You are on page 1of 4

KULIAH SUBUH

TAMRIN AS-SABAT 24OKT98


TAJUK : MUSLIMAH DAN RINTANGANNYA
MASA KINI
Muqaddimah
Muslimah yang berusaha untuk membentuk dirinya
menjadi peribadi solehah pasti akan berhadapan dengan
rintangan ,tentangan,cabaran dan halangan dari pelbagai
pihak yang menlingkunginya . Justeru itu , dalam kuliah
subuh pagi ini kita akan melihat beberapa rintangan dan
halangan menonjol dalam usaha tersebut .

Orang di sekeliling anda


Yang dimaksudkan di sini ialah ibu , ayah , saudara , kaum
–kerabat suami sekiranya sudah bersuami , sahabat ,
tetangga …

Halangan dari :
-Ibu :
•bimbang anda akan menjadi anak dara tua kerana
mereka bimbang tiada jejaka yang akan memilih anak
mereka yang mengenakan jilbab
•Jejaka sekarang lebih suka kepada gadis yang
manis,yang cantik , yang mengenal rentak hidup
masakini dan mengikut peredaran zaman kononnya .

-Bapa dan adik beradik :


•Mereka khuatir akan dipersalahkan dan dimalukan oleh
anda disebabkan cara pakaian yang anda kenakan
berbeza dengan anak-anak tetangga yang lain
(mendedahkan aurat dan berhias )

-Suami (sekiranya sudah bersuami)


•Kurang setuju dengan kesibukan yang anda luangkan
untuk itu . Mereka beranggapan bahawa kesibukan
anda banyak mengambil masa keluarga dan sampai ke
satu tahap mereka menyangka bahawa anda tidak
memberi perhatian kepada rumah tangga .

-Teman, sahabat …
•Mereka menyangka bahawa anda sengaja mencari
pebezaan dikalangan mereka dengan pakaian anda
akan menyingkap perbuatan mereka yang tidak
mengikut kehendak Allah (menutup aurat)

Pola hidup moden


Segala kemudahan dan prasarana yang mengisi ruang
kehidupan masakini semakin mencabar muslimah yang
berusaha untuk mendidik diri mereka dengan akhlaq
muslimah sejati .

Fesyen pakaian ,aneka ragam kosmetik ,salon-salon


kecantikan , berbagai iklan dan hiburan yang
menggunakan wanita sebagai penariknya setiapa hari
dipampangkan kepada pandangan umum .
Media massa informasi moden yang dikendalikan oleh
Yahudi tiada henti-henti meracuni kemurnian fitrah
muslimah yang dcanangkan dan disarankan oleh Islam .
Gambaran yang mengelirukan bagi muslimah tentang
Islam .
Filem dan drama yang melekakan dan membakar nafsu ,
merosakkan mental , membejatkan moral muslimah
remaja . Mereka lakukan semua itu dengan alasan bahawa
mereka mengikut selera penonton dan pendengar .

Sebaai contoh :
Salah satu ciri muslim ataupun muslimah ialah pada
malam Jumaat yang seharusnya diisi dengan ibadah , zikir
dan aktiviti lain yang sihat bertujuan mendekatkan diri
kepada Allah telah diganti dengan akktiviti menonton
televisyen berbentuk hiburan . Sepatutnya bangun malam
untuk melaksanakan tahajjud dan tilawah al-Qur’an ,tetapi
ia diganti dengan berjaga malam untuk bersama-sama
dengan filem-filem dan aktiviti tidak senonoh hingga
menjelang fajar .
Cerita-cerita box office di malam Jumaat .

GEJOLAK Nafsu
Nafsu yang tidak dapat dikawal seringkali membawa
empunya diri menikmati nikmat dunia tanpa batasan halal
dan haram .

•Remaja dan tipu daya


Mereka melaungkan slogan bahawa masa muda
untuk enjoy dan merasa segala kenikmatan duniawi
,huru-hara dan berfoya-foya .
Mereka sering melupakan bahawa kematian itu
hanya timbul pada waktu tua dan mereka lupa
bahawa kematian selalu mengintai-ngintai mereka
bersiap sedia untuk meragut nyawa mereka apabila
dititahkan Allah .
Oleh itu muslimah remaja perlu sedar dan insaf
sedalamnya supaya sentiasa mengemukakan
beberapa soalan yang selalu sengaja dilupakan oleh
remaja :
Tidak mustahil kematian dalam usia muda , oleh itu
apakah persiapan yang dilakukan untuk berhadapan
dengan kematian sebab kematian itu satu kepastian .
Soalan ini diulang-ulang supaya kita bersedia untuk
mencari jawapan yang tepat dan betul kepada soalan
tersebut .
•Memenuhi Keperluan kesihatan,kecantikan dan
keinginan-keinginan jasmani
Perubahan biologi remaja muslimah :
-Perasaan seksual semakin meangsang , berghairah
dan romantis , ingi mencintai dan dicintai oleh teman
yang berlainan jantina .Hal ini membuatkan mereka
rasa bingung ,cemas dan bimbang .
-Apabila memerhatikan lawan jenisnya ,ia mula
memerhatikan dirinya sendiri , mula mementingkan
diri sendiri dan mengkagumi diri sendiri .
Maka ia sangat berhati-hati merawat dirinya atau
jasmaninya dan berlebihan dalam melihat
kekurangan dan kesalahan dirinya . Remaja seringkali
menyalahkan orang lain di sekelilingnya seperti ibu
dan ayahnya serta orang dewasa yang lain apabila
melakukan kesalahan . Kerana mereka malu bila
orang mengetahui kesalahannya .

Panduan untuk mengendalikan gejolak nafsu :


•Menghindarkan diri daripada membaca buku-buku atau
cerita atau gambar porno .Memanfaatkan setiap ruang
waktu sebaiknya dengan aktiviti positif .Tutup semua
pintu untuk berkhayal secara negatif dan menimbulkan
berahi nafsu . Sekiranya anda membenarkan diri untuk
berkhayal bermakna anda membuka peluang yang
besar kepada anada untuk melakukan maksiat dan dosa
tanpa anda sedari.

•Peliharalah mata dan pendengaran anda dari


pandangan yang boleh meningkatkan gejolak nafsu .
•Banyakkan berpuasa sunnat dapat meredum dan
mengurangi nafsu .
•Banyak menelaah kehidupan wanita solihah ang selalu
tabah dalam menghadapi ujian dan cabaran . Spt;
Rabi’ah al’Adawiyah ,Zainab bt. Ghazali (Pimpinan
Akhawat Muslimah di Mesir)

Penutup :
Rintangan dan halangan adalah sunnah alam .
Oleh itu tidak dapat tidak muslimah perlu
menunjukkan sikap yang positif dan membina dalam
menghadapi sebarang rintangan . Di antara sikap yang
diperlukan untuk menghadapi rintangan tersebut ialah
cuba memahami sepenuhnya tabiat rintangan dan
bersedia untuk menghadapinya agar nanti tidak terkejut
dengan kehadirannya lalu melemahkan semangant kita
untuk menjadikan diri kita sebagai muslimah yang solihah
dalam masyarakat .

You might also like