You are on page 1of 4

PRO ANANG PMR2005

SMAI BEAUFORT
Pro Anang sebuah wadah,
Rancang kecemerlangan terbukti sudah,
Olah strategi minda diperah,
Anak Angkat pasti menyerlah.

Natijah diraih pasti cemerlang,


Anak Angkat mesti berjuang,
Nampak semangat bukan kepalang,
Genggamlah bara menjadi arang.
PRO ANANG PMR2005
SMAI BEAUFORT
 Pelajaran tetap agenda pertama,
 Minimakan masa maksimakan usaha,
 Raih kejayaan itu yang utama,
 2005 mengukir nama.

 Semua murid dan juga guru,


 Melaksana aktiviti masa diburu,
 Anak Angkat laju meluru,
 Iltizam semangat sentiasa baru.
PRO ANANG PMR2005
SMAI BEAUFORT
 Begitusemangat Ayah dan Ibu,
 Enggan mengalah mata kelabu,
 Amanah digenggam mantap dikalbu,
 Untuk kejayaan biar beribu.

 Fikrahsudah dapat disatu,


 Otak dan minda juga dipadu,
 Rancang kejayaan agenda dipandu,
 Terpulanglah usaha sebagai penentu.
PRO ANANG PMR2005
SMAI BEAUFORT
 PRO ANANG mesti dipacu,
 PMR kelak di dalam saku,
 2005 jadi penentu,
 SMAI Beaufort kan terus maju.

 Oleh:
 PENGETUA SMAI
 Beaufort.

You might also like