang masing-masing mencatatkan peratusan yang agak tinggi. Sekiranya
diteliti, statistik tersebut memberi gambaran bahawa masalah sosial di negeri Johor
melanda bukan sahaja di kawasan bandar dan bandaraya yang pesat membangun malah,
ia juga berlaku di kawasan luar bandar. Ini telah menunjukkan bahawa ia merupakan
satu penyakit negara yang perlu dirawat dan dikawal, agar kestabilan institusi
kekeluargaan seterusnya masyarakat dan negara dapat dipertahankan.

Jadual 1.5 : Statistik kesalahan pelajar sekolah menengah di daerah Johor Bahru
mengikut kes- kes tertinggi bagi tahun 2003

KOD KES KESALAHAN JUMLAH PELAJAR


881 Ponteng Sekolah 2066
882 Ponteng Kelas 1891
556 Menghisap Rokok 1059
331 Rambut Panjang 664
442 Datang Lewat 595
911 Bergaduh 466
334 Pakaian Tidak Mengikut Peraturan Sekolah 447
JUMLAH 7188

Sumber : Jabatan Pendidikan Negeri Johor 2003

Berdasarkan Jadual 1.5, kesalahan-kesalahan yang tertinggi di sekolah menengah


di negeri Johor bagi tahun 2003 terbahagi kepada tujuh kategori kesalahan. Antaranya
ialah ponteng sekolah, ponteng kelas, menghisap rokok, berambut panjang, datang lewat
ke sekolah, bergaduh dan pakaian tidak mengikut peraturan sekolah. Kesalahan ponteng
sekolah adalah kesalahan yang tertinggi di lakukan oleh pelajar iaitu sebanyak 2066
orang pelajar. Bagi kesalahan kedua tertinggi sebanyak 1891 orang pelajar telah
melakukan kesalahan ponteng kelas. Manakala kesalahan ketiga tertinggi ialah
menghisap rokok, ia telah dilakukan oleh 1059 orang pelajar. Bagi kesalahan seterusnya
adalah kesalahan berambut panjang dilakukan oleh 664 orang pelajar. Sebanyak 595
orang pelajar telah melakukan kesalahan datang lewat ke sekolah. Untuk kesalahan
pergaduhan, sebanyak 466 orang pelajar terlibat dalam kesalahan ini. Rating kesalahan
yang terakhir paling tinggi dilakukan oleh pelajar adalah kesalahan memakai pakaian
tidak mengikut peraturan sekolah, ia dilakukan oleh 447 orang pelajar. Jumlah
keseluruhan bagi kesalahan pelajar sekolah menengah di negeri Johor adalah 7188 orang
pelajar.

Jadual 1.6 : Taburan bilangan kesalahan pelajar-pelajar sekolah menengah di lima


buah sekolah sekitar Skudai Johor Bahru berdasarkan tiga kes
tertinggi bagi tahun 2003
KES
NAMA SEKOLAH BIL.
Ponteng Ponteng Menghisap PELAJAR
Sekolah Kelas Rokok

S.M.K Taman U 2 76 38 74 188

S.M.K Skudai 61 33 57 151

S.M.K Tun Aminah 97 22 30 149

S.M.K Mutiara Rini 55 14 32 101

S.M.K Taman U 42 19 36 97

JUMLAH 331 126 229 686

Sumber : Unit-unit disiplin sekolah yang terlibat bagi tahun 2003


Berdasarkan jadual 1.6 menunjukkan taburan kesalahan pelajar di lima buah
sekolah sekitar Skudai, Johor Bahru. Hasil daripada data yang diperolehi menunjukkan
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti 2 mempunyai kes ponteng sekolah
sebanyak 76 kes, diikuti ponteng kelas sebanyak 38 kes, menghisap rokok 74 kes dan
jumlah keseluruhan bagi ketiga-tiga kes ini adalah 188 kes. Bagi Sekolah Menengah
Kebangsaan Skudai pula mempunyai kes ponteng sekolah sebanyak 61 kes, diikuti
ponteng kelas sebanyak 33 kes, menghisap rokok 57 kes dan jumlah keseluruhan bagi
ketiga-tiga kes ini ialah 151 kes. Ini diikuti oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Taman
Tun Aminah yang mempunyai kes ponteng sekolah sebanyak 97, 22 kes ponteng kelas
dan 57 kes menghisap rokok. Jumlah keseluruhan bagi ketiga-tiga kes ini ialah 149 kes.
Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Rini menunjukkan sebanyak 55 kes ponteng
sekolah, diikuti 14 kes ponteng kelas, menghisap rokok sebanyak 32 kes dan jumlah
keseluruhan bagi ketiga-tiga kes ini ialah 101 kes. Sekolah yang terakhir ialah Sekolah
Menengah Kebangsaan Taman Universiti yang mempunyai 42 kes ponteng sekolah,
diikuti 19 kes ponteng kelas, 36 kes menghisap rokok dan jumlah bagi ketiga-tiga kes ini
ialah 97 kes.

Jumlah keseluruhan untuk kes ponteng sekolah bagi kelima-lima sekolah ini
adalah sebanyak 331 manakala jumlah kes ponteng kelas sebanyak 126 dan 229 kes
dicatatkan bagi kes menghisap rokok. Jumlah keseluruhan bagi ketiga-tiga kes di lima
buah sekolah ini ialah 686 kes yang telah dilakukan oleh pelajar-pelajar sekolah
menengah sekitar kawasan Skudai, Johor Bahru.

Oleh yang demikian, kepincangan yang berlaku di institusi sekolah ini perlu
dipandang serius oleh semua pihak. Ini kerana, dikhuatiri masalah yang melanda
institusi sekolah ini akan menjadi semakin teruk.
1.3 Pernyataan Masalah

Melihat kepada permasalahan dan gejala sosial yang melanda pelajar kita pada
hari ini amatlah membimbangkan. Statistik yang diperolehi menunjukkan negeri Johor
merupakan negeri yang tertinggi terlibat dalam permasalahan disiplin atau jenayah
juvana, khususunya di daerah Johor Bahru. Berdasarkan daripada taburan bilangan
kesalahan pelajar-pelajar sekolah menengah sekitar kawasan Skudai, Johor Bahru
menunjukkan lima buah sekolah menengah yang terlibat dengan permasalahan ini iaitu
S.M.K Taman Universiti 2, S.M.K Skudai, S.M.K Tun Aminah, S.M.K Mutiara Rini dan
S.M.K Taman Universiti mempunyai bilangan kesalahan pelajar meliputi tiga kes
tertinggi iaitu ponteng sekolah, ponteng kelas dan menghisap rokok. Walaupun sudah
banyak kajian yang dilakukan oleh pelbagai pihak mengenai sikap dan tingkahlaku
pelajar tetapi kajiannya lebih bersifat tujuan akademik dan tertumpu kepada punca
masalah dan biasanya bersifat umum sahaja. Oleh itu, penyelidik ingin mengkaji
persepsi guru terhadap penglibatan ibu bapa dalam mengawal disiplin pelajar di lima
buah sekolah menengah sekitar kawasan Skudai, Johor Bahru.

1.3 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk:

1. Mengenalpasti bentuk tindakan yang lebih cenderung digunakan oleh guru


untuk mengawal disiplin pelajar sekolah.

2. Mengenalpasti bentuk tindakan guru yang mempengaruhi campur tangan ibu


bapa dalam mengawal disiplin pelajar sekolah.
3. Mengenalpasti bentuk campur tangan ibu bapa tentang masalah disiplin anak-
anak mereka di sekolah.

1.4 Persoalan kajian

Dalam kajian ini penyelidik mengemukakan beberapa persoalan bagi menentukan


objektif kajian tercapai, di antaranya ialah:

1. Apakah tindakan yang lebih cenderung digunakan oleh guru untuk mengawal
disiplin pelajar sekolah?

2. Apakah bentuk tindakan guru yang mempengaruhi campur tangan ibu bapa
dalam mengawal disiplin pelajar sekolah?

3. Apakah bentuk campur tangan ibu bapa tentang masalah disiplin anak-anak
mereka di sekolah?

You might also like