You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KELAPAN BADAN KEBAJIKAN GURU DAN KAKITANGAN (BKGK) SESI 2014/2015

Tarikh Hari Masa Tempat Kehadiran : 30.12.2013 : Isnin : 8.30 pagi : Dewan Wawasan SKBU : Semua Ahli Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan

AGENDA MESYUARAT 1.0 Ucapan Pengerusi Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan 2012/2013 1.1 Pengerusi merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua ahli yang dapat menghadirkan diri ke Mesyuarat Agung Tahunan pada kali ini. Pengerusi memaklumkan bahawa pemilihan Ahli Jawatankuasa yang baru akan diadakan pada mesyuarat kali ini. Tindakan : Semua ahli BKGK

1.2

2.0

Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung yang lalu 2.1 Pengerusi mengedarkan minit mesyuarat yang lalu dan membentangkan minit mesyuarat tersebut. Pengerusi kemudiaanya meminta seorang ahli mencadangkan agar minit mesyuarat yang lalu disahkan. Pencadang : Pn. Sia Soh Guad Penyokong : Pn. Rozilawati bt Hussin 2.2 Minit mesyuarat yang lalu dengan ini disahkan. Tindakan : Setiausaha BKGK

3.0

Pembentangan dan Penerimaan Penyata Kewangan 3.1 Bendahari membentangkan Penyata Kewangan yang berakhir pada Disember 2013. Mesyuarat memutuskan baki yuran bagi tahun sebelumnya akan dibawa ke sesi yang berikutnya untuk kegunaan sesi akan datang. Tindakan : Bendahari BKGK

3.2

4.0

Pemilihan Jawatankuasa Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan 2014/2015 4.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli BKGK kerana memberikan kerjasama sepanjang beliau menjadi pengerusi. Tindakan : Semua ahli BKGK Pengerusi membubarkan Jawatankuasa BKGK 2012/2013 secara rasmi. Tindakan : Pengerusi BKGK Menjalankan pemilihan bagi jawatan utama bagi Jawatankuasa sesi 2014/2015 Mesyuarat telah bersetuju dan sebulat suara memilih dan melantik Jawatankuasa Eksekutif Badan bagi sesi 2014/2015 yang baru seperti berikut: Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Penolong Setiausaha Bendahari Penolong Bendahari Ahli Jawatankuasa : En Amiruddin Hafiz bin Zainudin : En Mohd Ruzaiman bin Abdullah Halim : Cik Nurul Ayuni bt Azizan : Cik Suraiya bt Aziz : En Samsukama bin Mohd Zahari : Cik Nur Adlina bt Ujang : 1. Cik Amirul Umaira bt Ghazali 2. En Kelvin Ting Tiew Hock 3. En Muhd Ridhwan bin Alias 4. Pn Engku Khadijah bt Engku Mustaffa 5. Pn Vimala a/p Samiah 6. Pn Siti Nor Fitrah bt Abd Kadir 7. Pn Nor Zalina bt Zulkaply 8. Pn Hasmini bt Mokhtar 9. Pn Farihah bt Abdullah 10. En. Hasham bin Rohmat 11. Pn Erdawati bt. Marjunit Juru Audit : 1. En Mohd Azmi bin Awang 2. Cik Yasmin Huzaimah bt Aladdin

4.2

4.3

4.4

5.0

Hal-hal lain 5.1 Ucapan Pengerusi Jawatankuasa sesi 2014/2015. Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih di ats pelantikannya dan berharap semua ahli dapat memberikan kerjasama untuk menjayakannya. Tindakan : Semua ahli BKGK Puan Muazlina mencadangkan bayaran yuran sebanyak RM100 setahun ditambah kepada RM120 dan diwujudkan Dana Kecemasan sebanyak RM20 setahun untuk digunakan sebagai sumbangan kepada semua ahli. Encik Faisal mencadangkan agar tarikh bayaran yuran ditetapkan pada setiap bulan. Beliau juga mencadangan badan melibatkan diri dalam semua aktiviti sekolah sebagai salah satu cara mendapat keuntungan. Encik Abdul Rahman mencadangkan agar yuran dibayar pada setiap bulan, setahun dua kali dan bayaran terus. Beliau juga mencadangkan agar diwujudkan satu papan kenyataan bagi mengiklankan sesuatu produk atau barangan dari luar dan dikenakan caj bayaran sebanyak RM10. Beliau juga mencadangkan satu Program Muhibbah diwujudkan bersama SMK Batu Unjur bagi mengeratkan lagi silaturrahim. Encik Ahmad Ubaidillah bersetuju agar tarikh bayaran yuran serta kutipan dana kecemasan ditetapkan. Pn. Sia Soh Gad kurang bersetuju dengan cadangan En Abdul Rahman bagi mewujudkan papan iklan. Pn. Jawariyah mencadangkan agar diwujudkan satu uniform yang sama dan seragam seperti batik untuk semua pentadbir, guru dan kakitangan. Encik Shahrul mencadangakan agar diwujudkan satu kaunter bayaran yuran BKGK pada masa tertentu. Beliau juga mencadangkan agar satu program motivasi dibuat dua kali setahun yang melibatkan semua guru agar dapat meningkatkan motivasi diri untuk mengajar. Encik Muhaimin meminta agar diwujudkan tong sampah kitar semula dalam kawasan sekolah. Encik Samsukama selaku bendahari BKGK memberi cadangan satu kaunter bayaran yuran dibuka setiap bulan pada hari Khamis selama 30 minit di kantin. Semua guru boleh membuat bayaran kepada beliau dengan mudah dan lebih sistematik.

5.2

5.3

5.4

5.5

5.6

5.7

5.8

5.9

5.10

5.11

En. Hud mencadangkan agar Hari Keluarga SKBU diwujudkan pada tahun ini dan bayaran sewa mesin air disalurkan kepada BKGK. Beliau juga mencadangkan agar setiap ahli yang mempunyai cadangan mahupun komen boleh menulis surat dan diserahkan kepada Pengerusi BKGK pada bila-bila masa agar penambahbaikan dapat dilakukan dari semasa ke semasa. Beliau juga memaklumkan satu petak meletakkan kenderaan akan disediakan untuk jawatan Pengerusi BKGK.

6.0

Ucapan Penangguhan/Penutup 6.1 Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam Mesyuarat Agung pada kali ini. Semua cadangan dan pendapat akan dibincangkan dalam mesyuarat pertama BKGK yang akan datang. Sebarang keputusan dan penyelesaian masalah akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

6.2

6.3

Mesyuarat di tangguhkan pada pukul 10.40 pagi.

Disediakan oleh,

Disemak dan disahkan oleh,

__________________ (Nurul Ayuni Bt Azizan) Setiausaha BKGK, Sek Keb Batu Unjur

________________________ (Amiruddin Hafiz Bin Zainudin) Pengerusi BKGK, Sek Keb Batu Unjur

You might also like