You are on page 1of 17

1.

0 PENGENALAN Dalam menempuh kehidupan seharian, kita seringkali berhadapan dengan apa yang dikatakan sebagai pengujian, pengukuran dan penilaian dalam semua keadaan yang memerlukan kita membuat sesuatu pertimbangan atau keputusan. Guru perlu membuat pertimbangan atau keputusan berhubung dengan murid-murid yang perlu dikendalikan di dalam bilik darjah terutamanya semasa pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung. Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah antara beberapa konsep penting dalam dunia pendidikan. Misalnya, sesetengah guru apabila mengedarkan kertas ujian, mereka mungkin mengatakan mereka mengukur prestasi pelajar atau menilai prestasi pelajar dalam sesebuah bilik darjah tanpa mengetahui maksud sebenar atau maksud khusus yang mendukung istilah berkenaan. Secara khususnya, ketigatiga istilah berkenaan mempunyai makna yang lebih spesifik dan ketiga-tiganya mempunyai perbezaan. Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik, dengan mengambil kira semua faktor yang boleh mempengaruhi maklumat atau dapatan yang diperolehi akan membantu guru dalam membuat sebarang keputusan yang tepat. Apabila kita menilai, kita mencuba meletakkan sesuatu itu di satu takat yang melambangkan nilai sebenar baginya. Biasanya nilai itu dilambangkan dengan markah, gred ataupun kedua-duanya sekali di dalam satu darjah. Penilaian tidak semestinya dijalankan melalui pengujian dan peperiksaan yang formal. Tetapi cara yang formal lebih sesuai. Contoh penilaian yang formal termasuk pengujian bulanan, pengujian dalam bilik darjah, pengujian lisan dan sebagainya. Penilaian perlu

dijalankan dulu sebelum gred atau markah dapat diberi. Ini bermakna kualiti prestasi pelajar tidak boleh dilambangkan matlamat tanpa penilaian dijalankan. Secara umumnya, pentaksiran di dalam bilik darjah bermaksud proses mengumpulkan dan mentaksirkan maklumat tentang murid untuk membuat keputusan-keputusan yang dapat meningkatkan pembelajaran dan pengajaran. Terdapat beberapa tujuan mengapa pentaksiran amat penting dilaksanakan di dalam bilik darjah. Antaranya ialah pentaksiran bertujuan untuk mengintergrasikan pengukuran dan penilaian dengan pengajaran sehingga dapat membantu

meningkatkan mutu pembelajaran dan pengajaran. Pentaksiran sememangnya dilaksanakan untuk mendapatkan maklumat bagi mengukuhkan PdP dan bagi membantu guru untuk mengukur dan menilai kedua-dua aspek pembelajaran dan pengajaran, iaitu produk dan proses PdP. Pentaksiran di dalam bilik darjah merupakan satu proses mengumpulkan maklumat tentang PdP secara berterusan dan proses ini melibatkan dua aktiviti yang dikenali sebagai penilaian dan pengukuran. Pengukuran bermaksud aktiviti yang menetapkan sifat sama ada sifat kuantitatif ataupun sifat kualitatif kepada sesuatu aspek pembelajaran. Pengukuran membolehkan guru membandingkan pencapaian antara murid-murid sama ada kumpulan murid cerdas ataupun kumpulan murid yang lemah. Penilaian pula merupakan aktiviti yang menetapkan nilai terhadap perkara yang diukur. Penilaian adalah langkah yang mentaksirkan sama ada pencapaian seseorang murid itu lulus atau gagal, cemerlang atau lemah dan juga baik ataupun buruk. Secara ringkasnya, penilaian adalah aktiviti yang melibatkan tindakan membuat pertimbangan tentang kualiti, iaitu sifat-sifat yang diingini dan sebaliknya pada sesuatu aspek pencapaian tertentu.

Kesimpulannya, proses pentaksiran hanya dapat menghasilkan maklumatmaklumat yang berguna untuk meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran sekiranya aktiviti-aktiviti pengukuran dan penilaian dapat dilaksanakan secara tepat dan sistematik. Oleh itu, aktiviti-aktiviti pengukuran dan penilaian hendaklah dirancang, ditadbirkan, dianalisis, ditafsirkan dan dimaklumkan kepada pihak-pihak tertentu khususnya murid dengan menggunakan prosedur yang sah dan dipercayai. Semua keperluan di atas dapat dipenuhi dengan menggunakan ujian. iaitu suatu mekanisme formal untuk mengukur dan menilai pembelajaran dan pengajaran. Berdasarkan konsep yang telah diterangkan tentang pentaksiran , satu tugasan telah diberikan dan harus dilaksanakan oleh para pelajar yang sedang mengikuti kursus Amalan Pentaksiran dalam Matematik (MTE 2112) iaitu mengumpulkan satu set soalan matematik yang telah dijawab oleh murid-murid dan membina Jadual Penentuan Ujian (JPU) berdasarkan soalan yang telah

dikumpulkan. Tugasan yang seterusnya ialah membina Jadual Penentuan Ujian (JPU) berdasarkan topik-topik Matematik yang telah diajarkan kepada murid-murid dan seterusnya membina soalan objektif baharu dan perlu dijawab oleh murid-murid semasa PdP dilaksanakan. Setelah menyemak soalan-soalan yang telah dijawab oleh murid, setiap soalan perlu dianalisis dengan teliti bertujuan untuk menentukan aras kesukaran item dan juga tingkat diskriminasi item. Setelah menganalisis dan menentukan aras kesukaran item dan tingkat diskriminasi item, setiap soalan tersebut perlu diberikan ulasan dan juga justifikasi yang tepat dan berkesan. Pelaksanaan tugasan ini telah ditadbirkan kepada murid Tahun 4 Baiduri yang terdiri daripada 29 orang murid sebagai responden semasa praktikum Fasa 2 berlangsung di Sekolah Kebangsaan Jitra. Ujian telah dilaksanakan selama satu jam dan murid-murid dikehendaki menjawab semua soalan objektif sebanyak 40 soalan.
3

Setiap soalan objektif mempunyai empat pilihan jawapan yang berbeza dan muridmurid hanya perlu memilih satu jawapan yang terbaik sahaja. Setiap soalan perlu ditunjukkan jalan pengiraan. Kesimpulannya, tugasan ini memerlukan guru untuk mengaplikasikan pengetahuan tentang bagaimana proses pentaksiran itu dijalankan. Sebagai guru efektif, seharusnya dapat melaksanakan pengujian terhadap murid-murid dengan menggunakan item ataupun soalan yang boleh dipercayai dan menepati objektif pembelajaran dan pengajaran. Oleh itu amat penting bagi guru untuk merancang dan membina Jadual Penentuan Ujian (JPU) supaya tahap kebolehpercayaan terhadap soalan yang dibina ditingkatkan dan seterusnya guru dapat membuat penganalisisan secara sistematik dan berkesan.

2.1 JADUAL PENENTUAN UJIAN (JPU) TAHUN 4 PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2013 SEKOLAH KEBANGSAAN JITRA
TOPIK KEMAHIRAN ( HASIL PEMBELAJARAN) ARAS KESUKARAN JUMLAH

PENGETAHUAN

KEFAHAMAN

APLIKASI

1.Menamakan sebarang nombor hingga 100,000. NOMBOR BULAT 2.Menambah sebarang nombor hingga 100,000. 3.Menolak sebarang nombor daripada suatu nombor yang kurang daripada 100,000.

4.Darab sebarang dua nombor dengan hasil darab sehingga 100,000.

5.Membahagi sebarang nombor kurang daripada 100,000 dengan nombor dua digit.

6.Melaksanakan operasi bergabung melibatkan tambah dan tolak.

PECAHAN

1.Menama dan menulis pecahan wajar dengan penyebutnya sehingga 10

2.Menyatakan pecahan setara bagi pecahan wajar . 3.Menambah dua pecahan wajar dengan penyebut sehingga 10.

4.Menolak pecahan wajar dengan penyebut sehingga 10.

PERPULUHAN 1.Memahami nombor perpuluhan 2. Menambah perpuluhan sehingga dua tempat perpuluhan. 3.Menolak nombor perpuluhan sehingga dua tempat perpuluhan. 4.Mendarab perpuluhan sehingga dua tempat perpuluhan dengan nombor bulat. 5.Membahagi perpuluhan sehingga dua tempat perpuluhan dengan nombor bulat. WANG HINGGA RM 10 000 1.Memahami dan menggunakan perkataan yang melibatkan wang. 2.Mengguna dan mengaplikasi pengetahuan tentang wang dalam kehidupan seharian. MASA 1. Memahami, membaca dan menulis masa dalam jam dan minit. . 2. Membina jadual mudah 3. Membaca kalender 4. Memahami hubungan di antara unit masa. 5. Tambah, tolak, darab dan bahagi dalam unit masa. 6. Mengguna dan mengaplikasi pengetahuan tentang masa untuk mencari tempoh masa JUMLAH

1 2

6 2

2 2

1 1

11

22

40

2.2 ULASAN TENTANG PEMBINAAN JADUAL PENENTUAN UJIAN (JPU) BAGI SET SOALAN PEPERIKSAAN YANG DIKUMPUL Satu set Peperiksaan Pertengahan Tahun 2013 telah dikumpulkan daripada murid-murid tahun 4 Baiduri di Sekolah Kebangsaan Jitra. Set soalan tersebut terdiri daripada 40 soalan objektif dan diberikan empat pilihan beraneka jawapan. Setiap soalan hanya mempunyai satu sahaja jawapan yang tepat. Set soalan tersebut dianalisis terlebih dahulu sebelum proses membina Jadual Penentuan Ujian dibina. Jadual Penentuan Ujian perlu dibina sebelum soalan-soalan digubal mengikut aras kognitig Taksonomi Bloom supaya setiap soalan akan merangkumi kesemua tajuk yang telah diajarkan semasa sesi pembelajaran dan pengajaran dilaksanakan. Berdasarkan set soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2013 bagi tahun 4, sebanyak 40 soalan telah digubal merangkumi lima tajuk yang terkandung di dalam huraian sukatan pelajaran Matematik tahun 4. Tajuk-tajuk yang termasuk di dalam pengggubalan soalan ini antaranya ialah Nombor Bulat, Pecahan, Perpuluhan, Wang dan juga Masa dan Waktu. Setiap soalan yang dibina terdiri daripada tiga aras kognitif Taksonomi Bloom iaitu aras pengetahuan, kefahaman dan juga aplikasi. Setiap soalan perlu digubal mengikut aras kognitif Taksonomi Bloom bertujuan untuk mengukur objektif pembelajaran yang dapat dicapai oleh murid-murid sepanjang proses PdP dilaksanakan di dalam bilik darjah. Setelah membuat penganalisisan bagi setiap soalan, Jadual Penentuan Ujian (JPU) dibina bertujuan untuk membuat klasifikasi dan pembahagian bagi setiap soalan mengikut tajuk yang terdapat di dalam HSP dan juga aras kognitif Taksonomi Bloom. Bagi tajuk Nombor Bulat, sebanyak enam soalan telah diajukan di dalam kertas soalan di mana terdapat dua soalan beraras pengetahuan, tiga soalan
7

beraras kefahaman dan satu soalan beraras aplikasi. Antara subtajuk yang merangkumi soalan dibina ialah menamakan sebarang nombor hingga 100,000, menolak sebarang nombor daripada suatu nombor yang kurang daripada 100,000 serta melaksanakan operasi bergabung melibatkan tambah dan tolak. Untuk tajuk yang kedua iaitu Pecahan, sebanyak lima soalan telah digubal. Setiap soalan yang dibina merangkumi beberapa subtajuk bagi tajuk pecahan. Antara subtajuk terlibat ialah menama dan menulis pecahan wajar dengan

penyebutnya sehingga 10, menyatakan pecahan setara bagi pecahan wajar, menambah dua pecahan wajar dengan penyebut sehingga 10 serta menolak pecahan wajar dengan penyebut sehingga 10. Lima soalan yang telah dibina ini hanya terdiri daripada aras kefahaman sahaja. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa pembahagian dan taburan soalan mengikut subtajuk dan juga aras Taksonomi Bloom tidak seimbang dan hanya tertumpu kepada aras kefahaman sahaja dan ini akan menyukarkan guru untuk mengukur tahap pencapaian objektif PdP dalam kalangan murid-murid. Untuk tajuk ketiga iaitu Perpuluhan, sebanyak lima belas soalan telah digubal dan merangkumi beberapa subtajuk yang penting. Soalan-soalan banyak difokuskan kepada tajuk ini memandangkan ianya merupakan salah satu tajuk yang agak sukar dan beraras tinggi. Berdasarkan Jadual Penentuan Ujian yang dibina, murid-murid banyak diuji dengan soalan yang beraras kefahaman iaitu sebanyak sembilan soalan, diikuti dengan soalan beraras pengetahuan dan hanya satu soalan aras aplikasi sahaja yang disoal untuk tajuk ini. Soalan-soalan yang digubal meliputi beberapa subtajuk Perpuluhan iaitu memahami nombor perpuluhan, menambah perpuluhan sehingga dua tempat perpuluhan, menolak nombor perpuluhan sehingga dua tempat perpuluhan, mendarab perpuluhan sehingga dua tempat perpuluhan
8

dengan nombor bulat dan juga membahagi perpuluhan sehingga dua tempat perpuluhan dengan nombor bulat. Dari aspek pembinaan item ataupun soalan ujian, pembahagian ataupun taburan soalan mengikut aras kognitif Taksonomi Bloom adalah tidak seimbang di mana soalan lebih bertumpu kepada soalan aras pengetahuan dan juga kefahaman. Soalan aras aplikasi yang dibina hanyalah sebanyak satu soalan sahaja daripada lima belas soalan bagi tajuk ini dan ini menunjukkan bahawa kertas ujian ini tidak digubal secara sistematik dan guru membina soalan dengan tidak merujuk kepada Jadual Penentuan Ujian. Bagi tajuk yang seterusnya iaitu Wang Hingga RM 10 000, sebanyak sepuluh item ataupun soalan telah dibina. Mengikut Jadual Penentuan Ujian yang dibina, terdapat satu soalan beraras pengetahuan, lima soalan aras kefahaman dan juga empat soalan aras aplikasi. Taburan soalan bagi tajuk ini dilihat agak seimbang dan relevan di mana setiap soalan meliputi kesemua subtajuk yang terdapat di dalam tajuk Wang Hingga RM 10 000. Soalan aras aplikasi seharusnya banyak digubal dan dibina supaya dapat menguji dan mengukur tahap pencapaian dan kefahaman terhadap tajuk yang telah diajar oleh guru semasa sesi PdP dilaksanakan. Antara kandungan subtajuk yang terdapat di dalam tajuk ini ialah memahami dan menggunakan perkataan yang melibatkan wang dan mengguna dan mengaplikasi pengetahuan tentang wang dalam kehidupan seharian. Tajuk yang terakhir yang merangkumi soalan-soalan yang dibina ialah tajuk Masa. Sebanyak empat soalan telah dibina di mana terdiri daripada tiga soalan aras pengetahuan dan juga satu soalan aras aplikasi. Berdasarkan analisis yang dibuat melalui pembinaan Jadual Penentuan Ujian, tiada soalan aras kefahaman yang digubal dan ini menunjukkan bahawa soalan ini tidak memenuhi keperluan dan syarat pembahagian soalan mengikut aras kognitif Taksonomi Bloom. Antara
9

subtajuk yang meliputi tajuk Masa ialah memahami, membaca dan menulis masa dalam jam dan minit, membaca kalender dan mengguna dan mengaplikasi pengetahuan tentang masa untuk mencari tempoh masa. Secara umumnya, soalansoalan yang dibina ini tidak digubal mengikut taburan soalan mengikut subtajuk dan juga aras kognitif dan ini menunjukkan bahawa set soalan ini perlu dibuat penambahbaikan dan juga justifikasi supaya dapat memenuhi syarat-syarat keperluan pembinaan soalan yang betul dan sistematik. Secara keseluruhannya, apa yang dapat disimpulkan ialah set soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi Tahun 4 yang telah dikumpulkan ini mempunyai beberapa kelemahan dan memerlukan pengubahsuaian dan juga penambahbaikan supaya tahap kebolehpercayaan terhadap soalan dapat

ditingkatkan. Sebagai seorang penggubal soalan, guru perlulah mengikuti prosedurprosedur pembinaan ujian yang betul supaya ujian tersebut dapat ditadbirkan secara sistematik kepada murid-murid. Guru juga perlu mahir dan memahami setiap tajuktajuk yang terkandung di dalam dokumen Huraian Sukatan Pelajaran Matematik supaya soalan-soalan yang dibina merangkumi kesemua tajuk yang diajar dan disusun mengikut aras kognitif Taksonomi Bloom. Oleh itu, persediaan terbaik harus dibuat oleh guru semasa menggubal soalan seperti menetapkan tajuk, membina Jadual Penentuan Ujian, membina item ataupun soalan yang mempunyai tahap kebolehpercayaan yang tinggi dan seterusnya mentadbirkan peperiksaan tersebut kepada murid-murid.

10

3.1 AGIHAN MASA MENGIKUT TAJUK

TOPIK

KEMAHIRAN ( HASIL PEMBELAJARAN) 1.Menamakan sebarang nombor hingga 100,000.

JAM

2 Jam

NOMBOR BULAT (10 Jam)

2.Menambah sebarang nombor hingga 100,000. 3.Menolak sebarang nombor daripada suatu nombor yang kurang daripada 100,000. 4.Darab sebarang dua nombor dengan hasil darab sehingga 100,000. 5.Membahagi sebarang nombor kurang daripada 100,000 dengan nombor dua digit. 6.Melaksanakan operasi bergabung melibatkan tambah dan tolak.

1 Jam

1 Jam

2 Jam

2 Jam

2 Jam

PECAHAN (10 Jam )

1.Menama dan menulis pecahan wajar dengan penyebutnya sehingga 10 2.Menyatakan pecahan setara bagi pecahan wajar. 3.Menambah dua pecahan wajar dengan penyebut sehingga 10. 4.Menolak pecahan wajar dengan penyebut sehingga 10.

2 Jam 30 Minit

2 Jam 30 Minit 2 Jam 30 Minit 2 Jam 30 Minit 3 Jam 3 Jam 3 Jam

PERPULUHAN 1.Memahami nombor perpuluhan (15 Jam) 2.Menambah perpuluhan sehingga dua tempat perpuluhan. 3.Menolak nombor perpuluhan sehingga dua tempat perpuluhan.
11

4.Mendarab perpuluhan sehingga dua tempat perpuluhan dengan nombor bulat. 5.Membahagi perpuluhan sehingga dua tempat perpuluhan dengan nombor bulat. WANG HINGGA RM 10 000 ( 10 Jam) 1.Memahami dan menggunakan perkataan yang melibatkan wang. 2.Mengguna dan mengaplikasi pengetahuan tentang wang dalam kehidupan seharian. 1. Memahami, membaca dan menulis masa dalam jam dan minit. . 2. Membina jadual mudah 3. Membaca kalender 4. Memahami hubungan di antara unit masa. 5. Tambah, tolak, darab dan bahagi dalam unit masa.

3 Jam

3 Jam

3 Jam

7 Jam

MASA (15 Jam)

3 Jam

1 Jam 1 Jam 4 Jam

4 Jam

2 Jam 6. Mengguna dan mengaplikasi pengetahuan tentang masa untuk mencari tempoh masa JUMLAH 60 Jam

12

3.2 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN(JSU) TAHUN 4 PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2013 SEKOLAH KEBANGSAAN JITRA
TOPIK KEMAHIRAN ( HASIL PEMBELAJARAN) ARAS KESUKARAN JUMLAH

PENGETAHUAN

KEFAHAMAN

APLIKASI

1.Menamakan sebarang nombor hingga 100,000. NOMBOR BULAT 2.Menambah sebarang nombor hingga 100,000. 3.Menolak sebarang nombor daripada suatu nombor yang kurang daripada 100,000.

1 2 1 1

3 2 2

4.Darab sebarang dua nombor dengan hasil darab sehingga 100,000.

5.Membahagi sebarang nombor kurang daripada 100,000 dengan nombor dua digit. 6.Melaksanakan operasi bergabung melibatkan tambah dan tolak.

PECAHAN

1.Menama dan menulis pecahan wajar dengan penyebutnya sehingga 10

2.Menyatakan pecahan setara bagi pecahan wajar 3.Menambah dua pecahan wajar dengan penyebut sehingga 10.

4.Menolak pecahan wajar dengan penyebut sehingga 10.

13

PERPULUHAN 1.Memahami nombor perpuluhan 2. Menambah perpuluhan sehingga dua tempat perpuluhan. 3.Menolak nombor perpuluhan sehingga dua tempat perpuluhan. 4.Mendarab perpuluhan sehingga dua tempat perpuluhan dengan nombor bulat. 5.Membahagi perpuluhan sehingga dua tempat perpuluhan dengan nombor bulat. WANG HINGGA RM 10 000 1.Memahami dan menggunakan perkataan yang melibatkan wang. 2.Mengguna dan mengaplikasi pengetahuan tentang wang dalam kehidupan seharian. 1. Memahami, membaca dan menulis masa dalam jam dan minit. . 2. Membina jadual mudah 3. Membaca kalender 4. Memahami hubungan di antara unit masa. 5. Tambah, tolak, darab dan bahagi dalam unit masa. 6. Mengguna dan mengaplikasi pengetahuan tentang masa untuk mencari tempoh masa JUMLAH

2 2

1 1

MASA

2 2

3 3

23

11

40

14

4.0 ANALISIS ITEM INDEKS KESUKARAN Indeks kesukaran ialah kadar pelajar yang dapat menjawab item dengan betul. Bagi ujian berbentuk objektif iaitu sama ada soalan betul atau salah, mengisi tempat kosong, padanan, dan beraneka pilihan jawapan, indeks ini dikira dengan menggunakan nisbah bilangan calon yang memberi jawapan betul bagi item tertentu kepada jumlah calon yang menjawab item tersebut. Pengiraannya adalah seperti persamaan berikut:

Indeks Kesukaran (p) =


B = Bilangan calon yang menjawab betul J = Jumlah calon yang mencuba item/soalan

Contoh soalan: Sekiranya daripada 40 orang murid yang menjawab Item X itu, sebanyak 29 orang murid telah dapat menjawab soalan dengan betul. Maka, Indeks Kesukaran Item X ialah:

Indeks Kesukaran (p) =

= 0.73 B = Bilangan calon yang menjawab betul J = Jumlah calon yang mencuba item/soalan

15

Melalui cara pengiraan ini, hasil penganalisisan item ataupun soalan adalah seperti yang ditunjukkan di dalam jadual di bawah: INDEKS KESUKARAN (p) p < 0.3 0.3 p 0.8 p > 0.8 PENTAFSIRAN ITEM/SOALAN Terlalu sukar Sederhana Terlalu mudah ubahsuai terima ubahsuai KEPUTUSAN

Jadual : Pentafsiran item/ soalan berdasarkan Indeks Kesukaran Berdasarkan contoh soalan di atas, nilai indeks kesukaran bagi soalan tersebut adalah 0.73. Item ini berada di tahap yang sederhana dan sesuai diterima sebagai item yang berguna . INDEKS DISKRIMINASI Indeks diskriminasi mempunyai fungsi membezakan calon-calon daripada kumpulan cerdas dengan kumpulan lambat. Indeks ini boleh dikira dengan menggunakan rumus berikut:

Indeks Diskriminasi (I.D) =

(BT) = Jumlah calon dalam kumpulan skor tinggi menjawab item / soalan dengan betul (BR) = Jumlah calon dalam kumpulan skor tinggi menjawab item / soalan dengan betul

16

(J) = Jumlah calon dalam kedua-dua kumpulan skor tinggi dan skor rendah.

Nilai indeks diskriminasi yang didapati melalui rumus di atas dapat membantu kita menentukan sama ada sesuatu item / soalan sesuai digunakan atau tidak. Jadual 2 menunjukkan suatu kaedah umum untuk mentafsir item / soalan daripada nilai indeks diskriminasi: Indeks Diskriminasi (I.D) I.D. 0.40 0.20 I.D 0.40 Pentafsiran Item / Soalan Diskriminasi positif yang tinggi Diskriminasi positif yang sederhana 0 I.D 0.20 Diskriminasi positif yang rendah Keputusan Amat sesuai diterima Ubahsuai item / soalan Tulis item / soalan semula I.D 0 Diskriminasi negatif, prestasi kumpulan rendah lebih baik daripada kumpulan tinggi. Item / soalan itu buruk dan harus dibuang

Jadual : Pentafsiran item/ soalan berdasarkan Indeks Diskriminasi

17

You might also like