You are on page 1of 15

Bangkit Membina Azam Baru Berpaksikan Iman

By:ukhti syira ahmad

Azam. Apa tueww?


Tujuan yg hendak dicapai; apa-apa yang dimaksudkan. berazam bercita-cita; bertujuan Azam merupakan matlamat yang menjadi impian seseorang. Impian ini bukan anganangan kosong, tetapi seharusnya adalah hasrat dan keinginan yang realistik.

Nak dapat 4 flat

Beli enpun smartfon

Lebih PENJIMATAN

Sayonara jahiliah

Buat sesuatu untuk agama ini

Hakikatnya pada awalnya kita memasang niat azam yang banyak, macam-macam itu ini tetapi Adakah azam yang kita buat itu dapat menaikan lagi iman kita atau sebaliknya Adakah azam itu membantu kita mencari redha Allah atau sebaliknya Adakah?? Tepuk dada fikir sendiri

Tips Menetapkan Azam


Niatkan Azam Itu Kerana Allah

1. Niatkan azam kita kerana Allah. 2. Anda menjadi bukti bahawa kejayaan adalah possible, bukan impossible. 3.Anda menjadi bukti Allah buka jalan kepada sesiapa saja yang berusaha.
4. Surah 3: 29 Katakanlah Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu nyatakan, Allah pasti mengetahuinya.

Anggap Kerja Keras Ke Arah Pencapaian Azam Sebagai Ibadah

1. Usaha memburu kejayaan sebenarnya satu ibadah, yakni ibadah sunat. 2. Bekerja dan berusaha untuk mencapai apa jua azam itu dengan kita mendekati Tuhan. Tanpa niat, apa yang Anda lakukan tidak menjadi ibadah.

3. Surah 2: 153 Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan ( kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar

Lebihkan Hablum Minannas, Jangan Kurangkan Hamblum Minallah.

Apa yang jua yang hendak dicapai,pastikan kita mendahulukan Yang Maha Esa. Berbaktilah kepada orang sekeliling supaya dengan itu kita mendapat redha Allah. Erti takwa yang sebenar adalah rasa terdorong untuk berbakti kepada orang sekeliling sebanyak mungkin (hablum minannas) Dalam masa yang sama tetap menjaga hubungan erat dengan Tuhan (hablum minallah) agar jalan untuk kita mencapai azam akan dibuka serta dipermudahkan.

Surah 40, ayat 60 Dan Tuhan-mu Berfirman Berdoalah kepada-ku, niscaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mau menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina

Untuk Kebaikan Bersama

Apa jua yang mahu kita capai sebagai azam niatkan untuk kebaikan bersama bukan untuk kepentingan peribadi Niatkan untuk kebaikan kita bersama rakanrakan kita sebaliknya bukan bangga kerana kita lebih berjaya daripada mereka.

Elak Dikuasai Ego, Elak Merasa Diri Lebih Bagus.

1. Jangan set azam semata-mata untuk menunjuk-nunjuk. 2. Jika azam hanya untuk menunjuk-nunjuk, untuk bermegah, untuk bermewah-mewah, usaha ke arah azam itu akan mengalami kesukaran. 3. Kita tak mencapai satu apapun, tidak mustahil kita akan gagal. Jadi tajdid niat anda agar ianya dipermudahkan oleh Allah. In shaa Allah.

Jazakumullahu khairan kathira ^_^

You might also like