You are on page 1of 3

AMALAN PADA MALAM LAILATUL QADAR

Amalan-amalan yang diamalkan pada malamnya: Mulai jam 12.00 tengah


malam:

1. Sembahyang sunat wudhuk.

2. Sembahyang sunat hajat berdoa minta dipertemukan Allah dengan malam Lailatul
Qadar.

3. Membaca al-Quran.

4. Istighfar:

5. Zikrullah:

6. Bertasbih:
7. Selawat:

8. Sembahyang sunat tahajjud.

9. Sembahyang sunat tasbih.

Orang yang bertemu dengan Lailatul Qadar akan terus dingin badannya kerana
dihampiri oleh para malaikat (sebentar sahaja). Hendaklah segera kita membaca:

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa beribadat sesaat pada
malam Qadar, kira-kira selama seorang penggembala memerah susu kambingnya, maka
adalah lebih disukai Allah daripada berpuasa setahun penuh. Demi Allah yang telah
mengutus daku dengan hak menjadi nabi, sesungguhnya membaca satu ayat dari al-Quran
pada malam Qadar adalah lebih disukai Allah daripada mengkhatamkannya pada malam-
malam yang lain."

Dari Aisyah r.a bahawa dia mengatakan, aku bertanya: "Ya Rasulullah, kalau aku bertepatan
dengan malam Qadar, maka apakah yang patut aku baca? Jawab Rasulullah s.a.w.:
Ucapkanlah:
Ertinya: "Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Tuhan Yang Maha Pemaaf lagi Pemurah,
yang suka memberi kemaafan, maka maafkanlah aku."

You might also like