You are on page 1of 32

a.

Perancangan - Kertas kerja aktiviti - Pengenalan - Objektif - Tujuan - Tema - Sasaran - Tarikh - Masa - Tempat - Anjuran - Jawatankuasa pelaksana - Tentatif - Anggaran perbelanjaan - Jadual pelaksana gerak kerja - Penutup - Lampiran - Senarai tugas jawatankuasa - Surat urusan aktiviti - Minit mesyuarat yang telah diadakan

SEKOLAH KEBANGSAAN SEDILI BESAR 81910 KOTA TINGGI, JOHOR

KERTAS KERJA

PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM TAHUN 2013

TEMPAT: PADANG SK SEDILI BESAR

HARI / TARIKH: JUMAAT AHAD 21,dan 22 Jun 2013 ANJURAN UNIT KOKURIKULUM SK SEDILI BESAR

PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM ANJURAN UNIT KOKURIKULUM SEKOLAH KEBANGSAAN SEDILI BESAR KOTA TINGGI

1. PENDAHULUAN Perkhemahan Bersepadu ini adalah salah satu perkhemahan yang dianjurkan oleh Unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Sedili Besar, Kota Tinggi. Program ini disertai oleh muridmurid yang menjadi ahli-ahli yang terpilih daripada setiap badan-badan unit beruniform Sekolah Kebangsaan Sedili Besar, Kota Tinggi. Selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan bidang kokurikulum. Setiap pelajar wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengisian yang diberikan oleh fasilitator dalam kursus ini juga diharap dapat membimbing dan melatih murid-murid untuk menjadi lebih mahir dan matang dalam kehidupan seharian mereka.

2. OBJEKTIF 2.1 Pelajar dapat merasai pengalaman dengan menyertai program kepimpinan. 2.2 Pelajar boleh berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam setiap situasi. 2.3 Pelajar yakin dapat membina daya ketahanan diri yang jitu di kalangan kawankawan dan masyarakat sekeliling. 2.4 Pelajar dapat menguasai kemahiran, merancang, mengurus dan mengendalikan aktiviti beruniform dan perkhemahan asas. 2.5 Pelajar berjaya meningkatkan mutu displin. 2.6 Pelajar dapat memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan diri. 2.7 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial. 2.8 Pelajar berjaya memupuk dan menghayati nilai-nilai murni serta sikap positif berterusan melalui penglibatan aktif dalam aktiviti unit beruniform.

3. TUJUAN Tujuan program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan kepimpinan dan disiplin yang perlu ada dalam setiap murid-murid. Ia juga bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Pelbagai aktiviti disusun dalam program ini agar sifat kepimpinan dalam diri peserta dapat ditonjolkan dan dapat diaplikasi dalam menempuh cabaran yang mendatang. Program ini juga diselitkan dengan aktiviti kerohanian untuk membina keyakinan diri dan mengukuhkan rohani agar dapat membentuk modal insan yang seimbang selaras dengan pembangunan negara yang mampan.

4. TEMA 1 MALAYSIA BERDISIPLIN, BERKERJASAMA DAN MENEPATI MASA

5. KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN

5.1

Jumlah peserta

: 30 orang (pelajar Tahun 5 dan Tahun 6) (senarai nama peserta adalah seperti Lampiran 2)

5. TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN

Tarikh: 21 22 Jun 2013 Tempoh: 2 hari dan 1 malam Masa: 8.00 pagi 11.00 malam Tempat: Padang SKSB

7. JAWATANKUASA PENGURUSAN

Penasihat

:En Mohd Saaid B. Hidayat Guru Besar SKSB

Pengerusi

:En Mohd Zallei B. Zainudin GPK Ko Kurikulum SKSB

Timb. Pengerusi 1

:En Mohd Johari bin Muda GPK 1 SKSB

Timb. Pengerusi 2

: Pn. Sh. Zaharah Bt Sy.Jaffar GPK HEM SKSB

Penyelaras

:En Mohd Raimi Bin Mustafa S/U Kokurikulum

Pen. Penyelaras

:En Mohd Najib B. Husin Penyelaras Unit Beruniform

Setiausaha Bendahari Kem komanden

: Pn Zaini Binti Mohd Desa : Pn Huzaimah Bt. Wan Ibrahim : En Mazlan Bin Abdul Rahim

Timb. Kem komanden : En Roslee B.Abu Bakar

AJK PELAKSANA

Pendaftaran Pn Nur Ashikin binti Hussin (K) Cik Masliza binti Muhammad Shah Peralatan En Aziz bin Mohd Damin (K) En Mohd Najib Bin Hussin En Mohd Raimi Bin Mustafa En Hamdam Bin Hamami En Mazlan Bin Abdul Rahim En Mohd Zawawi Bin Musa En Roslee bin Abu Bakar En Ridzuan bin Mat Noor Keselamatan Dan Kawalan Murid En Hamdan bin Hamami (K) En Mazlan Bin Abdul Rahim Pn Nur Ashikin Binti Hussin En Jamaludin Bin Kamaruddin En Aziz Bin Mohd Daimin En Ridzuan bin Mat Noor En Mohd Raimi bin Mustafa Cik masliza binti Muhammad Shah Pn Hamidah binti Johari Perubatan Dan Kecemasan En Mohd Zawawi Bin Musa (K) Pn Ruzaimah Binti Hj Sahlan En Mohd Raimi Bin Mustafa

Makanan Dan Minuman Pn Zaini Binti Mohd Desa (K) Pn Seri Norliah Binti Abd Ghani Pn Zakiah Binti Jusoh Pn Hamidah binti Johari Pertandingan Dan Aktiviti Pn Hamidah Binti Johari (K) En Jamaludin Bin Kamaruddin Pn Ruzaimah Binti Hj Sahlan Pn Sh Zaharah Binti Sy Jaffar Pn Hamidah Binti Johari En Roslee Bin Abu Bakar En Mohd Zawawi Bin Musa En Aziz Bin Mohd Daimin En Mohd Raimi Bin Mustafa En Mazlan Bin Abd Rahim Dokumentasi En Mohd Zawawi Bin Musa (K) En Mazlan bin Abdul Rahim Keagamaan En Aziz Bin Mohd Damin (K) Pn Nur Ashikin Binti Hussin Pn Ruzaimah Binti Hj Sahlan En Mohd Najib Bin Hussin Buku Program En Mohd Ridzuan bin Mat Noor Cik Masliza Bt. Muhammad Shah Hadiah Dan Cenderamata Pn Huzaimah Bt. W.Ibrahim (K) En Najib Bin Hussin Pn Hamidah binti Johari Pn Zaini binti Mohd Desa

9) TENTATIF PROGRAM Tarikh/masa 17.05.2013 2.00 ptg 2.30 ptg Taklimat Perkhemahan Perasmian oleh GB 3.45 ptg 4.15 ptg 5.00 ptg Mendirikan Khemah Ice Breaking Latihan Dalam Kumpulan Kawad 6.00 ptg Membersihkan Diri Solat Maghrib Makan Malam 8.30 mlm 9.30 mlm 10.30 mlm 11.00 mlm Pelita Hati Cekal Hati Minum malam Tidur / Rehat AJK Makanan AJK Keagamaan Kem Komanden AJK Aktiviti AJK Aktiviti AJK Makanan Kem Komanden AJK Aktiviti AJK Aktiviti AJK Aktiviti AJK Aktiviti Aktiviti Pendaftaran Para Peserta Tindakan AJK Pendaftaran

15.10.2011 2.00 pg

Malam Yang Gelap

AJK Aktiviti

Tidur 5.30 pg Bangun tidur Solat Subuh Riadah Kawad Sarapan 7.00 pg 8.00 pg Pemeriksaan khemah Iktiar hidup : - memasak dalam kumpulan Kem komandan AJK Makanan AJK Aktiviti AJK Makanan AJK Keagamaan Kem Komanden

Kem Komanden

10.00 pg 11.00 pg

Permarkahan pertandingan memasak Latihan persembahan dalam unit beruniform Makan tengahari Solat dan rehat Pertandingan persembahan antara unit beruniform

Ajk Aktiviti AJK Aktiviti

12.30 tgh 1.00 2.00 ptg

Ajk Makanan AJK Keagamaan AJK Makanan AJK Keagamaan Kem Komanden

5.00 ptg

Majlis penutup dan penyampaian hadiah Bersurai

AJK Aktiviti

6.00 ptg

9.

PERBELANJAAN

Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk program ini: BIL 1 2 3 5 PERKARA Baju perkhemahan bersepadu Cenderamata Hadiah Aktiviti Orientering Telur Kentang Tepung Kertas, pen 72.00 6 6 Makan dan minum Rencam (belanja tak terduga) Jumlah 30 orang x RM 20 30 orang X RM3 600.00 90.00 1,602.00 KUANTITI 30 orang X RM20 30 orang X RM3 10 buah X RM15 JUMLAH (RM) 600.00 90.00 150.00

Jumlah keseluruhan yang perlu dibayar oleh setiap peserta untuk program ini ialah sebanyak RM10.00. Baki sebanyak RM1302.00 akan ditanggung oleh pihak sekolah. Jumlah wang yang diperlukan mungkin tidak sama dengan anggaran bajet yang disenaraikan kerana terdapat individu yang akan memberi tajaan dalam

melaksanakan Program Perkhemahan Bersepadu ini.

9 .JADUAL PELAKSANAAN GERAK KERJA


JAWATAN 1) Kem Komanden 2) Pengerusi PERANAN Merancang segala pengisian aktiviti Memastikan segala aktiviti berjalan dengan lancar dan selamat. Menyelaras dan mengurus semua perkara yang berkaitan dengan perjalanan kursus, peserta dan semua jawatankuasa yang terlibat. 3) Setiausaha 4) Bendahari Menjalankan tugas-tugas kesetiausahaan.

Urusan surat menyurat dan borang. Mengutip, menyelaras dan menyediakan penyata kewangan berkaitan program. Memastikan segala perbelajaan berjalan dengan lancar seperti yang sepatutnya.

5) AJK Makanan

Memastikan para peserta perkhemahan mendapat makanan yang disediakan pihak pengurusan.

Merancang jadual makan dan minum peserta dan guru 6) AJK Hadiah dan Sijil 7) AJK Disiplin 8) AJK Peralatan Menyedia, mengurus dan menyusun hadiah,sijil yang berkaitan kepada jemputan dan peserta. Setiasa mengingatkan, memberi teguran kepada peserta perkhemahan sepanjang perkhemahan. Menyediakan peralatan yang diperlukan untuk aktiviti dan pertandingan yang dijalankan semasa perkhemahan. 9) AJK Kebajikan Menguruskan hal kebajikan peserta.

Menyenarai dan menyediakan semua keperluan peserta. 10) AJK Pertandingan 11) AJK Fotografi Memastikan setiap kumpulan yang menyertai pertandingan membuat persediaan dengan sebaiknya. Memantau perjalanan pertandingan. Mengambil gambar yang perlu sepanjang perkhemahan.

9.

PENUTUP

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Semoga segala ilmu dan pelajaran yang kami sampaikan di dalam aktiviti perkhemahan bersepadu ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka demi untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Oleh itu, Kerjasama daripada pihak Tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

LAMPIRAN

JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR SURAT AKUAN DAN KEBENARAN Nama Penganjur : PEJABAT PELAJARAN DAERAH KOTA TINGGI Adalah saya . No.Kad Pengenalan : ibu/ bapa/ penjaga kepada anak yang bernama ................................................Tahun ........................No.S.Lahir:................................ memberi pengakuan bahawa saya membenarkan anak saya/ anak jagaan saya seperti nama tersebut di atas untuk mengikuti program: Program Tarikh Tempat : PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM SK SEDILI BESAR : 21-22 JUN 2013 (JUMAAT HINGGA SABTU) : SK SEDILI BESAR

Sehubungan dengan itu saya tidak akan mengambil sebarang tindakan ke atas pihak tuan sekiranya berlaku sesuatu kemalangan kepada anak / jagaan saya semasa menyertai program /pertandingan tersebut. Saya difahamkan pihak tuan akan mengambil langkah-langkah keselamatan semasa program tersebut berjalan. Saya juga dengan ini memberi kebenaran kepada pihak tuan untuk anak / jagaan saya menerima apa-apa rawatan atau pertolongan cemas sekiranya perlu.

Tandatangan Nama Tarikh

: .. : .. : .

No.Kad Pengenalan : . No.Telefon : .. (R) .

Sila lengkapkan Surat Akuan Kebenaran ini dan serahkan kepada Guru Besar sekolah Berkenaan.

SEKOLAH KEBANGSAAN SEDELI BESAR, KOTA TINGGI JLN HJ MD LAZIM 81910 Kota Tinggi, JOHOR TEL/FAX : 07-8899594

Rujukan: JBA 3004/ Tarikh: 4 JULAI 2013

Ibu Bapa Penjaga Murid, SK Sedeli Besar, 81907 Kota Tinggi, Tuan/puan,

SURAT PEMBERITAHUAN AKTIVITI SEKOLAH


Merujuk perkara di atas, dimaklumkan bahawa anak / anak jagaan tuan / puan bernama

Hanis Afifah bt. Hashim ___________________________ murid tahun ____________________

sekolah Sekolah Kebangsaan Sedili Besar, Kota Tinggi telah terpilih untuk mewakili sekolah bagi menyertai aktiviti sebagaimana yang berikut; Program Tarikh Masa Tempat : Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform SK Sedili Besar : 21 22 Jun 2013 : 08.00 Pagi 05.00 Petang : SK Sedili Besar

2. Bersama ini disertakan jadual program serta surat kebenaran & pelepasan ibu bapa / penjaga. Sila lengkapkan borang tersebut dan serahkan bersama salinan surat kelahiran kepada guru bertugas. 3. Kerjasama dan perhatian pihak tuan / puan bagi menjayakan aktiviti tersebut amat dialu- alukan dan diucapkan ribuan terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menjalankan tugas,

............... ( )

PK 07/3

PK 07/2 SEKOLAH KEBANGSAAN SEDILI BESAR SENARAI KEHADIRAN MESYUARAT

Bil ke Tempat Pengerusi Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15

:1

Tarikh : 14 Junr 2013

Masa

: 1.30 tgh hari

: Bilik Mesyurat SKSB : En. Mohd Saaid B. Hidayat Nama En. Mohd Saaid B. Hidayat T/tangan Bil 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 Nama Pn. Zakiah Bt. Jusoh En. Jamaludin B. Kamarudin Pn. Seri Norliah Bt. A.Ghani En. Abu Sufian B. Abu Bakar En. Ahmad Fuad B. Mohd Amin Pn. Zaini Bt. Md. Desa Pn. Nurashikin Bt. Husin Pn. Hamidah Bt. Johari T/tangan

Pn. Seripah Zaharah Bt. Sy. Jaffar En. Mohd Johari B. Muda En. Mohd Zallie B. Zainuddin En. Aziz B. Mohd Damin Pn. Ruzaimah Bt. Sahlan Pn. Huzaimah Bt. Wan Ibrahim En. Hamdan B. Hamami En. Mohd Najib B. Hussin En. Mohd Zawawi b. Musa En. Mohd Ridzuan B. Mat Noor En. Mazlan B. Abdul Rahim En. Mohd Raimi B. Mustaffa Cik Masliza Bt. Muhammad Shah En. Roslee B. Abu Bakar

(Gunakan helaian tambahan jika perlu) TIDAK HADIR Bil 1 2 3 Disediakan oleh : ................................. ( HAMIDAH BT JOHARI ) Setiausaha Kokurikulum Nama Catatan Bil 6 7 8 Nama Catatan

SEKOLAH KEBANGSAAN SEDILI BESAR MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM Tarikh Masa Tempat Pengerusi : 14 JUN 2013 : 1.30 t/hari 4.00 petang : Bilik Mesyuarat SKSB : En. Mohd Saaid B. Hidayat

Kehadiran(Bilangan) : ....................................................................................................................... Turut Hadir (Jika ada) : .......................................................................................................................

PERUTUSAN PENGERUSI 1..1 Pengerusi memulakan dengan ucapan selamat sejahtera dan selamatdatang kepada semua ahli jawatankuasa unit beruniform. 1.2 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran yangsangat memuaskan. 1.3 Pengerusi menyatakan bahawa tujuan mesyuarat ini diadakan adalahuntuk membincangkan perkhemahan bersepadu unit beruniform yangakan diadakan.

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU Dicadang untuk disahkan oleh Pn Hamidah Bt. Johari Disokong untuk pengesahan oleh En. Raimi B. Mustafa.

3.

FOKUS MESYUARAT 3.1 Pn. Hamidah selaku setiausaha kokurikulum membentangkan perancangan aktiviti perkhemahan unit beruniform 2013 (rujuk kertas kerja perkhemahan). Tindakan:Makluman

3.2 En. Zawawi mencadangkan agar perkhemahan diadakan sebaik sahaja penggal ke dua bermula dan disokong sebulat suara. Tindakan:Makluman

3.3. Pn Hamidah memaklumkan kutipan sebanyak RM10 akan dikenakan kepada semua peserta perkhemahan kerana bajet yang sedia ada tidak mencukupi dan disokong sebulat suara.Kutipan hendaklah dibuat oleh bendahari kokurikulum. Tindakan:Bendahari

3.4 En. Mazlan Abd Rahim dilantik sebagai kem komanden dan bertanggungjawab merancang segala aktiviti dan memastikan perjalanan perkhemahan berjalan lancar. Tindakan:Kem komanden

3.5 Aktivit-aktiviti sepanjang perkhemahan hendaklah dirancang oleh ajk aktiviti dan sebarang perubahan hendaklah dimaklumkan kepada kem komanden. .Tindakan:Ajk aktiviti

3.6 Semua guru hendaklah menyamak tugasan masing-masing dan jika ada sebarang masalah hendaklah dimaklumkan kepada setiausaha kokurikulum Tindakan:semua guru 4. HAL-HAL LAIN En. Roslee mencadangkan agar surat perlantikan jawatankuasa hendaklah diedarkan secepat mungkin agar perkhemahan kali ini berjalan lancar.

Tindakan:setiausaha kokurikulum PENUTUP a. Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat / ahli mesyuarat dan penetapan tarikh mesyuarat yang berikutnya. b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang Disediakan oleh, Disemak Oleh,

.......................................... (HAMIDAH BT JOHARI ) Setiausaha Kokurikulum Tarikh : (15 JUN 2013)

................................ ( )

Tarikh :

c. Pelaksanaan - Situasi Tentatif - Pendaftaran peserta - Upacara Perasmian pembukaan - Teks pengerusi majlis - Senarai aktiviti yang diadakan - Perasmian penutup

2.0

PELAKSANAAN Situasi Tentatif

Pendaftaran peserta Tarikh Masa Tempat : : : 21 Jun 2012 2.00 2.30 petang Kantin sekolah

Upacara Perasmian pembukaan

Masa 2:30 pm 2:45 pm 2:50 pm

Perkara Para peserta berkumpul di dewan. Ketibaan Guru besar dan tetamu kehormat. Majlis perasmian dimulakan. Nyanyian lagu Negaraku

3.00 pm

Bacaan Doa Ucapan GPK Kokurikulum

3.30 pm

Ucapan perasmian oleh Guru Besar

3.45 pm

Penutup

Teks Pengerusi Majlis


Masa CUE ANN 1

2.30

Ketibaan tetamu

Biji selasih boleh dimakan Menjadi perisa sedap terperi Selamat datang kami ucapkan Semoga majlis tambah berseri

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan serta peserta-peserta ke progran perkhemahan bersepadu unit beruniform SK Sedili Besar 2013.

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian, majlis perasmian akan bermula sebentar lagi.

Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian diminta mengambil tempat.

Masa

CUE

ANN 2

2.50 am

Lagu Negara ku dimainkan

Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku. Semua diminta berdiri

hadirin dijemput duduk

hadirin sekalian dipersilakan mengambil tempat.

Masa

CUE

ANN 3

3.00 pm

Setelah semua hadirin berada di tempat duduk

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum sejahtera, salam 1 Malaysia. Yang Berusaha En Mohd Saaid b. Hidayat Guru Besar SKSB Yang Dihormati En Mohd Johari . Muda Guru Penolong Kanan Kurikulum SKSB Yang Dihormati Pn. Sh. Zahrah bt Sy. Jaffar Guru Penolong Kanan HEM SKSB Yang Dihormati Pn Rohana bt Hairon Guru Penolong Kanan Kokurikulum SKSB

w.b.t,

salam

Para guru, murid, hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian Masa CUE ANN 4

3.05 pm

Bacaan doa

Bagi memberkati majlis pada pagi ini, dipersilakan Ustaz Mohd Najib untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan hormatnya mempersilakan. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas bacaan doa itu tadi. ANN 5 Kuntum melati tumbuh melata Burung merbah di pohon cemara Assalamualaikum pembuka bicara

Selepas bacaan doa

Masa

CUE Ucapan alu-aluan pengerusi majlis :

3.10 pm

Setelah semua para tetamu jemputan dan hadirin duduk

Selamat datang untuk semua Hari ini memugal jagung Hari esok memetik peria Hari ini kita berkampung Meraikan majlis penuh ceria Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan serta mengalu-alukan kehadiran yang Yang Berusaha En Mohd Saaid b. Hidayat Guru Besar SKSB ke progran perkhemahan bersepadu unit beruniform SK Sedili Besar 2013.

Masa 3.15 pm

CUE Ucapan alu-aluan GPK KOKO

ANN 6 Hadirin yang dihormati, Bagi meneruskan majlis pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Dihormati Pn Rohana bt HaironGuru Penolong Kanann Kokurikulum SKSB.Majlis dengan hormatnya mempersilakan. ANN 7 Demikianlah tadi ucapan alu-aluan daripada Yang Dihormati Pn Rohana bt Hairon Guru Penolong Kanann Kokurikulum SKSB. Pihak majlis mengucapkan terima kasih kepada Pn Rohana atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

Masa

CUE Setelah selesai ucapan GPK KOKO

3.30 pm

Masa

CUE

ANN 8

3.30 pm

Ucapan GB

Hadirin yang dihormati, Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Yang Berusaha En Mohd Saaid b. HidayatGuru Besar SKSB seterusnya merasmikan Program Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform SKSB 2013. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Setelah selesai GB

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berusaha En Mohd Saaid b. Hidayat atas ucapan dan kesudian merasmikan Program Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform SKSB 2013. sebentar tadi. ANN 9 Hadirin dan hadirat yang dihormati, Berakhirlah sudah majlis perasmian pada pagi ini. Saya bagi pihak majlis berharap peserta-peserta perkemahan dapat menunjukkan sikap yang baik agar perjalanan program ini berjalan lancar. Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan dan hadir ke program ini. Bunga seroja di atas cemara Jatuh sekuntum di atas para Andai kata tersilap bicara Kemaafan jua yang kami pinta Sekian terima kasih. Assalamualaikum warahmatullah w.b.t

Masa 3.40 pm

CUE Penutup

SENARAI AKTIVITI YANG DIJALANKAN Berikut laporan ringkas tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan. Hari Pertama (21 Jun 2013) BIL 1 AKTIVITI Pendaftaran Peserta LAPORAN RINGKAS - Semua peserta telah mendaftarkan diri pada masa yang ditetapkan. - Perlaksanaan kerja pendaftaran adalah berjalan23 lancar dan tidak menimbulkan sebarang masalah. - Majlis perasmian pembukaan berjalan dengan lancar dapat ditamatkan tepat pada masanya.

Perasmian Pembukaan

Penerangan tentang peraturan perkhemahan Mendirikan khemah

Kem komanden memberikan talimat perkhemahan kepada para peserta dan urusetia yang terlibat. Peserta perkhemahan dibahagikan kepada kumpulan kecil Melantik ketua kumpulan masin-masing. Peserta mendirikan khemah masingmasing dan dibantu oleh guru-guru. Aktiviti dijalankan di kantin. Sesi ini disampaikan oleh En. Zawawi selaku AJK aktiviti. Aktiviti berjalan lancar dan semua peserta memberikan tumpuan dan respon yang baik. Murid berlatih kawad kaki dan dipantau oleh Ustaz Mohd Najib. Peserta diwajibkan solat berjamaah di Surau sekolah Tazkirah ringkas disampaikan oleh guru yang bertugas untuk setiap waktu solat. Peserta dibawa ke tempat gelap dalam keadaan mata tertutup. Setiap kumpulan dikehendaki mencari 3 barangan iaitu batang mancis, kotak mancis dan lilin. Barang-barang ini berada di kalangan guru-guru dan mereka dikehendaki mencarinya dan memintanya daripada guru yang berkenaan. Sebelum mereka diberikan barangan tersebut, guru-guru boleh menguji mereka dengan bermacam-macam cara untuk menguji kecekalan hati mereka. Di akhir aktivti ini, kumpulan yang dapat menghidupkan lilin dikira pemenang. Peserta tidur di dalam khemah

ice breaking

6 7

Kawad Kaki Solat dan tazkirah

Pelita Hati

Tidur

Hari Kedua (22 Jun 2013) BIL 1 AKTIVITI Pemeriksaan Khemah LAPORAN RINGKAS - Setiap peserta berdiri di tepi khemah masingmasing dan kem komandan akan menjalankan pemeriksaan khemah. - Ulasan dan teguran telah dibuat oleh kem komandan bagi khemah-khemah yang bermasalah. - Peserta berkumpul di dataran dan melakukan senamrobik. - Setiap kumpulan diberi bahan-bahan untuk memasak - Mereka dikehendaki memasak masakan untuk iktiar hidup. - Masakan mereka akan dinilai untuk pertandingan masakan. - Setiap kumpulan mempersembahan persembahan masing-masing - Persembahan yang terbaik akan mendapat hadiah. - Majlis penutup berjalan lancar.

2 3

Senamrobik Ikhtiar Hidup

Persembahan

Majlis penutup dan penyampai hadiah dan sijil

d. Laporan - Situasi Tentatif - Surat ucapan terima kasih - Laporan jawatankuasa kerja - Laporan kewangan - Kesimpulan laporan - kekurangan - kelebihan - Cadangan penambahbaikan untuk program akan datang.

SEKOLAH KEBANGSAAN SEDELI BESAR, KOTA TINGGI JLN HJ MD LAZIM 81910 Kota Tinggi, JOHOR TEL/FAX : 07-8899594

Rujukan: JBA 3004/ Tarikh: 4 JULAI 2013

Yang Berkenaan, Tuan/puan,

SETINGGI PENGHARGAAN DAN RIBUAN TERIMA KASIH Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Dengan hormatya saya merujuk kepada perkara diatas. 2. Sukacita saya mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih di atas sokongan dan sumbangan Tuan/Puan untuk menjayakan program perkhemahan bersepadu unit beruniform SK Sedili Besar 2013. 3. Semua sumbangan ikhlas dan kerjasama daripada Tuan/Puan itu sangat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih. Saya berharap agar Tuan/Puan terus menyokong sebarang aktiviti kokurikulum di sekolah ini agar dapat memberikan manfaat dan pengalaman bergunaan kepada anak bangsa kita. Sekian dan terima kasih.

Saya yang menjalankan tugas.

ROHANA BT HAIRUN GPK Kokurikulum SK Sedili Besar.

3.0 Laporan kewangan


Berikut ialah laporan kewangan perkemahan unit beruniform SKSB 2013. Bil 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Butiran T-shirt perkemahan x 30 orang Cenderamata x 30 orang Hadiah x 10 Barang-barang aktiviti Makan dan Minum x 30 Lain-lain Wang pendaftaran peserta x 30 orang Sumbangan PIBG Duit Kokurikulum Jumlah Debit RM 600.00 90.00 150.00 72.00 600.00 90.00 300.00 300.00 1002.00 1602.00 1602.00 Kredit RM

Kesimpulan Laporan

SK Sedili Besar telah mengadakan perkhemahan pada 21 dan 22 Jun 2013. Perkhemahan tersebut disertai oleh 30 peserta. Terdapat banyak latihan dan pengalaman diperolehi sepanjang sesi perkhemahan tersebut. Pengalaman ini tidak mungkin didapati di bilik darjah atau ketika di rumah. Pengalaman ini juga sangat berguna dan penting kepada belia yang sedang membesar untuk terus hidup dalam masyarakat yang lebih kompleks dan mencabar.

Sepanjang perkhemahan tersebut berlangsung terdapat beberapa kelebihan yang dapat dilihat terutamanya objektif perkhemahan ini. Di mana perkhemahan ini dapat melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial. Di samping juga dapat meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang disediakan demi membentuk pelajar yang mampu berdikari dan menyesuaikan diri dalam setiap situasi.

Aktiviti yang dijalankan juga menarik dan penuh keseronokan. Semua murid terlibat dalam semua aktiviti yang dirancang. Keistimewaan kesemua aktiviti ini adalah dikelola oleh guru-guru yang berpengalaman. Aktiviti yang disediakan dapat melahirkan pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea yang bernas semasa menceburi diri dalam aktiviti kumpulan. Melaui aktiviti kumpulan juga dapat memupuk semangat bekerjasama, bertoleransi, bertanggungjawab dan mengikis sikap mementingkan diri sendiri. Tambahan pula,pelajar yang diketuai di setiap kumpulan juga berpeluang membuat keputusan melalui kumpulan masingmasing. Dengan demikian, semangat kepimpinan juga dipupuk. Walaubagaimanapun, setiap aktiviti yang dirancang pasti mempunyai kelemahan-kelemahannya yang tersendiri. Kelemahan yang saya dapat lihat adalah dari segi makanan dan minuman yang disediakan adalah terhad. Sebahagian peserta yang berselera besar tidak cukup kenyang dan didapati Selain itu,juga terdapat peserta yang pilih makan, mereka cuba makan makanan yang digemari. Misalnya, pada hari kedua sarapan pagi yang disediakan adalah bubur ikan

dan kuih-muih. Masalah yang timbul ialah tertinggal banyak bubur ikan tetapi kuihmuih tidak dicukupi makan oleh peserta,di sini bolehlah nampak peserta mengamalkan amalan makanan yang tidak seimbang.

Selain daripada itu, masalah disiplin di kalangan segelintir

peserta

perkhemahan juga tidak dapat dielakkan. Mereka didapati tidak mengikut jadual waktu yang ditetapkan untuk berehat. Pada waktu untuk peserta tidur, mereka masih berbual-bual di dalam dewan dan mengganggu orang lain. Setelah diteliti setiap kelemahan yang ada, dapatlah diberi cadangan penambahbaikkan bagi membantu menyempurnakan program perkhemahan tersebut. Persediaan yang mencukupi sama ada dari sudut fizikal dan mental perlu diberi perhatian yang sewajarnya oleh pihak penganjur.

Cadangan penambahbaikan

Pihak penganjur sepatutnya menyediakan borang soal selidik berkenaan menu makanan untuk mengenalpasti makanan harian para peserta. Sekiranya peserta memaklumkan lebih awal berkenaan menu makanan tersendiri, maka dapat membantu pihak membuat persediaan yang sempurna untuk menempahkan makanan yang dikehendaki.

Dari sudut aktiviti yang dirancang perlu menyesuaikan semua peserta. Sekiranya terdapat peserta yang tidak dapat mengikuti sebarang aktiviti, pihak berkenaan perlu merancang dan mengubahsuaikan aktiviti yang lain untuk melibatkan kesemua peserta.

Persediaan yang secukupnya membantu melancarkan sesuatu program yang dianjur. Program perkhemahan ini adalah suatu program yang menarik untuk diikuti, diharap program ini dapat diteruskan lagi di masa-masa akan datang. Setiap kelemahan yang ada dapat dibaiki secara berperingkat- peringkat. Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh,

______________________________ ( HAMIDAH BT JOHARI) Setiausaha Kokurikulum SK Sedili Besar.

Lampiran 2

You might also like