You are on page 1of 21

1.

0 JENIS GENTIAN Gentian dapat dikelaskan kepada: 1 Gentian asli 2 Gentian buatan Gentian asli Gentian asli daripada sumber semula jadi, ialah: 1. Gentian tumbuhan 2. Gentian haiwan

Gentian tumbuhan: Gentian tumbuhan untuk fabrik adalah gentian yang mengandungi 70 peratus hingga 80 peratus selulosa yang terkandung dalam biji, batang daun dan buah. Selulosa pada gentian tumbuhan terdiri daripada unit glukosa. Setiap molekul glukosa mengandungi unsur karbon, hydrogen, dan oksigen. Susunan molekul dalam selulosa padat dan teratur. Susunan ini memberikan kekuatan pada batang tumbuhan. Kapas Pokok kapas banyak ditanam di negara India, Amerika Syarikat, Russia, China, dan Mesir. Tinggi pokok kapas lebih kurang satu hingga satu setengah meter. Pada peringkat awal, bunganya berwarna kuning muda kemudian selepas tiga hari bunga akan menjadi merah dan gugur meninggalkan lenggai atau buah kapas. Lenggai ini membesar sehingga sebesar telur ayam, terdapat tiga hingga lima garisan yang membujur yang akan merekah apabila buah kapas matang. Setiap pokok yang akan mengeluarkan sekurang-kurangnya 20 biji buah dan setiap buah pula mengandungi 30 hingga 40 biji benih yang disalut dengan bebola gentian kapas.

Kapas dapat dikategorikan kepada empat jenis: 1. Kapas Sea Island 2. Kapas Mesir 3. Kapas Amerika 4. Kapas India Kapas Sea Island dan kapas Mesir digunakan untuk membuat benang kapas dan fabrik yang ringan seperti Batiste. Kapas Amerika sesuai dijadikan fabrik yang tebal dan berat untuk kegunaan artikel kelengkapan rumah tangga dan industri. Kapas India digunakan untuk menghasilkan fabrik berkualiti rendah.

Struktur gentian kapas Gentian kapas dibentuk daripada unit sel yang merupakan tiub yang pipih, berpintal dan terdapat limen di tengahnya. kekukuhan - kukuh - bertambah kukuh apabila basah kerana air yang diserap mengembangkan gentian kapas dan menyusun semula kawasan yang berhablur di dalam selulosa. -kotoran dapat dikelurkan dengan mudah. kekenyalan - Tidak kenyal - dapat mengekalkan bentuknya - pakaian mudah renyuk Penyerapan lembapan -bersifat hidrofilik -mudah menyerap lembapan -mengandungi 7% lembapan dan dapat menerap sehingga 21% air -selesa dipakai -contoh: tuala -mudah menyerap warna

-tiada cas elektrostatik Pengalir haba -Pengalir haba yang baik -dapat memindahkan haba tubuh ketika panas buat kita rasa sejuk -diseterika pada suhu tinggi Tindakan asid -asid hidroklorik dan asid sulfuric akan merosakkan fabric -asid asetik dan cuka tidak memberikan sebarang kesan Tindakan alkali -tahan kepada tindakan alkali seperti sabundan agen pencuci -perlu dibilas sehingga bersih Ketahanan terhadap cahaya matahari -tidak memberikan kesan -warna pakaian menjadi pudar selepas dijemur adalah kerana pewarna yang tidak berkualiti rendah.

Ciri-ciri gentian kapas Proses membuat yan kapas: 1. pengasingan 2. pembentukan lap 3. penyisiran 4. penipisan 5. pemintalan Proses membuat yan kapas Selepas kapas dipetik, proses memisahkan gentian kapas daripada biji benih dikenali sebagai pengasingan .Kapas berbiji dimasukkan ke dalam mesin yang mempunyai gergaji untuk mencengkau gentian dan menariknya ke dalam beberapa lubang sempit. Biji kapas yang bersaiz besar tidak dapat masuk ke dalam lubang dan gentian dipisahkan daripada biji.

Untuk memudahkan pengangkutan ke kilang tekstil,gentian kapas dimampatkan menjadi beberapa bendela, kemudian digred mengikut standard yang telah berasaskan purata panjang, kebersihan, keputihan, kehalusan kekuatan, dan kematangan.

Linen Gentian linen ialah selulosa batang fleks. Fleks ditanam di Russia, Poland, Perancis, dan Romania. Tinggi pokok fleks lebih kurang satu meter. Daunnya kecil dan tirus, bunganya biru atau putih dan berbatang kecil. Gentian yang baik didapati semasa pokok berbunga atau ketika batangnya berwarna hijau. Gentian fleks menghasilkan yan dan tow. Yan urai adalah gentian linen yang panjang, halus, licin, dan berkilat. Yan urai digunakan untuk membuat fabric batiste, kambrik, kain damask, untuk kain kelengkapan rumah tangga, dan pakaian. Tow adalah gentian yang pendek, kasar, warnanya pudar, lembut, dn terasa panas apabila dipegang. Tow digunakan untuk membuat pakaian, cadar, dan tuala. Struktur gentian fleks kekukuhan - paling kukuh - bertambah kukuh apabila basah kerana kerana permukaan selnya yang berpoligon kekenyalan - Tidak kenyal - dapat mengekalkan bentuknya - pakaian mudah renyuk Penyerapan lembapan -mudah menyerap lembapan -menyerap 20% air -kering lebih cepat Pengalir haba -Pengalir haba yang baik -dapat memindahkan haba tubuh ketika panas buat kita rasa sejuk

-diseterika pada suhu tinggi Tindakan asid -asid hidroklorik dan asid sulfuric akan merosakkan fabrik -asid asetik dan cuka tidak memberikan sebarang kesan Tindakan alkali -tahan kepada tindakan alkali seperti sabun dan agen pencuci -perlu dibilas sehingga bersih Ketahanan cahaya matahari Gentian fleks berupa satu jaluran yang mengandungi lebih kurang 30 unit sel. Purata panjang gentian adalah lebih kurang 500 milimeter. Ketebalan gentian bergantung kepada jumlah sel yang terdapat dalam gentian tersebut. Sel gentian fleks dipastikan dengan adanya ruuas apabila di lihat dibawah mikroskop. Bentuk permukaan keratin rentas gentian fleks adalah polygonal. Gentian fleks mengandungi gam dan lilin. Ciri-ciri gentian linen Proses membuat yan lilin: 1. Pereputan 2. Pembantingan 3. Penyisiran 4. Penipisan 5. Pemintalan terhadap -tahan apabila didedahkan kepada cahaya matahari

Gentian haiwan Benang sayat ialah gentian haiwan yang mengandungi protein terdiri daripada rambut, bulu, dan filament. Sutera Dalam jangkamasa tiga hingga tujuh hari ,telur kupu-kupu menetas, menjadi larva dan diberi makan daun malberi. Dalam jangka masa pembesaran, larva bersalin kulit sebanyak empat kali dan beratnya bertambah sepuluh ribu kali ganda dan bersedia membentuk kokun. Pada mulut larva terdapat dua pasang kelenjar. Sepasang kelenjar mengeluarkan cecair protein fibrion dan membentuk dua filamen sutera yang akan kering apabila terdedah di utara. Pada masa yang sama, sepasang kelenjar yang lain mengeluarkan bahan gam serikin yang meletakkan kedua-dua filament. Larva melilit filament tubuhnya dengan pergerakan angka lapan hingga terbentuk kokun. Dalam membuat sutera kokun ini dipanaskan untuk membunuh kepompong sebelum sempat menjadi kupu-kupu dan sebelum kepompang menebuk kokun yang boleh memendekkan filament dan merendahkan kualiti sutera. Kebanyakkan filamen sutera diperoleh daripada bombyx morri, iaitu sejenis kupukupu yang diternak. Sutera liar seperti Tussah atau Tussur diperoleh apabila kupukupu Antherea, sejenis kupu-kupu liar dikumpulan dari pokok di Asia Tenggara. Kupukupu ini makan daun oak dan menghasilkan sutera yang berwarna krim, kuning atau hijau. Fibroin tersusun rapat untuk membentuk kawasan berhablur yang menjadikan gentian sutera kukuh. Filamen sutera kelihatan seperti rod licin dan keratin rentasnya berbentuk segitiga. Bentuk segitiga ini member kilauan kepada fabrik.

Ciri-ciri filamen sutera kekukuhan - kukuh - ketika basah sutera akan kehilangan 20% kekukuhannya. kekenyalan - kekenyalan sutera bergantung kepada kualiti. - sutera yang tidak baik akan mudah renyuk Penyerapan lembapan -fabrik sutera adalah ringan -menyerap 20% air -kering lebih cepat Pengalir haba -Pengalir haba yang kurang baik -dapat mengekalkan suhu udara terlalu tinggi atau rendah -diseterika pada suhu rendah Tindakan asid -asid dan garam seperti peluh dan buah-buahan , agen pencuci dapat merosakkan sutera Tindakan alkali -dapat melemah dan merosakkan sutera. -sutera memerlukan agen pencuci yang lembut. Ketahanan matahari terhadap cahaya -tidak tahan apabila didedahkan kepada cahaya matahari -perlu dikeringkan ditempat teduh.

Gentian Buatan Gentian buatan dihasilkan daripada tindakan kimia dengan bahan mentah seperti petroleum, arang batu dan selulosa. Gentian buatan sesuai dijadikan bahan tekstil sekiranya polimernya boleh dicairkan, dan dikeluarkan melalui spinneret untuk membentuk aliran polimer menjadi filament.

Tiga cara asas yang digunakan untuk membuat gentian ialah pintalan cair, pintalan basah dan pintalan kering.

Gentian buatan dapat dibahagikan kepada selulosa terjana semula (diperolehi daripada campuran bahn kimia dengan selulosa daripda kayu atau serpihan kapas) dan sintetik (gentian yang diperbuat daripada arang batu dan petroleum). Viskos Merupakan gentian yang diperbuat daripada selulosa yang dicampur dengan alkali dan soda kaustik. Negara pengeluar utama viskos ialah Rusia, Jepun, Aerika, Jerman dan Britain.

Ciri-Ciri Gentian Viskos

1. Kekukuhan Viskos adalah gentian yang sedehana kukuhnya.kekukuhannya akan merosot sehingga 40% apabila basah. Ketika basak viskos aka memeri, koyak, putus atau pecah. Pengendalian fabric dan pakain viskos perlu diberi perhatian semasa mencucinya. 2. Kekenyalan Gentian viskos tidak kenyal, mudah hilang bentuk dan cepat renyuk terutamanya dalam cuaca yang panas dan lembap. Kelembapan ini diatasi engan member rawatan unutk menstabilkan gentian dan mengurangkan kadar kehilangan bentuk.

3. Penyerapan Lembapan Gentian viskos merupakan penyerap lembapan yang paling baik antara gentian buatan kerana gentian tersebut mengandungi 10% lembapan dan boleh menyerap sehingga 40% air. 4. Pengalir Haba Gentian viskos adalah pengalir haba yang sederhana kerana gentian ini masih dapat mengalirkan haba daripada tubuh.Fabrik viskos boleh diseterika pada suhu yang sederhana. Masalah kerenyukan diatasi dengan menseterika pakaian ketika lembap atau menggunkan seterika stim. 5. Tindakan Asid Asid pekat seperti asid hidroklorik dan asid sulfurik dapat merosakkan gentian viskos dengan cepat. Asid lemah seperti asid asetik dan asid buah-buahan akan meninggalkan kesan jika tidak dicuci dengan segera. 6. Tindakan Alkali Gentian viskos tahan dengan tindakan alkali berbanding dengan asid. Tetapi jka gentian terlalu kerap dan lama terdedah kepada tindakan alkali, febrik viskos akan berubah warna dan ini melemahkan gentian. Fabric perlu dicuci dengan agen pencuci yang lembut dan dibilas dengan bersih. 7. Ketahanan Terhadap Cahaya Matahari Gentian viskos akan menjadi lemah jika fabric terdedah lama kepada cahaya matahari

Proses Membuat Yan Viskos 1. Merendam Selulosa kayu dipotong menjadi kepingan dan direndam dalam soda kaustik untuk membnetuk selulosa soda. Selulosa soda dipecah dan disimpan unutk pengoksidaan. 2. Penxantatan Seulosa soda diputar dengankarbon diulfida di dalam drummembnetuk natriun selulosa xantat yang bewarna oren 3. Melarut Natrium selulosa xantat dimasukkan ke dalam larutan soda kaustik untuk membentuk larutan viskos yang bewarna perang. 4. Menuras Larutan viskos dibiarkan pada suhu tertentu untuk beberapa hari bagi memblehkan gentian dipintal. Larutan akan dituras untuk mengeluarkan partikel yang tidak larut. 5. Pemintalan Larutan viskos dimasukkan ke dalam spinneret supaya viskos mengalir ke dalam takungan asid dan garam untuk dijadikan filament viskos. Yan viskos akan dibasuh unutk mengeluarkan semua bahan kimia dan dkeringkan. 6. Asetat Asetat adalah gentian yang diperbuat daripada selulosa serpihan kayu dan kapas yang dicampur dengan bahan kimia. Pengeluar utama asetat adalah Amerika, Rusia dan Jepun.

10

Ciri-Ciri Gentian Asetat 1. Kekukuhan Gentian asetat adalah lemah dan akan menjadi lebih lemah apabila basah. Oleh itu fabric asetat perlu dikendalikan dengan cermat ketika mencucinya untuk mengelakkan daripada rosak. 2. Kekenyalan Kekenyalan gentian adalah sedererhana. Fabric asetat mudahrenyuk dan ia sesuai unutk pakaian wanita kerana fabrik ini lembut dan dapat tergantung dengan baik. 3. Penyerapan Lembapan Gentian asetat dapat menyerap sehingga 12% leembapan. Kandungan lembapan yang rendah menyebabkan fabric mengalami elektrostatik terutamanya dalam kesadaan atmosfera yang kering. Oelh itu fabric asetat cepat kering apabila dicuci. 4. Pengalir Haba Gentian asetat adalah pengalir haba yang tidak baik kerana fabrik terasa panas apabila dipakai semasa cuaca panas.Fabrik asetat memerlukan sedikit haba semasa diseterika kerana suhu ynag tinggi dapat mengecutkan gentian. 5. Tindakan Asid Asid pekat dapat merosakkan gentian dan asid lemah mengubah warna fabric. Oleh itu fabric perlu dicuci segara jika terkena asid. 6. Tindakan Alkali Gentian asetat sensitive dengan tindakan alkali terutamanya pada suhu yang panas. Untuk mengelakkan fabrik asetat berubah warna dan pudar, fabrik perlu dicuci dengan air sabun sejuk dan sabun suam dan dibilas denganbersih.

11

7. Ketahanan Terhadap Cahaya Matahari Gentian asetat tahan kepada dedahan cahaya matahari. Sesungguhnya begitu, fabrik asetat perlu disidai di tempat yang teduh untuk mengelakkan perubahan warna. Proses Membuat Yan Asetat 1. Rawatan Awal Selulosa daripada serpihan kayu atau serpihan kapas dirawat dengan asid asetik untuk membuka strukturnya dan menjadikan polimer aktif. 2. Pengasetilan Pengasetilan adalah proses mencampurkanselulosa dengan asid asetik.asid sulfuric bertindak ebagai mangkin untuk membentuk selulosa triasetat. 3. Pemintalan Sisik selulosa triasetat dilarutkan dalam aseton. Larutan dituras dan dimasukkan ke dalam spinneret, setsrusnya dilakukan pada wap suam. Aseton tersejat dan menghasilkan filament asetat dan yan staple.

Triasetat Truasetat adalah gentian yang diperbuat daripada sepihan pulpa kayu denagn asetik anhidridadan metilena klorida. Triasetat berbeza daripada asetat kerana perbezaan bahan kimia yang digunakan.Cara membuat yan triasetat adalah sama dengan membuat asetat kecuali selulosa asetat akan terus dipintal menjadi filament.

12

Poliamida Bahan asas untuk mambuat poliamida atau nilon adalah arnag batu, udara dan air. Tiga jenis poliamida dikenali sebagai nilon 11, 66 dan 6. Negara pengeluar utama poliamida ialah Amerika, Eropah Barat dan Jepun. Ciri-Ciri Gentian Poliamida 1. Kekukuhan Poliamida adalah gentian yang kukuh. Gentiannya keras dan tegun serta tidak begitu sesuai untuk dijadikan pakaian. 2. Kekenyalan Kekenyalan dan kepegasan poliamida adalah baik yang menjadikan gentuian liat dan sesuai digunakan sebagai pakaian kalis peluru. 3. Penyerapan Lembapan Gentian poliamida adalah penyepar lembapan yang baik, kerana gentian ini dapat menyerap lembapan sehingga 7%. Kandungan lembapan yang sedikit menjadikan poliamida mudah mengalami elektrostatik dan tidak selesa dipakai. 4. Penebat Haba Poliamida dalah penebat haba yang menjadikannya panas apabila dipakai. Fabric poliamida memerlukan haba yang sedikit ketika diseterika. Ia mudah bertukar warna, jika lama diseterika dan kerap dicuci. 5. Tindakan Asid Tindakan asid dapat melemahkan poliamida. Pakaian fabric poliamida perlu dicuci secepat mungkin jika terkena asid yang mengubahkan warnanya seperti peluh, asid buah-buahan dan cuka.

13

6. Tindakan Alkali Gentian poliamida tahan dengan tindakan alkali tetapi fabric menjadi kuning jika dibiarkan lama di dalamnya. Oleh itu fabric ini perlu dibilas bersih untuk mengelakkannya daripada menjadi kuning. 7. Ketahanan Terhadap Cahaya Matahari Gentian poliamida tahan dengan cahaya matahari. Sesungguhnya begitu gentian poliamida perlu disidai di tempat yang teduh untuk mengelakkan perubahan warna.

Proses Membuat Yan Poliamida 1. Pemintalan Cair Arang batu atau petroleum, udara dan air dicampurkan untuk menghasilkan heksametilenadiamina dan asid adipik. Kedua-dua bahan ini dicairkan , kemudian dijadikan pepejal dan dipotong menjadi kepingan polimer poliamida. Polimer poliamida akan dicairkan semula dan dimasukkan ke dalam spinneret. Cecair poliamida yang keluar disejukkan olehaliran udara sejuk untuk dijadikan gentian filament atau gentian staple. 2. Penapisan Filament diregang atau ditipis, dipintal dan dililit pada gelendung atau dipotong untuk dijadikan staple.

Poliestier Bahan asas untuk membuat polyester ialah petroliumdan etilena. Pengeluar utama polyester ialah Amerika, Eropah Barat dan Jepun.

14

Ciri-Ciri Gentian Poliestier 1. Kekukuhan Gentian polyester adalah gentian yang kukuh walaupun basah. Gentian polyester keras dan kesat, oleh itu gentian tersebut banyak digunakan dalam industry. 2. Kekenyalan Gentian yang berat adalah kenyal dan tidak mudah renyuk. Oleh iitu fabric dapat tergantung dengan baik. 3. Penyerapan Lembapan Polyester adalah gentian hidrofobik yang hanya dapat menyerap sedikit lembapan sahaja. Ini menyebabkan fabrk ini mudah mengalami elektrostatik. 4. Penebat Haba Gentian polyester adalah penebat haba dan ini menyebabkan gentian ini panas apabila dipakai.fabrik ini hanya memerlukan sedikit haba apabila diseterika. 5. Tindakan Asid dan Alkali Asid dan alkali tidak member kesan kepada warna polyester. 6. Ketahanan Terhadap Cahaya Matahari Gentian polyester tahan dengan dedahan cahaya matahari dan sesuai digunakan sebagai langsir.

15

Proses Membuat Gentian Poliestier Proses membuat gentian poliester adalah sama dengan poliamida. Patrolium dicampurkan dengan asid tereftalik dan dicampur dengan glikoetilina untuk membentuk polimer yang dicairkan, dijadikan pepejal, dipotong dan dikeringkan. 1. Akrilik Bahan asas untuk membuat akrilik ialah petroleum, ammonia dan air. Pengeluar utama ialah Eropah, Jepun dan Amerika. Ciri-Ciri Gentian Atrilik 1. Kekukuhan Kekukuhan gentian atrilik berkurangan sehingga 20% apabila basah. 2. Kekenyalan Kekenyalan gentian adalah sederhana kerana fabric akrilik mudah renyuk dan tidak memeri. Fabric ini akan kehilangan bentuk sekiranyaditarik dengan kuat. 3. Penyerapan Lembapan Gentian atrilik adalah hidrofobik yang hanya menyerap air sehingga 4% air sahaja. Oleh itu gentian cepat kering dan mudah mengalami elektrostatik serta kekotoran mudah melekat. 4. Penebat Haba Gentian atrilik adalah penebat haba. Gentian ini amat sensitive dan bentuknya mudah hilang pada suhu yang tinggi. Oleh itu fabric akrilik perlu diseterika dengan menggunakan suhu rendah. Akrilik mudah juga berubah warna jika dibasuh dengan air panas.

16

5. Tindakan Asid Gentian atrilik tahan terhadap tindakan asid. 6. Tindakan Alkali Alkali dapat mereputkan gentian atrilik jika terdedah terlalu lama. Sungguhpun begitu bahan pencuci di rumah tidak merosakkan fabric atrilik. Fabric yang bewarna putih perlu dibilas dengan rapi untuk mengelakkan fabric daripada menjadi kuning. 7. Ketahanan Terhadap Cahaya Matahari Gentian atrilik paling tahan jika didedahkan kepada cahaya matahari dan sesuai dijadikan langsir.

Proses Membuat Gentian Akrilik Pembentukan Bahan Asas Pembentukan bahan asas cecair akrilik dihasilkan dengan mencampurkan ammonia, patrolium dan air. Cecair ini dipanaskan dan dilarutkan supaya boleh dipintal. Pengeluaran Gentian Bahan larutan dimasukkan ke dalam spinerit dan filament yang terbentuk dikumpulkan di dalam air. Filament diregang, dibasuh, dikering dan dipotong untuk dijadikan yan stapel.

17

2.0 Faktor perkembangan dan kejayaan bidang fabrik di Malaysia. Malaysia terletak dalam kawasan doldrum khatulistiwa dan jarang sekali

mempunyai keadaan langit tidak berawan langsung. Hakikat ini benar walaupun ketika musim kemarau teruk. Cahaya matahari juga boleh diperolehi setiap hari, tanpa mengiramusim. Jarang sekali Malaysia mengharungi tempoh di mana

cahaya matahari tidak kelihatan, walaupun semasa musim monsun timur laut. Iklim Malaysia ialah mempunyai suhu yang seragam sepanjang tahun, dengan julat perbezaan suhu yang agak kecil sepanjang tahun. Udaranya mempunyai

kadar kelembapan (humidity) yang tinggi, dan mempunyai tiupan angin yang, pada keseluruhannya, agak lemah. Keadaan angin di Malaysia tidak kencang dan arahnya berubah-ubah. Terdapat perubahan bertempoh dalam corak tiupan angin. Empat musim boleh dibezakan iaitu monsun barat daya, monsun timur laut dan dua musim peralihan monsun yang lebih pendek. Semasa musim-musim peralihan monsun, semasa palung

khatulistiwa merentangi Malaysia, angin berkelajuan lemah dan arahnya berubah-ubah. Faktor iklim memainkan peranan yang penting dalam pemilihan jenis fabrik yang sesuai untuk dipakai bagi memperoleh keselesaan yang maksimum buat pemakai. Terdapat beberapa jenis fabrik yang sesuai untuk dipakai bagi iklim di Malaysia seperti fabrik jenis kapas dan linen. Permintaan terhadap jenis fabric ini juga meningkat dari saban tahun menyebabkan berlaku perkembangan dan membuka pintu kejayaan kepada pengusaha-pengusaha fabric jenis ini. Pertumbuhan industri tekstil dan pakaian Malaysia telah dipertingkatkan pada awal tahun 1970an apabila negara melancarkan program perindustrian berorientasi eksport. Dengan eksport bernilai RM9.3 bilion dan import sebanyak RM5.2 bilion, ia menjadikan Malaysia pengeksport bersih tekstil dan produk-produk tekstil. Terdapat 670 syarikat berlesen dalam pengeluaran dengan pelaburan RM8.3 bilion. Industri ini menggaji lebih 68,000 pekerja.

18

Ketika ini, industri berkenaan merangkumi berbagai-bagai aktiviti bersepadu yang terdiri daripada pempolimeran dan pengeluaran gentian buatan, pemintalan, pengteksturan, penenunan, kait, pewarnaan, cap dan kemasan yarn dan fabrik; pengilangan pakaian-pakaian dan barang-barang buatan tekstil lain seperti permaidani, cadar dan alas meja dan tali. Industri ini juga meliputi pengilangan fabrik bukan tenunan bagi produk-produk penjagaan diri, pakaian beli siap, perabot dan cadar serta aplikasi pembinaan dan kejuruteraan. Industri tekstil dan pakaian Malaysia kini berpotensi untuk berubah menjadi sebuah kluster industri maju. Ini dicapai dengan beranjak naik dalam rantaian nilai, membangunkan rekaan-rekaan fesyen tempatan yang inovatif dan berjenama, meningkatkan pembangunan produk melalui R&D dalam bidang-bidang pewarnaan, cap dan kemasan, membangunkan gentian-gentian baru, yarn dan tekstil industri dan rumah, menambahbaik produktiviti melalui automasi, pengilangan fleksibel dan kecekapan teknik, pembangunan rangkaian pengedaran dan pemasaran global yang cekap, dan pengukuhan rangkaian menyeluruh. Jenis dan ciri gentian merupakan faktor yang utama kepada perkembangan dan kemajuan bidang fabrik di Malaysia. Bidang fabrik di Malaysia berkembang maju selari dengan kemajuan ekonomi negara pada masa kini. Sebagai contoh industry kilang pembuatan pakaian harian. Industri ini mendapat permintaan daripada orang ramai. Hal ini kerana fabrik kapas diperbuatan daripada gentian semula jadi. Gentian semula jadi merupakan satu gentian yang diperolehi daripada tumbuhan dan haiwan. Fabrik yang digunakan untuk membuat kain kapas daripada gentian asli iaitu daripada tumbuhan. Ciri gentian ini ialah kukuh dan tahan lasak dan teguh apabila basah. Dari segi penyerapan lembapan fabrik ini mudah menyerap lembapan dan selesa dipakai terutama pada waktu panas Sebagai contoh syarikat yang telah menempa nama di nagara kita Malaysia iaitu Sri De Lara Trading Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai SDL Trading Sdn Bhd adalah sebuah syarikat pengilang dan pengeluar pelbagai jenis pakaian dan cenderahati terbesar di Malaysia. SDL Sdn Bhd telah mula beroperasi pada tahun 2006 dan dimiliki
19

sepenuhnya oleh Bumiputera serta didaftarkan dengan Kementerian Kewangan Malaysia. Syarikat ini mengeluarkan pelbagai jenis produk yang menggunakan fabric kapas. Fabrik kapas, fabrik paling sesuai dipakai di negara beriklim tropika

seperti Malaysia. Sifatnya yang sejuk, tahan lasak membolehkan ia berupaya menyerap peluh. Fabrik berkenaan dikatakan bersifat fiber dan mampu menyerap 25 peratus daripada kapasitinya di samping menghasilkan pengaliran udara yang baik pada badan.Selain faktor keselesaan kepada pemakai, fabrik kapas juga unik kerana

memberikan imej muda kepada pemakainya, lebih-lebih lagi bercorak bunga. Jika dulu masyarakat mengaitkan baju kurung kain kapas sebagai koleksi pakaian orang tua zaman dulu, kini ramai anak muda lebih dan gemar mengenakan

baju kurung fabrik berkenaan

kerana

nampak

ringkas

bersahaja.Fabrik itu

ditambah dengan pelbagai reka corak dan warna supaya dapat memberi pilihan kepada pelanggan. Fabrik kapas Inggeris mempunyai corak bunga ros halus sekata pada seluruh badan kain. jenis berkenaan menggunakan warna lembut, tetapi kadangkala tampak kusam dengan fabrik lebih tebal dan berat, namun kapas Inggeris ini paling digemari ramai.Jika dahulu, apabila bercakap mengenai kain kapas, orang akan membayangkan kain murahan yang biasanya dibuat baju tidur, baju Kedah, baju kanak-kanak, langsir atau sarung bantal. Namun kini kain kapas menjadi pilihan semua golongan dan pilihan kain kapas juga meluas. Terdapat kain kapas Swiss, Jepun, Indian lawn, Inggeris dan Indonesia. Keindahan corak kain kapas yang pelbagai yang bukan hanya corak bungabungaan malah dengan banyak pilihan contohnya corak jalur, abstrak, polka dot dan sebagainya menjadikan kain kapas yang telah dijadikan baju kurung tampil eksklusif. Golongan dewasa boleh memilih corak yang bersesuaian seperti bunga-bungaan besar, jalur, daun pasli, pakis dan sebagainya. Sementara kanak-kanak manis dengan corak bunga-bunga kecil. Selain untuk baju kurung, kain kapas juga pilihan yang amat sinonim dengan fesyen gaun smocking kanak-kanak.
20

Tarikan lain ialah pilihan warna-warna kain yang terang dan ceria sekali gus membangkitkan kegembiraan di hati si pemakai baik dewasa atau kanak-kanak. Kini corak kain kapas lebih dipelbagaikan di mana corak untuk bahagian baju dan kain dibuat berbeza. Contohnya jika bahagian baju bercorak bunga kecil, bahagian kain pula dengan corak bunga yang lebih besar. Ibu-ibu juga lebih gemar memilih jenis kain kapas bagi dijadikan baju anak kerana keselesaan. Kanak-kanak yang tidak selesa dengan baju yang dipakai sudah pasti akan meragam. Perubahan ini berjaya mengangkat martabat kain kapas itu sendiri dan bukan lagi menjadi pilihan pakaian untuk golongan bawahan. Oleh itu, tidak hairanlah kain kapas yang telah dijadikan baju kurung kini mencecah harga hingga ratusan ringgit apa lagi jika ditambah dengan hiasan manik.

21

You might also like