You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK BIL 2/2013

Tarikh Masa Tempat

: 29 Jun 2013 : 1.30 Petang : SK Sungai Papan,Kota Tinggi

Agenda Mesyuarat : 1. Ucapan Pengerusi 2. Pengesahan Minit Mesyuarat 3. Perkara-perkara berbangkit 4. Pembentangan Laporan/ Isu 5. Hal-hal lain 6. Penutup Kehadiran 1. 2. 3. 4. 5. Mohd Shabudin bin Mohd Salleh Encik Samsul bin Wahab Pn. Nurulhuda bt Abd Wahab Encik Shah Rizam bin Salleh Encik Haidil bin Misiran GURU BESAR GPK 1 KP Matematik Su Panitia Mate AJK

1. UCAPAN PENGERUSI 1.1 Tuan Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dalam mesyuarat Pengurusan Panitia Matematik 2013. Tindakan:Makluman 1.2 Tuan Pengerusi turut menyatakan pentingnya kecemerlangan dalam akademik khususnya Matematik bagi murid mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan khasnya dalam UPSR. Tindakan : Makluman 1.3 Tuan Pengerusi meminta guru-guru Matematik memberi cadangan untuk penambahbaikkan dalam matapelajaran tersebut.

Tindakan : Makluman 1.4 Tuan Pengerusi meminta semua guru yang mengajar Tahap 1 memainkan peranan masing-masing dengan bersungguh-sungguh dengan memberi bantuan kepada murid bagi mencapai kecemerlangan sehingga UPSR tahun 2016 nanti. Tindakan : Makluman

1.5 Tuan Pengerusi juga meminta guru Matematik untuk memantau murid-murid lemah dan membuat beberapa program bagi meningkatkan prestasi akademik terutama dalam matapelajaran Matematik. Tindakan : Guru Matematik 1.6 Tuan Pengerusi juga meminta agar sesuatu program yang dilaksanakan oleh guru-guru akan memberi impak kepada murid yang terlibat. Tindakan : Makluman 1.7 Tuan Pengerusi turut menyentuh tentang tentang Pelan J iaitu memperbanyakkan penggunaan modul secara berkesan, PBS-penilaian berasaskan kemahiran murid itu sendiri dengan membina bahan-bahan yang sesuai. Manakala mengenai MMI (Melindungi Masa Instruksional) penjelasan mengenai perkara perlu disampaikan dengan lebih mendalam kepada guru. Tindakan : Makluman

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT Minit Mesyuarat bil. 2/2013 bertarikh pada 20Jun 2013 disahkan Cadangan Disokong : Mohd Haidil bin Misiran : Shah Rizam bin Salleh

You might also like