You are on page 1of 2

SK BANDAR BARU BATANG KALI, SELANGOR, MALAYSIA

ILMU TERAS KEJAYAAN


Latar Belakang Sekolah

Sekolah ini dibuka pada tahun 2002. Guru Besar pertama sekolah ini ialah Pn. Hjh Latifah Bt Mahluddin. Guru Besar kedua ialah Tn Hj Maskuri B. Borhan. Sekolah ini mempunyai 4 Blok iaitu Blok A, Blok B, Blok C dan Blok D. Sekolah ini mempunyai seramai 90 orang guru dan 6 kakitangan pejabat.

Visi Sekolah
SK Bandar Baru Batang Kali menjadi contoh terbaik menjelang 2010

Misi Sekolah
BERUSAHA KE ARAH

. Memartabatkan pelajar dalam pembentukan minda matang dalam penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira sehingga tercapai prestasi akademik cemerlang.

. Memperkasa pelajar dalam pembentukan jatidiri cemerlang berasaskan KoKurikulum melalui aktiviti-aktiviti sukan, Unit Pakaian Seragam dan Kelab Permainan/Persatuan.

. Membangunkan diri pelajar mempunyai citra terpuji, berbudaya suka membaca, berfikiran terbuka, berbudi bahasa dan berhemah tinggi.

. Mewujudkan prasarana yang lengkap dan persekitaran kerja atau belajar yang kondusif.

. Memastikan setiap pelanggan yang berurusan dengan SKBBBK berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.

You might also like