You are on page 1of 1

BA B KEDU A : MANHAJ YAN G UN GGU L

Persoalan:
Apakah keistimewaan manhaj Islam berbanding dengan manhaj yang dicipta manusia?

Dasarnya kita diminta melaksanakan manhaj ini untuk layak digelar muslim.
Rukun Islam yang pertama : Syahadatain .
Pengakuan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah bermakna mengesakan Allah dengan sifat
uluhiyyah . Sifat uluhiyyah yang paling utama ialah kuasa hakimiah yang mutlak .

Sifat ini memberikan Allah hak mutlak untuk:


 Menentukan undang-undang yang perlu dilaksana oleh hambaNya
 Menentukan manhaj yang perlu digunakan oleh manusia dalam kehidupan mereka
 Menetapkan neraca dalam kehidupan manusia .

 Mana-mana komuniti manusia yang mengaku berhak menggubal sendiri manhaj kehidupan
manusia, bermakna mereka mengaku memiliki kuasa ketuhanan-uluhiyyah.

Keistimewaan manhaj ini:

1. Manhaj ini dapat menganugerahkan manusia kehormatan diri,kebebasan hakiki dan


membebaskan mereka daripada belenggu perhambaan – sifat rabbani .
 Dalil manhaj lain mencabut kebebasan dan kemerdekaan manusia
• Allah mengisahkan mengenai orang Yahudi dan Nasrani yang menerima bahawa pendeta
dan rahib mereka memiliki hak yang sama dengan Allah untuk menentukan manhaj yang
akan digunakan. (Surah At-Taubah:31)
• Kisah ‘Adi bin Hatim – Rahib mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram.

2. Islam satu manhaj yang bersih daripada dipengaruhi oleh hawa nafsu manusia atau
kelemahan manusia atau kepentingan peribadi manusia yang ingin dicapai melalui
pembentukan sesuatu undang-undang . Maka tertegaklah keadilan yang hakiki,
menyeluruh dan sempurna .(Surah al-Maidah : 8 )

Ada pertanyaan : apakah jaminan bahawa jamaah Islam ini akan melaksanakan keadilan?

Jaminan sebenarnya lahir daripada keimanannya . ( Surah al-Haj : 40 - 41 )


Mereka cukup yakin Allah tidak akan menyebelahi mereka sekiranya mereka menyimpang.

3. Manhaj ini tidak bersumberkan kejahilan dan kelemahan manusia.


 Penggubal manhaj ini ialah Allah , pencipta manusia , Maha Mengetahui apa yang sesuai
dan baik untuk manusia ,

4. Manhaj ini mempunyai keserasian dengan keseluruhan sistem alam ini .

You might also like