You are on page 1of 6

UCAPAN DARI IBUBAPA KEPADA PASANGAN PENGANTIN

Disediakan Oleh : Tuan Haji Abdul Aziz Mohd Niza

Bismillahir rahman nil rahim Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakahtuh dan salam sejahtera Yang berusaha , pengacara majlis, Yang Berbahagia ..................................... Yang dikasihi....................................... Tuan-tuan dan puan-puan yang menjadi tetamu kehormat kami pada hari ini. Awal Bismillah, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran kepada Allah swt kerana dengan izinNya jua maka rancangan majlis ini menjadi kenyataan yang sah. Pada masa yang sama, marilah kita semua mengangkatkan salam ke atas Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad saw bagi mendapatkan shafaat Baginda siang dan malam. Tuan-tuan & Puan-puan, Sesunguhnya saat paling bahagia bagi ibu bapa semasa hidup ialah ketika berlangsungnya pernikahan anak mereka. Sanak saudara, kaum keluarga, jiran tetangga dan sahabat handai diundang dan, jika berkesempatan, mereka akan turut memeriahkan dan sama-sama bergembira pada hari bahagia itu, seperti di majlis seperti pada hari yang bertuah ini. Saya sedar ada beberapa majlis yang bertembung pada hari ini, seperti majlis Mesra Hari Raya & Rumah Terbuka. Namun Tuan-tuan & Puan-puan telah memilih untuk menghormati undangan kami. Lantaran itu, kehadiran semua tetamu undangan kami amatlah kami hargai. Pada masa yang sama, saya menyanjung tinggi kunjungan tuan-tuan & puan-puan ke Hotel Seri Malaysia pada hari ini. Dengan rendah diri, kami hargai semua penghormatan yang telah diberikan kepada kami itu.

Tuan-tuan & Puan-puan, Dari Bentung pergi ke Rengit Tanjung Rusa airnya tenang Langit tergantung bumi tersenget Budi dan jasa tetap dikenang. Seiring madah pantun bersambut Halua telinga tanpa nan jemu Mesra berdakap kasih terpaut Semadi di kalbu bertandangnya tamu. Merahnya delima manisnya nona Buat santapan si tuan puteri Majlis meriah penuh bermakna, Kehadhiran semua menambah seri. Dalam kami memohon kasih pada yang datang, kami ingin pula memohon maaf pada semua sanak saudara dan sahabat handai yang tak upaya kami undang kerana kesuntukan ruang. InsyaAllah, pada masa mendatang kan kami undang. Untuk makluman para hadirin, dua mempelai ini telah pun diijabkabulkan pada 2 Oktober yang lepas, selaras dengan pendapat ahli-ahli agama bahawa perkahwinan itu wajib dan ianya satu amalan suci. Hanya pada hari ini semua pihak yang berkaitan telah dapat mencapai kata sepakat untuk mempersanding dan memasyhorkan raja sehari ini. Tuan-tuan & Puan-puan, Imam Syafi'e telah menasihatkan kita bahawa Bila anakmu telah dew asa, carikanlah jodohnya tapi dunia sekarang, termasuklah kita -kita ni, belum sempat mak bapak nak carikan jodoh, dah pandai cari sendiri. Jodohnya anak .... bernama ......., orang Kedah; kami orang Perak. Tak ada pertalian keluarga. Maka secara kebetulan, jodoh mereka sesuai dengan sabda Rasullullah saw yang bermaksud Pilihlah yang jauh, nescaya kamu tiada melemahkan Mengenai perkahwinan ini, saya sendiri pun tak berapa tahu susur galur jalan cerita mereka bercinta; khabarnya mereka berkenalan di ...., di tempat kerja. Maka saya pendekkanlah jalan cerita yang berjela-jela dalam rangkuman sebuah pantun orang tua-tua:

Rama-rama terbang ke dusun Anak ketam bermain kaca Bukan Amir termakan racun Hati tertikam kerlingan mata. Kalau pukat sudah direntang Jangan dikira kering dan basah Kalau kasih sudah dipasang Janganlah suka berpaling tadah Buah seletup berongga-rongga Kalau bertangkai, tangkai selidi Bertuah hidup berumah tangga Kalau berpisah, bercerai mati.

Amir dan isteri, hendaklah ingat bahawa rumahtangga umpama sebuah kerajaan, suami menjadi raja dan isteri adalah ratu yang mempunyai kuasa yang cukup di dalamnya

Dan ingatlah, perselihan itu sebahagian daripada asam garam hidup; bak kata Seniman Agong P. Ramlee sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.

Hujan lebat jauh di hulu Hujan menimpa pohon belimbing Bila marah berundur dulu Bila sejuk baru berunding. Jangan menjaring di tengah laut Banyak gelombang datang menerpa Jangan berunding muka berkerut Banyaklah datang silang sengketa

Amir, Wahai anakanda kesayangan ayahanda Banyak sudah ayah bermadah Mendengarkan nasihat jangan menyalah Semak olehmu petua amanah Supaya hidup mu berkat lah Wahai anakanda kekasih ibu Mendengar nasihat janganlah jemu Di dalamnya banyak terkandung ilmu Untuk menjadi bekal hidupmu. Berguna hidup kerana beradat Adat lembaga jadi pedoman Sempurna hidup kerana Syahadat Syahadat dijaga mengukuhkan iman. Tuan-tuan & puan-puan, Saya dan bapa pihak perempuan, telah menjadi keluarga melalui perkahwinan di mana kedua-dua kami telah menyerahkan anak dan menerima menantu dan telah sepakat untuk mengadakan majlis ini secara sederhana Sebaik-baik perbuatan ialah yang sederhana. Menyedari hakikat bahawa bumi mana yang tak ditimpa hujan, laut mana yang tak bergelora maka, dalam majlis sesederhana ini, biasanya adalah pinggan yang retak, cawan yang pecah; ada yang termasin dan pula yang termanis; ada yang kurang dan ada pula yang terlebih.

Lantaran: Kapal api dari seberang Sarat dengan barang-barangan Jika ada terlebih terkurang Diumpat tidak dicaci pun jangan. Namun kami perlu memohon maaf atas segala kekurangan itu: Kunang-kunang terbang ke lembah Hinggap bersarang dipohon buluh Pinang mengadap sirih menyembah Kami menyusun jari sepuluh. Akhirnya, tuan-tuan & puan-puan, kami mohon berkat doa saudara mara dan para sahabat semua agar sama-samalah mendoakan kebahagian rumah tangga dua mempelai ini supaya berkekalan sehingga ke akhir hayat. Sayang Cik Mamat menjual cermin Cermin dijual di Kg. Hulu Ucap selamat pengantin di pelamin Selamat sampai ke anak cucu. Punya satu isteri mahu dakap sampai mati Hilang semua gigi hanya tinggal dua gusi Namun mereka tetap kasih, sayang dan saling mencintai Sepanjang hayat kekal abadi ,h anya pemisah cangkul penggali. Itulah doa kamiRabbana atinah fitdunia hasanah, wafil akhirati hasanah, waqinnah 'azabannar Wassabihi wasallam. Sekian, Assalamu'alaikum wbt. Terima kasih.

You might also like