You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN BATU 9

27200 KUALA LIPIS,


PAHANG.

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA


SKIM PINJAMAN BUKU TEKS SEKOLAH (SPBT) KALI KEDUA 2013
TARIKH

15 MEI 2013 (RABU)

MASA

1.30 PETANG

TEMPAT

BILIK MESYUARAT, SK BATU 9

KEHADIRAN:
Sharifah Salbiha bt. Syed Sulaiman GPK 1 (Pengerusi)
Zaini bt Mohd Taibi Guru Besar
Siti Noorazlin bt Mohammad (SU SPBT)
Baizura Yanti bt Abdul Rahim
Shahrizan bt Edzaraai
Nurul Iman bt Ahmad
Che Jonaidi b Che Ghani
Khuzaimah bt Zaaim

AGENDA:

1. Ucapan Alu-aluan Pengerusi


2. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Lalu
3. Perkara Berbangkit
4. Perlaksanaan Aktiviti Mengikut Takwim
5. Laporan Kewangan
6. Hal-hal lain

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA


SKIM PINJAMAN BUKU TEKS SEKOLAH (SPBT) KALI KEDUA 2013

Agenda

1. Ucapan alu-aluan Pengerusi


1.1 Pengerusi mengucapkan kata aluan dan terima kasih kepada Pn. Zaini
dan mengalu-alukan kehadiran guru-guru SPBT.
1.2 Ucapan terima kasih juga kepada unit SPBT kerana telah memberi
kerjasama dalam melaksanakan tugas berkaitan Unit SPBT.
Tindakan : Semua guru

2. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat lalu


Dicadang: Siti Noorazlin bt Mohammad
Disokong: Cik Sharizan Edzaraai
Tindakan: Setiausaha
3. Perkara Berbangkit
Tiada
4. Perlaksanaan Aktiviti Mengikut Takwim
4.1 Pn. Siti Noorazlin memaklumkan bahawa spot-check buku teks telah
dijalankan dan dibantu oleh pengawas SPBT seperti jadual yang diberi.
4.2 Jadual pemulangan buku teks pada tahun ini akan dikeluarkan pada
bulan September 2013
4.3 Bilik SPBT telah dijaga dan diselenggara dengan baik dengan bantuan
pengawas SPBT. Bilik ini juga telah dibuka setiap hari mengikut jadual
yang telah disediakan.
4.4 Pemesanan buku teks bagi kegunaan 2014 telah disempurnakan
secara manual dan online. Salinan borang pemesanan telah difailkan.
4.5 Borang pinjaman buku teks bagi sesi 2014 perlu dilengkapkan
sebelum Oktober 2014.
Tindakan: Setiausaha

5. Laporan Kewangan
Pengerusi memaklumkan tiada kehilangan buku teks dan gantian wang.
Tindakan : Makluman
6. Hal-hal lain
6.1 Pn. Siti Noorazlin memaklumkan tugas pemulangan dan peminjaman
buku teks akan dilakukan tanpa melibatkan guru kelas. Pengawas SPBT
akan melibatkan diri secara aktif. Taklimat akan diberi kepada pengawas
SPBT bagi memudahkan mereka menguruskan operasi pemulangan dan
peminjaman buku teksbuku teks.
6.2 Mana-mana guru yang ingin meminjam buku teks boleh berurusan di
bilik BOSS.
6.3 Operasi merampas buku teks yang ditinggal dijalankan 2 kali. Amaran
telah diberikan kepada murid terlibat.
Tindakan : Makluman

7. Penutup
Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan
oleh semua guru-guru SPBT dalam melancarkan dan melicinkan
pengurusan buku teks sekolah SK Batu 9. Mesyuarat ditangguhkan pada
Jam 2.20 Petang.

Disediakan oleh :

Disemak oleh:

............

(Siti Noorazlin bt. Mohammad)

(Sh. Salbiha Sy. Sulaiman)

Setiausaha Unit SPBT


SK Batu 9

GPK HEM
SK Batu 9

You might also like