You are on page 1of 15

PROGRAM KECEMERLANGAN PELAJAR

YANG TERBUKTI BERKESAN


PROGRAM ANAK ANGKAT
SEKOLAH MENENGAH AGAMA ISLAM BEAUFORT
(PRO ANANG SMAIB)

1. MUQADDIMAH:

1.1. Takrif/ definisi “Program Anak Angkat”:

“Program Anak Angkat” yang dimaksudkan ialah, menjadikan


semua pelajar SMAIB sebagai “Anak Angkat” kepada guru-guru
SMAIB, yang disediakan dengan beranika program yang terancang
demi meningkatkan prestasi pelajar dari segi pelajaran pengajaran
dan pembelajaran.

1.2 “Program “KEMBAR”:


Program ini juga sesuai dilaksanakan secara berkembar dengan
mana-mana sekolah yang difikirkan sesuai.

2. RASIONAL:

Program ini diwujudkan adalah bertujuan untuk melahirkan budaya saing


yang tinggi dikalangan pelajar dalam mempertingkatkan prestasi
kecemerlangan mereka dari segi akademik dan juga syakhsiah.

Persaingan yang sihat akan timbul di kalangan anak di bawah asuhan dan
bimbingan seorang guru yang disebut sebagai “Ibu/Bapa Angkat” kepada
mereka (persaingan di antara adik beradik). Seterusnya persaingan yang
lebih hebat tentu berlaku di antara anak angkat dengan anak angkat yang
lain, bahkan persaingan guru-guru itu sendiri akan berlaku secara sihat.

Apabila program ini dilaksanakan secara berkembar pula tentulah


persaingan yang wujud semakin bertambah luas dan semakin mencabar.
(1)
Maka dengan sendirinya dapat mempertingkatkan prestasi kecemerlangan
pelajar yang terlibat. Oleh yang demikian kita merasa lebih optimis untuk
mencapai kegemilangan jauh lebih gemilang dari natijah persaingan di
peringkat sekolah semata-mata. Kerana persaingan bukan sahaja berlaku
di kalangan pelajar akan tetapi persaingan juga timbul di kalangan guru
yang berperanan sebagai bapa atau ibu angkat yang sudah tentu tidak
ingin melihat anak-anak didik mereka lemah, terbiar dan ketinggalan.
Bahkan persaingan dari segi mempertahankan dan mempertingkatkan
imej sekolah juga timbul, bilamana tiada sebuah sekolahpun yang mahu
dianggap kalah, tewas atau ketinggalan.

Justru itu seandainya program ini dapat dilaksanakan secara terancang


dan berkesan sudah tentu akan menghasilkan natijah yang memuaskan
semua pihak. Ketika itu pencapaian keputusan 100% lulus sudah tidak
menghairankan lagi, hanya yang membezakan ialah berapa peratuskah
pelajar yang mendapat “A” dalam kesemua mata pelajaran dalam
peperiksaan yang diambil.

Pelaksanaan program kembar ini paling sesuai dibuat untuk peperiksaan


yang penting seperti PMR dan seterusnya.

3. OBJEKTIF AM:

3.1. Mengwujudkan persaingan yang sihat.


3.2. Memupuk sikap dan sifat bertanggungjawab.
3.3. Meningkatkan keyakinan diri dan rasa optimis.
3.4. Memanfaatkan kemampuan diri yang sebenar.
3.5. Merealisasikan “Amal Jama’ie” atau “Team Work”.

4. OBJEKTIF KHAS:

4.1. Pencapaian cemerlang dalam peperiksaan.


4.2. Peningkatan prestasi syakhsiah dan akademik.
4.3. Penampilan imej yang membanggakan.
(2)
4.4. Perangsang motivasi.
4.5. Pulangan/hasil yang memuaskan.
5. LOGO DAN MOTO:

5.1. Difinisi LOGO:


Logo Bulatan Besar mengurung Moto “Minima Masa Maksima
Usaha” membawa maksud “Tekad Yang Bulat” Guru-guru SMAIB
untuk melaksanakan PRO ANANG SMAIB dengan berprinsipkan
moto yang terkandung di dalamnya. Manakala bulatan tengah yang
mengurung simbol “LOVE” serta perkataan PRO ANANG
PMR2003 SMAI BEAUFORT bermaksud bahawa para pelajar
yang dijadikan sebagai anak angkat diumpamakan bagaikan anak
kecil yang perlukan segalanya untuk mencapai kecemerlangan.

5.2. Difinisi MOTO:


Moto: “MINIMA MASA MAKSIMA USAHA”
Adalah sebuah prinsip atau moto yang ringkas tetapi terkandung di
dalamnya makna yang luas. Ia membawa makna bahawa satu-satu
kerja itu tidak perlu memakan masa yang lama untuk
menyempurnakannya apabila daya usaha dilakukan dengan
semaksima mungkin. Contohnya: Satu-satu kerja yang lazimnya
hanya akan siap dalam masa tujuh hari(dilakukan dengan
bertangguh) boleh disiapkan dalam masa cuma tujuh minit atau
(3)

paling lama tujuh jam sahaja, apabila usaha untuk menjayakannya


dilakukan dengan usaha yang maksima. Perkara ini sudah tidak
menghairankan lagi apabila hampir semua Penjawat Awam
mempunyai kemahiran ICT apatah lagi hampir keseluruhan agensi
kerajaan dan swasta di bekalkan dengan kemudahan komputer.

6. PELAKSANAAN.

6.1. PELAKSANAAN DI PERINGKAT SEKOLAH

6.1.1. Mengenal pasti bilangan calon PMR sekolah untuk dibahagikan


sebagai anak mengikut kesesuaian.
6.1.2.Bilangan guru yang diperlukan sebagai ibu/bapa angkat.
6.1.3. Pelaksanaan aktiviti oleh setiap keluarga secara bersendirian.
6.1.4.Pelaksanaan aktiviti oleh setiap keluarga- antara keluarga dengan
keluarga yang lain secara bersama.
6.1.5.Pelaksanaan aktiviti oleh setiap keluarga dengan keluarga yang
lain melalui pertandingan persahabatan/ pertandingan memilih
wakil keperingkat kembar.

6.2. PELAKSANAAN DI PERINGKAT KEMBAR

6.2.1.Mengadakan program/aktiviti secara bersama – satu keluarga


dengan satu keluarga sekolah lain atau lebih.
6.2.2. Mengadakan pertandingan/pertandingan persahabatan secara
bersama dengan memilih wakil satu-satu keluarga atau wakil
satu-satu sekolah.

7. SENARAI TUGAS IBU/BAPA ANGKAT.

7.1.Mengenal pasti anak dari segi kognitif.


7.2.Memberi bimbingan, dorongan dan tunjuk ajar dalam meningkatkan
prestasi anak-anak mereka.
7.3.Menjadi penasihat, penyelesai masalah samada mengenai pelajaran
(4)
mahupun mengenai soal peribadi.
7.4.Mengasihi dan menyayangi tanpa membeza-bezakan antara mereka.
7.5.Menanamkan sifat bertanggung jawab, kasih sayang, tolong
menolong, hormat menghormati dan TAQWA di antara mereka.
7.6.Mengadakan perjumpaan, perbincangan, atau mesyuarat sekerap
yang mungkin dalam merangka dan melaksanakan aktiviti samada
dalam keluarga atau bersama keluarga yang lain diperingkat sekolah
mahupun di peringkat antara sekolah.
7.7.Sentiasa memikirkan dan mencari jalan yang terbaik untuk
membuktikan kebolehan yang maksima dalam mempastikan
kejayaan cemerlang anak-anak, disamping mempunyai konpromi
yang matang.
7.8.Membentuk AJK dalam keluarga (contoh rajah III muka surat:9)
7.9.Merancang aktiviti keluarga berupa takwim tahunan.

8. AKTIVITI PROGRAM ANAK ANGKAT.


8.1. Kelas Pemulihan.
8.2. Kelas Bimbingan.
8.3. Kelas Tambahan.
8.4. Kelas/program Motivasi.
8.5. Diskusi.
8.6. Kuiz.
8.7. Bahas.
8.8. Peraduan Membaca.
8.9. Peraduan Menghafaz.
8.10. Peraduan Membuat Nota.
8.11. Peraduan menjawab soalan dari Bank Soalan.
8.12. Pertandingan Pidato.
8.13. Pertandingan Pantun/Sajak/Syair/Seloka/Gurindam dan lain-lain.
8.14. Pertandingan menulis cerpen/makalah/esei.
8.15. Seminar dalaman.
8.16. Aktiviti selepas PMR.
8.17. Bina Semangat.
8.18. Program Bijak Matematik.
(5)
8.19. Program Bijak Bahasa (Melayu, Inggeris dan Arab)
8.20. Minggu Bahasa Melayu, Inggeris dan Arab.
8.21. Mengadakan Lawatan/perkelahan.
8.22. Memperingati Hari Jadi.
8.23. Dan lain-lain yang difikirkan sesuai.
*Pengandalian sebarang aktiviti mestilah terancang. Perjumpaan,
perbincangan dan mesyuarat perlu diadakan untuk melaksanakan aktiviti
dalam semua peringkat. Semua aktiviti yang disenaraikan tertakluk
kepada tokok-tambah yang difikirkan perlu dan bersesuaian.*

9. AJK PELAKSANA PROGRAM ANAK ANGKAT KEMBAR PMR

Penaung: 1- Pengetua SMAI Beaufort.


2- Pengetua SMK/SM/SMU 1. (Mengikut Pilihan)
3- Pengetua SMK/SM/SMU 2. (Mengikut Pilihan)
Penasihat: 1- Penolong Kanan 1 SMAI Beaufort.
2- Penolong Kanan 1 SMK/SM/SMU 1.
3- Penolong Kanan 1 SMK/SM/SMU 2.
Pengerusi: 1- Penolong Kanan HEP SMAI Beaufort.
2- Penolong Kanan HEP SMK/SM/SMU 1.
3- Penolong Kanan HEP SMK/SM/SMU 2.
Ahli Jawatan Kuasa:
1- Ibu/Bapa Angkat SMAI Beaufort.
2- Ibu/Bapa Angkat SMK/SM/SMU 1.
3- Ibu/Bapa Angkat SMK/SM/SMU 2.
(Semua Ibu/Bapa Angkat akan dilantik sebagai AJK Induk
yang difikirkan sesuai untuk porgram dan AJK Pelancaran)

**(sila lihat contoh rajah:1)**

(6)

10 . AJK PELAKSANA PROGRAM ANAK ANGKAT PMR


PERINGKAT SEKOLAH.

Penaung: Pengetua.
Penasihat: Penolong Kanan 1.
Pengerusi: Penolong Kanan HEP.
AJK: 1- Ibu/Bapa Angkat.
2- Ketua-ketua Anak Angkat.
(Ibu/Bapa Angkat dan ketua-ketua anak angkat akan dilantik
menjawat jawatan yang difikirkan perlu bagi peringkat sekolah)

CADANGAN JAWATAN PERINGKAT SEKOLAH:

1- Naib Pengerusi: Dari kalangan Ibu/Bapa Angkat.


2- Bendahari 1: Dari kalangan Ibu/Bapa Angkat.
3- Bendahari 2: Dari kalangan Ketua Anak Angkat.
4- Setiausaha 1: Dari kalangan Ibu/Bapa Angkat.
5- Setiausaha 2: Deri kalangan Ketua Anak Angkat.
6- AJK Biasa: Semua (baki) Ibu/Bapa dan Ketua Anak Angkat.

**(sila lihat contoh rajah:2)**

11. AJK PELAKSANA PROGRAM ANAK ANGKAT PMR


PERINGKAT KELUARGA.

Penaung: Pengetua/Penolong Kanan 1.


Penasihat: Penolong Kanan HEP.
Pengerusi: Ibu/Bapa Angkat.
AJK: Semua Anak Angkat.
*Anak angkat akan dilantik menjawat jawatan seperti berikut:-
1- Ketua (Merangkap Naib Pengerusi)
2- Setiusaha.
3- Bendahari.
4- AJK Biasa. **(sila lihat contoh rajah: 3)**
(7)

RAJAH (III)
CARTA ORGANISASI
AJK PELAKSANA PROGRAM ANAK ANGKAT
(PRO ANANG) PMR PERINGKAT KELUARGA
PENAUNG 1. PENGETUA
2. PK(1)

PENASIHAT PK(HEM)

PENGERUSI IBU/BAPA ANGKAT

AJK

KETUA SETIAUSAHA BENDAHARI


ANANG ANANG ANANG

AHLI AHLI AHLI

SEMUA ANANG SEMUA ANANG SEMUA ANANG

(10)
Abueddasoyiddeeqa elbinangkit31julai2003

Lampiran:1
BORANG
PENETAPAN SASARAN (01)
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PMR 2003
NAMA: ………………………………………………………
…..
NO. KAD PENGENALAN: …………………………………
…..
TINGKATAN/KELAS: ………………………………………....
IBU/BAPA ANGKAT: ………………………………………….
NAMA KELUARGA: ………………………………………
…...
BIL. MATA PELAJARAN SASARAN CATATAN
01. BAHASA MELAYU
02. BAHASA INGGERIS
03. BAHASA ARAB KOM.
04. MATEMATIK
05. SAINS
06. GEOGRAFI
07. SEJARAH
08. PENDIDIKAN ISLAM
09. KEMAHIRAN HIDUP

Saya dengan ini berazam menumpukan sepenuh masa dan


meningkatkan daya usaha untuk mencapai sasaran yang terdapat
di atas. Saya juga bersetuju menandatangani BORANG
SASARAN ini disaksikan oleh Ibu/Bapa Angkat saya
dihadapan Ibu dan Bapa Kandung saya.

……………………….. …...…………………………
…...
T.Tangan Murid PMR T.Tangan Saksi Ibu/Bapa Angkat
(Nama:………………………)(Nama:………………………
…..)

………………….. ………… Tarikh:


T. Tangan Ibu/Bapa/Penjaga
(Nama:………………………)
AbuEddaSoyiddeeqaEl-Binangkit11ogos2003.

Lampiran:2
BORANG
GALAKAN DAN INSENTIF
KE ARAH MENCAPAI SASARAN
KEPUTUSAN CEMERLANG PMR 2003

Demi menyokong PRO ANANG PMR2003 SMAI Beaufort,


maka saya………………………………………………………
(Nama Penuh Ibu/Bapa Calon PMR2003-DENGAN HURUF BESAR)

No. Kad Pengenalan ……………………………………………


Sebagai Ibu/Bapa Kandung kepada ……………………………
………………………………………………………………….
(Nama Penuh Calon PMR2003 – DENGAN HURUF BESAR)

No. Kad Pengenalan ……………………………………………


BERSEDIA memberi dorongan dan galakan yang berterusan
disamping INSENTIF berikut:
(a) Hadiah Istimewa (rahsia)atau/dan ( )
(b) Hadiah Istimewa:
1. …………………………………………….. ( )
2. …………………………………………….. ( )
3. …………………………………………….. ( )
(Sila senaraikan bentuk hadiah yang dijanjikan)

(c) Wang Tunai RM: ………….. untuk setiap 1A ( )


(sila catatkan dengan ikhlas)

(d) Lain-lain…………………………………………………..
(sila catatkan jika ada)

Untuk merealisasikan sasaran ini kami sentiasa berusaha dan


berdoa semoga dimakbulkan Allah SWT jua hendaknya.

Yang benar,

…………………………….
( )
-Nama ibu/bapa/penjaga calon PMR2003-

Tarikh: …………………….. Saksi:………………………….


(Ibu/Bapa Angkat PRO ANANG PMR2003 SMAIB)
AbuEddaSoyiddeeqaEl-Binangkit11ogos2003.

Lampiran:3
LAFAZ IKRAR
ANANG PMR2003 SMAIB

BAHAWA KAMI,
ANAK ANGKAT PMR2003 SMAI BEAUFORT,
BERIKRAR,
AKAN BERUSAHA SEMAKSIMA MUNGKIN,
DEMI MEREALISASIKAN,
OBJEKTIF PRO ANANG PMR2003
SMAI BEAUFORT.

KAMI BERIKRAR,
AKAN MEMBUKTIKAN, BAHAWA,
KAMI MAMPU MENCAPAI KECEMERLANGAN,
DENGAN BERKAT USAHA GIGIH KAMI,
DENGAN BANTUAN GURU-GURU,
SERTA IBU BAPA ANGKAT KAMI,
DAN DOA MUSTAJAB IBU BAPA KAMI.

KAMI BERIKRAR,
MENYAHUT CABARAN PRO ANANG PMR2003
SMAI BEAUFORT,
UNTUK MERAIH KECEMERLANGAN,
SEBAGAI HADIAH YANG TIDAK TERNILAI,
KEPADA IBU BAPA KAMI,
KEPADA IBU BAPA ANGKAT KAMI,
DAN KEPADA GURU-GURU KAMI,
YANG IKHLAS BERBAKTI.

MINIMA MASA, MAKSIMA USAHA,


ADALAH PRINSIP PERJUANGAN KAMI,
SEMOGA ALLAH MEMBERKATI,
SERTA MEMAKBULKAN,
HASRAT MURNI KAMI.
AMIN YA RABBAL ALAMIN.
Lampiran:4
BORANG
LAFAZ AKAD
PENYERAHAN ANAK
KEPADA IBU BAPA ANGKAT

LAFAZ AKAD PENYERAHAN:

Saya ………………………………………….. ibu/bapa kepada


(Nama Ibu/Bapa kandung calon PMR2003)

anak saya yang bernama:………………………………………..


(Nama anak sebagai calon PMR2003)

dengan ini, menyerahkan anak saya menjadi anak angkat


PMR2003 kepada ……………………………………………….
(Nama Ibu/Bapa Angkat PRO ANANG PMR2003)

Untuk mendapat bimbingan yang sewajarnya demi


kecemerlangan anak saya.

Tanda Tangan:………………………………...
(Ibu/Bapa Kandung calon PMR2003)

LAFAZ AKAD PENERIMAAN:

Saya ………………………………………… adalah guru


(Nama Ibu/Bapa Angkat PRO ANANG PMR2003)

PMR2003 dengan rasa sukacitanya, menerima anak Tuan/Puan


…………………………………………………………………..
(Nama ANANG PMR2003)

sebagai anak angkat saya. Saya akan berusaha sedaya upaya


saya untuk memberikan segala bimbingan dan tunjuk ajar demi
mencapai kecemerlangan.

Tanda Tangan: ………………………………..


(Ibu/Bapa Angkat PMR2003)

Tanda Tangan: ………………………………..


(ANANG PMR2003)

Tanda Tangan Saksi:………………………….


(Pengetua SMAIB/ Penaung PRO ANANG PMR2003)

Tarikh:……………………………
AJK PELAKSANA
MAJLIS PELANCARAN PROGRAM ANAK ANGKAT
PMR SMAI BEAUFORT 2003.

Pengerusi:

Pengerusi bersama/Timbalan:

Setiausaha:

Penolong Setiausaha:

Bendahari:

AJK:
1. Persiapan & Teknikal:

2. Protokol/Penyambut Tetamu:

3. Publisiti:

4. Jemputan & Aturcara:

5. Persembahan pentas:

6. Kompang:

7. Jamuan:

8. Hadiah & Cenderahati (termasuk rosset):

9. Pengangkutan.

Juruacara/ Pengerusi Majlis:

ATURCARA
MAJLIS PELANCARAN PROGRAM ANAK ANGKAT
PMR SMAI BEAUFORT 2003.

Ketibaan warga SMAIB.

Ketibaan AJK Pelaksana.

Ketibaan para Jemputan Khas.

Acara bermula:

Bacaan Doa:

Ucapan Alu-aluan oleh Pengerusi Pelaksana.

Ucapan Pengetua SMAIB.

Ucapan perasmian oleh:

Kudapan:

Persembahan Pelajar SMAIB:

Upacara Penyerahan ANANG PMR 2003 oleh Ibu bapa kepada Ibu/Bapa
angkat serta upacara menanda tangani borang Akad Penyerahan anak
kepada Ibu/Bapa Angkat:

Lafaz Ikrar PRO ANANG PMR2003 SMAIB Oleh Anang PMR2003.

Upacara menanda tangani Borang Penetapan Sasaran (01).

Upacara menanda tangani Borang Galakan dan Insentif.

Majlis dijangka selesai:

Mararau.

You might also like