You are on page 1of 9

Soalan. 1. Seorang pelajar sedang menghadapi masalah dengan pensyarahnya.

Dia menyatakan kegagalannya memperolehi keputusan yang baik adalah disebabkan sikap pensyarahnya yang kurang senang terhadap dirinya. Dia sering mengatakan pensyarahnya terlalu sombong dan tidak memahami dirinya. Apakah tindakan anda sebagai kaunselor?

2. Nyatakan 6 proses kaunseling

3. Jelaskan teknik-teknik kaunseling yang digunakan bagi meneroka masalah masalah klien. i. Empati ii. Mendengar iii. Parafrasa iv. Soalan terbuka v. Merumus

Jawapan. 1. Seorang pelajar sedang menghadapi masalah dengan pensyarahnya. Dia menyatakan kegagalannya memperolehi keputusan yang baik adalah disebabkan sikap pensyarahnya yang kurang senang terhadap dirinya. Dia sering mengatakan pensyarahnya terlalu sombong dan tidak memahami dirinya. Apakah tindakan anda sebagai kaunselor

Sebagai seorang kaunselor , yang pertamanya proses kaunseling bersama pelajar tersebut boleh dibahagi kepada tiga fasa iaitu fasa satu iaitu peringkat membina hubungan dan pestrukturan , fasa dua iaitu peringkat penerokaan masalah dan fasa ketiga iaitu peringkat penamatan sesi kaunseling. Berikut merupakan langkah saya untuk membantu pelajar tersebut menangani masalah yang dihadapi :

1. Fasa satu : Peringkat membina hubungan dan pestrukturan Pada peringkat ini, kaunselor haruslah menggunakan kemahiran membina hubungan dengan pelajar iaitu klien tersebut untuk mewujudkan susasan yang selesa antara klien dengan kaunselor. Pertemuan awal ini sangat penting dalam peringkat dan proses kaunseling. Kaunselor perlulah menjemput pelajar masuk dan mewujudkan susasana yang teraputik dan melakukan penstrukturan dengan menerangkan sejelasnya tentang peranan kaunselor dan klien serta penjelasan tentang proses kaunseling yanag akan berlaku. 2. Fasa dua : Peringkat penerokaan masalah Tahap penerokaan adalah tahap yang aktif bagi klien dan pasif bagi kaunselor. Proses berlakunya komunikasi yang didorong keikhlasan dan kejujuran serta berterus teranf terhadap peranan sebenar yang hendak dibincangkan antara kedua-dua pihak. Kaunselor perlu terus mewujudkan dan mengeratkan hubungan agar perasaan yakin, percaya dan selamat timbul di pihak klien tergadap kaunselor.Klien pada peringkat ini digalakkan untuk meneroka masalah dan perasaannya bagi mencapai ksedaran kendiri.Segala pemikiran tidak logik dan perasaan tidak rasional perlulah dikikis dan diketipikan dengan bantuan dan peranan kaunsleor. Dalam masalah klien ini, sebagai kaunselor perlulah mengaplikasikan teknik penggunaan teori Rasional Emotif Tingkah Laku oleh Albert Ellis dimana teori ini dapat membantu pelajar tersebut untuk meneroka dan mengenali pemikiran dan perasaanya yang tidak rasional dengan membantunya untuk merasionalkan semula permikiran dan perasaan serta tingkah laku yang negatif kepada positif. Berikut merupakan langkah bagi kaunselor dalam menangani masalah klien mengikut teori REBT ;

A) Mengkategorikan masalah dan mengenal pasti activating event Pada peringkat ini kaunselor perlu pandai menggunakan kemahirannya bagi meneroka masalah klien yang utama yang menganggu klien. Kaunselor juga haru smahir dalam mengkategorikan masalah dimana terapat dua jenis masalah iaitu masalah dalaman dan masalah luaran. Masalah dalaman adalah dari segi pemikiran dan perasaan dan masalah luaran adalah dari segi tindak tanduk atau tingkah laku klien. Kaunselor perlu pandai meneroka masalah klien dan menjadikannya sebagai activating event dimana ianya adalah masalah utama klien yang akan menyebabkan berlakunya masalah yang lain. Dalam kes ini, pelajar iaitu klien telah menghadapi masalah dimana dia telah gagal dalam pelajarannya disebabkan oleh pensyarahnya yang dipercayai sombong dengannya dan tidak memahami dirinya. Kauselor perlu bijak dalam memberi soalan terbuka mahupun soalan tertutup pada peringkat ini untuk mengenal pasti dengan lebih lanjut tentang masalah yang dihadapi oleh klien. B) Mengenalpasti kepercayaan tidak rasional. Apabila selesai mengenal pasti masalah sebagai activating event ,kaunselor perlu mengambil langkah seterusnya dengan mengenali kepercayaan tidak rasional klien. kaunselor boleh mengklasifikasikan sesuatu pandangan klien kepada sesuatu kepercayaan tidak rasional apabila dia memikirkan sesuatu yang negatif tanpa bukti yang sahih. Contoh dalam masalah yang telah dikemukakan; klien tersebut telah mempercayai bahawa pensyarahnya bersikap sombong padanya dan tidak memahami dirinya C) Celik akal Terapi Rasional Emotif Tingkah Laku Pada peringkat sebelum, kaunselor telah dapat mengenal pasti kepercayaan tidak rasional klien yang telah menyebabkan masalah berlaku dari segi perlakuannya. Contoh dalam masalah yang telah dikemukakan; klien telah gagal memperolehi keputusan yang baik kerana sikap pensyarahnya yang dipercayai sombong dan tidak memahami dirinya Pada peringkat ini, kaunselor harulah membantu klien untuk celik akal dan mengajar klien cara-cara yang positif untuk menghadapi serta menangani masalah. Kaunselor juga perlu menunjukkan bahawa kepercayaannya itu tidak memberikan manfaat yang baik kepada dirinya dan menyebabkan gangguan emosi dan tingkah lakunya pada masa depan. Lima jenis celik akal yang perlu dicapai oleh klien iaitu : i. Idea dan kepercayaan manusia sering memainkan peranaan dalam menimbulkan masalah emosi dan tingkah laku. Klien perlu mendapat celik akal mengenai masalah sebenarnya.

ii. iii.

iv. v.

Klien digalkkan untuk bertanggungjawap atas masalah emosinya yang disebabkan oleh indoktrinasi yang lepas. Klien perlu mewujudkan kesedaran, pengetahuan dan penghargaan terhadap idea atau kepercayaan yang tidak rasional kerana celik akal ini akan mendorong klien untuk berubah. Klien dikehendaki menerima dirinya walaupun dia mengetahui bahawa masalah emosi adalah disebabkan oleh kepercayaannya sendiri. Klien perlu menyedari bahawa untuk mencapau perubahan atau matlamat mereka perlu berusaha untuk mengatasi kepercayaan yang tidak rasional tersebut. D) Mengajar perkara rasional

Pada peringkat ini, kaunselor dan klien perlu bekerjasama untuk menangani masalah emosi tingkah laku yang hidapai oleh klien. Proses ini akan membabitkan aktiviti membebaskan klien daripada idea-idea atau pemikiran yang tidak rasioanl dan diganti dengan idea-idea dan pemikiran yang rasional. Kaunselor juga boleh menggunakan kemahiran konfrontasi pada peringkat ini untuk menyedarkan klien tentang kesan pemikirannya yang tidak rasional. Matlamat pada peringkat ini ialah untuk ; i. ii. iii. iv. Membantu klien memahami idea-idea palsu atau kepercayaan tidak rasional yang selalu menganggu emosinya. Klien memahami kesan negative akibat ideanya yang tidak rasional Mengajar klien idea dan alternatif baru. Untuk memberitahu klien tentang kebaikan idea-idea baru tadi.

E) Mewujudkan Pemikiran Baru Pada peringkat ini kaunselor haruslah membantu pelajar untuk membina 1 pemikiran dan 1 falsafah hidup yang baru. Proses peringkat terakhir ini sangat penting untuk membuktikan bahawa kaunselor benar-benar berjaya untuk membantu pelajar tersebut bebas dan keluar dari pemikirannya yang tidak rasional dengan diganti dengan pemikiran yang rasional. Contoh dalam masalah yang telah dikemukakan ; Klien mengubah cara pemikirannya dan kepercayaannya bahawa pensyarahnya sombong dan tidak memahami dirinya kepada yang lebih rasional iaitu sentiasa berpandangan positif kepada pensyarahnya kerana tiada sebab untuk pensyarahnya sombong terhadap dirinya sedangkan tidak kepada pelajar yang lain

Fasa tiga ; Peringkat penamatan Setelah tamat sesi kaunseling bersama klien, kaunselor harus membuat rumusan besar tentang keseluruhan masalah dan menunjukkan matlamat yang telah dicapai. Kaunselor juga perlu mengadakan sesi seterusnya bersama klien untuk memantau segala perilaku klien sama

ada telah berubah kepada yang lebih rasional atau pun tidak sehingga klien benar benar keluar dari pemikiran lamanya yang tidak rasional.

2. Nyatakan 6 proses kaunseling. Proses kaunseling adalah satu keadaan yang formal dan sistematik mengikut cara pengendalian kaunseling antara seorang kaunselor dengan kliennya. Etika kerahsiaan merupakan perkara penting yang terkandung dalam awal sesi . Menurut Shretzer dan Stone 1981, menjelaskan bahawa proses kaunseling adalah proses pembelajaran yang dijalankan bagi menolong individu yang memerlukan bantuan untuk mengenali alam sekitarnya dengan lebih jelas dan terang. Mengikut Eisenberg dan Delaney 1977, membahagikan proses kaunseling kepada 6 peringkat iaitu : I. Perjumpaan awal kaunselor melayan klien dengan baik, empati, ketulenan, kemesraan, dan anggapan positif terhadap klien. Dalam sesi awal, komunikasi terbuka, jujur dan sempurna mengenai masalah yang dihadapi adalah digalakkan. Penerokaan masalah klien dan membina hubungan yang menolong Kaunselor perlu menggunakan soalan terbuka, refleksi idea dan perasaan, parafrasa, kepercayaan nilai dan andaian. Penerokaan masalah membolehkan kaunselor memahami aspek-aspek klien dari segi nilai, harapan, kepercayaan, cita-cita, sikap, helah bela diri serta cooping. Menentukan matlamat, mengenal pasti dan menilai faktor faktor yang berhubungan dengan pencapaian matlamat kaunselor perlu menentukan matlamat kaunseling, menimbangkan cirri-ciri klien yang dapat mempengaruhi strategi kaunselor, memikirkan matlamatmatlamat proses sepanjang proses menolong dan membina satu strategi supaya matlamat klien tercapai. Membina dan melaksanakan suatu pendekatan bagi mencapai matlamat satu pendekatan bagi mencapai matlamat klien dilaksanakan. Strategi untuk berubah begantung kepada prinsip perubahan tingkah laku manusia iaitu : i. Prinsip 1 : manusia mempelajari tingkah laku dengan menerima pengajaran orang lain ii. Prinsip 2 : manusia mempelajari tingkah laku dengan meniru tingkah laku, kepercayaan, nilai dan sikap orang lain. iii. Prinsip 3 : Peneguhan dapat mempengaruhi perubahan tingkah laku

II.

III.

IV.

iv. v.

Prinsip 4 : manusia boleh berfungsi secara lebih berkesan dengan memperoleh kesedaran tentang ciri0ciri peribadi dengan alam sekitarnya Prinsip 5 : sesetengah manusia berfungsi dengan berkesan apabila konsep kendirinya tinggi.

V.

Menilai pencapaian kaunselor akan menilai keberkesanan strategi yang digunakan dan kaunselor akan cuba memperbaiki kelemahan yang ada dengan cara-cara yang baik bersama klien. Penamatan dan susulan andai kata strategi kaunseling berjaya, proses kaunsleing akan ditamatkan, langkah susulan diadakan bagi memastikan sama aada maklumat yang dicapai menjadi lebih stabil dan mantap.

VI.

Manakala, menurut Maznah Baba dan Zainal Madon (2005) menjelaskan peringkat proses kaunseling adalah seperti yang berikut . I. Peringkat Membina Hubungan,

Pada fasa pertama, kaunselor akan bertemu klien kali pertama dan memulakan sesi. Ia lebih kepada sesi perkenalan dan mengenali klien dengan lebih dekat. Memberikan klien kepercayaan, membuatkan klien selesa dan tidak malu untuk menceritakan masalah beliau.Pada fasa ini, kaunselor perlu memainkan peranan untuk merangsang klien berkongsi dan melanjutkan sesi temubual itu dengan soalan-soalan yang khusus.Apabila klien sudah mula bersedia, kaunselor perlu melakukan penstrukturan supaya klien perlu jelas dan faham dengan matlamat sesi tersebut.Antaranya menyatakan peranan dan tanggungjawab kaunselor dan klien, etika kerahsiaan, tempoh masa, peraturan sesi kaunseling dan bayaran, jika berkaitan. Dalam fasa ini kaunselor perlu membina hubungan baik dengan klien, tunjukkan minat, empati dan kefahaman melalui parafrasa. II. Peringkat Menerokai dan Analisis Masalah,

Fasa ini lebih mendorong kepada soalan terbuka bertujuan membimbing arah perbincangan dan kaunselor perlu mendengar secara aktif. Kaunselor perlu menerokai masalah sebenar klien dan membuat penganalisaan terhadap setiap respon klien apabila menjawab soalan.Di sini teknik memparafrasa, refleksi perasaan dan beri galakan kepada klien supaya bercakap dan meluahkan isi hati.Sekiranya kaunselor tidak pasti atau ingin semak kefahaman maka, kaunselor perlu meminta penjelasan semula agar tidak berlaku kesilapan dalam catatan kaunselor. III. Peringkat Mengenalpasti Masalah,

Pada peringkat ini iaitu setelah mendengar segala masalah klien, kaunselor perlu mengenalpasti masalah yang menjadi punca utama klien tersebut. Kaunselor perlu mentafsir

masalah dan cuba berbincang dengan klien. Sebagai kaunselor tidak boleh meletakkan nilai pada klien, jangan ada bias dan meletakkan kesalahan seratus peratus kepada klien. Kaunselor perlu membantu klien dalam menangani masalah mereka.

IV.

Peringkat Membincangkan Strategi Penyelesaian, Alternatif, Kesan.

Pada fasa ini kaunselor bersama-sama klien berbincang dan mengatur strategi agar membolehkan klien menangani atau mengatasi masalah beliau.Kaunselor berperanan membantu klien menyemak kebarangkalian potensi kejayaan dan halangan dihadapi bakal dalam melaksanakan rancangannya.Kaunselor juga boleh memberikan panduan tentang langkah yang dianggap baik untuk mengatasi masalah yang dibawa oleh klien.Kaunselor boleh sertakan contoh dan bincangkan dengan menyentuh kemungkinan cadangan kaunselor dapat dilaksanakan beserta kekuatan dan kelemahan cadangan itu mengikut panduan klien dan kaunselor. V. Peringkat Tindakan,

Fasa tindakan dimana kaunselor dan klien membuat pilihan alternatif mana yang terbaik bagi menangani atau menyelesaikan masalah tersebut.Kaunselor tidak boleh memberikan keputusan kepada klien, mereka perlu membuat keputusan sendiri.Kaunselor hanya membantu dan menanyakan kemungkinan apakah strategi terbaik bagi klien untuk menangani masalahnya.Kata putus oleh klien atau keputusan yang dibuat oleh klien Salah satu peranan penting yang dilaksanakan oleh kaunselor dalam mengambil tindakan ialah merujukkan klien kepada pakar, tempat, atau bahan maklumat yang diperlukan bagi membantu mereka menangani masalah. VI. Peringkat Penamatan Sesi dan Susulan,

Pada fasa ini sebelum menamatkan sesi kaunselor perlu membuat rumusan daripada keseluruhan sesi tersebut. Di dalam kaunseling, penamatan dibuat pada dua cara iaitu penamatan bagi setiap sesi kaunseling yang dijalankan pada akhir sesi dan seterusnya terdapat beberapa sesi lagi klien perlu bertemu dengan kaunselor. Cara kedua adalah penamatan terus serta memberhentikan khidmat dan hubungan kaunseling antara klien dan kaunselor mengikut persetujuan bersama serta jika klien sudah benar-benar pulih.Dan terakhir, kaunselor perlu membuat susulan terhadap klien itu.Menghubungi klien untuk temujanji sesi berikutnya ataupun memantau tindakan klien. Khidmat susulan dilakukan bagi memonitor kemajuan klien dalam konteks keupayaannya menguruskan permasalahan yang dihadapinya.Antaranya adalah mendengar kemajuan yang telah dibuat oleh klien dan memberikan galakan atau bimbingan baru untuk meningkatkan progres diri klien. Mengatur atau mengubah strategi baru dalam bentuk intervensi bagi membantu klien.Seterusnya menilai strategi yang telah dilaksanakan oleh klien dan akhir sekali, memberikan khidmat lanjutan seperti khidmat rujukan sekiranya dirasakan perlu

3. Jelaskan teknik-teknik kaunseling yang digunakan bagi meneroka masalah masalah klien. i. Empati

Empati dapat membantu kaunselor untuk lebih mudah memahami klien dan meneroka masalahanya.Empati membawa maksud dimana kaunselor menyelami permasalahan klien dan menempatkan dirinya dalam situasi klien.menurut Sapora Sipon (2003), empati didefinisikan sebagai kebolehan merasai dan mengenal pasti perasaan orang lain. Menurut Gendlin (1981) terdapat 3 tujuan empati dalam kaunseling iaitu : Bagi menunjukkan pemahaman dan membantu individu merujuk terus pengalamannya ke masa kini. Membolehkannya merasai pengalaman masa kini dengan lebih bersemangat, berpegang kepadanya serta menghadapi dan bekerjasama dengannya. Membantunnya meletakkan makna implicit ke dalam konsep-konsep yang betul pada tempat yang bersesuaian.

ii.

Mendengar

Kemahiran mendengar sangat penting dalam proses kaunseling. Kaunselor haruslah menjadi pendengar yang aktif iaitu mendengar dengan baik dan memahami isi yang disampaikan oleh klien. Mengikut Sapora dan Wan Anor (2002), kemahiran mendengar adalah kemahiran asas yang penting dalam [roses membantu .Kaunselor memerlukan daya pendengaran dan perhatian yang kuat bagi mendengar maklumat yang disampaikan oleh klien. Terdapat beberapa cara bagi menunjukkan kesediaan kaunselor bersama klien iaitu dengan cara menyatakan semula, menggambarkan semula dan memberi respon. Manakala menurut Mohd Salleh (1993) dan Yee (1997), mendengar terbahagi kepada tiga iaitu : Mendengar dengan perasaan

Kaunselor perlu memahami perasaan dan mendengar dengan baik serta memberi peluang kepada klien menceritakan masalah mereka. Mendengar dengan psikologi

Kaunselor perlu menyediakan suasana komunikasi serta menumpukan perhatiaan pada mesej atau isi yang disampaikan oleh klien.Contohnya, mengangguk kepala menunjukkan kaunselor faham dengan kenyataan klien. Mendengar dengan fizikal

Kaunselor perlu menumpukan pendengaran dan penglihatannya kepada klien.Ini dapat menunjukkan tanda hormat dan semangat kaunselor serta menjalin kemesraan antara kaunselor dan klien.

iii.

Parafrasa

Parafrasa adalah respons kaunselor selepas mendengar isi dan memeherhati tingkah laku klien. Kemahiran ini dapat meyakinkan klien bahawa kaunsleor sedang mendengar dan memahami apa yang dinyatakan oleh klien. Menurut Brammer (1999), memparafrasa melibatkan aktiviti menyatakan semula isi mesej yang klien sampiakan bagi memperjelaskan atau memberi focus perhatian klien. Kaunselor haruslah bijak dan menumpukan perhatian kepada klien supaya dapat membuat parafrasa dengan tepat. iv. Soalan terbuka

Khususnya dalam kemahiran menyoal, terdapat dua jenis soalan yang boleh dikemukakan oleh kaunselor kepada klien untuk meneroka masalah klien iaitu soalan terbuka dan soalan tertutup.Soalan terbuka adalah soalan yang banyak memberi ruang kepada klien untuk meluahkan perasaannya dengan menjawap serta menceritakan sesuatu mengikut pilihannya sendiri tanpa dikhususkan oleh kaunselor. Menurut Sapora et al (2002), soalan jenis ini bertujuan menjemput perbincangan, penjelasan dan huraian yang panjang lebar. Ia dapat menimbulkan rasa selsesa padadiri klien dan rasa diterima. v. Merumus

Kemahiran merumus ini dapat dilakukan pada awal sesi, pertengahan sesi dan akhir sesi. Kaunselor akan menyatakan semula bahagian isi dan perasaan penting yang diberitahu oleh klien. Kemahiran merumus ini terbahagi kepada dua jenis iaitu rumusan kecil dan rumusan besar.Rumusan kecil adalah rumusan yang dibuat pada permulaan, pertengahan dan akhir sesi manakala rumusan besar pula dapat dilakukan sekali sahaja iaitu pada akhir sesi kaunseling.Merumus dapat membantu sesi kaunseling memberi fokus terhadap sesuatu perkara. Menurut Long (1996), rumusan membolehkan kaunselor meringkaskan dan mengenal pasti intipati kenyataan klien. Ini membolehkan kaunselor meningkatkan penjelajahan terhadap klien dan juga mengenal pasti persepsi klien.

You might also like