You are on page 1of 16

Pengertian makki dan madani terbahagi kepada tiga bahagian :

Pembahagian Dari Sudut Masa

Pembahagian Dari Sudut Tempat

Pembahagian Dari Sudut Tumpuan Penurunan

Pembahagian Dari Sudut Masa

Surah dan ayat yang diturunkan sebelum hijrah dinamakan ayat Makki. Surah dan ayat yang diturunkan selepas hijrah dinamakan ayat Madani.

Pendapat tersebut disokong oleh Imam Al-Bukhari di dalam kitabnya : Tarikh al-Tasyri dengan mengatakan penurunan al-Quran dibahagikan kepada dua masa, iaitu :

a. Masa sebelum Hijrah selama 12 tahun, 5 bulan 13 hari. Bermula 17 Ramadhan, 41 tahun usia Nabi hingga awal Rabiul Awal 54 tahun usia Nabi. Semua ayat yang diturunkan di dalam jarak masa tersebut adalah Makki, yang meliputi hampir 19 Juz daripada Al-Quran. b. Masa selepas Hijrah, selama 9 tahun, 9 bulan dan 9 hari. Bermula awal bulan Rabiul Awal 54 tahun usia Nabi hingga 9 Zulhijjah 63 tahun usia Nabi. Semua ayat yang diturunkan dalam jarak masa tersebut dinamakan Madani, yang meliputi 11 Juz daripada al-Quran.

Pembahagian Dari Sudut Tempat

Surah dan ayat yang diturunkan di Mekah dinamakan ayat Makki. Surah dan ayat yang diturunkan di Madinah dinamakan ayat Madani.

a. Pendapat golongan kedua ini adalah dinilai dari sudut tempat turunnya ayat. Semua ayat yang diturunkan di sekitar Mekah dan kawasan yang sekitar dengannya dinamakan ayat dan surah Makki walaupun ianya diturunkan selepas Hijrah. Manakala semua ayat yang diturunkan di Madinah dan kawasan sekitarnya dinamakan ayat Madani walaupun ianya diturunkan sebelum Hijrah. b. Pendapat golongan kedua ini dikira tidak tepat kerana ia tidak Jami Mani iaitu tidak meliputi dan tidak menyeluruh, kerana ada juga ayat yang tidak diturunkan di Mekah dan tidak diturunkan di madinah contohnya ayat yang diturunkan semasa nabi sedang bermusafir.

Pembahagian Dari Sudut Tumpuan Penurunan

Surah dan ayat yang diturunkan dengan tujuan atau tumpuan atau khitab kepada penduduk Mekah dikatakan ayat Makki, manakala ayat dan surah yang ditujukan atau khitab kepada penduduk Madinah pula dikatakan ayat Madani.

a.

Menurut pendapat ketiga, ayat makki biasanya menggunakan lafaz Wahai sekalian manusia dan ayat madani pula dimulakan dengan Wahai orang yang beriman.
Pendapat ketiga berpendapat sedemikian kerana kekufuran dirujuk kepada orang-orang Mekah. Manakala keimanan dan orang yang beriman merujuk kepada orang-orang Madinah. Pendapat ketiga ini juga tidak tepat dan tidak menyeluruh terhadap semua ayat yang diturunkan kepada nabi. Hal tersebut kerana : - Terdapat dalam Al-Quran ayat yang diturunkan dengan tidak dimulakan dengan kedua-dua sigah tersebut. - Keadaan lain juga kerana tidak semua ayat yang diturunkan dengan dimulakan dengan lafaz dikira umumnya Makki. Dimana terdapat ayat Madani dimulakan dengan lafaz tersebut. Dan begitu juga dengan ayat makki.

b.

c.

Ciri-ciri Pengenalan Ayat Makki Dan Madani

Ayat Makki
Ciri-ciri Qati : Setiap surah yang terdapat di dalamnya ayat sajdah merupakan ayat Makki. Setiap surah di dalamnya menceritakan tentang kisah atau sirah para nabi dan rasul terdahulu adalah Makki kecuali surah Al-Baqarah. Setiap surah yang di dalamnya terdapat lafaz Kalla adalah Makki. Setiap surah yang terdapat dalamnya kisah nabi adam dan Iblis adalah Makki kecuali surah Al-Baqarah.

Ayat Madani
Ciri-ciri Qati : Ayat yang menerangkan keizinan perang. Jihad, serta peraturan perang dan hukum jihad. Menceritakan tentang dialog dengan Ahli Kitab juga mengajak mereka memeluk dan menerima Islam. Surah dan ayat yang menghentam dan menyatakan tentang orang munafik kecuali surah alAnkabut.

Setiap surah yang terdapat dalamnya ungkapan atau lafaz kecuali ayat 77 Surah al-Hajj adalah ayat Makki dan ayat tersebut juga termasuk dalam ayat Sajdah. Setiap surah yang dimulakan dengan ayat-ayat singkat atau huruf alTahajji. Bagi surah alBaqarah dan surah Ali Imran, ulama bersepakat kedua-duanya adalah Surah Madani. Bagi Surah ar-Rad ulama berselisih pendapat samada Makki atau Madani.

Setiap surah yang mengandungi dan membicarakan tentang hukum jenayah, hudud, hukum yang berkaitan dengan Faraid, sivil, kemasyarakatn dan negara.

Ciri-ciri Aghlabi : Ayat yang menerangkan aqidah yang benar, mengajak kepada tauhid,beribadat dan menjauhi syirik adalah Makki. Menggesa manusia meneliti bukti kejadian, ayat Kauniyah, kekuasaan Allah, pengukuhan aqidah, menyeru kepada beriman kepada Allah, hari akhirat, syurga dan neraka adalah Makki. Membicarakan dan mencela perbuatan buruk Arab Jahiliyah.

Ciri-ciri Aghlabi : Ayat yang panjang-panjang dan memberi penjelasan serta keterangan yang terperinci kecuali Surah alNasr, al-Zalzalah dan alBayyinah. Ayat dan surah yang menerangkan dengan terperinci bukti-bukti yang menunjukkan hakikat tentang keagamaan. Menjelaskan tentang ibadat, muamalat, kekeluargaan, sosial, jihad dan hubungan antara bangsa.

Menyentuh tentang pembentukan akhlak dan perkara sivil . Ayat dan sukukata yang berbentuk pendek, ringkas dan padat serta nadanya berbentuk keras. Ayat dan surah yang terdapat banyak lafaz sumpah. Perletakan dasar umum dalam perundangan. Menyebut kisah para nabi dan umat terdahulu sebagai pengajaran. Kebanyakan surah al-Mufassal adalah surah Makki. Terdapat pendapat lain menyatakan sebahagian ayat surah alMufassal adalah Madani.

Ayat yang dimulakan dengan lafaz kecuali surah al-Hajj.

You might also like