You are on page 1of 28

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS DARULAMAN, BANDAR DARULAMAN 06000, JITRA, KEDAH.

____________________________________________________

Acara Padang Olahraga ( Lompat Tinggi ) ____________________________________________________


Nama Pelajar No.Kad Pengenalan Nama Pelajar No.Kad Pengenalan Nama Pelajar No.Kad Pengenalan : Tracy James : ( 920310 - 12 -5952 ) : Mohd Iqmal Bin Hizazi : 920808 - 13 - 5381 : Daryllichelle Dayang Anak Dinggun : ( 911103 -13 -5408 )

Nama Pelajar No.Kad Pengenalan Jabatan Tahun Matapelajaran Kursus/Kumpulan Kursus Pensyarah pembimbing Tarikh Serahan

: Ahmad Fadzlee Bin Donald : ( 920210 -12 - 6157 ) : Jabatan Pendidikan Jasmani : 2011 : PJ2311D Pendidikan Jasmani Teras : PPISMP SEM 2 ( PK/PJ/PSV ) : PPISMP : En. Zainol Rashidi Bin Md. Noor : 29 March 2011 PENGHARGAAN

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh. Bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan berkat taufik dan hidayah-Nya, tugasan Kerja Kursus Pendidikan Jasmani ini dapat disiapkan tepat pada waktunya. Sekalung penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih ditujukan kepada semua pihak yang sudi dan telah memberikan kerjasama yang jitu dalam usaha menyempurnakan tugasan ini, terutamanya kepada pensyarah pembimbing

kami, En. Zainol Rashidi Bin Md. Noor kerana telah memberikan teguran dan tunjuk ajar kepada kami untuk menghasilkan hasil tugasan yang mantap dan sempurna. Tidak lupa kepada semua pensyarah di Jabatan Pendidikan Jasmani yang turut membantu dalam melaksanakan tugasan ini. Selain itu, jutaan terima kasih juga diucapkan kepada rakanrakan atas kerjasama dan tunjuk ajar sepanjang penyempurnaan kerja kursus ini. Dalam usaha melaksanakan tugasan ini, sudah pasti setiap individu menginginkan hasil yang terbaik. Kami juga tidak terkecuali dan kami telah berusaha memberikan sepenuh komitmen dan dedekasi bagi memastikan tugasan ini dapat dihasilkan mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Namun sebagai manusia biasa, kami tidak terlepas daripada melakukan kesilapan, Kami memohon maaf di atas segala kecacatan ataupun ketidaksempurnaan
Mohd Iqmal Bin Hizazi Tracy James Daryllichelle Dayang Anak Dinggun Ahmad Fadzlee Bin Donald ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) Page 2

yang terdapat dalam ini. Insyaallah, segala teguran dan kesilapan yang dilakukan akan kami jadikan pengajaran di masa hadapan. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah, yang buruk itu dari diri kami sendiri. Sebelum kami mengundur diri terimalah serangkap kata mutiara untuk dijadikan pedoman. Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

SENARAI KANDUNGAN

PERKARA

MUKA SURAT

PENGHARGAAN ................................................................................................. i SENARAI KANDUNGAN ..................................................................................... ii 1.0 PENDAHULUAN............................................................................................ 1 - 2 1.1 Pengenalan ........................................................................................ 1 - 2 1.2 Objektif Kajian..................................................................................... 2 2.0 SEJARAH LOMPAT TINGGI ......................................................................... 3 - 4 2.1 Sejarah Awal ....................................................................................... 3 - 4 3.0 ACARA LOMPAT TINGGI ............................................................................. 5 - 7 3.1 Peraturan ............................................................................................. 5 3.2 Kategori ............................................................................................... 6 3.3 Peralatan ............................................................................................. 7 4.0 AKTIVITI LOMPAT TINGGI ........................................................................... 8 - 18 3.1 Aktiviti Pemanasan Badan ................................................................... 8 - 10 3.2 Fasa Ansur Maju ................................................................................. 11 - 13 3.3 Fasa Lakuan Lompat Tinggi ................................................................ 13 - 18
Mohd Iqmal Bin Hizazi Tracy James Daryllichelle Dayang Anak Dinggun Ahmad Fadzlee Bin Donald ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) Page 3

5.0 RUMUSAN ..................................................................................................... 19 6.0 REFLEKSI INDIVIDU ..................................................................................... 20 - 22 5.1 Refleksi ................................................................................................ 20 5.2 Refleksi ................................................................................................ 21 5.3 Refleksi ................................................................................................ 22 RUJUKAN ............................................................................................................ 23

1.0 PENDAHULUAN 1.1. Pengenalan Lompat Tinggi merupakan satu sukan yang mengunakan ketinggian yang sudah lama bertapak di arena sukan olahraga acara padang. Cara dan teknik lompat tinggi mengalami perubahan daripada gaya lompatan, pusingan dan flop. Lompat tinggi telah dipertandingkan di Sukan Olimpik sebagai acara individu dan termasuk sekali dalam acara Lelaki Decathlon dan Perempuan Heptathlon. Pelompat tinggi sekarang banyak mengunakan teknik Fosbury Flop. Di Malaysia atlet lompat tinggi terbaik ialah Ramjit Singh, Lou Chee Peng, Lee Kum Zee dan Nor Aishah Ismail. Acara lompat tinggi begitu popular dalam mana-mana kejohanan sukan olahraga. Ia adalah salah satu acara padang yang memerlukan para peserta melompat melepasi palang. Palang tersebut diletakkan di antara dua tiang tegak. Dalam pertandingan, palang akan dinaikkan setelah peserta berjaya melepasi ketinggian palang yang diletakkan. Setiap peserta akan diberi peluang sebanyak tiga kali untuk melakukan lompatan lompatan melepasi sesuatu ketinggian palang. Sekiranya peserta gagal sebanyak tiga kali berturut-turut, maka dia dikira gagal. Para peserta yang menyertai acara ini perlu melompat setinggi yang dapat dilakukan, untuk menentukan kemenangan mereka dalam acara tersebut.

Mohd Iqmal Bin Hizazi Tracy James Daryllichelle Dayang Anak Dinggun Ahmad Fadzlee Bin Donald

( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 )

Page 4

Acara lompat tinggi amnya dikuasai oleh atlit-atlit yang bertubuh tinggi dengan kualiti lonjakan yang baik. Kelajuan memecut tidak dianggap sebagai criteria yang penting seperti dalam acara lompat jauh atau lompat kijang. Namun begitu, terdapat juga atlit yang bertubuh rendah tetapi telah mencapai kejayaan kerana kualiti lonjakan yang istimewa. Atli-atlit yang bertubuh rendah dengan kualiti lonjakan yang baik biasanya akan lebih berjaya dalam acara lompat jauh atau lompat kijang berbanding dengan acara lompat tinggi. Sungguhpun beberapa gaya lompat baru telah diperkenalkan dalam bidang olahraga, lompatan gunting masih dianggap satu aktiviti latihan yang berguna. Maka lompatan gunting perlu diperkenalkan kepada atlit-atlit ada sebagai gaya kawalan ataupun sebagai satu latihan untuk membina beberapa aspek lompatan. Seterusnya, dua gaya lompatan yang lazim digunakan dihuraikan iaitu gaya pelana ( atau straddle ) dan gaya flop.

1.2. Objektif Kajian Objektif Kerja Kursus Pendek ini adalah membantu untuk mengetahui dan mengaplikasikan acara padang lompat tinggi dengan menggunakan kemahirankemahiran dan gaya-gaya yang tertentu. Selain itu, dapat melakukan demonstrasi berkaitan dengan gaya lompat tinggi. Di samping dapat menghasilkan kertas kerja yang singkat.

Mohd Iqmal Bin Hizazi Tracy James Daryllichelle Dayang Anak Dinggun Ahmad Fadzlee Bin Donald

( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 )

Page 5

2.0 SEJARAH LOMPAT TINGGI 2.1 Sejarah Awal Lompat tinggi mula diperkenalkan pada tahun 1887. Acara lompat tinggi dimulakan seawal Sukan Olimpik pada zaman Greece pada tahun 1896. Rekod pertama acara Lompat Tinggi ketika di Scotland pada abad ke-19, dengan pencapaian atas 1.68m oelh peserta pada masa itu. Pelompat pada masa dahulu menggunakan gaya gunting. Gaya ini sudah tidak dikenali oleh dunia lain sungguh pun masih ada peserta-peserta tanah air yang menggunakan gaya ini. Gaya ini dilakukan dengan lonjakan kaki yang jauh dari palang. Kaki bersilang di atas palang dan badan menyeberang palang dalam lakuan duduk berlunjur. Gaya ini tidak digalakkan sekali kali. Sekitar abadke-20, teknik ini telah dimodenkan oleh warga Irish-American M.F. Sweeneys Eastern cut-off seperti gaya Gunting, tetapi bahagian belakang mendarat semasa melompat melepasi palang. Sweeney telah Berjaya mencipta teknik yang berkesan dan mencipta rekod 655/8 (1.97m) pada 1895.

Gaya Timur sebenarnya gaya yang mula-mula diguna oleh Sweeny dan selepasnya maka habislah orang-orang Pantai Timur Amerika menggunakannya. Hal ini sebenarnya yang membolehkan gaya lompatan ini mendapat namanya hingga kini. Seorang lagi warga Amerika, M.F. Horine, memajukan dan mencipta teknik yang lebih efisyen iaitu Gaya Guling Barat. Ia Berjaya melompat setinggi 6 kaki 7 inci dalam tahun
Mohd Iqmal Bin Hizazi Tracy James Daryllichelle Dayang Anak Dinggun Ahmad Fadzlee Bin Donald ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) Page 6

1912 dan gayanya pula ditiru oleh semua peserta-peserta Amerika Barat. Dengan ini terdapatlah namanya Guling Barat itu. Gaya ini adalah lebih baik dan berkesan dari gaya timur atau gaya gunting. Peserta-peserta tanah air digalakkan memahiri gaya ini.

Pelompat Amerika dan Rusia telah menggunakan satu gaya yang menjadi ikutan pelompat-pelompat yang lain. Gaya ini merupakan satu gaya lompat tinggi yang cukup popular dan dari segi mekanik pergerakan gaya ini sungguh beruntung dan berkesan dari segi mekanik pergerakan gaya ini sungguh beruntung dan berkesan dari gaya-gaya lompatan yang lain. Dalam pertandingan Olimpik di Rome dalam tahun 1960, 17 orang peserta memasuki pertandingan akhir dan dari 17 orang peserta itu 14 orang menggunakan gaya pelana. Hal ini membuktikan kepopularan gaya ini. Di antara semua gaya-gaya lompat tinggi yang telah digunakan oleh peserta-peserta maka gaya guling barat dan gaya pelana sahajalah yang agak saintifik dan lebih berkesan bagi seseorang peserta. Catatan Rekod-rekod Lompat Tinggi Bagi rekod Dunia : 1. Atlit lelaki dipegang oleh Javier Sotomayor dari Cuba dengan ketinggian 2.45m pada 27 Julai !993 di Salamanca, Sepanyol. 2. Atlit wanita pula dipegang oleh Stefka Konstadinova dari Bulgaria dengan ketinggian 2.09m pada 30 Ogos di Rome, Itali. Bagi rekod Kebangsaan : 1. Atlit lelaki dipegang oleh Loh Kum Zee dengan ketinggian 2.24m pada 14 Disember 1995 di Chiang Mai, Thailand. 2. Atlit wanita pula dipegang oleh Nor Aishah Ismail dengan ketinggian 1.77m pada 15 Julai 1990 di Kuala Lumpur. Antara atlit-atlit lompat Tinggi Malaysia yang lain adalah seperti: a) Arifin Rahmat
Mohd Iqmal Bin Hizazi Tracy James Daryllichelle Dayang Anak Dinggun Ahmad Fadzlee Bin Donald ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) Page 7

b) Balji Singh Sidhu c) Ho Yon Wah d) Glady Chai Ng Mei e) Shabana Khanum

3.0 ACARA LOMPAT TINGGI 3.1. Peraturan Peserta mestilah melonjak dengan sebelah kaki Peserta boleh mula melompat di mana-mana ketinggian permulaan yang disukainya Sesuatu lompatan akan dikira batal jika peserta menyentuh palang dan tidak melompat. Menjatuhkan palang semasa membuat lompatan atau menyentuh kawasan mendarat apabila tidak berjaya melompat Peserta yang gagal melompat melintasi palang sebanyak tiga kali bertutrut-turut ( tanpa di ambil kira di aras mana kegagalan itu berlaku) akan terkeluar daripada pertandinga Seseorang peserta berhak meneruskan lompatan ( walaupun semua peserta lain gagal) sehingga dia tidak dapat menuruskannya lagi mengikut peraturan Ketinggian lompatan di ukur secara menegak dari aras tanah hingga bahagian tengah disebelah atas padang. 3.2. Kategori 1. Peringkat Sekolah Rendah: Lelaki bawah 10 tahun Perempuan bawah 10 tahun Lelaki bawah 12 tahun Perempuan 12 tahun

2. Peringkat Sekolah Menengah:


Mohd Iqmal Bin Hizazi Tracy James Daryllichelle Dayang Anak Dinggun Ahmad Fadzlee Bin Donald ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) Page 8

Lelaki bawah 15 tahun Perempuan bawah 15 tahun Lelaki bawah 18 tahun Perempuan bawah 18 tahun

3.3. Peralatan Mistar Mistar dapat dibuat dari metal atau kayu, berbentuk bulat atau segitiga dengan diameter minimum 25 mm dan maksimum 30 mm, dengan permukaan yang datar / rata pada kedua ujung yang berguna untuk meletakkannya pada papan penopang. Panjang mistar minimal 3,64 m dan maksimal 4,00 m, berat maksimal 2,2 kg. Lintasan awalan dan tempat tolakan kaki Panjangnya awalan tidak terbatas , dan minimal panjangnya 5 cm. Tiang penopang Untuk lompat tinggi semua tiang dapat dipakai asalkan kokoh, cukup tinggi, mudah memasang / menaikkan mistar dengan 5 atau 10 cm Tempat mendarat Tempat mendarat minimal 4 x 5 m, dapat ditutup dengan matras lompat atau karet busa pengalas lompatan Peraturan lain Sebelum perlombaan dimulai, seorang juri akan mengumumkan tinggi mistar pertama dan tinggi kenaikan mistar. Seorang pelompat boleh memulai lompatan pada ketinggian mistar yang dia inginkan di atas tinggi mistar minimal / pertama. Tiga
Mohd Iqmal Bin Hizazi Tracy James Daryllichelle Dayang Anak Dinggun Ahmad Fadzlee Bin Donald ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) Page 9

kegagalan lompatan berturut-turut, si pelompat tidak berhak meneruskan perlombaan lagi. Tolakan kaki pada lompat tinggi harus dilakukan oleh satu kaki. Peserta Peserta dapat berlomba tanpa atau pakai spikes dengan sol yang tidak boleh tebal dari 13 mm. giliran pelompatan diberikan 1,5 menit setiap lompatan. Bila terjadi lompatan yang sama (tie), peserta dengan lompatan terkecil pada ketinggian dimana tie terjadi, dia pemenangnya. Bila tie ini masih sama, peserta dengan jumlah yang gagal terkecil dari perlombaan, dia yang menang. Bila masih sama, peserta yang jumlah lompatannya terkecil dari seluruh perlombaan dia menang. Bila masih sama dan ini berkenaan dengan penentuan juara 1, harus diadu lagi (jump off). Setiap peserta yang terlibat tie untuk menentukan diberi hak melompat satu kali lagi pada ketinggian yang ia gagal. Dan bila tak ada keputusan, mistar akan diturunkan setiap 1 cm setiap lompatan, sampai tie ini dapat dipecahkan.

Mohd Iqmal Bin Hizazi Tracy James Daryllichelle Dayang Anak Dinggun Ahmad Fadzlee Bin Donald

( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 )

Page 10

4.0 AKTIVITI LOMPAT TINGGI Aktiviti Pemanasan Badan Bagi setiap latihan di bawah,lakukan dalam lingkungan dari 10 hingga 15 minit,sambil berlari anak kembali ke posisi awal. Melakukan 3 hingga 4 kali ulangan bagi setiap orang untuk setiap aktiviti.

Lunge walk - Tujuan aktiviti ini adalah untuk melonggarkan pinggul, menguatkan kaki, punggung dan paha belakang. Aturkan kedudukan terjang dan langkah maju ke terjang lain. Tegakkan dada ke atas, lihat lurus ke depan dan selaraskan tangan anda dengan kaki anda.

Mohd Iqmal Bin Hizazi Tracy James Daryllichelle Dayang Anak Dinggun Ahmad Fadzlee Bin Donald

( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 )

Page 11

High knee lift - Aktiviti ini adalah untuk fleksor pinggul dan kekuatan pergelangan kaki. Gunakan hujung jari kaki untuk bergerak dan angkat paha masing-masing hinggakan kedudukan paha sejajar dengan tanah apabila anda bergerak ke hadapan.

Elbow-to-inside-of-ankle lunge - Tujuan aktiviti ini adalah untuk fleksibiliti pinggul, kekuatan hamstring dan meregangkan bahagian belakang. Serupa dengan berjalan terjang, tapi memanjangkan bahagian depan badan anda di atas kaki depan anda. Jika kaki kanan berada di depan anda, anda akan mengambil siku kanan ke arah bahagian dalam pergelangan kaki kanan. Keseimbangan ketika melakukan aktiviti ini amat penting.

Calf walk - Untuk kekuatan bahagian betis dan meningkatkan fleksibiliti bahagian Achilles. Memperluas pergelangan kaki pada setiap langkah akan memanaskan otot betis dan tendon Achilles supaya otot tersebut bersedia untuk aktiviti seterusnya.
Mohd Iqmal Bin Hizazi Tracy James Daryllichelle Dayang Anak Dinggun Ahmad Fadzlee Bin Donald ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) Page 12

Sideways and backwards skipping/running - Untuk kekuatan ,kelincahan dan fleksibiliti bahagian bawah kaki atau betis.

Leg drives - Bersandar ke depan dinding, dengan tangan anda keluar di paras bahu dan kaki bahu anda sejauh sekitar satu meter dari dinding. Lihat lurus ke depan dan pastikan tubuh anda lurus. Angkat kaki kanan anda, dengan membengkok lutut sehinggakan bahagian paha sejajar dengan tanah. Dari pinggul anda, tolakkan kaki ke belakang, sehingga kaki depan anda kena tanah, kemudian tarik kaki kembali ke kedudukan awal untuk menyelesaikan satu set. Lakukan 10 set pada setiap kaki.

Mohd Iqmal Bin Hizazi Tracy James Daryllichelle Dayang Anak Dinggun Ahmad Fadzlee Bin Donald

( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 )

Page 13

Leg cycling - Baring terlentang di kawasan permukaan yang selesa.Kemudian angkat kedua-dua kaki ke atas dan kayu kaki sepertimana sedang mengayuh basikal. Lakukan latihan dengan perlahan-lahan pada awalnya, dan semakin laju secara berperingkat ketika sudah yakin.

Fasa Ansur Maju Langkah 1 : Perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah menentukan kaki lonjakan. Kaki yang menjadi pilihan adalah kaki yang dirasakan terkuat, selesa dan mudah melakukan lonjakan apabila melakukan lompatan. Langkah 2 : Adakan beberapa barisan mengadap sesuatu tanda yang telah disediakan di atas tanah. Larian dilakukan dan terus loncat ataupun melompat di atas kaki yang telah dipilih untuk membuat lonjakan. Langkah 3 : Pengasingan dilakukan bagi pelompat yang menggunakan kaki kiri dan kaki kanan. Manakala kedudukan pelatih bagi pelompat yang menggunakan lonjakan kaki kanan ialah di sebelah kanan mengadap palang manakala pelompat yang menggunakan lonjakan kaki kiri di sebelah kiri mengadap palang. Langkah 4 : Pada permulaannya tali getah hendaklah digunakan sebagai menggantikan palang agar memberi keyakinan kepada pelompat. Ikatkan sesuatu tanda seperti kain
Mohd Iqmal Bin Hizazi Tracy James Daryllichelle Dayang Anak Dinggun Ahmad Fadzlee Bin Donald ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) Page 14

putih di tengah-tengah tali getah itu tadi. Ianya bertindak sebagai penanda bagi pengamatan tahap lompatan. Langkah 5 : Arahan diberikan agar pelatih bergerak ke arah hadapan. Ini diikuti dengan arahan agar kaki dihayun bebas setinggi yang boleh supaya dapat menyentuh penanda yang telah diikat pada tali getah tadi. Ketinggian ukuran tali getah dimulakan daripada aras pinggang sehinggalah paras bahu. Langkah 6 : Apabila sampai pada tahap ini, penerangan teknik yang paling sesuai untuk melakukan aktiviti bagi gaya ini adalah seperti berikut: a) b) c) d) Kedudukan badan hendaklah disandarkan kebelakang. Kaki yang digunakan untuk lonjakan dihulurkan sejauh yang boleh ke hadapan. Kedua-dua belah tangan digerakkan ke belakang badan. Pada masa yang sama kaki ditendang sebebasnya ke atas dengan kencang dan dipandu dengan kedua-dua tangan yang dihayunkan ke atas. Penerangan tentang aksi lonjakan menegak ke atas dapat dicapai dan penekanan perlu ditegaskan kepada lonjakan ke atas. Ini belum lagi aksi bagi memutar melintasi palang. Bagi aksi layangan tidak perlu dipedulikan lagi, hanya loncatan tegak dahulu perlu ditegaskan. Langkah 7 : Kesemua langkah di atas dilakukan dipraktikkan di tali getah yang menggantikan palang. Langkah 8 :
Mohd Iqmal Bin Hizazi Tracy James Daryllichelle Dayang Anak Dinggun Ahmad Fadzlee Bin Donald ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) Page 15

Langkah seterusnya ialah memperkenalkan aksi peringkat putaran. Kedudukan sekarang adalah berpasangan. Satu demontrasi cara membuat putaran diperkenalkan dan dilakukan. Dalam setiap pasangan, pelompat akan menendang sebelah kaki ke atas. Penyokong atau pembantu kepada pelaku akan memegang pergelangan kaki sebelah lagi. Kaki tersebut diputarkan ke arah kaki sebelah lagi sebagai imbangan. Oleh itu secara automatik badan akan berputar ke arah sisi. Perkara yang harus ditegaskan dan ditekankan ialah badan haruslah diangkat ke bawah. Kepala perlu direndahkan, manakala tangan diturunkan. Langkah 9 : Bangku panjang disediakan dan diletakkan disisi tilam. Satu langkah diambil di atas bangku. Kaki dihayunkan bebas ke atas dan jatuhan ialah di atas tulag belikat di atas tilam. Bangku dikeluarkan. Seterusnya gaya ini dilatih untuk beberapa langkah. Langkah 10 : Bila teknik ini telah dikuasai, barulah diperkenalkan langkah atau teknik larian landas. Ianya menggunakan 5 hingga 7 langkah mengikut keselesaan. Kelajuan Lonjakan Kelajuan ialah lompatan menggunakan kaki secara drastik kepada setiap lompatan. Atlit yang bersedia untuk membuat lompatan dipengaruhi oleh dua daya yang berbeza apabila mlakukan pergerakan daripada berlari sehingga melonjak. Salah satu dari daya ini ialah komponen mendatar dan kompenan menegak. Daya komponen ini mengawal kelajuan pelepasan dan terus kepada kedudukan pinggang selepas lonjakan. Objektif umum lompatan yang baik ialah memperlahankan kelajuan mendatar dengan kadar yang paling perlahan.
Mohd Iqmal Bin Hizazi Tracy James Daryllichelle Dayang Anak Dinggun Ahmad Fadzlee Bin Donald ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) Page 16

Masalah ketika menghasilkan daya menegak ialah kedudukan pinggang perlu berada dibawah persediaan melompat. Dalam lompat tinggi, kelajuan semasa berlari sangat penting, tetapi sekiranya lonjakan terlalu cepat, kaki lonjakan tidak terkawal. Hal ini adalah mustahil untuk melakukan lojakan yang sempurna. Kelajuan dalam lonjakan yang terbaik adalah dengan menggunakan Progress Pecutan secara beransur-ansur. Masa yang biasa untuk memperlahankan penujuan apabila atlit mula m embuat penukaran daripada mendatar kepada menegak. Kebanyakan masalah disebabkan satu atau semua daripada faktor berikut : Kelajuan kaki yang berkurangan ketika langkah kedua yang terakhir sebelum melonjak. Berhenti dengan kaki lonjakan. Membiarkan kedudukan pinggag terlalu rendah supaya dapat berlari dengan lebih laju.

Pinggang mestilah direndahkan sedikit dengan membengkokkan bahagian buku lali, lutut dan pinggang. Perubahan dari mendatar kepada menegak adalah secara melembutkan pinggang dan tidak mengurangkan kelajuan mendatar. Ketinggian Pinggang Semasa Melonjak Setiap atlit mempunyai ketinggian semulajadi yang tertentu dan faktor ini tidak boleh dikawal. Walau bagaimanapun, terdapat tiga teknik berbeza yang membantu meningkatkan pusat tubuh kepada ketinggian yang maksimum.

Mohd Iqmal Bin Hizazi Tracy James Daryllichelle Dayang Anak Dinggun Ahmad Fadzlee Bin Donald

( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 )

Page 17

1. Tenik pertama ialah kebolehan berlari secara tinggi dan tegak yang diperlukan. Semasa fasa larian penujuan, sehingga sampai ke fasa lonjakan, kaki hendaklah memijak terus di bawah pinggang. Setiap kecenderungan untuk melangkah terlebih luas akan menyebabkan kedudukan pinggang berada di bawah. 2. Teknik kedua pula ialah lompatan yang efektif mempunyai kebolehan untuk memendekkan langkah terakhir sebelum melakukan lonjakan. Kependekan langkah akan menyebabkan pinggang naik atau berada diatas. 3. Faktor ketiga ialah kelajuan semasa lonjakan. Faktor ini memberi kesan yang penting pada ketinggian pinggang sepanjang lonjakan. Kelajuan lonjakan yang tinggi dan kedudukan pinggang yang tinggi akan membuat lengkungan layangan lompatan tersebut.

Sudut Lonjakan Sudut melalui pusat badan iaitu pinggang pelompat dipanggil sudut lonjakan. Layangan atau parabola ditentukan oleh dan semasa atlit mengangkat kakinya untuk lompatan. Ketika atlit berada di udara, laluan tidak boleh ditukar. Pelompat itu memulakan lompatan dan mendarat pada sudut yang sama. Sudut lonjakan hasil daripada kelajuan larian. Semakin cepat fasa penujuan itu dan tanpa gangguan pergerakan, semakin mendatar sudut lonjakan itu. Sudut lonjakan yang rendah sangat penting dalam lompat jauh. Penyelesaian yang jelas menghasilkan kelajuan yang tinggi ketika di laluan larian dan dalam melakukan lonjakan. Lompat tinggi ialah pengecualian dalam prinsip kelajuan kerana atlit lompat tinggi mencuba untuk mencipta kompenen menegak atau lompatan yang tinggi dengan menggunakan kaki. Tetapi dalam lompat tinggi, kelajuan sangat penting dan sudut lonjakan lebih mendatar daripada yang kita fikirkan. Lompatan terbaik di dunia ialah dalam lingkungan 52 sudut lonjakan. Keseimbangan Dan Pertukaran

Mohd Iqmal Bin Hizazi Tracy James Daryllichelle Dayang Anak Dinggun Ahmad Fadzlee Bin Donald

( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 )

Page 18

Aspek mekanikal yang terakhir dalam lompatan ialah mesti dilakukan dengan seimbang dan pertukaran yang berlaku semasa fasa layangan untuk setiap lompatan. Objektif atlit adalah untuk bergerak atau menyesuaikan kedudukan bahagian-bahagian tubuh semasa layangan untuk mengambil peluang terhadap parabola yang telah disediakan. Seperti yang telah dinyatakan, parabola layangan tidak akan berubah ketika atlit di udara. Walaupun pergerakan satu bahagian badan diangkat atau satu lagi diturunkan. Dalam hukum Newton ketiga menyatakan untuk setiap pergerakan akan mengakibatkan yang sama dan berlawanan. Kelajuan pertukaran meningkat dan mengurang apabila berlaku perubahan jarak. Memanjangkan dan memendekkan lengan, kaki mempengaruhi kelajuan atau pertukaran di sekeliling paksi. Pertukaran yang spesifik ialah varasi kepada setiap acara, tetapi jurulatih yang bijak dapat memahami kesan terhadap badan ketika di udara. Fasa Lompat Tinggi Gaya lompatan boleh dibahagikan kepada empat fasa Pergerakan iaitu : a. Penujuan b. Lonjakan larian menghala ke palang tindakan kaki untuk menaikkan badan

c. Layangan gaya dan kedudukan badan ketika berada di udara dan di atas palang. d. Pendaratan sentuhan badan dan bahagiannya dengan tempat mendarat. Gaya Lompat Tinggi Terdapat beberapa gaya lompat tinggi, iaitu gaya gunting, gaya timur, gaya guling barat, gaya pelana dan gaya Fosbury Flop:

Mohd Iqmal Bin Hizazi Tracy James Daryllichelle Dayang Anak Dinggun Ahmad Fadzlee Bin Donald

( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 )

Page 19

A.

Gaya gunting Pelompat menuju ke palang secara bersudut dan melonjak dengan kaki yang berada diluar dari palang. Semasa melepasi palang, pelompat berada dalam keadaan duduk berlunjur.

B.

b) Gaya Timur Pelompat menuju ke palang secara lurus dari hadapan 90 darjah. Semasa melonjak,kaki bebas dihayun secara tegak ke hadapan badannya dan pelompat melepasi palang secara mengiring.

C.

Gaya guling barat Penujuan ke palang secara bersudut seperti dalam gaya gunting.Pelompat melonjak dengan kaki yang lebih dekat dengan palang.Kaki lonjakan berada dalam keadaan bengkok semasa pelompat berguling selari dengan palang untuk membuat pelepasan.

D.

Gaya pelana Gaya ini hamper sama dengan gaya fuling barat.Pelompat menuju ke palang secara bersudut. Ketika melepasi palang, muka pelompat memandang ke bawah dan keadaan badannya seolah-olah meniarap di atas palang.

E.

Gaya Fosbury Flop Gaya yang paling popular dan berkesan pada masa kini ialah gaya Fosbury Flop.Mengiku gaya ini pelompat menuju ke palang dengan membelakangkan palang Gaya ini diperkenalkan oleh Dick Fosbury pada Tahun 1968. Beliau telah memperkenalkan satu teknik baru dalam bidang melompat tinggi di mana pelepasan palang di buat dengan bahagian belakang ( bahu ) dahulu dan pendaratan dibuat di belakang badan hamper dengan bahagian tengkuk. Gaya ini sungguh popular pada masa kini dan tidak ada sebab mengapa para pelajar tidak diberi peluang untuk mempelajarinya. Untuk tujuan keselamatan, tilam pendaratan yang mencukupi digunakan semasa pelajaran atau latihan.

Fasa-Fasa Yang Terdapat Dalam Gaya Fosbury Flop : Penujuan Bisanya pelompat mengambil tujuh hingga sembilan langkah larian di mana tiga langkah terakhir itu adalah bentuk melengkung. Larian melengkung inilah yang menyediakn pelompat melepasi palang dengan bahagian belakangnya dahulu.
Mohd Iqmal Bin Hizazi Tracy James Daryllichelle Dayang Anak Dinggun Ahmad Fadzlee Bin Donald ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) Page 20

Lonjakan Ini adalah tindakan yang meledak. Sebaik sahaja pelompat mengaklhiri larian yang melengkung, kaki luarnya melonjak dengan kuat apabila memijak tanda lonjakn yang hamper selari dengan palang. Kedua-dua belah tangan dibengkokkan dan dihayun ke atas dan kaki bebas diangkat tinggi dengan bahagian lutut juga dibengkokkan. Lutut ini juga digerakkan secara melintang badan untuk membantu pusingan badan diudara supaya bahu menjadi selari dengan palang. Layangan Semasa di udara, pelompat menoleh kebelakang (memenadang palang) sambil melentikan badan.Tangan diletakkan di bahagian sisi badan dan kedua-dua belah kaki dibengkokkan dibahagian lutut. Lentikkan badan ini akan membantu bahagian punggung pelompat badan melepasi palang. Setelah badan pelompat melepasi palang, kedua-dua belah kakinya diluruskan dan diangkat tegak keatas. Tindakan ini dibuat supaya kaki tidak tersangkut pada palang dan ia juga sebagai Persediaan untuk pendaratan. Pendaratan Serentak dengan mengankat kakinya keatas, pelompat menarik kepala dan dadanya ke arah kaki. Kedua-dua belah tangan diangkat ke atas dan lompat mendarat di atas bahagia belakang badannya ( tulang belikat ).

Mohd Iqmal Bin Hizazi Tracy James Daryllichelle Dayang Anak Dinggun Ahmad Fadzlee Bin Donald

( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 )

Page 21

5.0 RUMUSAN

Mohd Iqmal Bin Hizazi Tracy James Daryllichelle Dayang Anak Dinggun Ahmad Fadzlee Bin Donald

( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 )

Page 22

6.0 REFLEKSI INDIVIDU Refleksi Ketika proses membuat acara padang olahraga ini, saya telah menerima banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri saya sebagai bakal guru. Setelah membuat banyak rujukan dan perbincangan bersama rakan-rakan, saya mula lebih mengenali apa itu acara-acara padang. Saya juga mula merasai kepentingan subjek ini terhadap diri saya sebagai bakal guru. Contohnya melaui tugasan ini, saya mula mempelajari apa itu pendekatan bermain sambil belajar. Menyeimbangkan bermain dan belajar ataupun membuat kerja, menjadi rangka kerja yang penting bagi membentuk kurikulum dan persekitaran pembelajaran kanak-kanak. Pemahaman guru berkenaan teori-teori perkembangan dan pembelajaran serta interaksi kanak-kanak dengan guru dan rakan dapat membantu merancang pembelajaran melalui bermain.

Selain itu, melalui proses membuat tugsan ini secara berkumpulan telah melatih diri saya untuk menjadi seorang yang berdisiplin. Hal ini kerana tanpa disiplin yang baik tugasan ini mungkin tidak dapat disiapkan tepat pada waktunya. Saya juga tidak boleh bergantung kepada orang lain untuk mendapatkan maklumat kerana tugasan kerja kursus pendek ini adalah tugasan wajib kami sebagai seorang pelajar.

Mohd Iqmal Bin Hizazi Tracy James Daryllichelle Dayang Anak Dinggun Ahmad Fadzlee Bin Donald

( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 )

Page 23

Secara keseluruhannya, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya bagi menyiapkan ini terutama sekali kepada pensyarah saya yang telah banyak memberikan tunjuk ajar. Tidak dilupakan juga ribuan terima kasih saya ucapkan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan yang banyak membantu memberi sumbangan idea dan moral sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. _______________________________________ ( DARYLLICHELLE DAYANG ANAK DINGGUN ) PPISMP SEM 2 PK ( MP ) / BM / PJ / PSV 29 MARCH 2011 Refleksi Pertama sekali saya sangat bersukur kerana saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Apa yang dapat saya gambarkan semasa menerima tugasan ini ialah halangan-halangan yang terpaksa saya hadapi sama ada dari segi kewangan,masa serta sumber. Namun setelah diberi penerangan daripada oleh pensyarah pendidikan jasmani, kami dapat memahami serta memudahkan merangka setiap proses untuk melaksanakan tugasan ini.

Sepanjang proses kami menyiapkan kerja kursus ini,saya dapati bahawa setiap yang saya pelajari selama ini bukan mudah untuk difahami. Sebagai contoh, sebelum ini saya kurang memahami tentang gaya-gaya untuk melompat tinggi serta tekniknya dan sebagainya. Namun begitu.setelah saya mengkaji serta mencari maklumat mendalam tentang perkara tersebut bagi tugasan ini, saya dapat memahami subjek ini dengan lebih mendalam.

Walaupun sepanjang proses melaksanakan tugasan ini saya terpaksa berkorban dari segi masa, tenaga, kewangan dan sebagainya, saya tetap berpuas hati kerana dengan hasil kerja keras saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini
Mohd Iqmal Bin Hizazi Tracy James Daryllichelle Dayang Anak Dinggun Ahmad Fadzlee Bin Donald ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) Page 24

Akhir kata, saya amat bersyukur serta gembira kerana dapat juga saya siapkan kerja kursus ini dengan jayanya walaupun pelbagai halangan terpaksa kami hadapi sepanjang proses melaksanakan tugasan ini.

_______________________________________ ( MOHD IQMAL BIN HIZAZI ) PPISMP SEM 2 PK ( MP ) / BM / PJ / PSV 29 MARCH 2011 Refleksi Melalui kerja kursus ini saya dapat memahami tentang acara-acara padang terutamanya acara lompat tinggi. Secara tidak langsung ianya dapat mengajar saya dengan lebih mendalam serta terperinci mengenai tentang acara ini. Saya juga dapat berfikir dengan lebih kreatif dan kritis selepas menyiapkan kerja kursus ini.

Saya mencari maklumat yang berkaitan di dalam internet, selain itu saya juga tidak lupa untuk membuat rujukan di perpustakaan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut. Saya juga bersyukur kerana mempunyai rakan sekelas yang begitu memahami serta banyak membantu dengan menyumbangkan idea dan sokongan kepada kami. Setelah semua maklumat dipecahkan kepada bahagian-bahagian tertentu, saya membuat kerja dengan begitu tekun dan sabar. Saya saling merujuk antara satu sama lain untuk memantapkan lagi kerja kursus saya ini. Dengan kerjasama pelbagai pihak, akhirnya siaplah kerja kursus ini dengan jayanya.

Akhir sekali, proses terakhir ialah menyemak semua hasil aktiviti yang disiapkan dengan teliti sebelum membukukan kerja kursus saya ini. Saya begitu berpuas hati
Mohd Iqmal Bin Hizazi Tracy James Daryllichelle Dayang Anak Dinggun Ahmad Fadzlee Bin Donald ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) Page 25

dengan hasil ini kerana berjaya menyiapkannya dengan lengkap dan tepat pada masanya. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam proses menyiapkan kerja kursus saya ini. Sekian, terima kasih.

_______________________________________ ( TRACY JAMES ) PPISMP SEM 2 PK ( MP ) / BM / PJ / PSV 29 MARCH 2011 Refleksi Tugasan kajian terhadap Acara Padang Olahraga ini merupakan satu cabaran baru kepada saya. Ini disebabkan saya perlu mengambilnya sebagai pakej opsyen saya iaitu PK/BM/PJ/PSV. Meskipun saya mengambil opsyen ini sewaktu mendapatkan ijazah, saya pernah belajar mata pelajaran Pendidikan di sekolah menengah dahulu. Jadi saya tidaklah janggal sangat dengan mata pelajaran ini. Selain itu banyak kekangan yang saya lalui untuk menyiapkan tugasan ini, antaranya kelajuan talian internet, masa untuk berbincang dengan rakan sekumpulan dan tugasan yang bertimpa-timpa dari mata pelajaran lain. Selain itu perisian word yang tidak sama juga menyukarkan saya untuk membuka fail yang dikirim oleh rakan-rakan. virus dari pen drive luar masih menjadi musuh utama dalam menyiapkan kerja dengan komputer saya. Di samping itu tugasan ini juga banyak mengorbankan masa dan tenaga untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan kajian yang saya jalankan ini. Namun, banyak pengalaman yang dapat saya perolehi semasa mencari maklumat-maklumat ini. Hal ini kerana dapat membuatkan saya lebih mahir dan cekap menggunakan kemudahan internet dengan sebaiknya.
Mohd Iqmal Bin Hizazi Tracy James Daryllichelle Dayang Anak Dinggun Ahmad Fadzlee Bin Donald ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) Page 26

Dengan siapnya tugasan ini ia memberikan saya satu dimensi baru mengenai mata pelajaran Pendidikan Jasmani ini. Ia mejadikan saya seorang yang teliti dan mempunyai sikap menyelidik terhadap fasa dan teknik melakukan lompat tinggi yang betul. Sikap ingin mengetahui juga dapat memberi saya sedikit sebanyak mengenai ilmu dalam bahagian sukan dan anatomi mengenai otot yang terlibat. Sikap ini akan saya terapkan kepada pelajar sekolah apabila saya tamat belajar kelak.

_______________________________________ ( AHMAD FADZLEE BIN DONALD ) PPISMP SEM 2 PK ( MP ) / BM / PJ / PSV 29 MARCH 2011 RUJUKAN

Rujukan Buku Olahraga Acara-Acara Padang ( Jilid 1 ), Sidang Pengarang, Karisma Publications Sdn. Bhd, Selangor Darul Ehsan. Malcolm Arnold, Jumping, The Crowerd Press, Crowood House, Ramsbury Marlborough, Wiltshire SN8 2HE. Rujukan Internet Lompat Tinggi http://ms.shvoong.com/books/guidance-self-improvement/1742564-lompat-tinggi/ http://ms.wikipedia.org/wiki/Lompat_tinggi http://www.scribd.com/doc/17227397/lompat-tinggi Sejarah Lompat Tinggi
Mohd Iqmal Bin Hizazi Tracy James Daryllichelle Dayang Anak Dinggun Ahmad Fadzlee Bin Donald ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) Page 27

http://pjpkipkb.forumphpbb3.com/viewtopic.php?f=26&t=25 Peraturan Lompat Tinggi http://id.shvoong.com/internet-and-technologies/sport/2084519-peraturan-lompat-tinggi/

Mohd Iqmal Bin Hizazi Tracy James Daryllichelle Dayang Anak Dinggun Ahmad Fadzlee Bin Donald

( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 ) ( PPISMP Semester 2 PK / PJ / PSV 1 )

Page 28

You might also like