You are on page 1of 2

Diskriminasi gender buku kanak-kanak

Antara ilustrasi yang boleh dimanfaatkan dalam menghasilkan buku awal kanak-kanak. Dapatan kajian membuktikan perkara itu benar di Amerika Syarikat BENARKAH buku kanak-kanak yang memaparkan lebih banyak watak lelaki menghantar mesej yang salah kepada kanak-kanak perempuan, seolah-olah mereka tidak memainkan peranan penting dalam masyarakat berbanding lelaki? Dapatan yang terbit dalam Jurnal Gender dan Masyarakat itu diperoleh Prof Sosiologi di Universiti Florida State, Amerika Syarikat, Janice McCabe yang menjalankan penyelidikan terhadap 6,000 naskhah buku awal kanak-kanak terbitan 1900 dan 2000. Prof Janice mendapati, watak lelaki adalah perwatakan utama dalam 57 peratus buku kanak-kanak yang diterbitkan di Amerika setiap tahun dan sekalipun jika buku itu bercerita mengenai haiwan, watak haiwan jantan menguasai 23 peratus, manakala haiwan betina 7.5 peratus. Dapatan itu bagaimanapun disifatkan Pakar Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Prof Madya Dr Bustam Kamri hanya boleh diguna pakai di Amerika saja kerana senario di Malaysia, menunjukkan kajian itu tidak tepat. Dalam mana kajian pun, latar tempat perlu diambil kira. Persoalan kesamaan gender adalah persoalan dunia barat. Di Asia, di Malaysia khasnya isu itu tidak relevan, tegasnya. Beliau yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam pendidikan awal kanak-kanak menegaskan, tidak timbul konsep wira atau gender dalam buku awal kanak-kanak kerana pembaca pada usia itu tidak tahu konsep wira dan mereka hanya tahu apa yang ada di persekitaran masing-masing. Kerana itu buku untuk kanak-kanak di bawah usia 6 tahun adalah buku yang bersifat fakta, objek dan persekitaran yang terdekat dengan diri mereka, misalnya buku mengenal tubuh badan atau buku ABC atau buku mengira 1 2 3, katanya. Meskipun kajian Universiti Florida State itu juga merujuk pada buku kanak-kanak yang pernah memenangi anugerah misalnya The Very Hungry Caterpillar, tetapi satu perkara yang boleh menyebabkan salah tafsir ialah ketidaksamaan gender itu adalah kedudukan bahasa Inggeris sendiri yang sangat kecil skopnya. Bahasa Inggeris sangat terhad. Kata ganti nama diri mereka cuma ada he/she dan they/we. Sedangkan bahasa Melayu ada dia yang boleh menggantikan sebagai kata ganti diri yang sesuai. Kerana itu mereka mudah mengatakan wujud kecenderungan gender.

Dalam bahasa Melayu ada dia sebagai kata ganti nama, jadi tidak timbul soal gender. Sedangkan mungkin si penulis itu lelaki, jadi dia menulis watak dalam karya itu mewakili dirinya sendiri. Begitu juga kalau penulisnya perempuan, tegas Dr Bustam pada pertemuan dengan Sastera, baru-baru ini. Dr Bustam berkata, jika diteliti Amerika mungkin hanya ada ada siri kartun Disney sebagai buku bacaan kanak-kanak misalnya Cinderalela, Snow White atau Sleeping Beauty yang rata-ratanya adalah kisah pencarian seorang wanita mencari cinta sejati lelaki yang kacak dan putera raja. Sedangkan di Malaysia, kita punya watak perempuan yang jauh lebih hebat seperti Bawang Putih Bawang Merah, Puteri Gunung Ledang, Puteri Santubong, Puteri Saadong malah Tun Teja misalnya dengan mesej di balik setiap kisah itu jauh lebih baik daripada kisah barat. Apa yang mungkin kurang ialah pengetahuan ibu bapa dalam memilih teks yang baik untuk anak mengikut usia mereka. Kita terlalu mendera anak secara di luar sedar. Misalnya pada usia sembilan tahun mereka sudah dikenalkan dengan buku yang penuh teks. Sebenarnya pada usia itu mereka masih memerlukan buku dengan imbangan teks dan ilustrasi. Buku ada dua jenis, buku bergambar dan buku berilustrasi. Teks berperanan untuk menyampaikan apa yang tidak dapat dilukis. Sementara keindahan dan pemandangan boleh dilukis serta hadir dalam buku bergambar, ujarnya. Dr Bustam menjelaskan dunia awal kanak-kanak itu terbahagi kepada lingkungan usia sejak lahir hingga empat tahun dan kanak-kanak dalam usia lima dan enam tahun, lalu pembahagian itu menjelaskan keperluan jenis pembacaan yang berlainan. Buku untuk kanak-kanak sejak lahir hingga usia empat tahun adalah buku dengan konsep maujud iaitu fakta dan peristiwa yang berkisar di sekelilingnya. Dunianya belum luas dan apa yang ada di persekitarannya itulah dunia dia. Buku yang sesuai adalah buku ilustrasi, ujarnya. Dr Bustam mengingatkan ibu bapa bahawa kanak-kanak pada usia itu belum memahami konsep wira atau gender kerana dalam peringkat hanya ingin belajar dan sebagai ibu bapa, mereka perlu memberi pendedahan dengan membacakan buku yang sesuai. Untuk peringkat usia lima dan enam tahun pula, mereka masih memerlukan buku bergambar untuk mengekalkan minat kanak-kanak pada buku. Buku berilustrasi dan bergambar adalah dua perkara berbeza. Namun kedua-duanya memiliki fungsi tersendiri, tegasnya.

You might also like