You are on page 1of 2

TEKS DOA MAJLIS PENGURUSAN AKADEMIK TAHUN 2014

.




...

Pada pagi yang penuh saadah ini, kami menadah


tangan memohon ampun dari-Mu, atas segala dosa dan kesilapan kami.
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha Menerima Taubat.
Ya Allah, Ya Aziz, Ya Qawiy, Bersempena dengan MAJLIS PENGURUSAN
AKADEMIK TAHUN 2014, kami memohon dengan penuh harap Ya Allah, agar
Kau penuhi majlis kami dengan keberkatan, limpahilah dengan kerahmatan,
hiasilah dengan ketaqwaan dan hampirkanlah kami dengan kebenaran...
Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana
mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi perintah-Mu, bersatu memikul beban
dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk menyokong dan
mendaulat syariat-Mu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkan
kemesraan antara hati-hati ini akan jalan-Nya yang sebenar. Penuhkanlah hatihati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap.
Ya Allah Tuhan Yang Mempertemukan Adam dan Hawa, selama tempoh
pengajian kami di IPG Kampus Sultan Mizan ini, kami mohon Kau eratkanlah
ukhuwah dalam kalangan kami, jadikanlah kami dari kalangan hamba-Mu yang
berkasih kerana-Mu, bertemu dan berpisah semata-mata mengharap redha-Mu
Ya Allah. Sesungguhnya hanya pada-Mu tempat kami bergantung harap.

.

.

You might also like