You are on page 1of 14

Semester Khas

Nama No. Matrik No. K.P. Pusat Wilayah

AHMAD TERMIZI BIN MOHAMAD P 8 P 0 G 0 / 4 2 2 0 2 3 0 0 8 7 / 1 5 2 1 9 5

PPG/USM/PENANG

Email: miziegieman@gmail.com

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR

Tajuk Kursus Nama Pensyarah Pengkhususan

Dr. Jamalsafri Saibon (jamalsafsri@usm.my 016-4556096)

Pengajian Sains (Rumah) 013-6695231 (H/P)

No. Tel.

TUGASAN INDIVIDU
SOALAN: 4. Akta Pendidikan 1996.

Sejauh manakah pendidikan wajib dalam Akta pendidikan 1996 telah berjaya meningkatkan kualiti pendidikan peringkat rendah di Malaysia dari aspek murid, guru, ng taruh dan sekolah.

Akta Pendidikan 1996 adalah satu perundangan pendidikan yang lengkap, dikemas kini dan bersifat futuristik sebagai persediaan menghadapi perubahan pendidikan abad ke21 serta memenuhi aspirasi Wawasan 2020. Akta ini merupakan satu misi negara untuk menghasilkan satu sistem pendidikan yang bertaraf dunia. Akta Pendidikan 1996 merupakan lanjutan dan pembaharuan dari Akta Pelajaran 1961 yang bertujuan untuk memantapkan serta mengemaskinikan sistem pendidikan kebangsaan sejajar dengan kehendak dan cita-cita Malaysia untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia. Akta ini menampilkan kesinambungan kepada hasrat dan dasar pendidikan yang sedia ada. Akta ini berpasikan kepada perakuan-perakuan utama Penyata Razak 1956 yang menjadi asas dasar pendidikan kebangsaan. Akta Pendidikan (Akta 550) 1996 diwujudkan bertujuan untuk menjamin dan mengawal selia keseragaman kualiti dalam sistem pendidikan di Malaysia. Mengikut sejarah pentadbiran pendidikan di Malaysia, pada zaman selepas merdeka sehingga tahun 1995, pentadbiran pendidikan di Malaysia bersifat sentralisasi atau berpusat. Ini bermaksud semua bahagian dan unit adalah sebagai pelaksana kepada semua yang dirancang dan ditentukan oleh pihak atasan. Pusat akan bertanggungjawab terhadap segala urusan pentadbiran dan akan membetulkan kesilapan sekiranya berlaku penyelewangan. Ia selari dengan konsep birokrasi. Pada tahun 1995, penyusunan semula di kementerian dilaksanakan dengan kewujudan jabatan-jabatan tertentu dan ditadbir urus sendiri oleh pengarah dan timbalan pengarah masing-masing. Pada tahun

Page | 1

2004, penyusunan struktur sekali lagi dibuat dengan memisahkan urusan pentadbiran sekolah dengan pengurusan pengajian tinggi dan hasilnya wujudlah Kementerian Pengajian Tinggi.

Akta Pendidikan Pendidikan 1996 adalah merupakan lanjutan dan pembaharuan dari Akta Pelajaran 1961. Tujuan Akta Pendidikan 1996 ini ialah ke arah memantapkan sistem pendidikan kebangasaan untuk generasi akan datang sejajar dengan kehendak dan cita-cita negara untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia. Walaupun Akta Pendidikan 1996 merupakan perundangan yang baru, ia menampilkan kesinambungan kepada hasrat dan dasar pendidikan yang sedia ada. Ia berpaksi kepada perakuan-perakuan utama Penyata Razak 1956 yang menjadi asas dasar pendidikan kebangsaan selama ini. Akta baru ini juga banyak mengekalkan peruntukan yang masih relevan daripada Akta Pelajaran 1961. Tujuan menggubalkan undang-undang ini (Akta Pendidikan 1996) ialah untuk memperluaskan skop dan memperkenalkan perundangan mengenai pendidikan. Sambil mengambilkira aspirasi semua kaum di dalam masyarakat majmuk di Malaysia, Akta Pendidikan 1996 memperkenalkan banyak peruntukan perundagan (Legislative provision) baru untuk menangani cabaran pendidikan menjelang abad ke-21 dan memenuhi kehendak atau hasrat Wawasan 2020. Dalam pada itu juga, beberapa peruntukan Akta Pelajaran 1961 yang tidak relevan telah digugurkan.Telah dikatakan bahawa Laporan Razak boleh dianggap sebagai batu asas bagi perkembangan sistem pendidikan kebangsaan yang telah digunakan. Ciri-ciri penting dalam pendidikan kebangsaan itu ialah:

Page | 2

Hasrat untuk membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan bagi semua kaum.

Untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama . Untuk menjadi kurikulum yang berorientasikan kepada alam keliling tanah air dengan mewujudkan sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya. Untuk memperkukuhkan sistem pendidikan kebangsaan bagi semua pelajar di negara ini.

Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan Akta Pendidikan Kebangsaan yang digubal setelah mengambilkira pandangan dan aspirasi semua pihak. Dalam Akta Pendidikan, konsep sistem pendidikan kebangsaan dimantapkan dengan meliputi semua peringkat persekolahan dari peringkat pra sekolah hingga ke peringkat pendidikan tinggi, dan meliputi semua kategori sekolah, iaitu sekolah kerajaan , sekolah bantuan kerajaan dan sekolah swasta.Kedudukan Bahasa kebangsaan diperkukuhkan dengan memperuntukkannya sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan. Ini diperkuatkan lagi dengan menjadikan bahasa tersebut sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di semua sekolah dan institusi

pendidikan.Kurikulum semua jenis dan kategori sekolah akan selaras dengan kehendak negara apabila Kurikulum Kebangsaan, yang diperuntukkan dalam Akta Pendididkan 1996 wajib diguna oleh semua pihak. Murid-murid dari semua jenis dan kategori sekolah akan disediakan untuk mengambil peperiksaan yang ditetapkan oleh kerajaan dan oleh itu akan memudahkan kita menggunakan penilaian atau pengukuran yang sama tentang pencapaian murid-murid dari sekolah-sekolah di negara kita.

Pendidikan Islam akan diperluaskan utnuk meliputi murid-murid Islam di semua kategori sekolah termasuk sekolah swasta dan diperkukuhkan dengan menjadi pelajaran
Page | 3

tersebut sebagai salah satu daripada pelajaran teras di sekolah-sekolah. Dengan adanya peruntukan yang membolehkan Menteri Pendidikan menubuhkan dan menyenggara tadika, maka dari keluarga yang kurang berada di bandar-bandar, akan berpeluang mendapat pendidikan prasekolah yang menjadi asas yang baik bagi memulakan pendidikan rendah. Mutu Program pendidikan di semua tadika juga akan dapat dipertingkatkan kerana tadika-tadika ini akan diwajibkan menggunakan Garis Panduan Kurikulum Prasekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan. Sejajar dengan penumpuan terhadap usaha membudayakan pendidikan sains dan teknologi, pendidikan teknik akan dipertingkatkan di sekolah menengah teknik dan politeknik. Akta Pendidikan 1996 memudahkan sekolah vokasional ditukartarafkan ke sekolah teknik, manakala politeknik boleh mengadakan program kerjasama dengan mana-mana institusi, perbadanan atau organisasi perindustrian untuk mengendalikan kursus teknik atau vokasional atau program latihan, termasuk program pertukaran. Politeknik juga boleh mengadakan program bekembar bagi kursus peringkat diploma dan ijazah dengan institusi-institusi pendidikan tinggi, sama ada dalam negeri atau luar negeri.

Pendidikan guru akan dapat diperkukuhkan dengan adanya peruntukan yang membolehkan Kementerian Pendidikan mengadakan progam pendidikan guru bukan sahaja di peringkat sijil, tetapi juga di peringkat diploma dan ijazah, iaitu secara berkembar. Pendidikan swasta akan dapat berkembang secara lebih sistematik dengan adanya peruntukan yang spesifik bagi mengawal taraf pendidikan dan perjalanan institusi-institusi tersebut. Dalam pada itu, institusi pendidikan swasta juga boleh dikehendaki mengadakan pengajaran Bahasa Kebangsaan, Pengajian Malaysia dan Pendidikan Islam atau Moral untuk memupuk semangat cintakan negara dan nilai-nilai
Page | 4

murni. Pendidikan khas akan diberi perhatian yang lebih dengan adanya peruntukan yang cukup bagi pendidikan tersebut.

Menyedari bahawa Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum, dan berdasarkan pemuafakatan politik yang telah dibuat oleh pemimpin-pemimpin negara yang dahulu, Akta Pendidikan 1996 mengambilkira kepentingan semua kaum dengan cara mengekalkan status quo sekolah rendah jenis kebangsaan dan juga 60 buah sekolah Cina swasta. Di samping itu Unified Examination yang diambil oleh sekolah-sekolah ini serta lembaga pengelola sekolah conforming dan sekolah mission dikekalkan. Akta Pendidikan 1996 juga turut memperuntukkan pengajaran bahasa suku kaum di negara ini sekiranya didapati munasabah dan praktik diadakan. Kelas-kelas agama seperti bible classes tidak diperlukan mendaftar di bawah Akta Pendidikan 1996.

Akta pendidikan 1996 merupakan satu kesinambungan dengan Akta Pendidikan 1961, sebagai sebuah Akta untuk melihatkan negara yang memunyai masyarakat majmuk hidup bersatu padu di bawah satu bumbung demokrasi melalui perlembagaan yang telah dibuat sebegitu rupa. Dalam suasana masyarakat majmuk yang mempunyai "ethno-centristic" yang masyarakatnya mempunyai pelbagai agama, budaya dan fahaman "Cultural pluralism" tentunya perkara yang berkaitan dengan perpaduan nasional perlu diambil perhatian dari semasa ke semasa. Unutk mewujudkan proses pemasyarakatan ini, Pendidikan adalah merupakan satu kaedah terpenting.

Mendaulatkan satu bahasa sebagai bahasa kebangsaan untuk semua kaum adalah termasuk dalam ciri ini.

Page | 5

Sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai bahasa dan kaum, adalah amat wajar bahasa Melayu telah dipilih untuk menjadikan bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi negara. Dalam soal ini sepanjang tempoh negara kita merdeka sampai ke hari perkara ini amat diambil perhatian. Melalui Akta Pendidikan 1996 dengan jelas telah menyentuh tentang perkara ini.

Kesan dari tinggalan penjajahan British dahulu merupakan amat payah untuk kita selesaikan, kerana masyarakat Tanah Melayu pada waktu itu dibentuk dengan sengaja oleh British untuk kepentingan politik mereka. Dasar pecah dan perintah yang dijalankan itu, menyebabkan pemimpin-pemimpin negara sampai sekarang terpaksa memikirkan jalan tebaik untuk mencapai perpaduan. Dalam aspek ini, adalah diharapkan semoga melalui Akta Pendidikan 1996 dapat membaiki dan memantapkan perpaduan semua kaum di negara kita.

Hasrat, perancangan dan strategi reformasi pendidikan yang terjelma melalui Penyata Razak dan Rahman Talib dulu telah menampakkan kejayaan . Walaupun tidak sepenuhnya. Dengan cara menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan di sekolah-sekolah dengan jelas kepada kita hasrat kerajaan untuk menyetukan kaum dengan menggunakan bahasa Melayu dan satu bentuk kurikulum yang sama.

Ekoran dari Akta Pendidikan 1961 telah lahirnya Universiti Kebangsaan Malaysia (1971) yang menjadi bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Hal ini telah menampakkan bahasa Melayu bukan sahaja untuk dijadikan bahasa untuk pembinaan pemuafakatan tetapi juga sebagai bahasa ilmu. Menjelang tahun 1983, semua kursus di institusi pengajian tinggi (sastera, Sains, Kejuruteraan, Perubatan , Undang-undang dan
Page | 6

sebagainya) dikehendaki diajar dalam bahasa Melayu kecuali beberapa kursus yang dilonggarkan penggunaan bahasa pengantar itu. Hal ini kerana semua pelajar yang memasuki universiti-universiti selepas itu adalah daripada aliran Melayu. Ini semua adalah wujud hasil dari kesinambungan dari Akta Pendidikan 1961 dan berdasarkan Laporan Tun Hussein Onn (1971) .

Berikut adalah kronologi kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa di sekolahsekolah:

1. Merupakan mata pelajaran wajib di sekolah rendah dan menengah. bahasa pengantar darjah Satu 2. Semua sekolah Inggeris ditukar menjadi sekolah Rendah Kebangsaan 3. Bahasa pengantar tingkat 1 4. Bahasa pengantar tingkatan VI aliran sastera 5. Bahasa pengantar jurusan sastera tahun satu di universiti 6. Bahasa pengantar tingkatan VI aliran sains 7. Bahasa pengantar semua peringkat persekolahan 8. Bahasa pengantar semua kursus di university

Perkembangan pendidikan hendaklah sejajar dengan perkembangan negara. Lantaran itu masyarakat kian maju sesuai dengan penggunaan sains dan teknologi. Malaysia sebagai sebuah negara baru tidak kecuali untuk merebut peluang dan berjalan seiring

Page | 7

dengan negara-negara lain. Maka satu pendekatan dalam pendidikan harus diambil, dikaji dan dibina semula.

Sejarah negara telah berkembang ke era Sains dan tekonolgi. Oleh itu pelajaran dan kurikulum pendidikan haruslah berkembang selari untuk memenuhi guna tenaga dan dan melahirkan masyarakt yang berilmu pengatahuan. Beberapa buah sekolah yang bercorak teknik dan vokasional telah ditubuhkan. Kini negara telah mula melangkah ke tahap yang ketiga, dari dunia pertanian, dunia teknologi, kini zaman dunia teknologi maklumat ( zaman global) yang memerlu kepakaran dan kecanggihan yang tersendiri. Oleh itu amat sesuai dengan adanya peruntukan-peruntukan tertentu yang menyentuh berkenaan dengan insititusi yang berbentuk teknik dan vokasional, kedudukan maktab perguruan, universiti dan sebagainya. Kesemuanya di berikan peranan dan kuasakuasa tertentu untuk meningkatkan mutu pendidikan negara sesuai dengan hasrat dan falasafah pendidikan negara kita.

Kini, Melalui Akta Pendidikan 1996, bukan lagi hanya mahu melihat dalam aspek perpaduan semata-mata tetapi merupakan satu akta yang berupa agenda negara yang perlu ditunaikan kerana bukan sahaja ke arah memupuk masyarakat bersatu padu, tetapi turut menjadikan masyarakat Malaysia sebagai masyarakat penyayang dan berkahlak mulia. Lantaran itu wjudnya sekolah-sekolah khas seperti yang telah dinyatakan dalam akta tersebut. Dengan memberi peruntukan-peruntukan tertentu terhadap institusi pendidikan kita, maka akan lahirlah masyarkat yang serba maju dan serba boleh . Untuk pengisian agenda negara bukanlah mudah seperti yang termaktub
Page | 8

dalam Akta Pendidikan ini tetapi memerlukajian dari semasa ke semasa agar ia tetapi sesuai dan mana-mana yang tidak sesuai dalam akta ini perlu diperbetulkan mengikut kesesuaian.

Akta Pendidikan 1996 telah menampakkan secara jelas, hala tuju dan wawasan pendidikan kita , tidak seperti Akta pelajaran 1961 yang jelas hanyalah untuk menyatupadukan kaum di Malaysia. Hal ini penting pada waktu itu sebagai sebuah negara yang baru merdeka dan tugas utama untuk menjaga perpaduan kaum. Akta Pelajaran 1961 adalah sesuai pada waktu itu dan ia perlu diolah semula mengikut kehendak dan aspirasi pendidikan masa kini. Lantaran itulah lahirnya Akta Pendidikan 1996 yang lebih canggih dan dapat mencapai cita-cita negara sekarang, yang mahu menjadikan pendidikan sebagai asas pembangunan negara yang dilihat bukan sahaja pembangunan dari segi material tetapi juga emosi dan jasmani serta intelektualisme individu.

Dengan adanya akta baru ini, maka hasrat dan cita cita negara untuk menjadi sebuah negara maju dan berwawasan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan, dapat melahirkan tenaga kerja dan rakyat yang mempunyai daya inovatif dan kreatif , turut menyumbang fikiran dan tenaga dalam mencapai aspirasi negara seperti mana yang termaktub dalam Wawasan 2020. Walaupun Akta Pendidikan 1996 ini merupakan satu akta yang dapat kita katakan boleh memenuhi cita rasa dan aspirasi negara tetapi dalam beberapa aspek dan sudut tertentu ia boleh diperbaiki lagi.

Dalam Akta Pendidikan 1996, apa yang nampak kurang selesa ialah dari segi kuasa yang diberikan kepada Menteri. Begitu banyak kuasa yang diberikan. Sehingga
Page | 9

menampakkan bahawa kuasanya bboleh menghapuskan kemurniaan Akta Pendidikan itu. Kuasa Menteri seperti mana dalam seksyen 143 dalam akta ini adalah dikira begitu besar:

Menteri boleh, jika difikirkannya wajar dan demi kepentingan sesuatu institusi pendidikan atau demi kepentingan murid atau awam, melalui perintah yang disiarkan dalam warta, mengucualikan institusi pendidikan atau mana-mana golongan atau golongan-golongan institusi pendidikan daripada semua atau mana-mana peruntukan Akta ini kecuali peruntukan pendaftaran, sama ada secara mutlak atau tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkan patut dikenakan, dan boleh pada bila-bila masa menurut budi bicaranya membatalkan pengecualian itu atau mengubah atau menambah syaratsyarat itu.

Walaupun ada beberapa perkara yang bolehh diperbincangkan lagi terhadap beberapa keratan atau seksyen, tetapi ternyata ia adalah merupakan satu perundangan yang dapat menggambarkan hasrat negara.Dengan harapan melalui akta ini akan dapat melahirkan satuu corak pendidikan yang unggul dan menjadi kebanggaan bukan sahaja di negara kita bahkan di seluruh dunia. Sesungguhnya ciri-ciri lama untuk menyatupadukan kaum masih terkandung dalam Akta baru ini dan gabungjalin di antara hasrat Akta Pelajaran 1961 dengan hasrat yang dibincangkan itulah maka lahirnya satu bentuk kurikulum pendidikan yang canggih dan telah mulai dirasai oleh rakyat kini. Namun usaha-usaha penyemakan terhadap kedudukan bahasa Melayu (Bahasa Kebangsaan di institusi pendidikan, kedudukan institusi pendidikan dan kuasa-kuasa menteri dan kuasa penyiasat yang tidak memerlukan waran untuk memasuki premis

Page | 10

dan kuasa penggeledahan adalah difikirkan patut disemak semula. Ini adalah tidak lain dan tidak bukan untuk menjaga kemurnia Akta Pendidikan itu sendiri dan mancapai matlamat pendidikan negara dan Wawasan 2020.

Dalam memasuki era kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang memberi kesan kepada perkembangan negara, kerajaan telah mengkaji semula Akta Pelajaran 1961 untuk merealisasikan cita-cita negara. Antaranya ialah:

1. Penubuhan Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan. 2. Sistem pendidikan kebangsaan meliputi peringkat pendidikan prasekolah hingga ke pendidikan tinggi. 3. Bahasa Kebangsaan atau Bahasa Melayu hendaklah dijadikan bahasa pengantar. 4. Menteri Pendidikan boleh menubuhkan pendidikan teknik di mana-mana institusi pendidikan termasuklah pendidikan tinggi. 5. Penubuhan Maktab Perguruan adalah di bawah kawalan Kementerian Pendidikan Malaysia. 6. Di sekolah yang mempunyai lebih daripada lima orang pelajar Islam maka adalah wajib guru agama disediakan.

Berdasarkan Akta Pendidikan 1996, Falsafah Pendidikan Negara (FPN) dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dengan pengubahsuaian dan penambahan beberapa perkataan.

Page | 11

Kesimpulan

Malaysia akan terus melangkah ke hadapan. Perpaduan kaum akan terus menjadi isu yang akan panas dan sejuk mengikut keadaan semasa. Sukar untuk kita selesaikannya dalam tempoh yang singkat. Kita mungkin perlukan 50 tahun lagi untuk membina perpaduan kaum dalam erti kata yang sebenar. Tetapi sementara menunggu tempoh tersebut seluruh usaha haruslah dikerahkan untuk membina perpaduan kaum. Yang paling penting usaha ini memerlukan keikhlasan di kalangan kumpulan majoriti dan juga minoriti. Sukar tetapi kita telah berjaya membuktikanya kita boleh menguruskannya sejak 50 tahun yang lalu.

Page | 12

RUJUKAN:

1.

Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) & Education Act 1996 (Act 550). 1996. Disusun oleh Lembaga Penyelidik Undang-undang. Kuala Lumpur: International Law Book Services.

2.

Foo Say Fooi. 2003. Pengurusan dan keberkesanan sekolah. In Zaidatol Akmaliah Lope Pihie & Foo Say Fooi, Pengurusan dan kepemimpinan pendidikan : Satu langkah ke hadapan (pp. 166 182). Serdang : Penerbit UPM.

3.

Foo Say Fooi & Zaidatol Akmaliah Lope Pihie. 2003. Kepengetuaan berasaskan kompetensi. In Zaidatol Akmaliah Lope Pihie & Foo Say Fooi, Pengurusan dan kepemimpinan pendidikan : Satu langkah ke hadapan (pp. 151 - 165). Serdang : Penerbit UPM.

4.

Hanson, E. Mark. 1996. Educatioal administration and organizational behavior. Boston: Allyn and Bacon.

5.

Hussein Mahmood. 1993. Kepemimpinan dan keberkesanan sekolah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Jamaliah Abdul Hamid dan Norashimah Ismail. 2005. Pengurusan & Kepimpinan Pendidikan: Teori, polisi dan pelaksanaan. Serdang: Penerbit Universiti Pura Malaysia

6.

Page | 13

You might also like