You are on page 1of 3

Malaysia antara negara AP pilih sumber terbuka

LAPORAN syarikat penyelidik Gartner mendapati kerajaan di Asia/Pasifik termasuk Malaysia, China, Jepun,
Singapura dan Australia serta beberapa lagi di Eropah dan Amerika Selatan menggalakkan jabatan kerajaan
dan sektor perniagaan menyokong sistem terbuka seperti Linux.

Katanya, negara ini sedang berusaha untuk memacukan sektor perniagaan sekali gus berusaha mengelak
pengaliran keluar mata wang ke syarikat Amerika Syarikat (AS).

“Pemilihan kepada sistem terbuka berdasarkan kepada pelesenan yang tidak menarik, sistem keselamatan
yang sentiasa dibolosi dan minat untuk menggunakan Linux serta perisian sumber terbuka lain menjadi
alternatif kepada Microsoft,” katanya dalam laporan khas bertajuk ‘Satu Pandangan Alternatif kepada
Microsoft’.

Gartner berkata, syarikat di Amerika Utara kurang menitikberatkan mengenai penguasaan Microsoft
berbanding rantau lain.

Katanya, Linux dan perisian sumber terbuka adalah alternatif kepada Microsoft yang paling popular.

“Antara kelebihan pada perisian itu ialah kos yang rendah, malahan ada ketikanya tidak membabitkan kos
langsung, bebas tanpa terikat dengan vendor yang mungkin boleh menyebabkan harga tinggi, berpotensi
untuk membantu meningkatkan ekonomi teknologi maklumat (IT) tempatan selain dikatakan menyediakan
ciri keselamatan lebih baik,” katanya
Ciri-Ciri OS
Sesuatu OS dinilai berdasarkan ciri-ciri tertentu sama ada
bersesuaian dengan sistem yang akan digunakan.
Antara ciri-ciri asas yang diperlukan oleh sesebuah OS adalah :

a) Kecekapan – Memastikan operasi OS mestilah cekap.

Kecekapan OS diukur dari sudut :


 Masa purata di antara kerja-kerja
 Masa pemproses pusat yang terbuang
 Masa pusingan semula kerja-kerja kelompok
 Masa sambutan dalam sistem capaian berganda
 Penggunaan sumber-sumber sistem komputer

Siti Hajar [PS Modul 6 : OS]

.. Ciri-
Ciri-Ciri OS
b) Kepercayaan (reliable)
 OS seharusnya bebas dari ralat
 Berupaya mengendalikan apa sahaja kemungkinan operasi
yang akan dihadapi (masalah), oleh itu OS direkabentuk agar
ralat-ralat yang terdapat di dalam sesuatu bahagian OS dapat
diasingkan agar ralat-ralat ini tidak mengganggu bahagian OS
yang lain

c) Kemudahan penyelenggaraan
 Melibatkan kerja-kerja mengemaskini, membaiki serta
mengesahkan rutin-rutinnya mestilah boleh dilaksanakan
dengan mudah tanpa melibatkan banyak masa dan tenaga
pengaturcara sistem
 Oleh itu, OS perlu direkabentuk agar mempunyai
antaramuka yang jelas di antara pelbagai modul yang
terkandung di dalamnya serta didokumenkan dengan lengkap
Siti Hajar [PS Modul 6 : OS]

.. Ciri-Ciri OS

d) Bersaiz kecil
 Ruang ingatan dan ruang storan bantuan untuk
menempatkan OS mestilah tidak terlalu besar
 Bagi OS yang besar ia akan mengandungi ralat yang
lebih banyak berbanding dengan OS yang lebih kecil

Siti Hajar [PS Modul 6 : OS]


OS Sebagai Antaramuka
OS berperanan sebagai pengantara di antara pengguna dan
sistem komputer. Oleh itu, OS yang ramah pengguna
diperlukan agar lebih efektif.

Konsep asas antaramuka OS :

mudah difahami - dapat menerima dan memahami banyak


arahan, mempunyai menu paparan bagi
memudahkan pengguna membuat pilihan
dan bentuk grafik yang menarik.

Siti Hajar [PS Modul 6 : OS]

OS Sebagai Antaramuka
Contoh antaramuka OS :
 bentuk baris perintah (DOS) – berasaskan teks dan tidak
mempunyai sebarang antaramuka bergrafik. Pengguna
perlu menaipkan arahan/perintah untuk melaksanakan
sesuatu tugas seperti untuk mencetak, menghapus dan
membina fail atau direktori.

 tetingkap(Windows 98) – berasaskan menu paparan


bergrafik atau GUI, lebih ramah pengguna berbanding
DOS.

OS memerlukan rutin perkhidmatan untuk menyokong


antaramuka pengguna.
Contoh : apakah tindakan yang akan diambil jika butang diklik
atau arahan diberikan
Siti Hajar [PS Modul 6 : OS]

You might also like