You are on page 1of 1

PERISTIWA YANG DISAKSIKAN RASULULLAH

SEMASA DALAM ISRA' & MIKRAJ

1. Bertemu dengan jin Ifrit

2. Menyaksikan sekelompok manusia yang bercucuk tanam dan menuai pada hari yang sama. Ini
adalah contoh bagi mereka yang taat mengerjakan amal soleh.

3. Semsa melintasi kubur Masyitah baginda tercium satu bauan yang sungguh harum. masyitah
seperti yang dikenali adalah seorang pelayan kepada isteri Firaun

4. Menyaksikan sekelompok manusia yang memakai cawat, memakan buah-buahan yang berduri
dan ada pula yang memakan bara api. Ini adalah contoh bagi mereka yang tidak mahu
mengeluarkan zakat.

5. Menyaksikan sekelompok manusia yang menghempaskan kepalanya sendiri ke batu. Ini adalah
contoh bagi mereka yang malas untuk mengerjakan solat.

6. Menyaksikan sekelompok manusia yang memakan daging mentah lagi busuk sedangkan daging
yang masak dan enak ada di sisinya. Ini adalah contoh bagi mereka yang memiliki isteri yang sah
tetapi suka berzina dengan perempuan lacur.

7. Menyaksikan sekelompok manusia yang berenang di dalam sungai yang penuh dengan darah
sedang orang- orang yang duduk di tebingnya melemparkan batu ke arahnya. Ini adalah contoh
bagi mereka yang suka memakan riba dan duit haram

8. Menyaksikan sekelompok manusia yang memikul kayu, walaupun beban yang ditanggung
olehnya tekah berat namun ia tetap menambah beban kayu itu atas bahunya. Ini adalah contoh
bagi mereka yang suka mengambil amanah tetapi tidak pernah menunaikannya.

9. Menyaksikan sekelompok manusia yang menggunting lidahnya sendiri. Ini adalah contoh bagi
mereka yang pandai bercakap tetapi ia sendiri tidak pernah melakukannya.

10. Menyaksikan sekelompok wanita yang digantung dengan rambutnya di atas api neraka
sehingga mendidih otak di kepalanya. Ini adalah balasan bagi mereka yang tidak mahu menutup
aurat ari pandangan lelaki yang bukan mahramnya.

11. Menyaksikan sekelompok wanita yang digantungkan dengan lidahnya di atas api nerakalau
dituangkan air panas ke dalam mulutnya. Ini adalah contoh balasan bagi mereka yang sering
menyakiti hati suaminya dan bercakap dengan suara kasar serta tinggi.

You might also like