You are on page 1of 59

Pengajaran Lisan

Lisan adalah aspek kemahiran bahasa yang penting dan utama dan merupakan kemahiran asas bagi bahasa pertama yang dikuasai oleh seseorang kanakkanak yang normal sebelum ia mempelajari kemahiran membaca dan menulis. kanak-kanak menguasai bahasa daripada apa yang didengar dan dialaminya, dan cuba meniru dan menuturkannya berulangkali apa yang didengar daripada orang-orang yang berada disekelilingnya.

Pengajaran Lisan

Mereka inilah yang menjadi model pembelajaran baginya. Jika model ini menggunakan bahasa yang sama atau hampir-hampir sama dengan bahasa matlamat (bahasa dan bentuk bahasa yang digunakan di sekolah) maka keadaan ini menguntungkan kanakkanak itu. Jika disebaliknya akan menyulitkan mereka dalam pembelajaran yang seterusnya. Teori psikologi dalam pengajaran bahasa menyatakan bahawa gerak kerja lisan mesti diutamakan sebelum mengajar lain-lain aspek bahasa terutamanya bacaan dan tulisan kerana kemahiran dalam lisan memainkan peranan penting dalam penguasaan bahasa.

Isu-isu Pengajaran dan Pembelajaran Lisan


Ramai murid dan pelajar kita yang kurang mahir membaca dan menulis kerana dikatakan kurang mampu bercakap dan menggunakan bahasa dalam bentuk yang sempurna. Kelemahan berbahasa di kalangan pelajar kerana tidak mendapat peluang mendirikan asas berbahasa yang kukuh sewaktu berada di peringkat rendah. Guru-guru bahasa lebih mengutamakan pengajaran yang berkiblatkan peperiksaan. Beban kerja yang terlalu banyak di sekolah mungkin juga mempengaruhi prestasi pelajar-pelajar berbahasa. Sikap ibu bapa yang kurang berminat tentang perkembangan bahasa lisan anak-anak mereka. Mengikut tradisi, anak-anak selalunya dilarang bercakap

Rasional Pengajaran dan Pembelajaran Lisan


Aspek Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-kanak
a.

Perkembangan Bahasa Perkembangan bahasa kanak-kanak mengikut secara semula jadi, menunjukkan bahawa kanak-kanak itu mula mendengar, kemudian mengajuk dan selepas itu bercakap. Penguasaan bahasa lisan yang baik dapat memudahkan kanak-kanak menginterpretasi lambang-lambang yang tertulis dengan lebih berkesan. Proses penguasaan bahasa lisan sebenarnya belaku secara berperingkat-peringkat. Kanak-kanak menguasai daripada apa yang didengar dan dialami. Tabiat berbahasa yang sudah tertanam itu nanti, jika tidak dipantau dengan betul , sukar diubah kemudiannya dan ini akan menimbulkan masalah yang berpanjangan.

b.

Perkembangan Personaliti Ramai orang berpendapat bahawa personaliti seseorang itu dicerminkan daripada cara dia bercakap dan juga daripada isi kandungan percakapannya. Ini bermakna masalah sasiah akan wujud jika seseorang tidak dapat menguasai kemahiran bertutur. Dalam keadaan sehari-hari sering diperhatikan bahawa kanakkanak yang idak dapat menguasai kemahiran lisannya dengan baik, tidak dapat menyesuaikan diri dengan rakan-rakan mereka. Mereka mudah menangis, pasif dan suka memencilkan diri. Di sebaliknya, rakan-rakan mereka yang lain didapati lebih berani dan berkeyakinan terhadap diri sendiri. Mereka ini sentiasa mencari peluang mengetengahkan diri, mengambil bahagian dan bersedia mencuba perkara-perkara baru. Dan dari segi emosi dan perasaan, mereka lebih stabil dan tidak mudah gugup

c.

Perkembangan Sosial Kanak-kanak yang mahir dalam bahasa lisan berani bergaul dengan kanak-kanak lain. Mereka suka berkawan dan rajin berkenalan. Mereka juga selalunya dapat secara mudah melahirkan perasaan, memberi pandangan dan pendapat. Dalam hal ini, kemahiran lisan itu secara tidak disedari membantu kanak-kanak itu mengetengahkan idea-idea mereka serta memberi peluang mereka menonjolkan diri.

Kanak-kanak seperti ini, biasanya tidak malu-malu bercakap dan tidak pula keberatan menyuarakan sesuatu. Mereka secara mudah memberikan kerjasama apabila diperlukan. Kecekapan berkomunikasi memberi mereka peluang melibatkan diri mereka sepenuhnya dalam apa sahaja kegiatan sosial dan masyarakatnya.

d.

Perkembangan Mental Teori pembelajaran mentalis menyatakan bahawa ada perhubungan di antara bahasa yang dituturkan dengan pemikiran. Ini diistilahkan oleh Chomsky sebagai competence keupayaan, dan performance pertuturan yang mengikut beliau, bahasa mengandungi ciri-ciri kreativiti. Dengan itu seseorang penutur bahasa, sama ada mendengar, bertutur, membaca atau menulis, sentiasa melakukan sesuatu yang baru. Oleh yang demikian, nyatalah bahawa pertuturan dan fikiran itu amat erat kaitannya. Seseorang kanak-kanak yang tidak dapat menguasai kemahiran lisan dengan baik, dipercayai tidak dapat berfikir dengan jelas. Ini juga menghalangnya menerapkan fikiran-fikiran tadi dalam bentuk tulisan. Oleh itu, usaha untuk mengukuhkan kemahiran lisan di kalangan kanak-kanak, secara tidak langsung dapat membantu perkembangan fikiran dan mental mereka.

Aspek Linguistik
a.

Faktor Sosiolinguistik Kanak-kanak yang mempelajari sesuatu bahasa yang bukan bahasa ibundanya akan menghadapi berbagai-bagai masalah linguistik apabila mempelajari Bahasa Malaysia (masalah-masalah ini mungkin memberimelibatkan aspek-aspek linguistik seperti fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik.) Faktor-faktor ini boleh menghalang kanakkanak itu menguasai bahasa lisannya dengan cara yang berkesan. Untuk mengurangkan masalah ini guru perlulah memberi perhatian secara serius akan kewujudan perbezaan sosiolinguistik di kalangan kanak-kanak. Cara-cara untuk mengukuhkan kemahiran lisan di kalangan kanak-kanak mestilah difikirkan. Kanak-kanak haruslah dilatih untuk mengucapkan ujaran-ujaran yang betul dari segi sebutan, intonasi, gaya dan tekanannya. Bahasa lisan yang hendak dikuasai itu perlu menyamai bhasa yang dituturkan oleh penutur jati bahasa itu. Kanak-kanak perlu banyak dilatih menggunakan laras bahasa mengikut keadaan dan situasi yang sebenar.

b.

Faktor Psikolinguistik Psikolinguistik membahagikan kajian bahasa itu kepada tiga bahagian. Pertama bidang ini mengkaji proses-proses mental yang berlaku pabila seseorang itu mendengar, memahami dan mengingat percakapanyang didengarnya. Kedua, bidang ini mengkaji segala proses mental yang berlaku ketika seseorang itu cuba menghasilkan percakapan iaitu bertutur dan ketiga, bidang ini mengkaji peringkat-peringkat yang dilalui oleh kanak-kanak dalam proses memperolehi dan mempelajari bahasa, fikiran dan ujaran mempunyai perkaitan yang erat. Dan penguasaan kemahiran berbahasa itu pula dilakukan secara berperingkat-peringkat. Pandangan strukturalis tentang bahasa menyebabkan kita menganggapkan kemahiran lisan lebih penting daripada kemahirankemahiran lain. Strukturalis misalnya, menganggap bahawa bahasa adalah satu sistem bunyi-bunyi ujaran yang arbitrari yang merujuk benda-benda atau konsep yang dimaksudkan. Bunyi-bunyi ujaran inilah yang digunakan oleh manusia untuk berhubung.

Aspek Pembelajaran Bahasa


a.

Penggunaan Nahu

Pengajaran dan pembelajaran nahu di sekolah biasanya tidak dilakukan secara formal. Kanak-kanak belajar struktur ayat, pembentukan ayat dan aspek-aspek nahu yang lain secara tidak langsung. Apa yang ditekankan ialah kanak-kanak harus belajar menggunakan bahasa itu dengan tepat dan bukan mempelajari pengetahuan bahasa itu. Banyak pendapat mengatakan, kebiasaan menggunakan nahu yang betul akan membina asas bahasa yang kukuh.
Oleh itu, perlu lah dari awal lagi guru merancang pengajaran lisan mereka dengan baik. Perhatian guru secara serius terhadap kemahiran lisan murid-murid pasti dapat membantu mereka mengurangkan kerumitan dan masalah-masalah lain yang akan timbul dalam tulisan mereka.

b.

Penguasaan Perbendaharaan Kata Perbendaharaan kata kanak-kanak akan bertambah dan berkembang sekiranya mereka rajin bertutur dan mendengar percakapan orang lain. Oleh itu, kebolehan menggunakn bahasa itu juga akan bertambah baik. Dengan menguasi banyak perbendaharaan kata, kanak-kanak boleh mempelajari mata-mata pelajaran lain dengan mudah. Mereka juga dapat mempelajari istilah-istilah baru yang boleh membantu mereka menguasai pelajaran lain Melalui aktiviti-aktiviti lisan yang djalankan, guru dapat mengesan dan mengetahui sejauh manakah seseorang kanakkanak itu telah dapat menguasai perbendaharaan katanya berbanding dengan kanak-kanak lain. Jika didapati perbendaharaan kata kanak-kanak itu lemah, terpaksalah guru merancang sesuatu untuk memperkayakan mereka dengan kosa kata yang lebih mencabar. Aktiviti-aktiviti lisan yang dijalankan dapat membantu mencapai tujuan ini.

c.

Persediaan Membaca dan Menulis


Loban (1963) berpendapat bahawa kanak-kanak yang luas perbendaharaan kata dan banyak bercakap lebih cepat menguasai bacaan daripada kanakkanak yang kurang bercakap. Sesetengah kanak-kanak yang diajar membaca sebelum mereka dapat menguasai perbendaharaan kata mereka dengan baik, akhirnya tidak dapat memahami apa yang dibaca, walaupun mereka dpt menyebutnya. Menrut Farrant (1977) pula,kadang-kala timbul keengganan seumur hidup pada kanak-kanak itu untuk membaca kerana mereka dipaksa membaca sebelum mereka sudah cukup bersedia. Ada beberapa pendapat menyatakan bahawa kanak-kanak dapat membuat ayat-ayat yang baik dari segi bahasa dan strukturnya sekiranya ia dibincangkan terlebih dahulu. Dengan kata lain, apa yang hendak ditulis itu hendaklah dimahirkan dan difahamkan secara lisan terlebih dahulu. Setelah kanak-kanak mendapat konsep-konsep yang betul, serta boleh menyusun idea-idea atau buah fikiran dengan baik dalam bentuk lisan barulah idea-idea ini dilahirkan dalam bentuk tulisan. Hanya pada waktu inilah guru boleh memulakan aktivitiaktiviti bertulis seperti karangan, laporan dan sebagainya. Sebaliknya pula, jika kemahiran lisan tidak dikuasai di peringkat awal, besar kemungkinan kanakkanak akan melakukan kesalahan-kesalahan yang banyak dalam tulisan mereka. Keadaan ini pasti akan melemahkan semangat dan membunuh minat kanak-kanak itu untuk terus menulis.

OBJEKTIF PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN LISAN


a.

b. c.

d.

e.

f.

g.

Untuk membolehkan pelajar menyebut perkataan atau ayat dengan betul. Sebutan mesti jelas, tepat serta dituturkan dalam bentuk pertuturan biasa. Untuk melatih seseorang itu mendengar dan memahami pertuturan orang lain dengan baik. Untuk membolehkan seseorang berinteraksi dengan orang lain secara tepat bagi menyatakan kehendak, perasaan, pengalaman dan berupaya mengutarakan pendapat dan pandangan yang jitu dan berkesan. Untuk membolehkan kanak-kanak bertutur dengan menggunakan ayatayat yang tersusun, menggunakan perkataan-perkataan yang sesuai dan perbendaharaan kata yang lebih jelas. Untuk membolehkan seseorang menguasai lisan kerana lisan menjadi asas kepada pelajaran aspek-aspek bahasa yang lain dalam pengajaran bahasa. Untuk menyuburkan perasaan keyakinan dan percaya kepada diri sendiri. Ini menjadikan kanak-kanak berani bercakap, menyatakan perasaan dan pendapat. Untuk membolehkan kanak-kanak memperolehi kemahiran-kemahiran lain.

Perkara-perkara Penting dalam Pengajaran Lisan


Semasa menyampaikan pelajaran lisan, beberapa perkara penting harus diberi perhatian:

Pertuturan yang dihasilkan secara spontan, bernas dan mudah. Pertuturan yang baik hendaklah jelas dan lantang, tersusun rapi,cukup untuk didengar oleh pendengar yang ada. Gunakan topik atau tajuk-tajuk yang ada dalam pengalaman murid. Adakan ransangan yang membolehkan kanak-kanak bercakap mengenai perkara-perkara tertentu. Semua pelajaran lisan hendaklah dibuat secara formal. Galakkan murid-murid mengeluarkan idea baru dalam pelajaran lisan. Galakkan mereka memilih bahan-bahan mereka sendiri. Semasa penyampaian pelajaran ini, penekanan harus diberi kepada darjah pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran itu. i. Tiap-tiap orang kanak-kanak hendaklah diberi peluang mengambil bahagian ii. Hanya seorang sahaja bercakap dalam satu ketika iii. Tiap-tiap orang murid hendaklah mendengar apabila orang lain bercakap.

Aspek-aspek Kemahiran Lisan


1.

KEMAHIRAN MENDENGAR adalah kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku pada peringkat penerimaan. Seseorang murid yang telah dapat menguasai kemahiran mendengar dengan baik biasanya harus dapat mendengar dengan baik apa sahaja yang dituturkan oleh orang lain dan dapat pula memahami maksud serta membuat tafsiran daripada apa yang didengar.

Konsep-konsep penting tentang pendengaran

Pendengaran merupakan gabungan daripada segala yang didengar difahami dan diingat. Pendengaran berlaku melalui latihan-latihan khas yang dilakukan secara berperingkat-peringkat. Individu lebih banyak belajar mendengar melalui pengalaman daripada kecerdasan otaknya. Aspek fizikal, psikologi dan neurologi mempengaruhi proses pendengaran. Pendengaran yang cekap memerlukan penyatuan idea yang logik dan berkesan. Pendengaran harus berlaku melalui fikiran dan bukan perasaan. Pendengaran untuk mengkritik memerlukan pendengaran yang berpusatkan idea utama, hujah-hujah dan bukti-bukti. Pendengaran untuk tujuan hiburan melbatkan tindakbalas positif terhadap muzik, kesusasteraan dan lain aspek seni dan astetika Pendengaran untuk tujuan apresiasi memerlukan analisis kritis terhadap bentuk dan isi.

Proses Mendengar
Proses mendengar biasanya berlaku dalam empat peringkat: Mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa Memahami bunyi-bunyi tersebut Menilai bunyi-bunyi yang diperdengarkan Bertindak terhadap bunyi-bunyi tadi

a. b. c. d.

Prinsip-prinsip Mengajar Kemahiran Mendengar


a. b.

c.

d. e.

f. g.

Kemahiran mendengar hendaklah dijalankan bersama-sama kemahiran lain. Murid-murid tidaklaha diminta untuk mendengar sahaja sepanjang masa tanpa memberitahu atau bertindak balas daripada apa yang didengar. Kemahiran mendengar adalah juga satu latihan yang juga dianggap dinamik dan aktif. Oleh kerana itu, latihan-latihan yang dirancangkan hendaklah beteraskan sesuatu tugasan yang boleh membawa kepada sesuatu aktiviti tertentu. Setiap aktiviti dan kemahiran yang hendak diajarkan haruslah difikirkan dan dirancang dengan teliti dan dalam berbagai-bagai cara untuk membolehkan murid-murid bertindak balas terhadapnya secara maksimum. Mereka boleh menunjukkan kefahaman mereka melalui bahsa, atu melalui aksi atau cara-cara lain yang berkesan. Setiap kemahiran yang hendak diajarkan mestilah dijalankan secara berperingkat-peringkat, didahulukan dengan yang mudah-mudah. Guru tidak semestinya terlalu ghairah untuk menjalankan aktivitiaktiviti mendengar sehingga boleh menyusahkan dan membebankan murid-murid. Motivasi adalah penting untuk memelihara dan meningkatkan minat mendengar di kalangan murid-murid. Adalah amat penting bagi guru-guru untuk memberi peluang muridmurid berlatih mendengar sebanyak yang mungkin dan terdaya.

Peringkat-peringkat Kemahiran Mendengar


1. Peringkat Awal

Mengecam, mengajuk danmemilih bunyi Mendengar dan mengecam makna perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat Melakukan sesuatu yang disuruh Menjalankan perintah dan permintaan Bertindak terhadap soalan-soalan mudah Mengingat dan memadankan perkataan dan ayat-ayat mudah secara tepat

2. Peringkat Pertengahan

Mengecam dan mengingat fakta dan butiran secara tepat dan terperinci Mengenal informasi-informasi spesifik (maklumat khusus) Mengesan urutan Mengenal sebab dan akibat Mengenal perhubungan orang-orang yang berinteraksi Mengenal sikap dan perasaan orang yang bercakap

3. Peringkat Maju

Mengenal isi-isi penting Mengenal peranan dan perhubungan orang yang bercakap Mentafsirkan maksud orang yang bercakap Memberitahu fungsi tekanan dan intonasi Mencari jalan mengatasi masalah yang didengar Mengikut aliran dalam dialog atau perbualan Mentafsirkan tujuan penutur menggunakan berbagai-bagai bentuk struktur nahu

Kemahiran Bertutur

Adalah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat-alat sebutan (artikulator) manusia. Ia merupakan kamihiran berinteraksi dalam suasana berbahasa.

Konsep-konsep Pertuturan
a) b)

c) d) e)

Pertuturan adalah gabungan daripada bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan. Pertuturan berlaku di peringkat produksi. Ia berlaku setelah si penutur itu dapat mendengar dan memahami dengan baik apa yang didengarnya Individu lebih banak belajar bertutur melalui pengalaman daripada kecerdasan otaknya Aspek fizikal, kesihatan, persekitaran, dan jantina boleh mempengaruhi kemahiran bertutur Pertuturan yang baik boleh dikuasai dengan memberi tumpuan kepada aspek fonologi, struktur, intonasi dan penguasaan sistem bunyi yang lain

Aspek-aspek Pertuturan
a.

b.
c. d. e.

f.
g. h. i. j.

Sebutan Tekanan Mora Jeda Intonasi Nada Tatabahasa Kelancaran Kefasihan Laras bahasa

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pertuturan


a.

b.
c. d. e. f.

Faktor kecerdasan Faktor kesihatan Faktor fizikal Faktor alam sekeliling Faktor jantina Faktor dwibahasa

Peringkat-peringkat Kemahiran Bertutur


1.
a. b. c. d. e. f. g. h.

Peringkat awal Melafazkan pengucapan bertatasusila Mengajuk perkataan dan ayat-ayat yang didengar Menyoal untuk mendapatkan maklumat Membuat teguran atau kenyataan mengenai sesuatu situasi tertentu Bertindak terhadap soalan-soalan mudah Memberi arahan Membuat ayat-ayat mengenai diri sendiri, rakan, ibu bapa dan sebagainya Membuat ayat-ayat daripada gambar-gambar

2.
a. b. c. d. e.

Peringkat Pertengahan Membuat deskprisi tentang objek atau gambar Bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambar-gambar bersiri Mendeskprisi pengalaman atau sesuatu peristiwa Memberi satu siri arahan untuk membuat sesuatu Menyoal dan menjawab soalan-soalan berhubung dengan peribadi seseorang, masa bersekolah, persekitaran, di rumah dan sebagainya Membaca iklan, peraturan-peraturan Memberi ucapan pendek dan mudah Mengambil bahagian dalam perbualan mudah Memberi komen secara mudah Membuat ulasan, memberi pendapat atau pandangan secara mudah

f. g. h. i.

j.

3.
a. b. c. d. e. f. g. h. i. j. k.

Peringkat Maju
Mendeskripsi sesuatu peristiwa, kejadian, pengalaman, objek, permainan, proses dan sebagainya Bercerita dengan menggunakan alat pandang atau tanpa menggunakannya Mengambil bahagian dalam perbincangan, perbualan atau dialog Bertanya untuk mendapatkan maklumat Menerangkan proses, kejadian, prosedur dan peraturan Memberitahu arah atau hala sesuatu tempat Memberi ceramah, syarahan (yang disediakan) Mengambil bahagian dalam perbahasan, diskusi, forum, perbincangan, seninar dan lain-lain Mengambil bahagian dalam lakonan atau drama Mendeklamasi puisi Menyampaikan komen, laporan atau ulasan Mengkritik cerpen, pendapat, puisi novel dan sebagainya

l.

Aktiviti-aktiviti Lisan

aktiviti perbualan aktiviti bercerita kemahiran bercerita aktiviti berlakon aktiviti berpuisi aktiviti bercakap berdasarkan gambar aktiviti melaporkan berita aktiviti siaran radio aktiviti berbahas dan bersyarah aktiviti menyanyi aktiviti perbincangan

Bahan-bahan Pengajaran Lisan


1.

2.
3. 4. 5.

6.
7. 8. 9.

Pengalaman sendiri Perkara-perkara yang ada di sekelilingnya Perkara-perkara yang berdasarkan gambar Bahan-bahann yang diceritakan oleh guru atau yang dibaca oleh murid-murid sendiri Perbualan yang formal Pertuturan yang menggunakan lakonan atau aktiviti Syarahan-syarahan yang disediakan oleh guru Ucapan serta-merta berdasarkan tajuk yang sesuai yang disediakan oleh guru Peraduan teka-teki, berbalas pantun, berbahas, bersyarah, duskusi, forum, ceramah dan sebagainya. Ini sangat sesuai untuk pelajar-pelajar kelas tinggi.

Pengajaran Bacaan
Bolehlah didefinisikan bahawa membaca ialah menyuarakan tulisan, mengambil isi dan fikiran yang tertulis dan memahamkan kandungannya. Mengajar membaca bererti mengajar murid-murid memindahkan tulisan kepada suara serta melatih mereka memahami apa yang terkandung dalam bacaan.

Tujuan Membaca

Tujuan serta-merta
Mempunyai

tujuan muktamad yang berhasrat untuk membolehkan murid-murid membaca dan memaham. Boleh membaca bermaksud boleh membaca dengan cepat, tidak teragak-agak dan tidak memerlukan masa yang panjang, juga bererti boleh membaca bersendirian tanpa bergantung kepada pertolongan dan bantuan guru. Boleh memahami pula bererti boleh menangkap dengan pantas makna atau maksud yang dibaca.

Tujuan serta-merta yang lain


a.

b.

c.

d.

Untuk membolehkan kanak-kanak membaca dengan bunyi sebutan dan rentak irama (intonasi) yang betul. Untuk membolehkan kanak-kanak membaca senyap tanpa merasa sebarang gangguan Untuk mewujudkan sikap suka dan mahu membaca terus menerus dan mencari pengertian daripada apa yang dibaca Untuk menimbulkan minat mahu membaca sebagai alat hiburan atau alat pengisi masa lapang dan menambah pengetahuan

Tujuan Lanjut

Dengan kebolehannya membaca maka murid yang keluar dari bangku sekolah akan mempunyai satu alat yang membolehkan mereka mengutip pelbagai pengetahuan dan mendapatkan pelbagai fikiran daripada bukubuku untuk dijadikan panduan hidup mereka. Selain itu, mereka juga dapat membetulkan fahaman-fahaman yang salah, membandingkan fikiran dan pengalaman orang lain untuk menyelesaikan masalah-masalah hidupnya sendiri.

Tujuan Lanjut yang lain


a.

b.

c.

d.

e.

Sebagai alat penambah pengetahuan dan pengalaman setelah keluar dari sekolah Mendapat bahan fikiran untuk dijadikan panduan hidup Meluaskan fahaman serta membetulkan ideaidea yang salah Latihan untuk melahirkan fikiran dengan baik dan teratur Merapatkan lagi diri dengan masyarakat

Jenis-jenis Bacaan

Bacaan Bersuara (bacaan mekanis)

adalah bacaan mekanis yang menyuarakan tulisan sengan sebutan yang jelas dan terang, dengan intonasi dan irama mengikut gaya membaca yang betul dengan menggerakkan alatalat pertuturan.

Tujuan
a.

b. c.

d. e.

Membolehkan murid-murid membaca dengan cekap dan pantas dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas Membolehkan murid-murid membaca dengan irama yang betul Membolehkan murid-murid tahu menggunakan tandatanda baca serta tahu pula berhenti pada tempattempat yang betul Dapat menggunakan kemahiran membaca dalam mata-mata pelajaran yang lain Untuk membolehkan murid-murid mencapai kemahiran dan kecekapan membaca bersuara.

Cara melaksanakan

Guru memberikan satu petikan yang sesuai dalam satu masa khas untuk bacaan. Bersoal-jawab dan membantu murid-murid dengan perkataan-perkataan dan rangkai-kata yang susah sama ada dari segi sebutan atau makna perkataan-perkataan itu Guru membaca sebagai contoh dan murid-murid menyemak bacan guru Guru membaca dan murid-murid mengikut. Boleh dilakukan secara kelas atau kumpulan Guru memandu murid-murid membaca secara individu bergilir-gilir Guru berbincang dan bersoal jawab dengan muris-murid mengenai isi bacaan untuk menguji kefahaman mereka. Ini boleh dilakukan secara lisan dan bertulis

Bacaan Senyap
Atau

bacaan akaliah ialah bacaan yang disuarakan dalam hati atau menukarkan isi bacaan kepada maknanya tanpa mengeluarkan suara. Kelajuan bacaan senyap lebih pantas daripada bacaan bersuara. Bacaan senyap ini dijalankan sesudah murid-murid mencapai kemahiran dan kecekapan bacaan bersuara.

Tujuan
a. b. c. d.

e.

Untuk melatih murid-murid supaya boleh membaca dengan sendiri Untuk melatih murid-murid supaya boleh membaca dan memahami apa yang dibaca Untuk melatih murid-murid membaca senyap dengan pantas Dapat menggunakan kemahiran membaca senyap untuk mendapatkan pengetahuan Dapat menggunakan kemahiran membaca senyap untuk hiburan

Cara-cara melaksanakan

Bacaan ini adalah untuk kefahaman Bahan-bahan yang diajar mestilah berperingkatperingkat daripad bahan-bahan yang sedikit dan senang kepada bahan-bahan yang banyak dan susah Guru memberi dan menentukan bahan bacaan. Guru bersoal jawab dan membincangkan perkataan dan rangkai kata yang susah Tentukan bahan bacan yang hendak dibaca dan muridmurid memahamkannya sendiri. Guru menghadkan masa murid-murid membaca dan memahamkan isi bacaan Guru kemudian menjalankan pula latihan kefahaman dengan mengemukakan soalan-soalan. Ia boleh juga dijalankan dengan cara menceritakan semula apa yang telah dibaca atau dibuat dalam bentuk ujian objektif atau subjektif Gurfu hendaklah membantu membetulkan kesalahankesalahan yang terdapat semasa murid-murid mengemukakan isi bacaan.

Peringkat-peringkat Mengajar Bacaan

Ada 5 peringkat mengajar bacaan yang harus diketahui oleh guru-guru


a) b) c)

d)

e)

Peringkat menyediakan murid Peringkat mendirikan asas Peringkat melatih membaca dan memaham (peringkat mencapai kemahiran membaca) Peringkat melatih membaca untuk menghiburkan hati dan untuk mencari pengetahuan Peringkat membina dan memperkukuh sikap gemar membaca

a) Peringkat menyediakan murid

Ada 2 perkara yang perlu diberikan perhatian oleh guru pada peringkat ini iaitu
1.

Perasaan murid-murid

dalam minggu pertama guru-guru sepatutnya cuba sedaya upaya mencari langkah-langkah yang baik bagi menawan hati murid-murid supaya hilang rasa bimbang kerana berpisah daripada ibu bapa atau penjaganya dan tinggal di tempat dan kawasan yang berlainan daripada rumah mereka.

2.

Bahasa murid-murid

Guru sepetutnya terlebih dahulu menyiasat tentang bahasa murid-murid itu khasnya tentang bahasa yang akan digunakan dalam pelajaran bacaan. Sekiranya perbendaharaan kata yang dikehendaki itu belum ada, patutlah diajarkan melalui pelajaran lisan, cerita, dan sebagainya.

b) Peringkat Mendirikan Asas Bacaan

Pada peringkat ini beberapa perkara perlu diambil perhatian oleh guru iaitu

Segala bahan yang hendak diajar hendaklah dipilih, dikawal, dan disusun dengan baik. Ajarkanlah perkataan dan rangkai kata atau ayat yang sedang dan sesuai sahaja dahulu. Alat-alat mengajar hendaklah lengkap untuk menimbulkan minat kanak-kanak Isi pelajaran hendaklah berkait rapat dengan pengalaman dan perkembangan jiwa kanak-kanak. Gunakan ilustrasi yang menarik hati untuk memberi dorongan Guru hendaklah sentiasa memberi peneguhan dan pujian agar minat mereka terus berkembang dan tidak mati Fikirkan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai dan berkesan.

c) Peringkat Melatih Membaca dan Memaham

Tidak ada gunanya kanak-kanak membaca kalau mereka tidak faham apa yang dibaca. Oleh itu guru hendaklah memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut:

Memulakan bacaan setelah kanak-kanak dapat membaca ayatayat ringkas dan boleh mengecam perkataan, suku kata dan huruf Banyakkan soalan-soalan yang munasabah untuk menguji kefahaman kanak-kanak selepas membaca Beri kanak-kanak peluang membaca dan memaham di dalam lain-lain mata pelajaran Gunakan teknik soalan yang membina dan mengikut prinsipprinsip yang betul. Aktiviti bacaan intensif dan ekstensif boleh dijalankan untuk latihan kemahiran membaca.

d) Peringkat Membaca untuk Hiburan dan Mencari Pengetahuan

Buku-buku yang biasanya digemari oleh kanak-kanak ialah buku-buku yang mengandungi cerita-cerita dongeng, bergambar, cerita-cerita binatang, jenaka, pengembaraan, cerita-cerita rekaan dan sebagainya. Buku cerita itu seharusnya janganlah terlalu panjang atau susah hendak difahami kerana kanak-kanak kurang tertarik dengan buku-buku yang bahasanya terlalu tinggi dan susah dibaca Oleh itu sekolah harus memberbanyakkan lagi bukubuku seperti itu dan bersesuaian denga minat dan umur murid bagi menggalakkan minat murid untuk terus membaca.

e) Peringkat Membina Sikap Gemar Membaca

Sikap suka belajar patut ada pada murid-murid yang baharu datang ke sekolah tetapi hidup matinya sikap itu adalah bergantung kepada pengajaran guru Sikap ini bukanlah dipelihara semasa murid-murid baharu belajar membaca tetapi sebenarnya berjalan sepanjang masa, sama dengan peringkat-peringkat yang lain juga Oleh itu, tersangatlah mustahak guru-guru berhati-hati memilih bahan-bahan pelajarannya, buku-buku bacaannya, kaedah mengajarnya dan lain-lain supaya terbina dan terpelihara sikap `sentiasa gemar membaca

Bacaan Intensif dan Ekstensif

Bacaan Intensif
Adalah

bacaan yang pada asasnya bertujuan memperkembangkan kebolehan dalam meneliti, memaham dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat Latihan bacaan intensif biasanya memerlukan bimbingan dan banuan penuh daripada guruguru terutama dalam menghadapi dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid-murid

Bacaan Ekstensif

Bacaan ekstensif adalah bacaan meluas yang menekankan aktiviti-aktiviti membaca yang dilakukan di luar kelas. Bacaan ekstensif biasanya menitikberatkan aspek pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran memaham dan menaakul isi bacaan, meningkatkan kepantasan membaca, membina dan mengukuh minat membaca dan kebolehan memetik isi-isi penting. Biasanya, melalui bacaan ini pelajar-pelajar akan dapat kepuasan, keseronokan di samping berpeluang menimba ilmu pengetahuan.

Pengajaran Menulis

Definisi Tulisan

Adalah bahasa yang bertulis dengan lambanglambang bunyi. Jika tulisan itu dibunyikan semula ia dikatakan bahasa. Tulisan adalah alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan. Ia merupakan bahasa yang tersusun yang berupa rangkai-rangkai kata dan ayat-ayat Seseorang individu akan dapat menikmati hasil fikiran dan perasan orang lain melalui butiran-butiran tulisannya Oleh itu pelajaran menulis sangatlah penting kerana ia bertindak sebagai alat bagi menurunkan segala isi pelajaran dan mempamerkan buah fikiran seseorang itu

Tujuan Tulisan

Tujuan Serta-merta

Mendirikan asas menulis yang kukuh bagi membolehkan kanakkanak menulis dengan baik, cekap dan pantas Membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan-perkataan dengan pantas dan menyusun ayat-ayat dengan betul dan boleh difahami oleh pembaca Kanak-kanak mengulangi pelajarannya dengan cara membaca tulisan-tulisan yang tercatat atau membaca buku-buku luar untuk menambah lagi isi bacaannya Membolahkan kanak-kanak melahirkan fikuran dan perasaan dengan sempurna dalam bentuk tulisan Menyuburkan minat suka menulis atau mengarang Menambah dan meluaskan pengetahuan dalam perbendaharaan kata, perkembangan bahasa dan tulisan Menyediakan kanak-kanak untuk menghadapi peperiksaan

Tujuan Lanjut
Meluaskan

pengetahuan, pengalaman, perhubungan dan matlamat menerusi penulisan Memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran, pengalaman dan perasaan. Menyediakan mereka dengan pengetahuan ini supaya dapat memenuhi kehendak da hasrat masyarakat moden khasnya bagi kepentingan diri sendiri dan untuk orang ramai umumnya.

Jenis-jenis Kemahiran tulisan

Kemahiran menulis secara mekanis

Kemahiran menulis secara mekanis haruslah dikuasai pada peringkat awal supaya murid-murid dapat menghasilkan tulisan yang kemas dan mudah dibaca Aktiviti tulisan seperti membuat corak, menekap dan membentuk huruf dan lain-lain adalah penting kerana ia bertujuan memberi latihan dan pengalaman asas yang diperlukan, supaya berupaya membantu muridmurid menguasai kemahiran menulis selanjutnya seperti menulis hurus, menulis suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat.

Kemahiran menulis untuk pelahiran (mental)


Biasanya

dikuasai setelah kanak-kanak mendapat kemahiran mekanis. Kemahiran ni banyak melibatkan mental Latihan-latihan mental yang boleh dijalankan untuk mendapat kemahiran menulis untuk pelahiran ini ialah:

Latihan pernyataan fikiran atau pendapat Latihan pernyataan perasaan Latihan pernyataan kehendak Latihan mengeluarkan pendapat-pendapat yang tulen dan asli

Peringkat-peringkat Pengajaran Menulis


a)
b)

c)

Peringkat pramenulis (persediaan) Peringkat mendirikan asas (peringkat mekanis) Peringkat untuk pelahiran

a) Peringkat pramenulis
I.
II.

III.
IV.

Melakukan latian-latihan pergerakan tangan Menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan selesa dan sempurna Melakukan latihan-latihan pergerakan mata Melakukan latihan-latihan kordinasi tangan dan mata

b) Peringkat mendirikan asas

Setelah murid-murid menjalankan latihan pramenulis, faham dan tahu memegang pensel serta boleh duduk dengan cara yang betul, mereka boleh dilatih membentuk lambang-lambang tulisan. Pada peringkat awal, dicadangkan murid membentuk huruf di kertas kosong yang tidak mempunyai sebarang garisan Setelah didapati memuaskan, baharulah dilatih membentuk huruf pada halaman yang bergaris Apabila murid mula membentuk huruf-huruf pada kertas bergaris, kawalan tulisan perlu dilakukan. Ia harus bermula daripada garisan yang lebar hingga kepada lembaran satu garis

c) Peringkat menulis untuk pelahiran

Setelah menguasai menulis mekanis, muridmurid patut digalakkan melahirkan fikiran mereka secara bertulis Cara-cara yang dicadangkan ialah bermula daripada yang terkawal iaitu berpandukan gambar-gambar dan perkataan, mengisi tempat kosong, melengkapkan ayat-ayat dan perenggan sehingga murid-murid itu boleh menghasilkan tulisan tanpa panduan

Kesalahan-kesalahan biasa dalam tulisan


Bentuk huruf buruk, tidak sama besar atau kecil Jarak huruf atau perkataan tidak seimbang, begitu juga dengan kedudukannya, tegak dan condongnya Tulisan kotor kerana terlalu banyak menggunakan getah pemadam

You might also like