You are on page 1of 2

Abu Abdullah Mohammad Ibn Musa al - Khawarizmi adalah bapa Algebra.

Beliau lebih dikenali sebagai Al-Khwarizmi, seorang ahli sains Islam yang terulung dalam bidang matematik. Beliau juga merupakan seorang ahli astronomi dan geografi yang terkenal pada zamannya.

Hasil kajiannya dalam bidang algebra sangat cemerlang. Beliau berjaya membangunkan penyelesaian analitikal dalam penembangan garis lurus serta persamaan kuadratik dan kaedah penyelesaiannya. Beliau juga telah membangunkan sistem algorithma yang merupakan asas kepada teori pengaturcaraan komputer serta teori geometri.

Al-Khwarizmi juga merupakan saintis pertama yang melakar peta dunia iaitu pada tahun 830 Masihi, sepuluh tahun sebelum beliau meninggal dunia.Karya utama belaiu ialah:

1. 2. 3. 4.

Kitab al - Jam awal -Tafreeq bil Hisab al - Hindi. Al - Tarikh Al - Maqala fi Hisab al Jabr wa-al-Muqabilah (Algebra) Kitab Surat al-Ard (geografi)

Bidang Kesenian Dan Seni Bina

Seni bina adalah sebagai keindahan yang dicetuskan dalam kemahiran binaan dan pertukangan merangkumi segala rekabentuk yang berupa bangunann yang diperbuat dari kayu, batu, marma , kaca dan sebagainya.Senibina merupakan sebahagian dari bidang kesenian dan merupakan sebahagian dari kebudayaan dan ketamadunan yang dihasilkan oleh kelompok manusia.

Manusia akan merasa takjub senang dan tenang dengan keindahan yang di cipta oleh manusia sebagai suatu hasil usaha dan kemajuan yang dicapai. Kehalusan seni bina tetap disanjung selagi ianya dapat diperalatkan untuk meningkatkan keimanan, ketakwaan dan amal soleh. Masjid, rumah, istana dan sebagainya jika dibina dengan asas keimanan dan ketaqwaan adalah lambang kesenian Islam yang boleh dibanggakan.

Masjid pertama dalam Islam adalah masjid Quba. Tiangnya dari batang tamar, atapnya pula dari daun tamar. Azan dilakukan dari atas bumbung rumah berdekatan. Rumah Rasuullah membina rumah baginda 100 hasta persegi. Tiangnya dari batang tamar dan dindingnya dibuat dari kepingan tanah. Rasulullah saw juga membina bangunan kaabah yang tewlah rosak dilanda banjir.

Kesenian Islam adalah inspirasi dari al-Quran dan Kesenian Kerajaan Rom dan Farsi. Bangunan-bangunan di zaman kegemilangan Islam dihiasai dengan archa, kaca, ukiran warna warni, khat, awan larat dan lain-lain.

You might also like