You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN SEMENYIH 2 43000 KAJANG, SELANGOR

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET / ALIH HARTA SEKOLAH Bil 2/2013

Tarikh Tempat Masa Pengerusi

: 08/10/2013 : Bilik Operasi : 2.00 petang : En. Tan Kian Kiat

Kehadiran 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. En. Salleh Bin Osman Pn. Che Siah Bt Hamid En. Hairul Anuar Bin Harith En. Mohd Radzi Bin Ishak En. Redzuan Bin Jaris Pn. Beh Mee Foong Pn. Kalai Chelvi RPC P. Noorhafiza Bt Mamat Naib Pengerusi 1 Naib Pengerusi 2 Pegawai Aset ( S/U ) Pegawai Stor Pegawai Pelupusan Pegawai Pemeriksa Pegawai Pemeriksa Pegawai pembantu

Turut Hadir Tiada

1.0 UCAPAN PENGERUSI Pengerusi memberi salam dan mengalu-alukan kehadiran semua Ahli Jawatankuasa JKPAK ke Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) Kali Pertama Bil. 2/2013. 2.0 MEMBENTANGKAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU Minit mesyuarat disahkan oleh En. Mohd Radzi Bin Ishak. 3.0 PERKARA BERBANGKIT 3.1 KEW.PA-4 DAN KEW.PA 5 Tindakan menyelaraskan pergerakan aset dan penempatan aset harus dikemaskini. Ramai guru sukar memastikan pergerakan aset dari satu tempat ke tempat lain. Pengemaskinian senarai aset perlu disegerakan supaya senerai rekod tidak tercicir. Tindakan : Pegawai Aset 4.0 MEMBENTANGKAN KEDUDUKAN SEMASA ASET ALIH KERAJAAN 4.1 Pendaftaran Aset Semua penerimaan aset ini telah didaftar ke dalam KEW PA 2 dan KEW PA 3. Tindakan susulan Unit Pengurusan Aset Sekolah ialah mengemaskini rekod KEW PA 7 di Bahagian/Unit yang menerima aset berkenaan. Tiada Harta Perolehan yang terbaharu diterima oleh pihak sekolah dari KPM atau JPN setakat ini.

4.2

Penyelenggaran Aset Unit Pengurusan Aset akan mengambil tindakan penyelenggaraan berdasarkan borang aduan kerosakan yang diterima. Sehingga kini, Unit Pengurusan Aset Sekolah tiada menerima aduan kerosakan dari guru dan kakitangan sekolah. Kehilangan Dan Hapus Kira (Tiada)

4.3

5.0 LAPORAN HASIL PEMERIKSAAN ASET ALIH KERAJAAN Sehingga kini tiada rekod selepas melakukan pemeriksaan aset alih kerajaan oleh Lembaga Pemeriksa Pelupusan Sekolah Pn. Beh Mee Foong dan Pn. Kalai Chelvi. Segala aset sekolah disimpan dengan baik.

5.0 LAPORAN TINDAKAN PELUPUSAN (Tiada) Makluman

6.0 LAPORAN TINDAKAN SURCAJ / TATATERTIB (Tiada) Makluman 7.0 MASALAH-MASALAH BERKAITAN DENGAN PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN Guru-guru yang bertanggungjawab perlu memastikan segala aset alih kerajaan direkodkan sebelum didaftar dan diguna. Kelegaan merekod pengurusan aset alih kerajaan menyebabkan data tercicir dan kesukaran merekod data yang baharu. Sebarang masalah dalam merekod pengurusan aset alih kerajaan akan dibantu oleh dua orang guru Pn. Kalai dan Pn. Beh. Makluman 8.0 SISTEM MYSPATA Pengerusi menerangkan tentang penggunaan sistem terbaru yang digunakan olah Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu sistem bagi pendaftaran daftar aset khusus (DAK) sistem MySPATA. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sedang meluaskan penggunaan sistem mySPATA bagi pendaftaran Data Aset Khusus (DAK) setelah pihak Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JPAK) memutuskan setiap kementerian perlu menyelesaikan data-data tersebut menjelang Jun 2012.

9.0 HAL-HAL LAIN 9.1 Pergerakan Aset Alih Kerajaan Setiap pergerakan aset alih kerajaan di perkhidmatan perlu dilaporkan kepada Unit Pengurusan Aset Sekolah untuk tujuan pemantauan. Guru-guru yang menggunakan aset alih sekolah perlu merekod pada KEW.PA 6 supaya pergerakan harta modal dan inventori dapat didaftar.

Makluman : Semua Guru 9.2 Penyimpanan Daftar / Rekod Aset Unit Pengurusan Aset Sekolah akan menyimpan daftar asal dan salinan dokumen perlu di simpan di lokasi penempatan. Setiap bahagian dan unit yang terlibat dengan penerimaan aset perlu mendaftar dan menyelenggarakan maklumat aset tersebut bagi memudahkan pemeriksaan aset dilakukan. Tindakan : Guru-guru 9.4 Penempatan Aset

Semua aset perlu berada di lokasi yang telah dinyatakan di dalam daftar aset agar pemantauan dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Sebarang pergerakan perlu dilaporkan kepada Unit Pengurusan Aset Sekolah dengan segera. Makluman 9.5 Pelabelan Aset Unit Pengurusan Aset Sekolah perlu menyediakan sistem pelabelan yang sistematik supaya harta aset sekolah tidak dicicir dan tiada rekod. Ini bertujuan untuk memudahkan proses mengenal pasti kewujudan dan penempatan aset sekolah semua warga sekolah. Tindakan : Guru-Guru

9.6

Taklimat Tatacara Pengurusan Aset Kerajaan Semua pegawai dan kakitangan yang bertanggungjawab terhadap pengurusan aset perlu diberikan penerangan lebih khusus berkaitan Pekeliling Perbendaharaan Bil 5 Tahun 2007 agar tidak timbul kekeliruan semasa menjalankan tugas. Ini secara tidak langsung dapat memperbaiki kelemahan semasa menguruskan aset sekolah. Tindakan : Unit Pengurusan Aset Sekolah

10.0

PENUTUP

Pengerusi berharap semua ahli jawatankuasa dapat memainkan peranan untuk memastikan aset sekolah berada di dalam keadaan terkini. Mesyuarat ditagguhkan pada pukul 3.30petang.

Disediakan Oleh:

Disemak Oleh:

--------------------------(HAIRUL ANUAR BIN HARITH) SETIAUSAHA PEGAWAI ASET

---------------------------------(TAN KIAN KIAT) GURU BESAR

You might also like