You are on page 1of 26

FACULTY EDUCATION AND SCIENCE SOCIAL COURSE COURSE CODE NAME MATRIC NO NAME OF LECTURER : : : : : GUIDANCE AND COUNCELING

ELB 4233: LINGUISTIK AM MOHD SHAHRAN YAHYA JB111 0696 PUAN HASLINDA BINTI MD AMIN

1. 0

PENGENALAN

Sejarah kajian bahasa dan linguistik Melayu dengan pengertian yang luas, iaitu yang tidak terbatas oleh sempadan geopolitik, telah bermula di rantau Alam Melayu sejak abad ke-15 dalam zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada zaman itu, Dinasti Ming yang mempunyai hubungan akrab dengan kerajaan Melaka telah memerintahkan pegawainya menyusun kamus China-Melayu yang menampung 482 kosa kata tentang 17 bidang kehidupan di alama Melayu, iaitu astronomi, geografi, musim dan waktu, tumbuh-tumbuhan, unggas dan haiwan, rumah dan istana, alat perkakas, orang, peri laku, tubuh badan, pakaian, makanan dan minuman, kemasyarakatan dan sejarah, warna, hitungan, kata umum. Meskipun kamus yang berbentuk daftar kata itu tampak sederhana, pastilah usaha menghimpunkan kosa kata utama alam Melayu pada abad ke-15 hingga abad ke-16 itu menuntut upaya yang bukan mudah bagi orang asing dari China itu.

Usaha orang Barat dalam kajian bahasa Melayu pula bermula pada abad ke-17. Kesimpulan ini dapat diterima dengan memperhitungkan bahawa upaya

mengetengahkan ehwal bahasa Melayu telah dimulakan pada abad itu, bermula dengan usaha F. de Houtman, orang Belanda yang tinggal di Aceh (Jun 1599-Ogos 1601) untuk mempelajari bahasa Melayu dan apabila kembali ke Belanda menerbitkan buku berisi 12 pelajaran, dengan setiap pelajaran berisi dialog dalam bahasa Melayu dalam ranah perdagangan, pemerintahan dan yang lain. Dalam buku itu dilampirkan kamus Belanda-Melayu (Collins , 1998: 26-27). Kemudian terbit karya A.C. Ruyll Speighel van de Maleysche Talepada tahun 1612 (Harimurti Kridalaksana, 1979).

Malahan jika usaha penyusun daftar kata bahasa Cina-Melayu yang berisi hampir 500 lema pada awal abad ke-15 dan usaha Antonio Pigafetta pada tahun 1522 menerbitkan daftar kata bahasa Itali-Melayu dapat diperhitungkan sebagai usaha rintis kajian bahasa Melayu, maka tradisi kajian bahasa dan linguistik Melayu telah berakar lebih lama di rantau ini. Demikian juga, usaha penerjemahan `Aqaid al-Nasafi sebagai kitab tertua dalam bahasa Melayu pada tahun 1590 (al-Attas, 1988) yang menandai bermulanya tradisi penerjemahan di alam Melayu membuktikan adanya wawasan dan keterampilan yang bersangkutan dengan aspek linguistik, meskipun penerjemahnya

(berkemungkinan besar Nuruddin al-Raniri) tidak terdedah kepada disiplin linguistik sebagaimana yang difahami oleh sarjana moden dalam bidang itu.

Pada zaman awal pertumbuhan kajian bahasa dan linguistik Melayu itu, usaha dilakukan oleh bangsa Barat yang datang ke Kepulauan Melayu dalam rangka penjajahan politik dan ekonomi. Sebagai usaha awal, dan dalam keadaan tradisi kajian secara ilmiah di bahagian mana dunia pun belum mantap ketika itu, kajian bahasa dan linguistik pada zaman awal itu tidak harus diukur dengan berdasarkan konsep ilmiah kini. Pada hemat saya, dapat ditimbangkan pandangan Harimurti Kridalaksana (2002) bahawa penilaian terhadap kerja kebahasaan harus dilihat pada dua sudut, iaitu sudut yang sempit dan sudut yang luas. Sudut yang sempit (atau sebenarnya khusus) ialah yang mengkhususkan perhatian pada hasil penelitian dan karya teoretis sahaja, sementara sudut yang luas (umum) turut meliputi karya seperti buku pelajaran, bahan penyuluhan (pedoman), kamus, buku pengajaran tatabahasa dan yang lain.

Dengan demikian, Harimurti Kridalaksana mengiktiraf karya pujangga besar Melayu Raja Ali Haji, iaitu Bustanul Katibin (1857) dan Kitab Pengetahuan Bahasa (1859) sebagai karya linguistik awal yang dihasilkan oleh anak watan alam Melayu. Maka itu, untuk mendapat gambaran yang luas tentang perkembangan bidang linguistik Melayu, diperlukan kajian mendalam yang meliputi kajian ilmiah dalam bentuk tesis atau disertasi dan juga kajian ilmiah semasa serta apa-apa jua hasil tulisan dalam bentuk buku, monograf, jurnal dan sebagainya. Walau bagaimanapun kajian ini akan hanya

membataskan pembicaraan pada sudut penggunaan morfologi, sintaksis dan semantik berdasarkan rencana yang dipilih.

2.0

RENCANA : AKTIVITI POSITIF ATASI KEMURUNGAN (Berita Harian On-line, 10 Februari 2013)

Bersosial, beriadah, penjagaan makanan sempurna membantu kehidupan lebih bersemangat Terdapat hari-hari di mana keadaan minda manusia berada di dalam keadaan terbaik dan yang paling teruk. Kemurungan adalah salah satu daripada masalah mental yang dialami oleh semua orang dalam hidup mereka. Berikut terdapat beberapa cadangan untuk membantu anda mengatasi kemurungan. Diharap dengan beberapa cara, kita akan dapat menangani kemurungan. 1) Minta bantuan Jangan malu dalam mendapatkan bantuan untuk menangani situasi dalam kehidupan. Tiada siapa yang menjangka untuk menghadapi beban hidup yang sukar. Mencari bantuan daripada pasangan hidup, rakan sekerja atau kawan dapat melegakan sedikit beban emosi kita.

Bersenam Senaman adalah cara yang sempurna untuk mengalahkan lamunan. Bukan saja membantu membina susuk tubuh yang lebih baik tetapi juga meningkatkan tenaga positif dalam sistem badan. Bersenam membantu merembeskan hormon serotonin dan testosteron yang menstabilkan perasaan serta memendamkan kemurungan. Diet seimbang Pengambilan secara sihat ke atas buah-buahan, sayur-sayuran, daging, kekacang dan karbohidrat akan membantu dalam pengawalan emosi. Diet yang seimbang bukan saja mengekalkan kesihatan fizikal tetapi juga dapat memulihkan perasaan kecewa. Bercakap dengan Psikiatri Cara yang paling mudah dan mujarab mengatasi kemurungan adalah dengan bantuan psikiatri. Perunding psikologi akan membantu anda dalam mendapatkan punca kemurungan anda dan membantu dalam

mengurangkan masalah. Ikut preskripsi Ubat yang ditetapkan adalah bahan kimia yang boleh membantutkan permulaan kemurungan. Dengan mengikuti dos yang telah ditetapkan, kita secara beransur-ansur akan dapat mengembalikan kesihatan mental. Memelihara haiwan Haiwan peliharaan akan mempunyai perhubungan yang unik dengan tuannya. Kajian telah menunjukkan bahawa orang yang mempunyai haiwan kesayangan mampu menangani kesan kemurungan, berbanding mereka yang tinggal bersendirian. Perhubungan ini akan membantu kita mengharungi perasaan negatif. Tidur Tidur malam yang berkualiti adalah satu keperluan untuk kembali kepada positif. Penyelidikan menunjukkan bahawa tidur selama 7 sehingga 8 jam setiap malam

menunjukkan kurang gejala kemurungan berbanding dengan mereka yang kurang tidur. Tidur juga membantu mengurangkan beban emosi dan pulih daripada kemurungan. Mendengar muzik Apabila tertekan, mendengar muzik boleh menjadi

rangsangan yang cepat untuk fikiran yang tertekan. Muzik mempunyai keupayaan untuk mengubah perasaan, meningkatkan semangat dan emosi. Bagaimanapun, seseorang itu perlu mengelak daripada mendengar lagu-lagu yang beremosi sedih kerana ia boleh memberi kesan negatif ke atas emosi. Membaca buku motivasi Pelbagai pengarang terkenal telah menulis buku tentang panduan mengenai bagaimana untuk berfikir secara positif. Buku-buku seperti ini dapat membantu memberi nasihat yang mudah bagaimana seseorang itu boleh menangani kemurungan mereka. Ia juga akan memberikan motivasi yang diperlukan dalam mengharungi kekecewaan. Jadi positif Mengekalkan pandangan yang positif dalam kehidupan adalah cara terbaik untuk menyimpang pemikiran yang menyedihkan. Apabila minda menjadi negatif serta menyalurkan pemikiran itu ke arah yang positif, kita dapat merungkai kesan kemurungan. Sinaran matahari Kehangatan sinar mentari amat sesuai dalam menghindari fikiran negatif. Vitamin D oleh rembesan hormon daripada sumber cahaya matahari membantu dalam mengukuhkan perasaan. Maka apabila kita berasa sugul, pergilah keluar untuk mendapatkan sinaran matahari untuk mendapat emosi yang lebih baik.

3.0

ANALISIS MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BERDASARKAN PETIKAN

Salah satu bukti kemahiran berbahasa seseorang ialah kebolehan menguasai tatabahasa. Ia meliputi kebolehan bertutur dengan sebutan, nada dan intonasi yang betul, dan menulis dengan sistem ejaan yang tepat. Oleh sebab itu, kecekapan berbahasa perlu diajarkan secara terancang dan bersesuaian dengan konteks ayat yang digunakan. Terdapat beberapa tujuan penggunaan tatabahasa (1995: 11 12), iaitu; (a) mengetahui kelainan erti perkataan yang imbuhannya berbeza-beza dan menggunakannya dengan betul, tepat dan gramatis dalam lisan dan penulisan; (b) (c) (d) (e) menggunakan pelbagai jenis kata dalam pelbagai konteks;

menggunakan frasa yang betul; membina ayat yang betul, tepat dan gramatis, dan membina pelbagai jenis dan bentuk ayat dalam pelbagai konteks dengan betul.

Tatabahasa terbahagi kepada dua, iaitu aspek morfologi dan aspek sintaksis .

3.1

MOROFOLOGI

Buku Tatabahasa Dewan (2004) mendefinisikan morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa (morfem), sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan/atau fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama.

Menurut Nik Safiah Karim (1996), beliau mendefinisikan morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji tentang struktur, bentuk, dan penggolongan kata. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) mendifinisikan morfologi ialah satu kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa, termasuk infleksi (pengimbuhan), terbitan, dan pemajmukan. Manakala Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985) mendefinisikan morfologi ialah satu bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukanya.

Kesimpulannya, yang saya faham tentang bidang morfologi ialah kajian tentang proses pembentukan kata yang akan melalui proses penyusunan morfem atau unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan dari segi struktur, bentuk dan penggolongan kata sebagai prosesnya. Pengimbuhan juga membantu proses pembentukan perkataan. Melalui proses-proses tersebut akan menghasilkan pembentukan perkataan yang bermakna sebagai hasil yang dicapai dalam proses yang dilalui tersebut.

Contoh morfologi berdasarkan petikan Morfem Bebas Boleh berdiri sendiri Contoh: Makan,tubuhi, jalan, muzik Mempunyai makna sendiri Morfem Terikat / Imbuhan Bentuk imbuhan ber, mem, di, kan. Tidak mempunyai makna tetapi mengandungi fungsi tatabahasa atau nahu yang boleh mengubah makna sesuatu kata seterusnya makna ayat.

3.1.1 Morfem terikat/imbuhan: Morfem terikat/imbuhan boleh dibahagi seperti berikut: Awalan. Ditambah pada bahagian depan kata dasar. Misalnya berada Contoh ayat: Terdapat hari-hari di mana keadaan minda manusia berada di dalam keadaan yang terbaik dan yang paling teruk.

Akhiran. Ditambah pada bahagian belakang kata dasar. Misalnya bantuan Contoh ayat : 1). Jangan malu dalam mendapatkan bantuan untuk menangani situasai dalam kehidupan.

Sisipan. Diselit di antara unsur unsur kata dasar. Misalnya menghindari Contoh ayat : Sinaran matahari kehangatan sinar mentari amat sesuai dalam

menghindari fikiran negatif.

Proses terbentuknya ayat bermula daripada morfem seperti gambarajah di bawah:

Morfem

Perkataan

Frasa

Klausa

Ayat

3.1.2 Proses Pembentukan Kata Selain daripada kata tunggal, maka kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda terbentuk melalui proses pembentukan kata. Proses berkenaan diterangkan melalui skema rajah berikut:

3.1.2.1 a.

Pemajmukan

Pemajmukan ialah proses menggandingkan dua kata dasar atau lebih untuk

memberi makna tertentu, seperti buah tangan, ketua meja, kerani pos, telefon terus dail, setiausaha dan sebagainya. b. Perlu ditekankan bahawa gandingan dua kata atau lebih jika boleh disisipkan

kata lain antara gandingan perkataan itu tidak dikira sebagai majmuk. Ia akan menjadi frasa. Contohnya: Senaman adalah cara yang sempurna untuk mengalahkan lamunan 3.1.2.2 a. Penggandaan

Semua bentuk kata nama, iaitu kata nama tunggal, kata nama terbitan dan kata

nama majmuk boleh digandakan. Pengandaan ialah proses pengulangan kata dasar sepenuhnya, atau sebahagian sahaja. b. i. Ada tiga jenis kata nama ganda, iaitu Gandaan penuh Contoh ayat : Bagaimanapun, seseorang itu perlu mengelak daripada mendengar lagu-lagu

ii. Gandaan separa Contoh ayat: Membaca buku motivasi pelbagai pengarang terkenal telah menulis tentang panduan mengenai bagaimana untuk berfikir secara positif

iii. Gandaan berentak Contoh ayat : Diet seimbang pengambilan secara sihat ke atas buah-buahan, sayur-sayuran, daging kekacang dan kabohidrat akan membantu dalam pengawalan emosi.

3.2

SINTAKSIS

Kata sintaksis berasaldari kata Yunani (sun = dengan + tattein menempatkan. Jadi kata sintaksis secara etimologis berarti menempatkan bersama-sama kata-kata menjadi kelompok kata atau kalimat.[8] Sintaksis adalah tata bahasa yang membahas hubungan antarkata dalam tuturan[9]. Sama halnya dengan morfologi, akan tetapi morfologi menyangkut struktur gramatikal di dalam kata.Unsur bahasa yang termasuk di dalam sintaksis adalah frase, kalusa,dan kalimat. Tuturan dalam hal ini menyangkut apa yang dituturkan orang dalam bentuk kalimat.

Ramlan (1981:1) mengatakan: Sintaksis ialah bagian atau cabang dari ilmu bahasa yang membicarakan seluk beluk wacana, kalimat, klausa, dan frase ..

3.2.1 MAKSUD AYAT, FRASA, KLAUSA DAN PERKATAAN Maksud Ayat

Menurut Zaba ayat bermakud susunan yang mempunyai hujung dan pangkal ayat yang boleh difahami oleh pembaca atau pendengar kerana ia merupakan kumpulan perkataan yang telah sempurna maksud. Manakala Asmah Haji Omar berpendapat ayat adalah unit tertinggi dalam tatabahasa Melayu. Ia mestilah dimulakan dengan perbuatan senyap dan juga diakhiri dengan perbuatan senyap. Ayat juga mempunyai intonasi bagi mengambarkan maksud ayat tersebut.
Merupakan unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mempunyai makna yang lengkap. Boleh terbentuk daripada satu patah kata atau susunan beberapa patah kata. Pengucapan dimulakan dengan kesenyapan, dan diakhiri dengan kesenyapan apabila diucapkan dengan intonasi yang sempurna. Terbina daripada unsur-unsur frasa, klausa dan kata. Jumlah ayat dalam sesuatu bahasa tidak terhad tetapi dapat digolongkan kepada ayat dasar (ayat inti) dan ayat terbitan (ayat transformatif)

Frasa

Menurut

Abdullah

Hassan

Abdullah

Hassan

(2002)

menyatakan bahawa frasa sebagai sekumpulan ayat. Asraf pula (1988) memerihal bahawa frasa boleh terdiri daripada hanya sepatah kata saja dengan tugasnya sebagai subjek atau predikat atau objek dan ada pula yang tidak boleh tidak terdiri daripada dua patah kata sekurang-kurangnya.

Nik Safiah Karim et al (2008), frasa ialah unit yang boleh berdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurangkurangnya dua perkataana taupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih.

Merupakan binaan yang boleh terdiri daripada satu patah perkataan atau rentetan beberapa patah kata yang berfungsi sebagai konstituen dalam ayat sama ada sebagai subjek, predikat, objek atau keterangan.

Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan predikat. Terdapat empat jenis frasa iaitu Frasa Nama (FN), Frasa Kerja (FK), Frasa Adjektif (FA) dan Frasa Sendi Nama (FS)

Menurut binaannya, frasa dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu frasa endosentrik dan frasa eksosentrik. Frasa endosentrik mempunyai satu unsur inti yang menjadi wakil bagi frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif. Contoh: frasa nama mempunyai kata nama sebagai unsur inti. Frasa eksosentrik ialah frasa sendi nama iaitu tidak mempunyai satu unsur inti yang dapat mewakili

keseluruhan frasa.

Klausa

Klausa ialah satu unit rangkaian kata yang mengandungi subjek dan predikat yang menjadi konstituen kepada ayat. Dalam binaan ayat, klausa merupakan ayat yang

membentuk ayat majmuk. Terbahagi kepada dua jenis iaitu klausa bebas dan klausa x bebas.

Klausa bebas ialah klausa yang dapat berdiri sendiri. Apabila diucapkan dengan intonasi yang sempurna, ia akan menjadi ayat yang lengkap.

Klausa tak bebas ialah klausa yang tidak dapat berdiri sendiri dan dalam ayat majmuk , ia dipancangkan ke dalam klausa utama. Sebagai contoh: Khusairi berjaya kerana dia belajar dengan bersungguhsungguh.

Khusairi Berjaya

Klausa

bebas

(klausa utama) kerana dia belajar dengan Klausa tak bebas bersungguh-sungguh.

Perkataan

Ditakrifkan sebagai bentuk bebas yang terkecil yang mengandung makna lengkap dan boleh berdiri sendiri. Binaannya tidak boleh dibahagi atau dipisahkan kepada bentuk tatabahasa yang lebih kecil lagi. Dibentuk daripada kata dasar yang terdiri daripada kata akar atau kata dasar tertentu. Kata akar ialah kadar yang terdiri daripada satu morfem bebas iaitu bentuk dasar belum diberi sebarang imbuhan. Kata akar dianggap sebagai kata inti sesuatu kata. Kata dasar ialah kata yang menjadi dasar bagi membentuk kata. Kata dasar boleh terdiri daripada akar kata, kata akar, kata terbitan, kata majmuk, kata ganda dan frasa tertentu.

3.2.2 PERBEZAAN ANTARA AYAT DASAR DENGAN AYAT TUNGGAL Ayat Dasar Definisi Ayat Tunggal

Ayat yang menjadi dasar atau Ayat yang mengandungi satu sumber bagi pembentukan semua klausa ayat lain dalam sesuatu bahasa. sahaja, iaitu yang

mempunyai satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat.

Binaan konstituen

Konstituen subjek men-dahului konstituen predikat

Tidak

semuanya

terdiri

daripada subjek yang diiikuti oleh predikat. Ada susunan yang berbeza , iaitu keseluruhan atau

sebahagian daripada predikat Semua rangka berasal mendahului subjek

(ayat sonsang). Asas ayat binaan ayat boleh dikesan sebagai beberapa Boleh dikesan apabila ayat tersebut terhasil daripada ayat dasar. Boleh dikesan apabila ayat tersebut terhasil daripada binaan ayat dasar.

dasarnya daripada

pola tertentu. Mempunyai pola ayat dasar. Daripada pola tersebut, terbit ayat lain (ayat tunggal dan ayat majmuk, ayat pendek atau ayat panjang, ayat aktif atau pasif dan sebagainya) Pola ayat dasar terbahagi

kepada empat jenis pola ;

Pola 1 2 3 4

Subjek FN FN FN FN

Predikat FN FK FA FSN

*FN : Frasa Nama FK : Frasa Kerja FA : Frasa Adjektif FSN : Frasa Sendi Nama

3.2.3 PENGGOLONGAN KATA Penggolongan kata dalam Bahasa Melayu terbahagi kepada 4, iaitu:
3.2.3.1 3.2.3.2 3.2.3.3 3.2.3.4 Kata nama Kata kerja Kata Adjektif Kata Tugas

3.2.3.1

KATA NAMA

Kata nama merujuk kepada nama bagi sesuatu benda secara umum, khusus atau sebagai pengganti nama sebenar. Dalam sepotong ayat ada banyak kata nama digunakan. Contoh ayat: Vitamin D oleh rembesan hormone daripada sumber cahaya matahari membantu dalam mengukuhkan perasaan.
Vitamin D cahaya matahari dalam membantu Kata nama khas Kata nama am (benda tak hidup) Kata ganti nama tunjuk Kata terbitan

3.2.3.2

KATA KERJA

Dalam penggolongan kata, kata kerja terdiri daripada dua jenis, iaitu kata kerja tak transitif dan kata kerja transitif. Kata kerja tak transitif ini pula ada dua bentuk, iaitu aktif dan pasif. Ayat yang menggunakan kata kerja transitif aktif mengandungi subjek dan predikat yang mengandungi objek. Dengan menggunakan imbuhan pasif di- atau kata bantu pasif kena, ayat transitif aktif dapat ditukar ragamnya menjadi ayat pasif. Di samping itu, ayat aktif yang subjeknya terdiri daripada kata ganti diri orang pertama (seperi saya, kami aku) dan orang kedua (seperti awak, kamu, engkau, anda) , kata ganti nama berkenaan boleh digunakan sebagai penanda pasif pada dasar kata kerja.

Ayat Aktif Subjek Predikat Frasa Nama (Objek) rumput tembok ayam goreng itu Subjek

Ayat Pasif Predikat Frasa Nama (Objek) oleh cikgu oleh kereta itu

Frasa Nama

Kata kerja

Frasa Nama

Kata Kerja

Cikgu Kereta itu

memotong melanggar

Rumput Tembok itu Ayam goreng itu

dipotong terlanggar

Kucing itu

meratah

kena ratah

oleh kucing itu

Ayat aktif mementingkan frasa nama yang menjadi subjek, iaitu cikgu, kereta itu dan kucing itu. Ayat yang sama apabila dipasifkan, mementingkan objek ayat aktif , yakni rumput, tembok itu dan ayam goreng itu, dan oleh sebab itu, objek tadi dijadikan subjek ayat pasif. (lihat jadual di atas) Dalam hal ini berlaku perubahan peranan kepada frasa nama.

3.2.3.3

KATA SIFAT / ADJEKTIF

Kata sifat ialah perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Ia boleh dikenal pasti dan dibezakan dari kata nama atau kata kerja dengan cirinya yang boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat. Kata sifat menceritakan sifat benda (kata nama) dan sifat perbuatan (kata kerja).

Kata sifat alam Bahasa Melayu dibahagikan kepada sembilan berdasarkan kriteria makna.

1) Kata Sifat Keadaan memberi makna keadaan kata nama yang diterangkan. Contoh : orang jahat, budak pintar

2) Kata Sifat Warna membawa makna warna untuk menerangkan kata nama. Contoh : langit biru, bibir merah.

3) Kata Sifat Ukuran menyatakan ukuran kata nama. Contoh : perahu panjang, pokok renek

4) Kata Sifat Bentuk menerangkan mengenai bentuk kata nama. Contoh : jalan bengkok, mata bulat

5) Kata Sifat Jarak menerangkan kata nama dari segi ruang. Contoh : jalan pintas, kawan jauh.

6) Kata Sifat Waktu memberi penjelasan konsep masa sebagai unsur keterangan. Contoh : makanan segera, rumah baru

7) Kata Sifat Cara membawa makna keadaan kelakuan atau ragam untuk menerangkan kata nama. Contoh : air deras, hujan lebat

8) Kata Sifat Perasaan. memberi pengertian kepada konsep perasaan yang terkandung dalam sesuatu kata nama. Contoh : suka akan, penuh ragu

9) Kata Sifat Pancaindera terdiri daripada yang memberi makna rasa, pandang, dengar, bau dan sentuh. Contoh : makanan lazat (konsep rasa) lelaki tampan (konsep pandang) suara merdu (konsep dengar) minyak wangi (konsep bau) kulit licin (konsep sentuh)

Terdapat beberapa cara yang boleh membantu untuk mengenal pasti kata sifat : 1) Kata sifat boleh berganding dengan kata penguat seperti amat dan paling, sama ada diletakkan di hadapan kata sifat atau diakhirnya. 2) Kata sifat diberi imbuhan ter dan se.

3.2.3.4

KATA TUGAS

Kata tugas mempunyai tugas yang mustahak di dalam ayat. Kata tugas tidak mempunyai makna tetapi ia digunakan dalam ayat dan frasa untuk menjalankan sesuatu tugas tatabahasa. Fungsi kata tugas ialah menjadi penghubung, penentu, penguat, pedepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri, penanya dan penyeru.

Ada 16 jenis kata tugas yang boleh dikelompokkan berdasarkan kriteria kedudukan dan fungsinya dalam binaan ayat, iaitu :

- kata hubung - kata tanya - kata seru - kata perintah

- kata penegas - kata nafi - kata pemeri - kata sendi nama

- kata pembenar - kata pangkal ayat - kata bantu - kata penguat

- kata arah - kata bilangan - kata penekan - kata pembenda

Untuk memudahkan penghuraian, jenis kata ini boleh dibahagikan kepada empat kelompok :

1) Kata Penyambung Ayat terdiri daripada satu jenis kata tugas sahaja, iaitu kata hubung. Ia adalah sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih menjadi satu ayat yang berlapis yang dikenali sebagai ayat majmuk. Contoh : dan, atau, tetapi, serta, sebaliknya, serana, supaya, walaupun.

2) Kata Praklausa sejumlah perkataan yang terletak perkataan yang terletak dihadapan klausa iaitu yang terdiri daripada : kata seru : berfungsi melahirkan pelbagai bentuk ayat yang menunjukkan perasaan. Contoh : aduh, cis, aduhai, amboi. kata tanya : untuk menanyakan sesuatu atau menyoal sesuatu. Contoh : mengapa , berapa, bila, bagaimana. kata perintah : perkataan yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas. Ia diucapkan dengan nada perintah, arahan, larangan, silaan atau permintaan. Contoh : jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong. kata pembenar : perkataan yang mengesahkan sesuatu pertanyaan. Contoh : ya, benar, betul, kata pangkal ayat : perkataan yang hadir di bahagian hadapan ayat yang menjadi penanda kesinambungan ayat dalam wacana. Contoh : hatta, maka, syahdan, adapun, alkisah.

3) Kata Prafrasa sejumlah perkataan yang terletak di hadapan frasa, iaitu sama ada frasa nama, frasa kerja atau frasa adjektif. Ia mendukung tugas-tugas maksud yang terkandung dalam ayat seperti membantu, menguatkan, menegaskan, menafikan, menyendikan,

menunjukkanarah dan membilang. terdapat 8 jenis kata prafrasa : kata bantu : jenis perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama dengan menimbulkanmakna-makna tambahan dari segi aspek waktu atau ragam. Kata bantu boleh dibahagikan kepada dua kumpulan : kata bantu aspek yang bertugas menerangkan sama ada perubatan itu sudah dilakukan, sedang dilakukan atau akan dilakukan. Contoh : telah, sudah, pernah, sedang, masih, akan, belum. Kata bantu ragam bertugas menerangkan kemahuan atau perasaan yang dirasai oleh orang yang melakukan perbuatan tersebut. Contoh : hendak, mahu, hrus, mesti, boleh, dapat. kata penguat : berfungsi menguat maksud kata adjektif. Contoh : terlalu, paling, sekali, benar, sungguh, amat.

kata penegas : juga dikenali sebagai kata partikel. Ia adalah sejumlah perkataan yang memberi penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Ada dua jenis kata penegas

menegaskan hanya frasa predikat atau bahagian-bahagiannya. Contoh : -kah, tah, -lah. menegaskan kedua-dua bahagian ayat iaitu frasa nama sebagai subjek atau bahagiannya atau frasa predikat atau bahagian-bahagiannya. Contoh : juga, jua, sahaja, pun, lagi, memang.

kata nafi : perkataan yang menjadi unsur nafi frasa frasa predikat iaitu frasa nama, frasa kerja,frasa adjektif dan frasa sendi nama. Ada dua bentuk kata nafi : bukan dan tidak.

kata pemeri : ia adalah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Contoh : adalah, merupakan, ialah.

kata sendi nama : kata yang terletak di hadapan frasa sendi nama. Kata sendi nama sentiasa hadir di hadapan perkataan yang diterangkan olehnya. Contoh : di, ke, dari, demi, tentang, seperti, terhadap.

kata arah : sejumlah perkataaan yang hadir sebelum frasa nama, lazimnya hadir sesudah perkataan sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan. Contoh : atas, bawah, tepi, antara.

kata bilangan : sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama. Contoh : dua puluh, segala, semua, para,banyak, masing-masing.

4) Kata Pasca ia adalah satu bentuk kata yang hadir selepas perkataan. Bentuk itu ialah -nya , yang berfungsi sebagai penekan dan pembenda. Kata penekan ialah satu bentuk yang memberi penegasan kepada kata yang bergabung dengannya. Contoh : Lapisan ozon sesungguhnya semakin menipis. Kata pembenda pula ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan dari kata nama sebagai kata nama. Contoh : Lajunya 100 km sejam.

4.0

KESIMPULAN

Kesimpulannya sintaksis dan morfologi merupakan bidang ilmu linguistik yang mengkaji pembinaan ayat. Ayat terbina daripada unsure-unsur klausa, frasa dan kata. Dalam hal ini, kata membentuk frasa, frasa membentuk klausa dan klausa membentuk ayat. Ayat dasar merupakan sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa manakala ayat tunggal mengandungi satu klausa sahaja, iaitu yang mempunyai satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat. Ayat majmuk tergolong dalam bentukbentuk ayat dan terbahagi kepada tiga iaitu ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan serta ayat majmuk campuran. Ayat majmuk pancangan dibahagikan kepada tiga iaitu ayat majmuk pancangan relatif, ayat majmuk pancangan komplemen dan ayat majmuk pancangan keterangan. Terdapat empat jenis ayat dalam bahasa Melayu iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan. Susunan konstituen ayat ialah ayat yang dibina oleh subjek dan predikat.

BIBLIOGRAFI BUKU Goay Teck Chong et.al, (2008), Teks Pra-U STPM Bahasa Malaysia Kertas 1, Petaling Jaya, Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Nik Safiah et al., (2008), Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka. Siti Hajar Abdul Aziz (2011), Bahasa Melayu 1 Edisi Kedua, Shah Alam, Oxfor Fajar Sdn. Bhd.

KAMUS Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

LAMAN SESAWANG http://bmpmrspm.blogspot.com/2009/05/ayat-mudah-daan-ayat-majmuk.html (Dilayari pada 10 Februari 2012)

http://tatabahasabm.tripod.com/tata/ragayat.htm (Dilayari pada 10 Februari 2012)

You might also like