You are on page 1of 6

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KELADI 09000 KULIM KEDAH DARUL AMAN Tel: 04-4953497 Fax: 04-4915639 E-mel: smkkeladi.kbb@gmail.com.

________________________________________________________________________________ 1 Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan Ruj Kami: SMK KEL30/006/31Jld 2( ) Tarikh : 24 DISEMBER 2013 LAPORAN MINIT MESYUARAT GURU TARIKH HARI MASA TEMPAT : 24 DISEMBER 2013 : RABU : 8.30 PAGI : ANJUNG KELADI BIL 1 /2014

KEHADIRAN : 47/56 orang Tidak hadir : 1. Mat Isa b Ibrahim 2. Ismail bin Saleh 3. Kalthsom binti Saad 4. Mohd Rosdi bin Ramle 5. Roslan b Hasan 6. Rosmani binti Mahmud 7. Seemasangeeta a/p Subramaniam 8. Velambal a/p Krisnen 9. Zabariah binti Mamat I PERUTUSAN PENGERUSI 1. Ucapan aluan, bacaan doa, ucapan salam dan terima kasih kepada semua guru yang hadir pada mesyuarat kali ini. 2. Bacaan ikrar perkhidmatan awam oleh semua guru. 3. Memaklumkan kejayaan pertukaran rakan guru iaitu Puan Fauzana ke SMK Tropicana. Tn. Pengerusi juga memaklumkan tentang tawaran penempatan yang diterima oleh Puan Hafizah dan masih lagi menunggu keputusan rasmi dari jabatan. 4. Memaklumkan tentang kemasukan guru baru dan ucapan selamat datang kepada Pn Wan Nur Huda. Tn. Pengerusi juga memaklumkan yang pihak sekolah masih menunggu kemasukan seorang lagi guru baru iaitu Puan Noreen. 5. Tn. Pengerusi menayangkan sebuah video pendek yang mengingatkan kepentingan sifat malu dalam kehidupan seorang insan dan sebagai seorang guru. Sorang guru itu perlu malu jika tidak dapat melaksanakan tugas, datang lewat, tidak berprestasi, berbuat salah, tidak disiplin, pulang lebih awal

dan sering minta izin. Tn. Pengerusi juga mengingatkan para guru supaya sentiasa bersedia berdepan dengan cabaran masa kini.

Untuk makluman II MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT 6. Tn Pengerusi membentangkan minit mesyuarat guru kali keempat tahun 2013. 7. En. Ahmad mencadangkan minit mesyuarat guru disahkan dan Pn. Rohkiah menyokong. Untuk makluman III PERKARA BERBANGKIT Tiada IV .LAPORAN DARI ATAS 8. Tn. Pengerusi juga memaklumkan Visi KPM iaitu Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera dan Misi iaitu Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Membangunkan Aspirasi Negara. Seterusnya, beliau juga memberi penerangan ringkas tentang logo pendidikan Malaysia dan juga tentang piagam pelanggan kepada para guru. 9. Tn. Pengerusi menerangkan tentang aplikasi yang dinamakan Data Operasi Keperluan Sekolah (ePerlu) dimana ianya; i) perlu diisi secara online ii) tarikh tutup adalah pada 28 Oktober 2013 iii) bertujuan mendapatkan maklumat untuk mengetahui status kesediaan sekolah sebelum sesi persekolahan 2014 bermula. 10. Tn. Pengerusi memaklumkan bahawa mesyuarat pengurusan akan diadakan pada setiap hari Rabu. 11. Tn. Pengerusi menyampaikan amanat KPM yang telah diterima pada 30 November 2013 di Permai Inn, Kuala Terengganu iaitu peraturan pendidikan yang boleh dirujuk di dalam buku panduan pengurusan muka surat 86-88. 12. Tn. Pengerusi memaklumkan tentang Program Transformasi Sekolah yang menjadi sasaran; i) Pra sekolah ii) PIBK iii) Pro-elt iv) Priority yang menumpukan kepada 5 aspek 1) kehadiran murid 2) disiplin murid 3) kehadiran guru 4) kualiti guru 5) kualiti kepimpinan

13. Tn. Pegerusi membentangkan takwim persekolahan 2014 dengan merujuk Buku Perancangan Pengurusan 2014. Beliau mengingatkan para guru tentang cuti berganti, mensyuarat-mesyuarat penting dan LDP sepanjang tahun 2014. 14. Tn. Pengerusi membentangkan analisis keputusan PMR 2013. 15. Tn. Pengerusi juga memaklumkan tentang pelaksanaan PPMR (Pentaksiran Penilaian Menengah Rendah) untuk pelajar tingkatan 3 iaitu; i) ii) iii) Peperiksaan bertulis hanya untuk mata pelajaran Sains dan Matematik sahaja Peperiksaan bertulis dan lisan untuk Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Mata pelajaran lain melibatkan kerja kursus, tugasan bertulis, ujian amali, projek/kajian lapangan/kajian kes, demonstrasi, persembahan dan lain-lain dengan tidak melebihi 6/8 waktu pembelajaran.

16. Tn. Pengerusi juga mengucapkan terima kasih di atas kerjasama dan sokongan yang diberikan kepada beliau sepanjang tahun 2013, beliau juga yakin dengan permuafakatan dan komitmen yang tinggi, misi 2014 akan dapat dicapai. Beliau turut menyentuh tentang Dashboard Kedah 2014 iaitu kehadiran murid sebanyak 96% pada 2014 dan meningkat menjadi 97% pada tahun 2015. GPS sekolah pada tahun 2014 ialah 4.51 dan pada tahun 2015 4.40. 17. Tn. Pengerusi mengulas tentang MMI di mana pelajar patut berada di sekolah sebanyak 80% dan bagi guru 90% masa diluangkan di bilik darjah dan 10% lagi untuk kerja-kerja lain. 18. Tn. Pengerusi memaklumkan Kedah akan menjadi tuan rumah MSSM yang akan dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia pada 2 Mei 2013. Hari penutupannya ialah pada 7 Mei yang akan dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah. 19. English Speaking Day telah ditetapkan setiap hari Rabu untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dikalangan pelajar. Puan Aishah ditugaskan untuk menyediakan bahan Bahasa Inggeris untuk waktu relief. 20. Tn. Pengerusi masih kurang berpuas hati dengan pencapaian ko-kurikulum dan ianya boleh dipertingkatkan lagi. Beliau turut memaklumkan bahawa bidang ini juga boleh menarik minat pelajar ke sekolah, melatih bakat kepimpinan pelajar.Pada tahun 2014, pihak sekolah mensasarkan kejayaan dalam bidang sukan olahraga dan permainan. Tindakan: semua guru V LAPORAN DARI BAWAH V. I Laporan Kurikulum 21. Guru-guru diminta merujuk buku panduan pengurusan untuk menyemak jawatankuasa dan senarai guru tingkatan. Terdapat pembetulan iaitu Ustazah Rasimah menggantikan Pn. Atikah untuk guru tingkatan 2C dan bagi kelas 1C, Pn. Noreen digantikan dengan Pn. Norhafizah sehingga ditukarkan.

22. Penyelia tingkatan diminta memikul tanggungjawab untuk menyemak jadual kedatangan setiap bulan bagi memastikan tidak berlaku keciciran dan kelewatan untuk menghantar surat amaran kepada pelajar yang ponteng sekolah. 23. Kaunselor akan memulakan kelas intervensi untuk pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 yang lemah membaca dan menulis mulai bulan Januari. 24. Pihak PPD akan cuba menyelaraskan tarikh peperiksaan dan ujian bagi semua sekolah di dalam DKBB. Pihak sekolah masih menunggu tindakan selanjutnya. 25. Tn. Pengerusi memaklumkan seramai 5203 calon menduduki peperiksaan PMR pada tahun 2013 dan seramai 3460 orang calon telah lulus semua mata pelajaran iaitu sebanyak 66.5% dengan peningkatan sebanyak 3.22%. Calon yang gagal semua mata pelajaran ialah seramai seorang dan pelajar yang mendapat keputusan semua A ialah seramai 395 calon. 26. Tn. Pengerusi meminta semua guru mata pelajaran menggunakan keputusan peperiksaan akhir tahun 2013 sebagai TOV untuk 2014 bagi kelas tingkatan 2,3,4 dan 5. 27. Tn. Pengetua telah menyemak fail panitia. Dirumuskan ada panitia yang tidak melengkapkan fail-fail yang diperlukan untuk tahun 2013. Tn. Pengetua meminta kerjasama setiap ketua panita untuk menyemak dan mengemaskini fail panitia masing-masing. 28. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) akan dilaksanakan untuk pelajar Tingkatan 1-3 pada tahun ini. Pelajar Tingkatan 3 akan menghadapi pentaksiran pusat bagi 4 mata pelajaran dan selainnya adalah berbentuk penilaian tugasan. Tindakan: semua guru

V.II Laporan Hal Ehwal Murid 29. Encik Ahmad, PK HEM meminta guru-guru merujuk Buku Perancangan Pengurusan pada m/s 31-47 untuk melihat senarai tugasan. 30. Beliau meminta semua guru mengetatkan pengurusan disiplin untuk mengelakkan kes disiplin berulang. 31. Beliau memaklumkan yang pertandingan keceriaan kelas akan diadakan selepas cuti Hari Keputeraan Sultan Kedah. 32. Bagi tahun 2014, jika ada pelajar baru yang baru mendaftar masuk, nombor angka pendaftaran mestilah dimulakan dengan nombor 1/2014 dan diikuti dengan nombor seterusnya. 33. Guru tingkatan diingatkan untuk mendapatkan maklumat pelajar dengan lengkap dan semua guru diminta memberi kerjasama mengawal disiplin pelajar, menulis nama pelajar yang ponteng di dalam diari kelas dan memastikan kelas dalam keadaan bersih dan teratur sebelum memulakan kelas. Tindakan: semua guru

V.II Laporan Kokurikulum 34. Guru-guru diminta merujuk Buku Perancangan Pengurusan & Pembangunan Kokurikulum dan Sukan pada m/s 48-62. Terdapat 3 kelab baru yang diwujudkan iaitu Kelab Pusat Sumber Sekolah, Kelab SPBT dan Sukan lompat tali. Terdapat beberapa perubahan antaranya: 1. Cik Nurul Aini Hayati Bt. Azizan mengambil alih semua tugasan Puan Fauzana. 2. Kelab Sofbol Ketua Cik Nurul Aini Hayati Azizan. 3. Guru penasihat teak kwan do diambil alih oleh Pn. Wan Nur Huda. 35. Jadual aktiviti Kokurikulum Rujuk Buku Perancangan Pengurusan & Pembangunan Kokurikulum dan Sukan 2014 ms 62. 36. Semua guru penasihat kelab, persatuan dan sukan diminta mengambil langkah proaktif untuk menganjurkan acara inter kelab, persatuan atau sukan sebagai satu cara menarik minat pelajar terhadap kokurikulum. Tindakan : guru-guru terlibat. VIII. Hal-hal lain

22. Budaya buka sekolah; pendaftaran, taklimat dan orentasi pelajar tingkatan satu 2014 akan diadakan pada 29 Disember 2013 manakala Pendaftaran semua pelajar akan diadakan pada 30 Disember 2013. Tindakan: semua guru. 27. Persaraan Cikgu Push adalah pada 6 Julai 2014

IX PENANGGUHAN MESYUARAT Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengah hari.

Disediakan oleh

Disahkan oleh,

.. (PN.ZURAIHAN BT YUSOF)

(PN. HAJAH RADZIYAH BT MD NOH)

.. ( CIK NURUL AINI HAYATI BT AZIZAN)

You might also like