You are on page 1of 26

MAJLIS PELANCARAN MINGGU BAHASA

PROGRAM ANAK ANGKAT


(PRO ANANG)
SMAIB 2004

1. MUKADDIMAH:

Pada era globalisasi dan era teknologi komunikasi maklumat (ICT)


dewasa ini, kebolehan dan kemampuan bertutur dan menguasai berbagai
bahasa adalah menjadi pemangkin ke arah hidup yang lebih cemerlang
dan berketrampilan. Untuk menghasilkan generasi yang mempunyai
kemahiran tersebut, maka ianya amat wajar didedahkan dan diperluaskan
di peringkat alam persekolahan, di mana mereka diberi pendedahan yang
sepatutnya.

Pengajaran dan pembelajaran bahasa di sekolah macamanapun tidak


mampu untuk melahirkan mereka yang mempunyai keyakinan yang
tinggi untuk menuturkan apa-apa bahasa yang diajar. Pendekatan
hendaklah dibuat untuk meningkatkan keyakinan pelajar bertutur bahasa-
bahasa yang diajarkan di sekolah.

Selalunya yang menjadi penghalang dan penyebab kemampuan bertutur


ini terbantut ialah, faktor persekitaran yang memaksa mereka
berkomunikasi menggunakan “dialek” daerah masing-masing sehingga
terbawa-bawa ke sekolah bahkan mempengaruhi kemampuan mereka
dalam membuat karangan dan sebagainya.

Justru, langkah menwujudkan persekitaran yang peka terhadap


pengamalan bahasa itu mestilah diungkayahkan, dan sekolah adalah
tempat yang paling strategik untuk merealisasikan hasrat murni ini. Maka
untuk melangkah ke arah persekitaran ciptaan inilah “Minggu Bahasa”
cuba diperkenalkan di sekolah ini.

2. RASIONAL:

Penguasaan satu-satu bahasa itu adalah sinonim dengan praktik atau


amalan yang berterusan tanpa memikirkan perasan malu kerana takut
salah. Para pelajar sering bergelut dengan perasan malu bertutur kerana
takut ditertawakan oleh kawan-kawan, sama ada takut salah atau dituduh

1
mengada-ngada dan sebagainya. Ekoran dari perasaan sedemikian maka
kebanyakan pelajar segan lalu tidak mahu bercakap.

Sebenarnya rata-rata pelajar mempunyai kemampuan tersendiri yang


bersesuaian dengan tahap pelajaran dan pembelajaran mereka di sekolah.
Mereka sering menyatakan yang mereka faham akan apa yang diucapkan
oleh penutur satu-satu bahasa itu sama ada kawan-kawan, guru-guru atau
sesiapa sahaja, dalam masa yang sama mengaku tidak mahu cuba
"respon" atau menjawab dalam bahasa yang sedang dituturkan oleh
penutur itu. Akan tetapi mereka akan marah jika digolongkan dalam
golongan yang tidak faham atau tidak tahu bertutur.

Justru, potensi mereka mestilah disingkap, digilap disamping diberi


bimbingan, galakan dan sokongan yang berterusan demi mengikis sikap
negatif yang telah lama bersarang dalam jiwa mereka.

Kata-kata pujangga arab ada menyebut;


"‫" تحيا اللغة بالعمال وتموت بالهمال‬
Yang bermaksud: "Hidupnya bahasa itu adalah dengan praktik yang
berterusan dan matinya bahasa itu apabila ia diabaikan"
Para pemgamal bahasa telah menyarankan kepada mereka yang ingin
memperbaiki mutu pertuturan mereka dalam apa bahasa sekalipun dengan
ungkapan; "Untuk memantapkan penggunaan satu-satu bahasa itu
seseorang itu mestilah berupaya "Thinking" iaitu berfikir mengikut
bahasa itu sendiri".

Apa yang menjadikan para pelajar begitu rumit untuk menuturkan satu-
satu bahasa itu ialah kerana mereka gagal "Thinking" dalam bahasa yang
ingin dituturkan. Kebanyakan pelajar mengamalkan proses pengucapan
ayat yang terlebih dahulu dibina dalam bahasa ibunda mereka sendiri
kemudian diolah seterusnya diterjemah kebahasa yang dikehendaki.
Selepas proses ini barulah ungkapan cuba dilafazkan. Dalam masa yang
sama mereka tidak begitu yakin akan ketepatan ayat yang akan
dilafazkan, lalu mereka mengambil jalan mudah iaitu malas untuk
melafazkannya kerana berbagai alasan yang dihantui oleh perasaan.

Untuk mengatasi masalah ini para pelajar mestilah ikhlas membuat


pengakuan bahawa salah dan silap bukanlah penghalang untuk kita terus
mencuba. Kita boleh mengambil iktibar bagaimana anak kecil mula
belajar bercakap. Mulai dari sebutan yang "pelat" kerana kekurangan
vokal,

2
diikuti dengan penggunaan ayat yang tidak tersusun yang kalau diambil
kira, mereka sentiasa melakukan kesalahan dan kesilapan. Begitulah
keadaan kita semasa zaman kanak-kanak dahulu. Tetapi kerana kecekalan
dan ketabahan serta belajar daripada kesalahan dan kesilapan tersebut
akhirnya kita mampu bertutur dengan baik.

Oleh itu kita hendaklah mencuba dan terus mencuba sedaya upaya tanpa
berasa jemu dan bosan. Ketepikanlah perasaan yang ingin mengagalkan
keinginan kita untuk berjaya. Janganlah kita tergolong dalam golongan
orang yang gagal mencuba.

3. OBJEKTIF AM:

1. Menyingkap dan menggilap potensi pelajar.


2. Menanam keyakinan terhadap kebolehan diri.
3. Meningkatkan kemampuan sedia ada.

4. OBJEKTIF KHAS:

1. Penglibatan optimum para pelajar dan warga SMAIB dalam


meningkatkan kemampuan berkomunikasi dalam pelbagai bahasa.
2. Penampilan wibawa serta imej warga SMAIB.
3. Peningkatan prestasi dalam semua peperiksaan khasnya PMR.

5. MINGGU BAHASA PRO ANANG SMAIB 2004:

Program Anak Angkat SMAI Beaufort bercadang akan melancarkan


"MINGGU BAHASA", satu program yang menyingkap dan menggilap
potensi pelajar dalam mempertingkatkan kemampuan mereka menguasai
pelbagai bahasa, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.
Pelancaran ini amat bertepatan sekali kerana dapat membantu calon-calon
PMR sekolah ini mempertingkatkan prestasi mereka dalam peperiksaan.

"Minggu Bahasa" ini sengaja dijadikan salah satu aktiviti Pro Anang
SMAIB supaya program ini dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Ibu/Bapa Angkat mereka akan terlibat secara langsung dalam merancang,
merangka dan melaksanakan beberapa aktiviti yang difikirkan ada kaitan
dengan "Minggu Bahasa" (lihat contoh: aktiviti sepanjang "Minggu
Bahasa").
Demi menggalakkan dan memastikan murid-murid menjiwai serta
menghayati "Minggu Bahasa", beberapa syarat akan ditetapkan (lihat
syarat-syarat sepanjang "Minggu Bahasa") untuk mengelakkan mereka
dari sewenang-wenangnya menggagalkan program ini. Lantaran itu, bagi

3
membantu mereka mencuba kebolehan bertutur dan mengembangkan
potensi mereka, guru-guru bahasa mestilah berusaha gigih menyediakan
berbagai bahan yang boleh dijadikan contoh berupa perbualan harian
yang lazim di antara pelajar dengan pelajar atau di antara pelajar dengan
guru dan sebagainya (lihat tugas guru bahasa sepanjang "Minggu
Bahasa").

Demi menjamin keberkesanan program ini maka para pelajar akan


diminta melafazkan ikrar semasa majlis pelancaran (lihat contoh ikrar).
Untuk menguatkan azam dalam mematuhi segala syarat dan
merealisasikan ikrar dapat ditunaikan sepenuhnya maka hukuman atau
denda tertentu akan dikenakan kepada mereka yang didapati melanggar
syarat-syarat yang telah ditetapkan (lihat hukuman atau denda kepada
mereka yang melanggar syarat "Minggu Bahasa").

Manakala untuk mengesan para pesalah yang melanggar syarat-syarat


"Minggu Bahasa" beberapa orang "Perisik" akan dilantik secara rahsia
yang akan mencatatkan nama dan jumlah perkataan yang diucapkan (lihat
borang "Perlantikan sebagai Perisik Minggu Bahasa"). Selain daripada
perisik yang dilantik secara rahsia, para pengawas, ketua dan penolong
ketua kelas adalah secara automatik diberi tugas mengesan pesalah
sebagai "Polis" (lihat borang kesalahan/saman "Minggu Bahasa"). Semua
"Polis" diberi kuasa mengeluarkan saman kepada para pesalah tanpa
berselindung dan pilih kasih (lihat keistimewaan sebagai "Polis"). Segala
saman hendaklah dijelaskan pada minggu berikutnya. Manakala perisik
akan menyenaraikan nama dan kesalahan tanpa diketahui oleh sesiapa
kecuali dirinya sendiri dan Guru Penasihat Kelab Bahasa (yang
ditauliahkan dan diamanahkan untuk mengandalikan perjalanan "Minggu
Bahasa" – lihat: AJK Pelaksana Minggu Bahasa SMAIB dan Peranan
Guru Penasihat Kelab Bahasa).

Selain itu, semua murid digalakkan bercakap sebanyak mungkin sesuai


dengan "Minggu Bahasa" dan dilarang diam membisu. Untuk
memastikan murid-murid tidak kehabisan idea supaya dapat berbual
maka bahan-bahan yang boleh membantu hendaklah disediakan oleh
Guru Penasihat Kelab berkenaan sebanyak yang mungkin. Para pelajar
juga digalakkan menulis apa-apa perkataan atau ayat yang mereka ingin
ucapkan sekiranya tidak mampu mengungkapkannya dalam bahasa yang
dikehendaki, mereka boleh meminta jasa baik guru yang berkenaan untuk
mengalihbahasakannya ke bahasa yang dikehendaki.
Sebagai merai dan memeriahkan lagi “Minggu Bahasa” semua Pengerusi
Kelab Bahasa juga diminta menyediakan “Kain Rentang” yang

4
mengiklankan bahawa minggu bahasa tertentu sedang dijalankan.
Sebagai contoh kepada kain rentang tersebut seperti berikut:

Kain rentang mestilah sedia terpampang sebelum program bermula dan


disimpan sebaik sahaja masa tamat.

Dengan terpampangnya kain rentang tersebut adalah diharapkan para


pengunjung memaklumi bahawa “Minggu Bahasa” sedang dijalankan.
Sekaligus boleh merangsang para pengunjung untuk bersama-sama
menghayati minggu bahasa tersebut, disamping tidak berasa janggal
berada dalam suasana warga SMAI Beaufort sedang cuba
mengaplikasikan bahasa yang dikehendaki pada minggu itu.

5
Sebagai tanda bahawa program yang sedang dilaksanakan mendapat restu
dari Bahagian Pendidikan JHEAINS dan juga ibu bapa pelajar, Penolong
Kanan HEP atau Setiausaha Ko-Kurikulum hendaklah menghantar surat
pekeliling/rasmi memaklumkan perkara tersebut.

Sebaik-baiknya “Minggu Bahasa” hendaklah dilancarkan dalam satu


majlis yang melibatkan AJK PIBG, ibu bapa, jemputan khas (Bahagian
pendidikan setempat, Pengetua-pengetua serta Guru-guru Besar sekolah
yang berdekatan) serta dirasmikan oleh mereka yang difikirkan sesuai
(seperti KPP Bah. Pendidikan JHEAINS, PP Daerah atau PP Bahagian
Jabatan Pendidikan Beaufort atau YB ADUN atau Pegawai Daerah
Beaufort).

Untuk memastikan majlis pelancaran berjalan lancar, maka AJK


Pelaksana hendaklah dibentuk yang di kalangan guru-guru dan juga AJK
PIBG SMAIB. Keputusan boleh dibuat dalam mesyuarat khas PIBG
(lihat contoh: AJK Pelaksana Majlis Pelancaran Minggu Bahasa SMAIB).
Aturcara Majlis Pelancaran hendaklah juga diputuskan dalam mesyuarat
tersebut (lihat contoh: Aturcara Majlis Pelancaran Minggu Bahasa
SMAIB).

Walau bagaimanapun, jika ianya dilancarkan secara sederhana sahaja pun


tidak mengapa, yang penting pelancaran tersebut mendapat restu semua
pihak yang berkepentingan. Ini mengelak daripada program ini terpaksa
dibatalkan apabila terdapat rungutan daripada mereka yang
berkepentingan ini. Yang dimaksudkan dengan pelancaran secara
sederhana ialah, pelancaran itu dilaksanakan oleh pentadbiran sekolah
setelah dimaklumkan terlebih dahulu kepada ibu bapa dan pihak-pihak
tertentu melalui surat.

6. SYARAT-SYARAT SEPANJANG MINGGU BAHASA

1. Hendaklah diadakan selama seminggu bermula dari hari isnin dan


berakhir pada hari Jumaat, mulai dari bunyi loceng masuk sehingga
loceng pulang berbunyi, yang bukan masa atau hari peperiksaan.
2. Bahasa yang dituturkan hendaklah Bahasa Melayu "baku" atau
Arab "fushah" atau Bahasa Inggeris "standard" mana-mana satu
yang ditetapkan.
3. Pada masa, hari dan kawasan yang ditetapkan, murid-murid
diwajibkan bertutur dalam bahasa yang ditentukan. Mereka yang
didapati bertutur dalam bahasa selain dari bahasa yang ditetapkan,
akan dikenakan denda atau hukuman yang telah
ditentukan.

6
4. Sepanjang waktu persekolahan mereka hendaklah terus bertutur
dalam bahasa yang ditentukan selagi mereka berada dalam kawasan
yang telah ditetapkan.
5. Mereka wajib bertutur dalam bahasa yang ditentukan sesama murid
samada dari kelas atau tingkatan yang sama mahupun dengan
murid-murid dari kelas atau tingkatan yang lain.
6. Mereka diwajibkan memiliki bahan-bahan yang disediakan
sempena "Minggu Bahasa" untuk dipraktikkan. Dengan bahan
tersebut, tiada alasan mengapa mereka tidak dapat mematuhi
syarat yang digariskan. Bahan tersebut boleh didapati dari Guru
Penasihat Kelab Bahasa dengan bayaran yang berpatutan. Bayaran
dikenakan untuk setiap bahan bertujuan supaya mereka menghargai
dan memanfaatkannya sebaik mungkin. Hasil yang diperolehi dari
penjualan bahan tersebut akan dimasukkan ke dalam tabung Kelab
Bahasa yang berkenaan dan akan disimpan di dalam Akaun
Sekolah, untuk kegunaan yang difikirkan sesuai. Guru Penasihat
Kelab Bahasa atau sesiapa yang terlibat menghasilkan bahan
layak/patut menerima saguhati sebanyak 20% dari jumlah hasil
penjualan bahan, setelah selesai Program Minggu Bahasa".

7. PENGECUALIAN DARI SYARAT

1- Kesalahan tidak boleh dicatatkan samada oleh "Polis" atau


"Perisik" Minggu Bahasa ketika murid-murid berada di luar
kawasan yang ditentukan atau bukan pada waktu yang ditetapkan.
2- Kesalahan tidak akan dicatatkan terhadap mana-mana murid yang
bercakap dengan mana-mana guru dalam bahasa yang dilarang,
pada bila-bila masa dan di mana sahaja, kerana menggalakkan
mereka bertanya tentang apa yang mereka tidak faham.
3- Kesalahan juga tidak akan dicatatkan jika mana-mana murid
bercakap dengan para pelawat dalam bahasa yang dilarang, kerana
menggalakkan mereka berbudi bahasa terhadap pengunjung.
Ketika itu jika murid terpaksa bercakap dengan sesama murid demi
layanan terhadap pengunjung itu, juga tidak dianggap bersalah.
Walau macamanapun selebihnya akan dikira sebagai kesalahan.
4- Apabila berlaku satu-satu perkara yang dianggap kecemasan semua
murid tidak tertakluk dengan syarat yang ditetapkan.
5- Lain-lain yang dianggap munasabah seperti terperanjat atau latah.

7
8. DENDA TERHADAP PESALAH

1. Setiap satu patah perkataan bagi kesalahan hari pertama dikenakan


denda sebanyak RM00.05 (lima sen sahaja).
2. Pesalah yang mengulangi kesalahan pada hari kedua akan
dikenakan tambahan denda sebanyak RM00.05 (lima sen sahaja)
menjadi RM00.10 (sepuluh sen sahaja) bagi tiap-tiap satu patah
perkatan.
3. Jika pesalah yang sama melakukan kesalahan pada hari ketiga
dendaan akan berganda menjadi RM00.20 (dua puluh sen sahaja)
bagi tiap-tiap satu patah perkataan.
4. Pada hari keempat pesalah yang sama akan dikenakan denda
sebanyak RM00.40 (empat puluh sen sahaja) bagi tiap-tiap satu
patah perkataan.
5. Pada hari kelima (terakhir) jika pesalah yang sama masih
melakukan kesalahan denda yang akan dikenakan adalah sebanyak
RM01.00 (satu ringgit sahaja) bagi tiap-tiap satu patah perkataan.
6. Bagi pesalah yang melafazkan ayat yang dianggap panjang
(bercakap dalam masa yang lama) yang menyulitkan "Polis" atau
"Perisik" menjumlahnya, mereka boleh dikenakan denda maksima
iaitu RM01.00 (satu ringgit sahaja) untuk sekali saman oleh "Polis"
atau sekali catat oleh "Perisik".
7. Bagi pesalah yang melafazkan ayat yang dianggap sederhana
panjang (berbual dalam masa yang sederhana) yang menyulitkan
"Polis" atau "Perisik" menjumlahnya, mereka boleh dikenakan
denda sebanyak RM00.50 (lima puluh sen sahaja) untuk sekali
saman oleh "Polis" atau sekali catat oleh "Perisik".
8. Bagi pesalah yang kesalahannya telah disaman oleh "Polis",
"Perisik" tidak berhak untuk mencatatkannya. Jika sekiranya
pesalah tersebut terdapat dalam catatan "Perisik" maka ia dianggap
batal.
9. Semua denda yang dikenakan hendaklah dijelaskan selewat-
lewatnya pada hari isnin berikutnya. Kegagalan menjelaskan denda
dalam tempoh yang ditetapkan akan dikenakan/digantikan dengan
hukuman yang ditetapkan (lihat: Hukuman terhadap pesalah
"Minggu Bahasa")
10. Murid- murid yang dianggap degil, tidak memberikan kerjasama
terhadap "Polis" seperti enggan mengakui kesalahan atau lain-lain
yang seumpamanya, akan dikenakan tindakan disiplin (lihat:
Tindakan Disiplin sempena "Minggu Bahasa").
11.Murid-murid berhak untuk memilih samada membayar denda atau
menerima hukuman.

8
9. HUKUMAN TERHADAP PESALAH

1. Hukuman hanya akan dikenakan kepada mereka yang gagal


menjelaskan saman atau denda dalam tempoh yang ditetapkan.
Walau macamanapun mereka berhak meminta tangguh kepada
Guru Penasihat Kelab Bahasa yang bertanggung jawab, dan
terpulanglah atas budi bicara beliau untuk mempertimbangkannya.
2. Hanya hukuman yang sesuai (mengikut pandangan Guru Penasihat
Kelab Bahasa dan restu Pengerusi PRO ANANG SMAIB – iaitu
PK HEM) sahaja boleh dikenakan terhadap pesalah.
3. Pesalah juga boleh memilih sendiri hukuman yang disediakan atas
kerelaan dirinya sendiri dan sebarang resiko adalah tanggung
jawab pesalah itu sendiri.
4. Setiap pesalah yang sengaja mengelak dari melaksanakan
sebarang hukuman yang telah ditetapkan akan diambil tindakan
disiplin.
5. Hukuman bukanlah berupa penderaan samada mental atau fizikal.
Sebaliknya hukuman tersebut adalah merupakan "Tarbiah
Islamiah" sebagai bukti kasih sayang para pendidik terhadap anak
didik kesayangan mereka.

10. JENIS HUKUMAN TERHADAP PESALAH

1. Bagi kesalahan kerana gagal menjelaskan denda RM:05.00 (lima


ringgit) ke bawah dalam tempoh yang ditetapkan, hukumannya
ialah: Mengakui kesalahan di majlis perhimpunan dan bertaubat
tidak akan mengulanginya pada masa akan datang. Nama dan
pengakuan mereka akan direkodkan dalam fail Guru Penasihat
Kelab Bahasa "Minggu Bahasa". Dengan pengakuan tersebut
maka pesalah berkenaan akan diampunkan dan dibebaskan serta
dihapuskan denda yang dikenakan, dengan syarat dia benar-benar
ikhlas. Jika yang berkenaan didapati mengulangi kesalahan,
tindakan disiplin akan diambil dan denda asal akan dituntut semula
secara bersurat kepada ibu bapa. Atau….
2. Melakukan kerja-kerja "Amal sehari" seperti, (mana-mana satu -
secara berkumpulan – bilangan akan ditetapkan mengikut
kesesuaian oleh Guru Kebersihan) membersihkan kawasan
sekolah, atau membersihkan kelas iaitu menyapu dan mengelap
cermin, atau membersihkan bilik guru, atau membersihkan tandas
atau membersihkan kawasan tanaman bunga termasuk menyiram.
Setelah melaksanakan hukuman mereka dianggap bebas dan denda
yang sepatutnya dibatalkan. Atau…
3. Melakukan kerja-kerja "Ibadah" seperti (setiap individu – mana-

9
mana satu) Melaksanakan arahan guru mata pelajaran (mengikut
pilihan murid), membuat nota pelajaran yang telah diajar(mata
pelajaran yang difikirkan sesuai), atau menulis karangan bertajuk
"Aku, kawan-kawan dan Minggu Bahasa-satu pengajaran" (atau
lain-lain yang difikirkan sesuai) sebanyak 150 patah perkataan
atau lebih, atau cerpen,pantun, sajak, seloka dan sebagainya, atau
menghafal sifir 1 hingga 12, formula-formula dalam matematik,
atau menghafaz pelajaran seperti Tafsir, Hadis, Akhlak, Nahu,
Saraf dan lain-lain pelajaran berbentuk hafazan (mengikut pilihan
murid sendiri).
4. Bagi kesalahan kerana gagal menjelaskan denda lebih dari
RM:05.00 (lima ringgit) ke atas dalam tempoh yang ditetapkan,
hukumannya ialah: Mengakui kesalahan di majlis perhimpunan
dan bertaubat tidak akan mengulanginya pada masa akan datang.
Nama dan pengakuan mereka akan direkodkan dalam fail Guru
Penasihat Kelab Bahasa "Minggu Bahasa". Dengan pengakuan
tersebut maka pesalah berkenaan akan diampunkan dan
dibebaskan serta dihapuskan denda yang dikenakan, dengan
syarat dia benar-benar ikhlas. Jika yang berkenaan didapati
mengulangi kesalahan, tindakan disiplin akan diambil dan denda
asal akan dituntut semula secara bersurat kepada ibu bapa.
Serta/dan….
5. Melakukan kerja-kerja "Amal sehari" seperti, (mana-mana satu -
secara berkumpulan – bilangan akan ditetapkan mengikut
kesesuaian oleh Guru Kebersihan) membersihkan kawasan
sekolah, atau membersihkan kelas iaitu menyapu dan mengelap
cermin, atau membersihkan bilik guru, atau membersihkan tandas
atau membersihkan kawasan tanaman bunga termasuk menyiram.
Atau…..
6. Melakukan kerja-kerja "Ibadah" seperti (setiap individu – mana-
mana satu) Melaksanakan arahan guru mata pelajaran (mengikut
pilihan murid), membuat nota pelajaran yang telah diajar(mata
pelajaran yang difikirkan sesuai), atau menulis karangan bertajuk
"Aku, kawan-kawan dan Minggu Bahasa-satu pengajaran" (atau
lain-lain yang difikirkan sesuai) sebanyak 150 perekataan atau
lebih,atau cerpen,pantun, sajak, seloka dan sebagainya, atau
menghafal sifir 1 hingga 12, formula-formula dalam matematik,
atau menghafaz pelajaran seperti Tafsir, Hadis, Akhlak, Nahu,
Saraf dan lain-lain pelajaran berbentuk hafalan (mengikut pilihan)
*Beza pesalah yang gagal menjelaskan denda kurang dari RM5.(a)
dan yang berjumlah RM5. ke atas (b). **(a) Pilih 1 atau 2 atau 3.
**(b)1 dan pilih 2 atau 3*

10
Semua hukuman hendaklah dilaksanakan mengikut jadual yang
ditetapkan oleh mana-mana guru yang berkenaan.
7. Pesalah yang memilih mana-mana hukuman yang kebetulan
sedang dipertandingkan seperti membuat karangan dan sebagainya
adalah dikira sebagai peserta dan berhak menerima apa-apa hadiah
yang disediakan oleh penganjur.
8. Mana-mana pesalah yang gagal melaksanakan hukuman seperti
yang dijadualkan tanpa alasan yang munasabah akan diambil
tindakan disiplin disamping hukuman terhadapnya akan
dijadualkan semula dan boleh diberi hukuman tambahan jika
perlu. Manakala mereka yang mempunyai sebab yang munasabah
seperti sakit, hukuman terhadapnya akan dijadualkan semula tanpa
hukuman tambahan.
9. Penjadualan semua hukuman hendaklah bermula setelah “Minggu
Bahasa” selesai dijalankan, iaitu minggu berikutnya yang
diisytiharkan kan sebagai “Minggu Kebersihan dan Keceriaan
Sekolah”. Atau hari-hari lain mengikut kesesuaian.
10. Segala jenis hukuman adalah tertakluk kepada pindaan yang
dianggap sesuai dari masa kesemasa.

11. POLIS TUGAS DAN KEISTIMEWAANNYA

Polis "MINGGU BAHASA" adalah terdiri dari:


1. Semua Pengawas SMAI Beaufort.
2. Semua Ketua Kelas.
3. Semua Penolong Ketua Kelas.
Kesemua mereka adalah secara otumatik dilantik menjadi "POLIS
MINGGU BAHASA" sepanjang "Minggu Bahasa" dijalankan. Ini
bermaksud mereka dikehendaki menjalankan tugas selama tiga minggu
berturut-turut, iaitu semasa Minggu Bahasa Melayu, Arab dan Inggeris.

12. TUGAS DAN TANGGUNG JAWAB SEBAGAI POLIS


MINGGU BAHASA DAN KEISTIMEWAANNYA.

12.1. Bidang Tugas, Kuasa dan Tanggung jawab:


1. Mereka bertanggung jawab mengeluarkan saman kepada setiap
pesalah yang melakukan kesalahan.
2. Saman hendaklah dikeluarkan ketika kesalahan itu dilakukan.
3. Mereka hendaklah mencatatkan jumlah kesalahan, masa, tempat
dan cadangan denda atau hukuman yang patut dikenakan.
4. Mereka hendaklah mencatatkan kesalahan tersebut dalam dua
salinan. Satu salinan hendaklah diserahkan kepada pesalah untuk
dikemukakan sendiri oleh pesalah kepada Penasihat Kelab

11
Bahasa yang menyelia perjalanan Minggu Bahasa atau wakilnya
yang dilantik, selewat-lewatnya pagi (sebelum loceng masuk)
hari berikutnya. Satu salinan hendaklah disimpan sebagai bukti
saman telah dikeluarkan. Kedua-dua salinan hendahlah ditanda
tangani oleh pesalah dan "Polis Minggu Bahasa" yang bertugas,
yang dilengkapi dengan nama, tanda tangan dan tarikh.
5. Mereka diberi kuasa mengeluarkan saman kepada sesiapa sahaja
di kalangan murid, termasuk kepada sesama "Polis Minggu
Bahasa" (yang mereka kenali), "Perisik Minggu Bahasa" (yang
mereka tidak kenali) dan murid-murid lain. Kecuali "Polis
Minggu Bahasa" yang sedang melaksanakan tugasnya
mengeluarkan saman (kerana keistimewaan yang diberi).
6. Masa, tempat dan cadangan denda atau hukuman adalah
tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.
7. Mereka dikehendaki menjalankan tugas dengan penuh tanggung
jawab.
8. Mereka tidak dibenarkan melakukan sebarang kekasaran atau
kekerasan dalam apa jua tindakan, samada perkataan atau
perbuatan.
9. Mereka tidak dibenarkan melayani kekerasan dan kekasaran
yang cuba ditimbulkan oleh pesalah. Sebaliknya memberi
amaran bahawa pesalah akan dikenakan tindakan disiplin jika
cuba bertindak keterlaluan. Setelah amaran diberikan, sekiranya
pesalah masih berdegil dan tidak mahu mengakui dan menanda
tangani borang saman, mereka berhak mencatatkan bahawa
pesalah enggan memberi kerjasama dan borang saman tersebut
hendaklah dihantar sendiri kepada Penasihat Kelab Bahasa yang
bertanggung jawab atau wakilnya yang dilantik untuk tindakan
lanjut.
10. Mereka mesti mengamalkan budi bahasa yang baik, konpromi,
toleransi dan tanpa diskriminasi ketika menjalankan tugas.
11. Semua Polis Minggu Bahasa dikehendaki melafazkan ikrar
semasa Majlis Pelancaran, dan menandatangani "watikah
perlantikan".

12.2. Keistimewaan sebagai "Polis Minggu Bahasa"


1. Ketika mereka sedang menjalankan tugas mengeluarkan saman,
mereka tidak tertakluk kepada syarat-syarat "Minggu Bahasa".
Mereka dibenarkan bercakap menggunakan bahasa yang disukai
sehingga tugas mengeluarkan saman selesai. Selain dari masa
(bertugas mengeluarkan saman) itu mereka adalah sama (taraf)
dengan murid-murid lain.

12
2. Jika sekiranya mereka melakukan kesalahan dan kesalahan
mereka dicatatkan oleh "Perisik" atau disaman oleh "Polis" lain.
Mereka hendaklah akur dan sedia menerima sebarang denda atau
hukuman yang dikenakan. Walau macamanapun mereka berhak
mendapat hak-hak keistimewaan dari pihak pengendali jika
difikirkan sesuai. Ini demi mengelak dari mereka sewenang-
wenangnya menggagalkan 'Minggu Bahasa".
3. Pihak penganjur akan menyediakan imbuhan yang difikirkan
sesuai dengan mengambil kira jumlah tangkapan dan denda yang
diperolehi sepanjang menjalankan tugas, bila-bila masa setelah
"Minggu Bahasa" selesai.
4. Pihak penganjur juga akan memilih "Polis Terbaik" sepanjang
"Minggu Bahasa", dengan menyediakan hadiah-hadiah dan sijil
penghargaan.
5. Pihak penganjur juga akan mendapatkan undian (dari semua
murid) untuk memilih "Polis Mithali" yang akan diberikan
anugerah hadiah dan "Sijil Khidmat Cemerlang-Sempena
Minggu Bahasa".
6. Selain dari mereka yang terpilih sebagai "Polis Terbaik" dan
"Polis Mithali", semua "Polis Minggu Bahasa" akan diberi
hadiah saguhati dan sijil penghargaan.
7. Semua hadiah dan anugerah akan diumumkan dan disampaikan
pada "Majlis Hari Ucpan dan Penyampaian Hadiah 2004". Nama
para pemenang akan dirahsiakan sehingga diumumkan. Penal
hakim khas akan dibentuk dan keputusan yang dibuat adalah
muktammad.

13. TUGAS DAN TANGGUNG JAWAB SEBAGAI


PERISIK DAN KEISTIMEWAANNYA

13.1. Tugas dan Tanggung jawab sebagai Perisik


1. "Perisik Minggu Bahasa" akan dipilih di kalangan pelajar yang
bukan menjawat jawatan "Pengawas" atau "Ketua/Penolong
Ketua Kelas".
2. Mereka hendaklah golongan yang disahkan mempunyai sifat
bertanggung jawab, tegas dan amanah oleh majoriti guru
khasnya guru kelas, Penolong Kanan HEM dan Penasihat Kelab
Bahasa (Juru Penilai)
3. Atau mereka yang difikirkan sesuai oleh juru penilai.
4. Perisik yang telah diketahui atau dikenali (rahsia terbongkar)
oleh murid akan digantikan dengan perisik yang lain.

13
5. Setiap kelas hendaklah melantik sekurang-kurangnya dua orang
"Perisik" untuk sepanjang "Minggu Bahasa", iaitu seorang lelaki
dan seorang peerempuan.
6. Perisik hendaklah teguh memegang rahsia sekurang-kurangnya
sehingga "Minggu Bahasa" selesai dan sebaik-baiknya sehingga
meninggalkan sekolah ini kerana melanjutkan pelajaran ke
sekolah lain. Mereka yang didapati dapat bertahan sehingga
tempoh itu akan diberi anugerah khas sebagai "Perisik
MITHALI" dalam Majlis Hari Ucapan Dan Penyampaian
Hadiah yang terakhir baginya.
7. Perisik hendaklah mencatatkan nama pesalah, tarikh, masa dan
tempat kesalahan dilakukan. Perisik tidak disediakan borang
yang khusus seperti borang "Saman" untuk "Polis", sebaliknya
terpulang kepada perisik untuk mencatatkannya pada sekeping
kertas yang dianggap sesuai dengan kesempatan yang ada dan
demi mengelak ianya diketahui oleh pelajar lain.
8. Mereka hanya boleh menghantar catatan yang telah selesai
dicatatkan dengan sempurna (seperti yang dikehendaki)
termasuk menuliskan nama dan menandatanganinya, selewat-
lewatnya pada pagi hari berikutnya sebelum loceng masuk
berbunyi, kepada Pengendali Minggu Bahasa (Guru Penasihat
Kelab Bahasa) tanpa diketahui oleh murid lain.
9. Terpulang kepada "Perisik" memilih masa yang sesuai untuk
menghantar catatannya kepada yang berwajib dalam tempoh
yang ditetapkan.
10. Pastikan tidak ada sesiapa dapat mengesan peranan mereka
sebagai perisik.
11. Mereka hendaklah mencatatkan kesalahan sesiapa sahaja
dikalangan murid, tidak semestinya dari kelasnya sendiri,
termasuk kesalahan "Polis Minggu Bahasa".
12. Pastikan mereka mencatat kesalahan yang dilakukan bersesuaian
dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan.
13. Catatan yang tidak menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan
akan dianggap batal oleh pihak penganjur.

13.2. Keistimewaan sebagai Perisik Minggu Bahasa


1. Sebarang kesalahan yang dicatatkan oleh "Polis" atau "Perisik" lain
terhadap seseorang "Perisik" akan ditampal di papan kenyataan
sama dengan pesalah yang lain, tetapi kesalahan "Perisik" tidak
akan diambil kira oleh penganjur, atau dianggap telah membayar
(ditampal dipapan iklan-mereka yang telah membayar) dendanya,
demi merahsiakan identitinya. Walau macamanapun mereka tidak

14
dibenarkan sewenang-wenangnya bercakap bahasa yang dilarang
demi mengelak dari rahsianya terbongkar.
2. Pihak penganjur akan menyediakan imbuhan yang difikirkan sesuai
dengan mengambil kira jumlah denda yang diperolehi sepanjang
menjalankan tugas, bila-bila masa setelah selesai "Minggu Bahasa"
yang akan diserahkan secara rahsia.
3. Pihak penganjur juga akan memilih "Perisik Terbaik" sepanjang
"Minggu Bahasa", dengan menyediakan hadiah-hadiah dan sijil
penghargaan, yang akan diserahkan secara rahsia atau pada Majlis
Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah yang terakhir baginya di
sekolah ini.
4. Pihak penganjur juga akan memilih "Perisik Mithali", yang akan
diberikan anugerah hadiah dan "Sijil Khidmat Cemerlang-Sempena
Minggu Bahasa", yang akan diserahkan secara rahsia atau pada
Majlis Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah yang terakhir
baginya di sekolah ini.
5. Selain dari mereka yang terpilih sebagai "Perisik Terbaik" dan
"Perisik Mithali", semua "Perisik Minggu Bahasa" akan diberi
hadiah saguhati dan sijil penghargaan, yang akan diserahkan secara
rahsia atau pada Majlis Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah yang
terakhir baginya di sekolah ini.
6. Nama para pemenang akan dirahsiakan sehingga diumumkan.
Penal hakim khas akan dibentuk dan keputusan yang dibuat adalah
muktammad.

14. GURU PENASIHAT KELAB BAHASA TUGAS DAN


TANGGUNG JAWAB SEPANJANG MINGGU
BAHASA

Terdapat tiga buah Kelab Bahasa yang terlibat secara langsung dengan
"Minggu Bahasa" iaitu, Kelab Bahasa Melayu, Kelab Bahasa Arab dan
Kelab Bahasa Inggeris. Semua Guru Penasihat Kelab Bahasa adalah
bertanggung jawab menjadi penganjur atau pengendali "Minggu Bahasa"
yang dijalankan. Kesemua mereka hendaklah bergabung dan bekerjasama
dalam memastikan "Minggu Bahasa" berjalan dengan lancar seterusnya
berjaya mencapai objektif yang dirancangkan. Guru Penolong Kanan
HEM adalah teraju utama mempengerusikan AJK Pelaksana Minggu
Bahasa.
Semua AJK Pelaksana hendaklah bermesyuarat, berbincang serta
merancang dengan sebaik mungkin agar "Minggu Bahasa" dapat
dilaksanakan dengan jayanya. Mereka juga mesti benar-benar memahami
segala "Pra-syarat Minggu Bahasa" jika ingin melihat "Minggu Bahasa"

15
benar-benar bermanfaat dan membawa makna serta menjadi pemangkin
ke arah kecemerlangan pelajar khasnya calon-calon PMR sekolah ini.

Tugas dan Tanggung Jawab Guru Bahasa sepanjang MINGGU


BAHASA sebagai Penganjur, Penyelaras, Pengendali dan Pelaksana

14.1. Sebelum Minggu Bahasa


1. Menyediakan watikah perlantikan untuk para "Polis" dan
"Perisik" mengikut keperluan sepanjang "Minggu Bahasa".
2. Mengenal pasti mereka yang layak dilantik sebagai "Perisik
Minggu Bahasa".
3. Menyediakan "Borang Saman" secukupnya untuk "Polis Minggu
Bahasa".
4. Menyediakan "Kain Rentang" untuk "Minggu Bahasa".
5. Menyediakan "Slogan" (setiap hari dua kali – sekali sebelum
loceng masuk dan sekali semasa rehat)serta pembacanya
mengikut jadual yang terancang.
6. Menyediakan "Lafaz Ikrar" untuk semua murid (dibaca semasa
Majlis Pelancaran/semasa majlis perhimpunan hari isnin - Minggu
Bahasa Melayu bermula), untuk "Polis" (dibaca semasa Majlis
Pelancaran/semasa majlis perhimpunan hari isnin - Minggu
Bahasa Melayu bermula), dan untuk "Perisik" Minggu Bahasa
(ketika menerima watikah secara rahsia).
7. Merancang dengan teliti dan sempurna jika satu-satu
pertandingan ingin dilaksanakan sepanjang "Minggu Bahasa".
8. Pastikan semua borang-borang pertandingan yang ingin
dilaksanakan telah sedia untuk dimiliki oleh semua murid
dengan kadar harga yang berpatutan.
9. Menyediakan dan memilih tempat yang sesuai untuk
melekat/menampal bahan-bahan tampalan yang sesuai dan
diperlukan sepanjang "Minggu Bahasa".
10. Menyediakan "Bahan Perbualan Lazim" untuk murid-murid
sepanjang "Minggu Bahasa" serta memastikan semua murid
memilikinya dengan harga yang berpatutan.
11. Memilih lokasi yang sesuai untuk menampal nama-nama pesalah
yang dikehendaki melunaskan denda mereka.
12. Dan lain-lain yang difikirkan perlu.

14.2. Semasa Minggu Bahasa dijalankan

1. Pastikan "Kain Rentang" telah dipasang.


2. Pastikan semua "Perisik" telah dilantik dan semua "Polis" telah
dibekalkan dengan "Borang Saman" secukupnya.

16
3. Pastikan semua murid telah membaca syarat-syarat "Minggu
Bahasa" dan memiliki semua "Bahan Perbualan Lazim".
4. Pastikan semua "Slogan" dan "Pembacanya" telah dijadualkan dan
dapat dikumandangkan mengikut jadual.
5. Pastikan semua bahan-bahan tampalan/iklan telah dilekat/ditampat
ditempat yang sepatutnya.
6. Pastikan nama-nama pesalah yang dikehendaki menjelaskan denda
telah ditampal.
7. Pastikan mereka yang layak dikenakan tindakan disiplin telah
dipanggil dan memilih hukuman yang bersesuaian.
8. Pastikan mereka yang gagal membayar denda yang dikenakan
dalam tempoh yang ditetapkan dipanggil untuk memilih hukuman
atau tindakan disiplin yang disediakan.
9. Pastikan satu-satu pertandingan yang telah dirancang dan
dijalankan dapat dilaksanakan dengan sempurna.
10. Pastikan Jemaah Hakim Pertandingan telah dilantik dan keputusan
boleh dibuat, dan diumumkan dalam Majlis Penyampaian Hadiah
Pertandingan (membaca - misalnya) Sempena Minggu Bahasa (sila
tentukan tarikh) selewat-lewatnya dalam "Minggu Keberesihan dan
Keceriaan" iaitu minggu berikut selepas "Minggu Bahasa" .
11. Bersedia menerima dan cuba mengatasi sebarang komen,
rungutan, cadangan dan sebagainya.
12. Bersedia menjawab sebarang pertanyaan berkaitan "Minggu
Bahasa" yang diajukan oleh murid pada bila-bila masa.
13. Bersedia "Mengalihbahasa" catatan murid (yang mencatatkan apa
yang mereka tidak tahu istilah/bahasanya) kebahasa-bahasa
tertentu yang dikehendaki oleh murid demi menjayakan "Minggu
Bahasa".

14.3. Setelah selesai Minggu Bahasa

1. Pastikan semua pihak berpuas hati dengan "Minggu Bahasa"


yang telah dijalankan.
2. Dapatkan komen semua pihak mengenai "Minggu Bahasa" yang
telah dijalankan, dan merekodkannya ke dalam fail untuk
tindakan pada masa akan datang.
3. Pengerusi pelaksana hendaklah mengadakan Mesyuarat
Postmoterm terhadap "Minggu Bahasa" yang telah dilaksanakan.
4. Pastikan mereka yang tersenarai sebagai pesalah yang patut
menjelaskan denda dapat melunaskan segala denda.
5. Pastikan mereka yang layak menerima hukuman atau tindakan
disiplin telah memilih hukuman yang disediakan dan jadual
pelaksanaan hukuman hendaklah segera disiapkan supaya

17
hukuman dapat dilaksanakan dalam 'Minggu Kebersihan dan
Keceriaan".
6. Pastikan nama-nama "Polis dan Perisik" yang dicalonkan meraih
gelaran "Polis dan Perisik Terbaik dan Mithali" dikenal pasti.
7. Pastikan semua nama mereka disenaraikan untuk dibuat
pemilihan seterusnya di tetapkan pemenang dan merekodkannya
untuk penerimaan hadiah, penghargaan dan augerah.
8. Pastikan Majlis Penyampaian semua hadiah ditetapkan tarikh
dan masa yang bersesuaian, termasuk hadiah untuk satu-satu
pertandingan yang dilaksanakan.
9. Cuba memikirkan bersama apa-apa yang patut dibuat pada masa-
masa akan datang demi menjamin "Minggu Bahasa" dapat
dilaksanakan lagi dengan manfaat dan hasil yang lebih
cemerlang.
10. Dan lain-lain yang difikirkan perlu.

15. AKTIVITI SEPANJANG MINGGU BAHASA

Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan seiring dengan "Minggu Bahasa"


adalah seperti (cadangan) berikut:
1. Pertandingan Membaca (semua bahasa).
2. Pertandingan Menghafaz (bahasa arab dan mata pelajaran lain)
3. Pertandingan Menulis (seperti cerpen, sajak dsb-semua bahasa).
4. Pertandingan Membuat Nota (semua mata pelajaran)
5. Pertandingan Melukis Karekator (untuk bahan tampalan-semua
bahasa).
6. Pertandingan Kuiz (semua bahasa).
7. Pertandingan Conteng-conteng (semua bahasa)
8. Pertandingan Pengucapan Puisi (semua bahasa).
9. Pertandingan Bahas (semua Bahasa)
10. Pertandingan Pidato/syarahan (semua bahasa)
11. Pertandingan Nasyid (semua bahasa)
12. Pertandingan Mencipta Lirik Lagu Sekolah (bahasa melayu).
13. Pertandingan Mencipta Logo dan Motto Sekolah.
14. Dan lain-lain yang dianggap sesuai.
Semua aktiviti adalah melibatkan semua guru dan mata pelajaran,
tetapi hendaklah disesuaikan dengan minggu bahasa yang sedang
berjalan. Aktiviti di atas tertakluk kepada ubah suai dan tokok tambah
yang difikirkan sesuai.

“SELAMAT MENCUBA SEMUGA BERJAYA”

18
LAMPIRAN: 1
IKRAR
PELAJAR SMAIB
SEMPENA MINGGU BAHASA
BAHAWA KAMI,
PELAJAR-PELAJAR SMAI BEAUFORT,
BERIKRAR DENGAN IKHLAS,
DAN AZAM YANG KUAT,
SERTA KOMITMEN YANG TINGGI,
AKAN MEMATUHI,
SEGALA SYARAT YANG DITETAPKAN,
SEPANJANG MINGGU BAHASA,
YANG MENJADI AKTIVITI,
PRO ANANG SMAI BEAUFORT.

KAMI JUGA BERIKRAR,


AKAN MEMBERIKAN SEPENUH KERJASAMA,
KEPADA PENGANJUR MINGGU BAHASA,
KEPADA POLIS MINGGU BAHASA,
SERTA PEERISIK MINGGU BAHASA,
DEMI MENJAMIN KELANCARAN,
PERJALANAN MINGGU BAHASA,
JUGA DEMI MENCAPAI OBJEKTIF,
YANG DIRANCANG.

KAMI RELA DIKENAKAN SEBARANG DENDA,


HUKUMAN DAN TINDAKAN DISIPLIN,
SEANDAINYA KAMI,
DIDAPATI BERSALAH,
MELANGGAR SYARAT-SYARAT,
YANG TELAH DITETAPKAN.

KAMI JUGA BERSEDIA,


MEMBAYAR DENDA YANG DIKENAKAN,
MELAKSANAKAN HUKUMAN YANG DITETAPKAN,
JUGA MENERIMA TINDAKAN DISIPLIN,
YANG TELAH DITENTUKAN.

SEMUGA ALLAH MERESTUI,


PENGORMANAN KAMI,
DENGAN ANUGERAH KECEMERLANGAN,
DALAM PEPERIKSAAN.

19
LAMPIRAN: 2
AJK PELAKSANA
MINGGU BAHASA SMAI BEAUFORT
(JIKA PELANCARA DILAKSANAKAN SECARA SEDERHANA)
PENAUNG: KPP BAHAGIAN PENDIDIKAN JHEAINS

PENASIHAT (1): PENGETUA SMAIB


PENASIHAT (2): PENGERUSI PIBG SMAIB

PENGERUSI PELAKSANA: PENOLONG KANAN 1


TIM. PENGERUSI PELAKSANA: PENOLONG KANAN HEM
DENGAN AGENDA MESYUARAT MENETAPKAN:
A. TARIKH PELANCARAN
B. MEMBENTUK AJK PELANCARAN (CON. LAMPIRAN: 3)
C. ATUR CARA PELANCARAN
D. DAN LAIN-LAIN
SETIAUSAHA: SETIAUSAHA SMAIB
TIM. SETIAUSAHA: SETIAUSAHA PIBG SMAIB

BENDAHARI: BENDAHARI SMAIB


TIM. BENDAHARI: BENDAHARI PIBG SMAIB

AJK PELAKSANA:
1. PENGERUSI KURIKULUM
2. PENGERUSI KO-KURIKULUM
AJK PELAKSANA: MERANGKAP
PENGERUSI PENGANJUR MINGGU BAHASA
3. GURU PENASIHAT KELAB BAHASA MELAYU
4. GURU PENASIHAT KELAB BAHASA ARAB
5. GURU PENASIHAT KELAB BAHASA INGGERIS
AJK PELAKSANA: MERANGKAP
AJK PERTANDINGAN SEMPENA MINGGU BAHASA
6. GURU PENITIA MATA PELAJARAN
7. GURU MATA PELAJARAN
8. GURU KELAB MATA PELAJARAN
9. GURU KEBERSIHAN DAN KECERIAAN
AJK PELAKSANA: MERANGKAP
BAHAGIAN PENGUATKUSA DAN PERISIKAN
SEMPENA MINGGU BAHASA
10.PARA PENGAWAS
11.SEMUA KETUA KELAS
12.SEMUA PENOLONG KETUA KELAS.

20
LAMPIRAN: 3
AJK PELAKSANA
MAJLIS PELANCARAN
MINGGU BAHASA SMAI BEAUFORT
(JIKA PELANCARAN DILAKSANAKAN SECARA BESAR-BESARAN)
PENAUNG: KPP BAH. PENDIDIKAN JHEAINS

PENASIHAT 1: PENGETUA SMAIB


PENASIHAT 2: PENGERUSI PIBG SMAIB
PENASIHAT 3: PENOLONG KANAN 1

PENGERUSI: PENOLONG KANAN HEM


TIMBALAN PENGERUSI (1): PENGERUSI KURIKULUM
TIMBALAN PENGERUSI (2): PENGERUSI KO KURIKULUM
(MESYUARAT BERSAMA AJK PIBG)

SETIAUSAHA: PENGERUSI KELAB BAHASA MELAYU


TIM. SETIAUSAHA (1): PENGERUSI KELAB B. ARAB
TIM. SETIAUSAHA (2): PENGERUSI KELAB B. INGGERIS

BENDAHARI: BENDAHARI SMAIB


TIM. BENDAHARI: BENDAHARI PIBG SMAIB

AJK PELAKSANA: (YANG MESTI DILANTIK)


1. PERSIAPAN DEWAN:
2. PUBLISITI:
3. SIARAYA:
4. JEMPUTAN DAN ATURCARA:
5. PROTOKOL DAN PENYAMBUT TETAMU:
6. PERSEMBAHAN PENTAS:
7. HADIAH DAN CENDERAMATA:
8. JAMUAN:
9. PENGANGKUTAN:
10.JURUACARA MAJLIS:

21
LAMPIRAN: 4
AJK PENGANJUR
MINGGU BAHASA SMAI BEAUFORT

PENAUNG: PENGETUA SMAIB

PENASIHAT 1: PENOLONG KANAN 1


PENASIHAT 2: PENOLONG KANAN HEM

PENGERUSI: PENASIHAT KELAB BAHASA


DENGAN AGENDA MESYUARAT MENYEDIAKAN:
A. PERLANTIKAN PERISIK
B. PENYERAHAN BORANG SAMAN
C. KAIN RENTANG
D. SLOGAN DAN PEMBACA
E. BORANG-BORANG BERKAITAN MINGGU BAHASA
F. BAHAN RUJUKAN DAN TAMPALAN
G. BORANG SENARAI NAMA PESALAH SAMA ADA YANG
BELUM ATAU SUDAH MENJELASKAN DENDA YANG
DIKENAKAN
H. BORANG HUKUMAN DAN TINDAKAN DISIPLIN
I. DAN LAIN-LAIN

SETIAUSAHA: SETIAUSAHA KELAB BAHASA

BENDAHARI: BENDAHARI KELAB BAHASA

AJK PELAKSANA: MERANGKAP


AJK PERTANDINGAN
SEMPENA MINGGU BAHASA SMAIB
1. GURU PENITIA MATA PELAJARAN
2. GURU MATA PELAJARAN
3. GURU KELAB MATA PELAJARAN
4. GURU KEBERSIHAN DAN KECERIAAN
5. AJK KELAB BAHASA
AJK PELAKSANA: MERANGKAP
BAHAGIAN PENGUATKUASA DAN PERISIKAN
MINGGU BAHASA SMAIB
6. PARA PENGAWAS
7. SEMUA KETUA KELAS
8. SEMUA PENOLONG KETUA KELAS.

22
LAMPIRAN: 5
AJK PERTANDINGAN
SEMPENA MINGGU BAHASA SMAIB

PENAUNG: PENOLONG KANAN 1

PENASIHAT: PENOLONG KANAN 2

PENGERUSI: GURU PENASIHAT KELAB BAHASA


AGENDA MESYUARAT MENYEDIAKAN:

A. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
B. BORANG PENYERETAAN
C. PENGHAKIMAN
D. HADIAH
E. DAN LAIN-LAIN

SETIUSAHA: GURU PENITIA MATA PELAJARAN

BENDAHARI: BENDAHARI KELAB BAHASA

AJK PELAKSANA:

TERDIRI DARI:

1. GURU MATA PELAJARAN


2. GURU KELAB MATA PELAJARAN
3. GURU KEBERESIHAN DAN KECERIAAN
4. KETUA KELAB BAHASA
5. AJK KELAB BAHASA

23
PROGRAM ANAK ANGKAT
SEKOLAH MENENGAH AGAMA ISLAM
BEAUFORT
(PRO ANANG SMAIB)
___________________________________________________________
BORANG (A-PTIBSP/MB/SMAIB)

PENERIMAAN TUGAS DAN IKRAR SEBAGAI POLIS


SERTA PENERIMAAN BORANG SAMAN
SEMPENA
MINGGU BAHASA SMAI BEAUFORT

Mulai dari tarikh: ……………….Hingga…………………..


(Sila catatkan Tarikh mula dan akhir)

Saya ………………………………. No.K.P:…………………………………………..


(Nama penuh murid seperti dalam K.P.) (Sila catatkan dengan betul)
adalah Pengawas/Ketua/Penolong Ketua Kelas SMAIB dari tingkatan:……………
berikrar akan menjalankan tugas sebagai "POLIS MINGGU BAHASA" dengan
penuh tanggung jawab, mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan sesuai dengan
apa yang termaktub dalam Bidang Tugas, Kuasa dan Tanggung Jawab (Muka surat:
11 Bab:12. ceraian:12.1) yang diamanahkan.

Saya juga mengaku menerima ………. keping Borang Saman Minggu Bahasa
(Nyatakan bilangan yang diterima)
Pada Hari: …………………… Tarikh:……………….. ….Masa:…………………….
(Sila catatkan hari tarikh dan masa penerimaan)
untuk digunakan sepanjang Minggu Bahasa SMAIB.

"MINIMA MASA MAKSIMA USAHA"

…………………………
(Tanda Tangan Penerima)
(Pengawas/Ketua/Penolong Ketua Kelas)

Di hadapan saksi:

………...…………
(Tanda Tangan Saksi)
(Guru Penasihat Kelab Bahasa/ Pen. Kanan HEM)
*Borang ini juga hendaklah diisi setiap kali menerima "Borang Saman" yang baru.
AbuEddaSoyiddeeqaElBinangkit18ogos2003/548pm

24
PROGRAM ANAK ANGKAT
SEKOLAH MENENGAH AGAMA ISLAM
BEAUFORT
(PRO ANANG SMAIB)
_____________________________________________________________________
BORANG (B-WLIP/MB/SMAIB)

WATIKAH
LANTIKAN DAN IKRAR SEBAGAI PERISIK
SEMPENA
MINGGU BAHASA SMAI BEAUFORT

Bermula dari:………………Hingga:………………..
(Catatkan tarikh mula dan akhir)

Saya …………………………………. No.K.P. ……………………………………….


(Nama penuh seperti dalam K.P.) (Sila catatkan dengan betul)
adalah pelajar SMAI Beaufort dari tingkatan:……dengan ini menerima "Watikah
Lantikan Sebagai Perisik Minggu Bahasa" dengan rasa bangga dan sukacitanya,
serta berikrar akan melaksanakan Tugas dan Tanggung Jawab sebagai Perisik seperti
yang termaktub (Muka surat:13 Bab: 13 Ceraian: 13.1) sebagai satu amanah yang
WAJIB dirahsiakan.

Saya juga sedia berkhidmat sedaya upaya saya dengan ikhlas demi memastikan
Minggu Bahasa PRO ANANG SMAI Beaufort ini, berjaya mencapai objektif yang
dirancang.

“MINIMA MASA MAKSIMA USAHA”

………………………
(Tanda Tangan Perisik)

……………………..
(Tanda Tangan Saksi)
(Guru Penasihat Kelab Bahasa/ Pen. Kanan HEM)
(Watikah ini hendaklah dibaca dan ditandatangani secara sulit)

Tarikh:……………………..

AbuEddaSouiddeeqaElBinangkit19ogos2003/0932am

25
PROGRAM ANAK ANGKAT
SEKOLAH MENENGAH AGAMA ISLAM
BEAUFORT
(PRO ANANG SMAIB)
BORANG (C-BS/MB/SMAIB)
BORANG SAMAN
NAMA PESALAH:……………………………………………………………………..
NO.KAD PENGENALAN:………………………………………….............................
(Nama dan No.K.P hendaklah ditulis oleh Pesalah sendiri)
JUMLAH PERKATAAN:……………………………………………………………...
(Dengan perkataan - Perkataan asal hendaklah dicatat (dan disimpan sebagai bukti) pada kertas yang berasingan)
JUMLAH DENDA:……………………………………………………………………..
(Dengan perkataan)
HUKUMAN CADANGAN (jika ada):……………………………………………........
TINDAKAN DISIPLIN(jika ada):………………………………………………….......
(Kesemua jumlah perkataan/jumlah denda/hukuman cadangan/tindakan disiplin diisi oleh Polis Minggu Bahasa SMAIB)
TARIKH:………………........... MASA:……………...... TEMPAT:……………….....

……………………… …………………………….
(Tanda Tangan Pesalah) (Tanda Tangan)
Catatan:......................................................... Nama:………………………
(Andainya pesalah gagal memberi kerjasama) (Polis Minggu Bahasa SMAIB)
* Salinan untuk pesalah – mesti dihantar SENDIRI kepada Penyelaras Minggu bahasa SMAIB tanda bertanggung jawab.
AbuEddaSoyiddeeqa ElBinangkit18ogos20036.50pm

-------------------------------------------------------- POTONG DISINI----------------------------------------------------------------------

PROGRAM ANAK ANGKAT


SEKOLAH MENENGAH AGAMA ISLAM
BEAUFORT
(PRO ANANG SMAIB)
BORANG (C-BS/MB/SMAIB)
BORANG SAMAN
NAMA PESALAH:………………………………………………………......................
NO.KAD PENGENALAN:……………………………………………….....................
(Nama dan No.K.P hendaklah ditulis oleh Pesalah sendiri)
JUMLAH PERKATAAN:…………………………………………………...................
(Dengan perkataan- dan Perkataan asal hendaklah dicatat (dan disimpan sebagai bukti) pada kertas yang berasingan)
JUMLAH DENDA:……………………………………………………….....................
(Dengan perkatan)
HUKUMAN CADANGAN(Jika ada):………………………………………………....
TINDAKAN DISIPLIN(Jika ada):…………………………………………………......
(Kesemua jumlah perkataan/jumlah denda/hukuman cadangan/tindakan disiplin diisi oleh Polis Minggu Bahasa SMAIB)
TARIKH:………………......... MASA:…………….... TEMPAT:……………….........

………………………….. …………………………….
(Tanda Tangan Pesalah) (Tanda Tangan)
Catatan:..................................................... Nama:………………………
(Andainya pesalah gagal memberi kerjasama) (Polis Minggu Bahasa SMAIB yang bertugas)

*Salinan untuk disimpan oleh Polis Minggu bahasa SMAIP sebagai bukti.
AbuEddaSoyiddeeqa ElBinangkit18ogos20036.50pm

26

You might also like